Assalamualaikum sahabat-sahabat Lady..
Semoga semua sihat walafiat sokmo..
Sihat dari pelbagai segi.. fizikal mahupun mental..
Siapa rasa dirinya sihat fizikal dan mental 100%? Alhamdulillah.. Kalau tak sihat mesti sukar nak membaca atau membuka PC kan?
Selama ini, lady selalu tulis berkaitan dengan kesihatan fizikal semata-mata.. Kalau tak pun, berkaitan dengan perkara-perkara yang memberi impak negatif kepada tubuh badan manusia. Jauh sekali lady membicarakan tentang kesihatan mental. Walau bagaimanapun, pernah sekali lady berblogwalking sambil membicarakan isu masalah mental di kalangan kita, namun daripada maklumbalas dan pemerhatian Lady, sebahagian besar daripada kita tidak mengaku mereka menghadapi masalah mental. Biasanya, kita menganggap orang yang menghadapi masalah mental adalah orang yang ditahan di pusat-pusat pemulihan mental seperti di rumah sakit jiwa.
Ramai di kalangan kita yang menganggap diri bebas daripada belengu masalah mental. Namun berdasarkan kajian oleh NHS, satu daripada empat orang mengalami masalah mental, samada disedari ataupun tidak. Salah satu tanda seseorang mengalami masalah mental adalah seperti mengalami tekanan dan kemurungan. Penyakit mental melibatkan gangguan fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.