Rabu, 27 April 2011

Apakah Cinta Itu Sebenarnya Untuk Kita?

Saban hari kita jumpa dengan orang yang berbeza. Berbeza sikap, berbeza perwatakan dan berbeza jantina. Saban hari itulah setiap perasaan yang berbeza wujud menerjah dalam diri. Ada rasa suka, gembira yang teramat, ada rasa benci, kadang-kadang timbul perasaan meluat. Terdapat juga rasa simpati ditaburi sedikit kasihan, dan tidak kurang pula datangnya cinta pandang pertama.

Saat melihat dirinya, hati jadi tenteram, aman dan tenang. Ibarat terbang di awang-awangan. Bagai cerita cinta dalam kisah dongengan. Tetapi, apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?

Kisah Cinta Pertama :
Uda dan Dara bercinta berjanji setia sehidup semati. Sampai masa, hanya Allah yang tahu. Cinta di pertengahan. Dara bertemu jodoh dengan insan lain. Sedang Uda berkelana sendirian tanpa arah tujuan.

Kisah Cinta Kedua :
Uda dan Dara bahagia membina mahligai indah atas dasar cinta, kasih dan sayang. Beberapa tahun berlalu, Uda dan Dara mula tidak sependapat dan akhirnya membawa haluan sendiri. Masing-masing bagai orang asing yang datang dari planet lain.

Apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?
Cinta yang tiada bermatlamat. Cinta yang tidak pernah ditarbiyah. Cinta yang tidak disulam dengan niat lillahi ta'ala . Tidak.

Cinta itu sebenarnya untuk kita jika Cinta itu ditempatkan dalam tempat yang sememangnya menjadi haknya. Cinta yang ditarbiyah itulah sebenarnya cinta untuk kita.  Cinta yang setiap malamnya dihujani dengan air mata. Cinta yang setiap paginya dibasahi dengan embun zikrullah. Cinta yang setiap senjanya didendangkan dengan kalamullah. Dan cinta sebelum malamnya berlabuh dinodai dengan muhasabah keinsafan.

Itulah yang dipanggil sebenar-benar CINTA. CINTA pada Sang Pencipta.

- Artikel Iluvislam.com

33 ulasan:

  1. akar kena kuat.. di beri air saja tidak cukup.. perlu di jaga.. di racun.. hehe

    BalasPadam
  2. salam kak...
    sekarang ni awe sangat mengharapkan cinta dari Allah...sebab tak tahan dengan masalah yang berlaku tak putus2

    BalasPadam
  3. MasyaALLAH sedap dan indahnya bahasa 'cinta untuk sang pencipta'

    bukan cinta sementara

    BalasPadam
  4. kalau nak cakap pasal cinta syikin tk pandai....


    kalau pada syikin..

    Cinta.. pada sang pencipta.. sbb bila cinta kita sesama manusia akan pudar.. jika tidak dijaga dan disemai...

    cinta kita pada sang pencipta lah yg akan menjaga cinta kita pada hambanya..


    bila kita susah hati.. kita sedih.. cari dulu kekasih pertama kita... yg menciptakan kita...

    kadang2 sedama manusia pun bersedih.. adatlah org bercinta...


    mengadu.. merintih merayu pada sag pencipta.. insyAllah...Dia akan memberikan yg terbaik kepada org yang mendekatinYa..


    Bila cinta sesama manusia itu berkurang.. atas kerna ujian.. insyAllah kasih syg Allah bertambah.. dan mengangkat darjat kita..


    itu yg akan membuatkan cinta sesama hamba bertaut kukuh kembali..

    BalasPadam
  5. qaseh suka artikel dari iluvislam .. tq sis ..yep cinta saja tak cukup jika tak disulami dengan cinta yang agung .. cinta Allah

    BalasPadam
  6. cinta kepada Sang Pencipta adalah cinta yang hakiki. kerna cinta sesama manusia tidak semestinya memiliki. :)

    BalasPadam
  7. dan kisah cinta kedua itu terlalu biasa kita dengar.

    jelak.

    BalasPadam
  8. perasaan cinya yg diberi olehNYA..adalah kurnia paling besar buat manusia...bayangkan hidup tanpa cinta-pada pasangan..pada anak2..pada mak ayah..

