Ahad, 2 Oktober 2011

Kepentingan Air Liur Dalam Perubatan

Assalamualaikum.. entry kali ini lady nak menulis berkaitan dengan Air Liur.. Kepentingan air liur dalam perubatan..

Dalam 2 3 bulan lepas.. lady dibawa oleh pakcik lady ke sebuah klinik merangkap sebagai rumahnya sendiri oleh seorang doktor perubatan yang sekarang dalam proses membuat kajian berkenaan dengan ubat-ubatan..

Ini pertama kali lady dibawa untuk dirawat oleh pengamal ilmu perubatan moden yang dikombinasikan dengan ilmu perubatan tradisional..

Sebenarnya doktor ini merupakan satu-satunya doktor yang mampu membuat ubatan sendiri bergantung kepada pesakit secara individu di Malaysia.. maksudnya ubat dicipta untuk individu itu sahaja.

Ubat diberi adalah berdasarkan keperluan pesakit, mengikut dos yang sesuai berdasarkan keperluan dan bukan diberi untuk "try n error" seperti yang diamalkan oleh doktor-doktor di Malaysia sekarang.

Doktor ini akan mencipta ubat berdasarkan keadaan dan keperluan pesakit.

Terlebih dahulu, sebelum kita "dirawat", kita tidak boleh makan/ minum dalam waktu lebih kurang sejam.. supaya keadaan mulut kita bebas daripada "bendasing" yang mempengaruhi pH normal air liur pesakit tersebut.

Selepas sampel air liur diambil, ia akan diuji pH dan memerlukan beberapa ketika untuk dibuat ubat. Ubat yang diberi adalah berdasarkan pH yang tertera di kertas pH.

Ubat tersebut adalah dicipta menggunakan sumber semulajadi yang terdapat di Malaysia.

Sebenarnya lady ke "klinik" tersebut bukan sebagai pesakit.. maka kami dilayan sebagai tetamu dan diberi keterangan detail berkaitan dengan kajian doktor berkenaan.

Memandangkan lady meminati dunia perubatan, maka lebih kurang tiga jam jugak kami berdiskusi dan bersoal jawab ditemani oleh adik dan pakcik serta dua orang lagi kawan pakcik yang turut mendapat rawatan.

Air liur merupakan cecair bening yang dihasilkan di kalenjar/ kilang air liur dalam mulut manusia dan berdasarkan kajian ia mengandungi lebih 500 protein selain histatin yang berfungsi membunuh bakteria.

Seingat lady, dulu-dulu sewaktu lady kecik.. Tok lady selalu jer bagi lady mandi air yang dijilat kucing. Kebiasaanya Tok lady akan letakkan sebaldi air di tepi tangga yang telah menjadi rutin harian kucing untuk meminum air di situ.

Tok cakap, kalau mandi air yang dijilat kucing cepat sihat dan segar.. sebab anak-anak kucing semua sihat-sihat sebab ibunya selalu jilat. :P

Kalau lady terluka plak, sengaja je tok gi tenyeh2 mulut kucing kat luka lady. Sebab lady ni degil, maka selalulah luka2.. tp Alhamdulillah.. luka lady x pernah meninggalkan parut, mungkin sebab air liur kucing jugak kot.. Allahua'lam..  

Sebenarnya kandungan air liur bergantung kepada zat-zat makanan yang diproses di dalam mulut. Salah satu protein dalam air liur manusia iaitu histatin yang juga berfungsi untuk membunuh bakteria turut berfungsi dalam penyembuhan luka.

Sebab itu kalau binatang, contohnya kucing, anjing, harimau, monyet merawat anaknya yang luka dengan menjilat-jilatnya dan secara tidak langsung luka-luka tersebut cepat pulih. Air liur juga boleh bertindak sebagai penawar luka dan antiseptik.
 
Air liur pada waktu pagi (selepas bangun dari tidur) mempunyai fungsi tertentu untuk kesihatan dan awet muda. Meminum air kosong sebelum menggosok gigi selepas bangun tidur merupakan penawar semulajadi untuk kesihatan tubuh badan. Sesuai dengan sunnah Rasullullah S.A.W yang mengamalkan minum air sebelum bersugi selepas bangun dari tidur.

p/s : Selain daripada itu, air liur juga mampu merungkaikan pelbagai petunjuk identiti seseorang seperti DNA, mengesan penyakit termasuk kandungan ubat-ubatan yang diambil oleh individu tersebut.

