Assalamualaikum sahabat-sahabat Lady..
Semoga semua sihat walafiat sokmo..
Sihat dari pelbagai segi.. fizikal mahupun mental..
Siapa rasa dirinya sihat fizikal dan mental 100%? Alhamdulillah.. Kalau tak sihat mesti sukar nak membaca atau membuka PC kan?
Selama ini, lady selalu tulis berkaitan dengan kesihatan fizikal semata-mata.. Kalau tak pun, berkaitan dengan perkara-perkara yang memberi impak negatif kepada tubuh badan manusia. Jauh sekali lady membicarakan tentang kesihatan mental. Walau bagaimanapun, pernah sekali lady berblogwalking sambil membicarakan isu masalah mental di kalangan kita, namun daripada maklumbalas dan pemerhatian Lady, sebahagian besar daripada kita tidak mengaku mereka menghadapi masalah mental. Biasanya, kita menganggap orang yang menghadapi masalah mental adalah orang yang ditahan di pusat-pusat pemulihan mental seperti di rumah sakit jiwa.
Ramai di kalangan kita yang menganggap diri bebas daripada belengu masalah mental. Namun berdasarkan kajian oleh NHS, satu daripada empat orang mengalami masalah mental, samada disedari ataupun tidak. Salah satu tanda seseorang mengalami masalah mental adalah seperti mengalami tekanan dan kemurungan. Penyakit mental melibatkan gangguan fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.
Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, - Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif/ intelek, afektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan.(Adaptasi dari Kanada)
Ini pula adalah definisi daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyaraka.
Ciri-ciri pesakit yang mengalami masalah mental :
~Perasaan rendah diri.~Tekanan dalam hidup.~Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga.~Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim dan perzinaan)~Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan.~Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak/ pasangan, pembuli jalanraya, pembuli sekolah)
Kebanyakan daripada kita sedikit sebanyak pasti mengalami masalah ini. Peningkatan taraf hidup dan pembangunan yang pesat negara, kadang-kala telah menyebabkan masalah kepada golongan tertentu yang menyebabkan tekanan atau stres daripada rutin kehidupan harian sama ada berpunca dari kerja, persekitaran atau individu lain. Masalah ini tidak sewajarnya dipandang mudah dan memendamkannya sehingga boleh mengganggu emosi dan rohani sehinggakan boleh menyebabkan mengalami masalah mental yang kronik.
Masih ramai rakyat Malaysia yang enggan mendapatkan kaunseling apabila menghadapi tekanan. Akhirnya ada yang mengambil keputusan drastik; dan paling membimbangkan ialah membunuh diri. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang lelaki berusia 25 tahun terjun bangunan Wisma Persekutuan (Terengganu) daripada tingkat 5 dan dijangka terjun dengan sengaja dan telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Jangan memandang enteng dengan masalah mental, andai terasa diri mengalami masalah, tertekan, rasa rendah diri.. jangan sesekali biarkan diri hanyut sebaliknya cuba dapatkan nasihat daripada kaunselor. Andai malu, cukuplah sekadar meluahkannya pada teman-teman yang boleh dipercayai, menulis di blog, berblogwalking, melakukan aktiviti fizikal, dan melibatkan aktiviti bermasyarakat secara aktif. Elakkan diri daripada menyendiri dan menyalahkan diri sendiri. Di bawah ini merupakan langkah-langkah untuk mendapatkan kesihatan mental yang baik.
10 Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif
Menerima kenyataan diri secara realistik. Mengendali masa dengan baik (time management) Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak. Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain. Menjaga kesihatan fizikal. Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah. Memastikan rehat dan tidur yang cukup. Mengendalikan tekanan mental secara berkesan. Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik. Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu.
Pegangan agama penting. Dengan melakukan ibadah atau meditasi boleh mengurangkan stres. Dengan meletakkan tubuh badan dalam keadaan tenang, stres dapat dikurangkan. Berdoa, beribadah atau bermeditasi adalah latihan kerohanian yang boleh dilakukan di rumah dengan bersyukur kepada Tuhan atas segala kebaikan dan rahmat yang anda perolehi. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah, pasti masalah mental dapat diatasi.
Allahua'lam.
