Rabu, 27 April 2011

Apakah Cinta Itu Sebenarnya Untuk Kita?

Saban hari kita jumpa dengan orang yang berbeza. Berbeza sikap, berbeza perwatakan dan berbeza jantina. Saban hari itulah setiap perasaan yang berbeza wujud menerjah dalam diri. Ada rasa suka, gembira yang teramat, ada rasa benci, kadang-kadang timbul perasaan meluat. Terdapat juga rasa simpati ditaburi sedikit kasihan, dan tidak kurang pula datangnya cinta pandang pertama.

Saat melihat dirinya, hati jadi tenteram, aman dan tenang. Ibarat terbang di awang-awangan. Bagai cerita cinta dalam kisah dongengan. Tetapi, apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?

Kisah Cinta Pertama :
Uda dan Dara bercinta berjanji setia sehidup semati. Sampai masa, hanya Allah yang tahu. Cinta di pertengahan. Dara bertemu jodoh dengan insan lain. Sedang Uda berkelana sendirian tanpa arah tujuan.

Kisah Cinta Kedua :
Uda dan Dara bahagia membina mahligai indah atas dasar cinta, kasih dan sayang. Beberapa tahun berlalu, Uda dan Dara mula tidak sependapat dan akhirnya membawa haluan sendiri. Masing-masing bagai orang asing yang datang dari planet lain.

Apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?
Cinta yang tiada bermatlamat. Cinta yang tidak pernah ditarbiyah. Cinta yang tidak disulam dengan niat lillahi ta'ala . Tidak.

Cinta itu sebenarnya untuk kita jika Cinta itu ditempatkan dalam tempat yang sememangnya menjadi haknya. Cinta yang ditarbiyah itulah sebenarnya cinta untuk kita.  Cinta yang setiap malamnya dihujani dengan air mata. Cinta yang setiap paginya dibasahi dengan embun zikrullah. Cinta yang setiap senjanya didendangkan dengan kalamullah. Dan cinta sebelum malamnya berlabuh dinodai dengan muhasabah keinsafan.

Itulah yang dipanggil sebenar-benar CINTA. CINTA pada Sang Pencipta.

- Artikel Iluvislam.com

Sabtu, 23 April 2011

Cinta di Pasaraya

Semalam di pasaraya. Tempat sesak, ramai sekali manusia berpusu-pusu di dalamnya. Masing-masing ada tujuan dan destinasi tersendiri. Ada yang berseorangan. Lebih ramai yang datang berpasangan. Kebanyakan daripada mereka datang berkumpulan, dengan keluarga atau teman-teman.

Matanya asyik memerhati gelagat dan telatah orang-orang yang lalu lalang. Dia selalu begitu, matanya suka memerhati. Bukan untuk mengintai aib orang tetapi dia suka melihat gelagat manusia, terutama di tempat ramai dan terbuka. Cuba menilai dan mengambil pengajaran.

Tersenyum dia melihat babak yang cukup menyentuh hatinya. Troli masih ditolaknya. Namun kakinya memperlahankan langkah. Sementara sahabatnya masih ralit memilih roti untuk dibeli. Dia pula asyik memerhati pasangan yang sedang berjalan melintasinya dari kiri.

Pasangan datuk dan nenek berjalan berpimpingan tangan, bersenda mesra. Ada bahagia pada wajah dan gerak geri mereka. 'Bahagia yang semulajadi', dia dengar suara hatinya menyakinkan. Bahagia yang bukan dibuat-buat, bahagia yang tulus dari cerminan hati keduanya.

Entah apa usikan datuk itu sehingga kedengaran tawa si nenek yang masih erat tangannya dalam genggaman. Perlahan tawa si nenek, tapi cukup membangkitkan rasa bahagia untuk mereka dan dia yang sedang 'mengintip' mereka. Ada CINTA di hati mereka. Mereka berlalu pergi. Tangan keduanya masih erat dalam genggaman. Mereka tersenyum, dan dia juga turut tersenyum. Semoga mereka terus berCINTA hingga ke syurga.

Isnin, 18 April 2011

Jom Kita Pakat Jaga Kecantikan :D

Assalamualaikum.. :D..
Apa khabar sahabat2 lady semua.. :D..Semoga sihat wala'fiat hendaknya.. Kalau sihat, pasti nampak cantik kan? Kalau sakit, pasti nampak tak cantik.. nampak lemah.. pucat.. tidak bermaya.. orang tengok pun tak berkenan.. :P..

Kali ini Lady nak membebel isu kecantikan.. Sesuailah dengan usia lady yang semakin meningkat nih.. Nak kata remaja.. rasanya dah lanjut.. nak kata dewasa.. mungkin tidak.. ape2pun.. semakin hari usia semakin lanjut.. semakin hari mental semakin lemah.. semakin hari semakin mendekat dengan kematian.. itulah yang terpaksa kita lalui sepanjang kehidupan kita..

Kalau isu kecantikan.. pasti sebilangan daripada kita akan membayangkan kecantikan wajah dan bentuk badan.. Kalau yang berwajah gelap.. pasti berusaha mencerahkannya.. kalau dah rasa kulit berkedut.. kurang kenyal.. pasti tercari-cari produk menegangkan dan menganjalkan kulit supaya lebih nampak segar dan montok.. Kalau rasa diri dah mula berisi, setiap minggu pasti gi gym untuk bersenam.. ataupun buat aktiviti-aktiviti fizikal untuk mengurangkan lemak dalam badan.. Lepas dah cantik.. daripada berbaju menutup aurat, terus terdedah sana sini.. kurang-kurang pakai baju sendat tuk menampakkan kemontokan susuk badan.. kalau tak, sia-sialah usaha kita selama ini andai tak ditunjukkan.. takper.. masih menutup aurat per.. :P.. ye ke ek tutup aurat kalau berpakaian sendat? padat? :P.. jom same2 tanye iman..

Tidak kisahlah ape yang korang nak buat untuk menjaga kecantikan tu.. :).. Asalkan bahagia.. di dunia.. akhirat Allahua'lam.. Lady pun tak tahu.. Tetapi ape2pun yang cube kite lakukan.. seelok-eloknya biarlah bahagia dunia dan akhirat.. ye dok? Allah suka hamba-hamba-Nya yang menjaga kesihatan dan kecantikan.. Allah nak semua hamba-Nya sihat.. jadi mudahlah untuk beribadat kepada-Nya..

Selasa, 5 April 2011

BPA ubah lelaki jadi wanita

KLORIN di dalam kolam renang akan bertukar menjadi racun jika bercampur dengan air kencing manusia. - Gambar hiasan


AIR walaupun sangat penting kepada tubuh manusia boleh bertukar racun memberi mudarat dengan bermacam cara.
Sebagai contoh, air bersih yang diminum menggunakan bekas plastik yang mengandungi bahan kimia Bisphenol A (BPA) dan Nonyphenol mampu menjejaskan kesihatan bahkan mengganggu sistem hormon.
Profesor Madya Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, salah satu daripada topik global yang sedang dibincangkan para saintis adalah bahan yang terkandung dalam bekas minuman plastik.
“Terdapat dua jenis bahan di dalamnya iaitu BPA dan Nonylphenol.
“Dua bahan itu digunakan untuk membuat bekas minuman seperti botol susu bayi kerana ia membuatkan plastik menjadi kuat dan tidak rapuh.
“Namun, ia memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia bahkan mampu menukarkan hormon di dalam badan manusia,” katanya.