27 ulasan:

Tirana berkata...

terimakasih atas perkongsian ilmu tentang air liur.

insan marhaen berkata...

IM amalkan bangun pagi, sebelum gosok gigi minum segelas air kosong.

Kata kawan IM, air liur itu baik untuk perut.

Muhammad Naim Abdullah berkata...

Allahu akbar!!

Satu kebesaran daripada Allah..

^^

Al - Mu'allim berkata...

salam 'alaik.

tetapi air liur anjing adalah najis mughollazoh. Kalau kena kita kena basuh dengan air tanah. Macamana tu?

CIK TOM berkata...

cik tom pun ada baca artikel kelebihan air liur ni kl xsilap dalam majalah mastika keluaran bulan lepas...

LadyBird berkata...

Kak Tirana :

Terima kasih kembali kak Tirana. :D

LadyBird berkata...

insan_marhaen :

salah satu sunnah Nabi tu En Im. :D..
dapat melancarkan sistem perkumuhan.

LadyBird berkata...

naim :

setiap apa yang Allah kurniakan pada kita pasti mempunyai fungsi :D.. Alalh tidak akan jadikan sesuatu itu dengan sia-sia kan naim.. walaupun air liur yg kita anggap jijik dan kotor.

LadyBird berkata...

Al - Mu'allim :

waalaikumusalam cikgu.. terima kasih kerana sudi ke teratak picisan lady..

berkaitan dengan air liur anjing dan babi, mengiut kajian, air liur haiwan ini mengandungi bakteria/ virus/ parasit yang merbahaya kepada sistem tubuh kita. dan ia hanya mampu dibunuh dengan menggunakan air tanah. Allahua'lam.

LadyBird berkata...

CIK TOM :

lady teruja tuk menulis sal air liur rentetan drp membaca majalah mestika tu lah. :D.. lady kongsikan sekali kaedah rawatan tok lady. :D

Eddy Ahmad berkata...

waoowwww gile kagum.. thnx 4 info..

NM02 berkata...

eh, awak dah follow kite tak?

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Apa yang Allah cipta dalam badan kita semuanya memainkan peranan tersendiri dan menunjukkan kebesaran~Nya

Ungu Violet berkata...

hmmm...air liur pun ade kelebihan dia jugak..

bagus info nih...tenkiu dear..:)

tiefazatie berkata...

wah..ye ke..baru tahu..tq ye..=)

tehr berkata...

ada benarnya
saya sendiri suka gigit dan hisap jari yang tercucuk tulang ikan
sakitnya boleh hilang

HEROICzero berkata...

kalau difikir2 , patut la kalau luka , kita akan respon seperti , 'jilat' luka tu . ubat ?

eh betul ke . ha ha .

Dea Bianglala berkata...

entahlah.. terkadang antara ilmu pengetahuan, perasaan, logika, dan kebiasaan tidak sepaham...dan membingungkan

Air liur... maaf....apa tidak menjijik kan?

eiela berkata...

oo,,baru tau. tapi memang amalkan bangun pagi minum air kosong seteguk.

blog-tips-kurus berkata...

teringat zaman bela kucing dulu.. :)

Maiyah berkata...

assalam..

mmg ku ada minum air liur lalalala :D

Tanpa Nama berkata...

waah refresh balik bio upper form
thanks kak

~ hantu

Unknown berkata...

tiap2 pagi lepas bangun tido, atok mesti minum air kosong segelas

Solihin Zubir berkata...

owhhh.. patutla tok bomoh slalu ludah2 dlm air jampi.. hehehe...

tp betul la.. kucing sy cedera teruk kt leher sbb kna baham kucing jantan.. tak kasi ubat pun.. dia cuma jilat2.. dh ok dah skrg.. Subhanallah..

CIK TOM berkata...

owh lady pun suka bc mastika ek..heee...tp mmg bagus rawatan tok lady tue..mandi air yg kucing jilat...tp pkir2 mmg semua yg Allah buat tue ada hikmah dan kelebihan tersendiri ;)

Mun berkata...

tiap2 pagi mmg minum air selepas bangun... awet muda tu..

caliph shuriken berkata...

oic, nice sharing info ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...