Untuk mendapat keterangan lanjut, klik di sini yer..
http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/perubahan-iklim/587-kesihatan-mental-perlukan-perhatian
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Mental/KESIHATANMENTAL%20AM.php
http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/kesihatan_mental.htm
macam mana pula kalau kita nak tahu kita ni ada masalah mental dalam tidak sedar kak?
BalasPadamMasalah mental daripada akal yang selalu yang bermasalah . Pabila kita berjauhi dengan Tuhan Yang Esa. Syaitan akan mendamping.. =)
BalasPadamNizam :
BalasPadamApabila kita rasa tidak pandai untuk mengurus permasalahn kt sendiri sehingga memberi kesan kpd fikiran, fizikal, dan org sekeliling.
Naim :
BalasPadambetul tu Naim.. :)..
Ape2pun kembali pada Allah..
Pasti jiwa akan tenang..
berzikir, bersolat, sentiasa muhasabah diri dan sentiasa bersyukur pasti kt xkan menghadapi mslh mental.
alamak. mcm ade sket je. bhahaha
BalasPadamadoihhhh. mntk2 dijauhkan.....
syukran tuk info di atas :)
BalasPadamsekurang2nye boleh mengatasi ke'stress'an ngn cara yg baik :)
Thanx! Entry yg sgt berguna utk disemua :D
BalasPadamSilah :
BalasPadamhehe.. ade ker?
meh sini nk tlg rawat :P
eykn :
BalasPadamskrg2nye kt tau dan cube atasi :)
Rose Johari..
BalasPadamtq rose.. :) same2 menyebarkan ilmu :)
heee. rawat free ke kne cas?
BalasPadamselain kekuatan pegangan agama,kekuatan mental juga perlu bagi kita dan sentiasa hindari kemurungan.mengambil jalan yang singkat untuk menhilangkan kemurungan menjadikan kondisi lebih teruk..
BalasPadamsemoga dihindari dari semua penyakit mental..
Silah :
BalasPadamNak free ke nak berbayar?
2 2 boleh :P
Ghost :
BalasPadamAmeeennn.. semoga Allah hindari kita semua..
info yg menarik...
BalasPadamye, adakalanya ramai yg tak sedar yg mereka berada dlm kawasan zon stress...
zon ni merbahaya bagi mereka yg tdk menyedarinya...
adakalanya jugak zon stress ni bole berjangkit kpd org lain...
jangan mengikut telunjuk nafsu
BalasPadamkerana nafsu sentiasa mendorong kepada jalan yg singkat yg membawa kepada kesesatan dan kehancuran
sebaliknya
atasi stress melalui perspektif Islam iaitu banyak berdoa, juga kekuatan dalaman
masalah mental atau mental yg bermasalah hehe...
BalasPadampilih cara hidup sihat,hidup bermasyarakat...ikut apa yg disuruhNYA...tinggalkan apa yg ditegahNYA..INSYA ALLAH..selamatlah mental kita...
ibu_suri mengalami masalah mentak kesan dari stroke 4 tahun lalu. kini mendapat rawan berkala di unit psikitrik, HBPP.
BalasPadaminsyaallah...hope mina pun ok.....
BalasPadamsbb bila terlampau byk masalh...
dulu selalu senyap...smpai jd pemurung...
skrg dah ok....huhuhu...
free pon bole byr pon bole. *tp yg byr bg la diskaun. heee
BalasPadamWhite Rose :
BalasPadamBetul tu Rose, kalau sedar pasti die cube control..
kalau x sedar tu yg bhy, dia akn follow emosi die sehinggakan sampai satu thp die xleh nak control dah..
biasanya stress akan melibatkan org lain.. kalau x byk pun, sikit..
Sudais :
BalasPadama'ah mr sudais.. kembali kepada Agama..
Adik Comel :
BalasPadamComelnye adik yg pakai tudung pink ni... InsyaAllah adik comel.. pasti Allah hindarkan kt drp penyakit/ mslh tersebut andai kita amalkan tatacara khdpn Islam.
Insan Marhaen :
BalasPadamSemoga dia cepat sembuh...
ameeennnn..
Kure2 Comel aka Mina :
BalasPadamInsyaAllah.. Ala Mina, bukan Mina sorang.. akak pun.. kdg2 xleh nk control.. tp jgn dilayan sgt yer dik.. cube kite lepaskan mslh tu.. trm dengan baik.. dan cube selesaikan..
