Petir boleh berlaku ketika regangan elektrik pada dua titik terpisah dalam satu awan, antara awan dan permukaan tanah atau antara dua permukaan tanah.
Kilat terjadi apabila udara turun naik di dalam awan mengakibatkan pemisahan cas positif dan negatif.
Kilat adalah nyahcas yang terhasil apabila wujudnya perbezaan cas elektrik di antara permukaan bumi dan atmosfera yang cukup besar untuk mengatasi kesan penabatan udara.
Penyebab Kilat Terjadi
Dalam
keadaan ribut petir, terbentuk medan elektrik yang besar di dalam awan
apabila cecair dan zarah-zarah ais mencapai keadaan beku dan berlanggar
antara satu sama lain.
Apabila keadaan ini mencapai tahap maksimum, terjadinya percikan api yang besar antara mereka yang dikenali sebagai kilat.
Percikan kilat boleh berlaku antara awan dengan awan, antara awan dengan tanah atau antara awan dengan udara.
Fakta Kilat
Kilat menyambar lebih kurang seratus kali per saat di permukaan Bumi iaitu lebih kurang tiga bilion kali setahun.
Jika
anda melihat awan tebal menghampiri, segeralah mencari perlindungan
untuk mengelak daripada terkena pancaran kilat.
Kilat kerap menyambar di luar kawasan
hujan lebat dan boleh berlaku sejauh 16 kilometer dari kawasan hujan
berkenaan.
Udara kawasan dipanah kilat menjadi panas dan mencapai suhu melebihi
27,000 °C, lebih panas daripada permukaan matahari.
Pemanasan dan
penyejukan pantas udara berhampiran kawasan yang terkena kilat
menghasilkan renjatan gelombang yang mengejut lalu menghasilkan guruh.
Satu kilat mampu menghasilkan tenaga elektrik yang besar.
Sekali kilat menyambar, ia memiliki tenaga yang boleh menyalakan
sebiji mentol 100 watt selama 3 bulan.
Satu sambaran kilat mengandungi
kekuatan elektrik sebesar 20,000 Ampere. Kilat bergerak dengan kecepatan
150,000 kilometer sesaat atau separuh kecepatan cahaya dan 10,000 kali
ganda lebih cepat dari bunyi.
Sejumlah kilat bercabang biasanya dapat dilihat menyebar keluar dari jalur kilat utama. Ketika sambaran pertama ini tiba di permukaan tanah, satu muatan bertentangan terbentuk pada titik yang akan disambarnya dan arus kilat kedua yang bermuatan positif terbentuk dari dalam jalur kilat utama terus menuju ke awan.
Dua kilat berkenaan biasanya bertemu kira-kira 50 meter di atas permukaan tanah. Arus pendek terbentuk di titik pertemuan antara awan dan permukaan tanah itu dan hasilnya satu arus elektrik yang sangat kuat dan terang mengalir dari dalam jalur kilat utama menuju ke awan.
Perbezaan tegangan aliran elektrik antara awan dan permukaan tanah ini melebihi beberapa juta volt.
Saintis mengatakan kilat mampu menyambar semua benda yang terdedah di pemukaan bumi seperti bangunan, tangki, pokok, puncak bukit, kenderaan, menara telekom, lampu, haiwan, dan manusia yang berada di luar rumah ketika ribut petir seperti ahli sukan, pemain golf dan pejalan kaki.
Beberapa tip untuk keselamatan anda jika di luar pada ketika ribut kilat
Jauh dari benda yang cenderung disambar oleh pancaran kilat iaitu:
1. Objek logam termasuk pagar, paip, landasan keretapi, kenderaan dll.
2. Kawasan banyak air yang terbuka
3. Kawasan yang ramai orang
4. Pokok
5. Tiang telefon
6. Elakkan untuk berdiri di atas bukit (tempat yg tinggi)
(Kilat akan menyambar pada titik yang paling tinggi)
Jika
berada di kawasan lapang tanpa tempat berteduh apabila kilat sedang
menghampiri, bongkok ke hadapan dan tangan di atas lutut. Jangan
meniarap di atas tanah. Jika anda rasa rambut anda sedang menegak pada
satu hujung, berhati-hati kerana ini adalah isyarat bahawa kilat akan
menyambar anda.
Apa perlu dilakukan jika seseorang cedera akibat sambaran kilat?
Dapatkan
bantuan kecemasan dengan mendail 999. Lakukan CPR jika mangsa tidak
bernafas -menyentuh mangsa tidak akan menghasilkan kejutan elektrik.
Beringat
bahawa mangsa telah terbakar terutama sekali jika mereka memakai objek
logam seperti, jam tangan, barang kemas atau kepala tali pinggang. Teman
mangsa sehingga bantuan kecemasan tiba.
Jenis – jenis Kilat
- Pancaran kilat yang kecil lebih kurang 30 ribu amp.
- Pancaran kilat yang ekstrim lebih kurang 300 ribu amp atau sehingga dua juta volt elektrik.
- Kilat bebola, jarang berlaku dan ia sebesar saiz bola keranjang yang dilihat seperti bentuk bebola terapung.
Rujukan :
2. CikGu Sains
3. Forum
tq for sharing
BalasPadamAssalamualaikum LadyBird
BalasPadamAlhamdulillah
pengetahuan yg berfaedah
terima kasih
Wassalam
menarik akak..
BalasPadaminformasi.
memang takut time kilat...baca laa apa2 yg patut...:)
BalasPadamterbaik! :D
BalasPadamsekarang ni musim hujan... hujannya tak lama... tapi lebat... siap ada kilat lagi...
BalasPadamAku inagt lagi...time kecik2 aku takut bebeno ngan pancaran kilat nih...tambah2 lak ado guruh laie laa...siap pegang kaki mak aku...hehehe
BalasPadami like rainy days :)
BalasPadamkekadang ada kilat yang menyelinap ke hati!
BalasPadamkalau kilat
BalasPadamaku memang suka berada atas rumah je
main hujan lepas kilat dan guruh berhenti
Very good info..thanks for sharing.
BalasPadamKilat sama tak dengan petir? Tapi dahsyat la kan... kepanasannya lebih drpd matahari. Pergghh..
BalasPadambaru tau pasal jenis2 kilat nih...
BalasPadammmg takut time kilat...huhu..
BalasPadambagus info ni...
wah, hebat...terima kasih berkongsi =)
BalasPadamlady, tima kasih info berguna utk manfaat bersama...teruskan berkongsi..
BalasPadamaku sangat risau dengan kilat ketika aku sedang drive.ia seolah buat aku mcm nak hentikan keta dan keluar dari keta.
BalasPadamsaya memang takut kilat, tutup mata nampak kilat
BalasPadaminfo yang menarik..
BalasPadamyang chii pernah dengar..orang2 dulu slalu berpesan..tutup cermin kalau kilat di luar..x tau sebab apa...demi menurut perintah..chii lakukan je la apa yng disuruh