    BalasPadam
  9. En Mamat :

    haha.. tu la.. komen en mamat kat bawah x pulak sebut perlu diracun :P

    BalasPadam
  10. Hawa :

    sabar yer hawa.. dugaan bercinta ke? camne kalau kawin terus? lagipun hawa dh kenal lama kan si dia? huhuhu.. mungkin lepas kawin ia jadi bertambah baik :)

    BalasPadam
  11. Sudais :

    Cinta pada Sang Pencipta selama-lamanya.. tp kan.. time susah baru kite bercinta dengan Sang Pencipta.. bila time sng.. Sang Pencipta ditinggalkan ke tepi.

    BalasPadam
  12. Sikin :

    Sikin.. :D.. pakar tentang CINTA.. suke dengar.. :)..

    BalasPadam
  13. assalam..

    sng nk sebut cinta.. tp dah silap tafsir antara cinta dan nafsu.. tp mmg ada.. segelintir manusia yg dpt merasa cinta ;)

    BalasPadam
  14. Qaseh :

    Terima kasih sebba suka :).. kalau ada artikel yg best2.. hntrkanlah kat iluvislam.. kalau nak lady yg terbitkan.. bagi kat lady.. :P

    BalasPadam
  15. Black Roses :

    betull.. cinta sesama manusia tidak hakiki..

    BalasPadam
  16. Heroiczero :

    memang hakikat kehidupan.. cinta sesama manusia bukan selama-lamanya.. hanya cinta Allah kekal abadi..

    BalasPadam
  17. Kamsiah :

    Kalau hidup tanpa cinta.. tanpa kasih sayang.. pasti tak best kan..

    BalasPadam
  18. Maiyah :

    Waalaikumusalam wbt..
    betulk ak.. perkataan cinta amat mudah untuk diungkapkan.. tetapi amat mudah juga untuk hilang..

    BalasPadam
  19. mulai cinta kerana Allah SWT. umpamakan cinta selain Allah sebagai jambatan menuju Cinta Dia.

    BalasPadam
  20. cinta itu memang indah
    salahnya manusia bila tidak memahami kehendak cinta
    hanya tahu kehendak diri sahaja

    BalasPadam
  21. ARTIKEL2 QASEH TAK LAYAK MASUK LUV ISLAM TAK BES HEHE .. QASEH PILIH KOMEN SIS HR NI TUK REVIEW WEE

    BalasPadam
  22. ct payung :

    ye kak.. cinta kerana Alalh sebagai pemula sebuah perhubungan.. pasti mengarah kepada cinta pada-Nya.. InsyaAllah :D

    BalasPadam
  23. tehr :

    cinta mmg mengasyikkan.. kdg2 krn cinta kita menjadi alpa walaupun niat sebaliknya.. moga2 Allah tuntun cinta kita kepada-Nya. Ameeennn

    BalasPadam
  24. Qaseh :

    boleh jerk.. Qaseh hantar.. kalau bersesuaian, pihak editor akan edit balik artikel tu untuk membaiki sebarang kelemahan andai kelemahannya sedikit.. cubelah.. kalau nk cepat, meh sini artikel kasih.. lady cube check..

    BalasPadam
  25. cinta kepada Maha Pencipta itulah cinta yg abadi.. :)

    BalasPadam
  26. Heidi Shafiq :

    itulah yg sebenar2 cinta..

    BalasPadam
  27. IM cinta kat ibu_suri sorang je...

    BalasPadam
  28. nope..hubungan kami alhamdulillah tak da masalah..cume kami nak tunang ni ada sikit problem dari pihak awe...tapi insyaAllah lepas raya ni..prob kat tempat kerja, ngan tuan rumah awe menumpang skunk ni..

    BalasPadam
  29. untuk kita seandainya cinta itu kita letak pada tempatnya...

    BalasPadam
  30. Insan Marhain :

    Allah ngan Rasul bagaimana?

    BalasPadam
  31. Hawa :

    ooo.. lady faham.. ingatkan dalam perhubungan cinta.. hihihi.. sorry yer hawa.. silap tafsir..

    BalasPadam
  32. Gos :

    ye.. :).. semoga kita semua menjumpai cinta yang diletakkan di tempatnya yer.. ameeennn..

    BalasPadam
  33. cinta yg datng kadang2 buat kta keliru sma ada cinta sejati @ palsu:)

    BalasPadam