:) Alhamdulillah kalau dh ok..
Silah :
BalasPadamNak free ke nak berbayar? :P..
tapi kalau bg free sukar nak hargai kan? so kene byrlah :P.. hehehehe..
think positive..pasti masalah mental ni boleh dielakkan.
BalasPadam:)
risau pulak
BalasPadamkita pun sukar juga nak pastikan yang kita ni ada masalah mental atau tidak
hehehe..kak..insyaallah apik xder saket mental..hehe
BalasPadamjust drop here and wanna say thanks for visiting my blog ^_^
BalasPadamLady, atok rasa ada masalah mental kadang2...tetiber atok rasa sangat aktif...tiber2 atok rasa pasif sangat..
BalasPadamNajihah Sahami :
BalasPadamseratus peratus akak setuju..
pandai adik akak ni.. :D
tehr :
BalasPadamKalau pernah rasa nak mengamuk, rs nak marah org/ dah marah orang.. maksudnye mental x stabil.. ade mslhla tu.. kene pandai control diri sendirilah.. :)..
bagi seorang manusia yg normal, sukar tuk mempunyai emosi yang 100% sempurna..
Apik :
BalasPadamye ke apik :P..
akak x cayer lah..
sebab..... sebagai manusia normal yg dicipta dengan kelemahan.. Allah x bagi kita 100% kesihatan mental yg baik.. kurang2 pasti ade jugak rs sakit hati.. rs tension nk jawab exam.. tensiuon sebab kawan2 kite asyik dpt markah tinggi jerk :P..
tu salah satu mslh mental.. tp xdelah sampai kene jumpe pakar psikiatrik.. :).. kene pandai handle lah..
Gaphe :
BalasPadamur welcome.. pls come again n try to understand Bahasa Malaysia ;) hihi
Suhami :
BalasPadamiyo ko atok? bahayo bahayo.. kene cari ubat tu atok.. hehehe.. biasala tu atok.. tp kene pandai controllah.. kembali pd Allah.. lady pun same jugak mcm atok.. dan semua org pasti pernah rsnye..
bahaya2 kena cari penawar nie... kalau yg kena mcam tue.. tapi kan..ada la sikit di ketegori kat angah sikit jer tau macam secebis la.. but still tak mental lagi.. la.. hahahaa
BalasPadamItulah. Sumo ni pokok pangkal kito kan. Jiko terjadi cenggini, kito back to basic...kembali pado Allah. Boto kato LD tu...
BalasPadamyah!! pokcik dah gilo.... pokcik dah gilo!!! waaaaa..... heheheheh.... kekalkan hidup yang sihat... sentiasa dekatkan diri dengan Allah... insyaallah pasti selamat hidup dunia akhirat.. tiada lagi kegilaan...
BalasPadamPesakit mental semakin ramai di Malaysia..
BalasPadamChina miliki 960,000 jutawan
saya mahu jadi gilaaaaa
BalasPadambtol tu lady.. kita pun ada masalah mental.. tapi kita bila ckp masalah mental.. semua orang igt gila je... hehe
BalasPadamsaya ada 1 masalah... pelupa... hehehehe...
BalasPadamassalammualaikum kak lady.. :)
BalasPadamsaya rasa saya macam ada masalah mental la.. hahaha... tensen sangat... tekanan perasaan... urm...
btw, lama tak nampak kak :(
kalau gila seks mcmane ?
BalasPadamwah, syukran atas nasihat danm tips yg bguna ye :)
BalasPadamerr...
BalasPadamrendah diri penyakit mental?
nget ada perasaan rendah diri yg melampau...
entry yg menarik..
BalasPadammntk2 dieba xde la ciri2 tu semua..
pegangan agama bukan saja penting.. malah dapat hindari kita dari pelbagai masalah dan elakkan dari gila..
BalasPadamAllah masih ada untuk kita..:)
BalasPadamkes pesakit mental yang tidak dirawat dan membiarkan saja tanda2 boleh mengakibat risiko yg buruk mcm dalam kes suami membunuh isteri didepan anak-anak. Kita kena tau betul2 tanda2 ini dikalangan org terdekat kita jugak
BalasPadam