Khamis, 27 Oktober 2011

Mimpi Indah

Aku bercita mendaki gunung tinggi..
Kelihatan puncak indah menawan..
Pohonan melambai mempersona..
Menggamitku tuk ke sana.

Kucuba menyahut panggilan..
Aku sedar diri tidak punyai apa..
Kakiku kudung tidak berupa..
Sayapku patah terkulai cuma.

Namun kugagahi jua..
Kuguna kudrat yang ada..
Kini kuhampir di penghujungnya..
Tapi jiwaku goyah tidak terkata.

Ya Allah, apakah di sana?
Adakah ia seindah rupa?
Atau mainan di mata cuma.. 

Perlukah aku meneruskan ke puncak?
Atau kembali ke kakinya..

33 ulasan:

  1. bijak bermadah rupanya.. teruskan usaha yg baik, akak suka baca cuma x bijak berkata2.. he hee..jom baca kisah pengantin ni, kmudia folo akak balik ye

    BalasPadam
  2. mendalam madah akak.. Jenuh naim nak memahaminya..

    :")

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Ladybird

    teruskan lady...
    terus maju ke muncak

    Wassalam

    BalasPadam
  4. Kadang-kadang bila kita lihat yang indah, kita tak tahu di dalamnya ada kejahatan yang menunggu.

    Kadang-kadang bila kita lihat yang buruk, tak pernah kita sangka, di dalamnya ada rahmat buat kita.

    BalasPadam
  5. ini takut pada keupayaan diri sendiri ke hapa?atau ada maksud lain? tapi gmbar tu cantik arr...

    BalasPadam
  6. Aimaniman :

    try n error je kak..
    budak sains bermadah nampak janggal.. huhuhuhu..

    p/s : akak, lady dah follow akak dah lama dulu.. tp x ingt yg ke berapa.. td lady try follow balik die dah ade dah..

    BalasPadam
  7. Fatin Mraz :

    belum pernah daki.. pernah naik jer ngn moto.. hihi..

    BalasPadam
  8. Naim :

    kalau naim kenal akak secara real.. naim akan memahaminya insya-Allah :)

    BalasPadam
  9. Atuk :

    Waalaikumusalam atuk..
    Lady sedang meneruskan langkah.. cuma skrg langkah lady agk perlahan.. lady takut sampai di puncak lady ditolak dan tersungkur jatuh menjunam ke kakinya :(

    BalasPadam
  10. Naurah Alwani :

    sebab itulah lady takut :(..
    sebab kita tak pernah tahu.. tp kalau diikutkan perasaan takut.. sampai bila2 kita di tahap yang sama :(

    BalasPadam
  11. Mario :

    keupayaan diri.. kemampuan diri tuk menghadapi sesuatu.. sesuatu yang kita nampak indah tetapi belum tentu indah untuk kita.. ada yg tersungkur di pertengahannya dan ada yang kekal hingga ke hari tua.. dan ada yang bergelodak sampai bila2..

    BalasPadam
  12. yahoo lady teruskan mendaki alang2 seluk pekasam
    yakin yg kita nmpak indah memang indah cuma masa menentukannnya

    BalasPadam
  13. nak ikut,, teruskan je kak, kita tak tau apa yang ada dipuncak tuh mudah-mudahan semuanya baik-baik aje.

    BalasPadam
  14. Salam Lady,

    Tulisan yang bagus dan memberi semangat. Tahniah.

    Pernah daki Gunung Jerai tak ? :)

    BalasPadam
  15. teruskan mendaki, lady
    tapi kalau sesat di hujung jalan
    usah malu2 kembali ke pangkal jalan

    BalasPadam
  16. Ni Lady cipta sendiri ke ???
    Ps : Ada bakat terpendam rupanya :D

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum...

    Teruskan perjalanan dan berhati-hatilah kerana jalannya penuh dengan duri dan onak, jangan sampai kakimu tercalar sedikit pun...

    BalasPadam
  18. sudais :

    Insya-Allah.. akan teruskan pendakian.. walaupun lambat insya-Allah lady akan sampai ke puncaknya..

    BalasPadam
  19. eiela :

    InsyaAllah sampai satu peringkat ila akan menyusul..

    BalasPadam
  20. Blogger Muslim :

    x pernah daki lagi setakat ini..

    BalasPadam
  21. tehr :

    Insya-Allah tehr..
    akan kembali ke pangkal jalan.. tetapi jalan kembali tu lagi sukar berbanding jalan ke sana..

    BalasPadam
  22. dnoBiz :

    a'ah.. luahan perasaan dalam bentuk yang orang tak faham.. huhuhuhu

    BalasPadam
  23. Abd. Razak :

    Waalaikumusalam ustaz.. dah banyak tercalar ustaz.. luka pun banyak.. parut pun ada..

    BalasPadam
  24. Assalam
    Terima kasih singgah ke blog Pak Temuk. Insya-Allah yang menjadi sasaran adalah sesuatu yang baik dan bakal dapat dicapai. Berusahalah, berdoa, bertawakal, dan akhirnya redha dengan anugerah Allah. Selamat maju jaya.

    BalasPadam
  25. andai dirimu berada dipuncak gunung ada suatu perasaan yang cukup indah..:)..hanya orang-orang yang berada dipuncak itu mengerti bagaimana perasaan itu..

    p/s: ambek je kalau awk nak share..GMMS dicipta untuk kongsikan ilmu2 untuk manusia

    BalasPadam
  26. teruskan ke puncak itu...sampai boleh menggapai awan..:)

    BalasPadam
  27. nice . so near , yet so far .

    aku faham ini . =)

    BalasPadam
  28. saya x berapa pandai bermadah pujangga nie :D

    BalasPadam
  29. kalau tanya sama pokok..dia x boleh beri jawapan..

    tp kalau tanya sama hati..ikut apa kata rasa..insya Allah..boleh membantu

    mendaki ke puncak..banyak rintangan dan cabaran,,tp bila da berjaya sampai ke puncak....rasanya x tergambar dengan kata2 da =)

    BalasPadam
  30. Semua org ada impian utk mendaki hingga ke puncak...tapi...ntah lee...tak semua yg akan berjaya...itu dah pasti.

    BalasPadam