Selama aku keje ni, macam2 ragam aku jumpe.. setiap masa berlaku perubahan secara beransur2.. yang paling ketara sekali perubahan fesyen muslimah.. kebetulan aku keje betul-betul di tengah pusat membeli belah, pusat perniagaan.. jadi pelbagai jenis ragam manusia aku nampak.. bukan sekadar fesyen para pengunjung, malahan pekerja2 di syarikat tempat aku keje dan di syarikat yang sebelah menyebelah ni.. kadang2 naik mual aku tengok manusia2 yang macam ni..
Mereka terlalu taksub dengan “fesyen muslimah”. Terlalu mudah terpengaruh walaupun sedar dan tahu fesyen yang diperkenalkan itu tidak menepati ciri-ciri yang digariskan oleh Islam. Bermula daripada tudung bawal, kemudian tudung wardina, lepas tu tudung ekin, dan sekarang mereka berlumba-lumba memakai tudung bonggol unta. Sampaikan aku nak cari tudung bawal yang bidang 55 tu xde langsung dijual.. tension tul.. mereka kata xde permintaan dan pembuat tudung sekarang ni dah tertumpu pada pembuatan tudung ikin dan tudung bonggol unta. Macam-macam.
Aku peliklah mereka yg jenis mcm ni.. mereka sedikit pun x gentar walaupun mereka tahu mereka mempunyai cirri-ciri penghuni neraka.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Dua kelompok daripada penghuni Neraka yang aku tidak pernah melihatnya (semasa hidupku): Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu dan mereka melibas-libas orang dengannya. Yang kedua adalah wanita yang akan telanjang walaupun mereka sedang berpakaian, perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya seumpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaannya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. “
[Hadith riwayat Muslim]
Pelik betul org2 yang sombong dengan Pencipta sendiri ni.. kalau Allah x bagi bernafas baru mereka tahu langit tu tingi ke rendah.. ego lak tu.. Apa yang Allah larang tu la yang die nak buat.. bukan setakat berani buat, malah bermegah2 lak tunjuk keberanian tu pada umum..
Dahle pakaian tu daripada sebesar-besar pakaian sehingga ke kecil2 pakaian.. dah macam x pakai baju dah.. kalau pakai baju besar pun, belah sana belah sini. Lengang punyalah besar, sekali angkat lengan terus nampak ketiak.. ye la kan ketiak comel.. Kain lak, sekali melangkah nampak kaki.. walaupun kaki tu x comel mcm siti norhaliza, tp ia tetap aurat.. kalau pakai stoking pun x dapat nak beza antara kaki original ngn stoking.. gebu beb.. sekali lelaki tengok rasa mcm nak tengok kali ke dua.. lepas tu mcm2 lintasan mengaburi mata si lelaki tu.. kesian tul..
“…Dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu…” [al-Ahzaab 33: 33]
Situasi zaman jahiliah dulu dah kembali ke zaman sekarang.. malah lebih dasyat lagi.. org zaman jahiliah dulu memang tidak tahu beragama, dan masih belum Islam. Tetapi org zaman jahiliah sekarang, org Islam tetapi macam bukan Islam.. apabila mereka diberitahu kesalahan, mereka tetap berusaha mencari beribu alasan untuk membenarkan perbuatan mereka tersebut. Siap menggunakan ayat2 al-Quran tuk menyokong perbuatan mereka.. banyak hadith2 yang digunakan untuk menyokong perbuatan mereka.
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. [al-Ahzaab 33: 36]
Macam2 peel manusia sekarang.. moga2 kite tidak tergolong dalam sebahagian daripada mereka.. kalau nyaris2 nak termasuk tu, moga2 ada manusia2 yang perasan dan berani menegur.. jangan sesekali biarkan saudara kite terjerumus ke dalam neraka. Mungkin mereka tak perasan perbuatan mereka tersebut salah. Tegurlah secara berhemah. Aku betul2 taknak menjadi penghuni neraka.. aku taknak aku termasuk di dalam perempuan2 penghuni neraka yang telah disebut oleh Rasulullah saw. Nauzubillah. Kawan2, tegurilah gue ya?
p/s : tadi jalan2 cari artikel untuk tugasan, terjumpa artikel ini. Artikel yang berkaitan dengan tudung sanggul tinggi. Rujuk di sini yer, penerangan penulis lebih ditil, insyaAllah boleh membantu sesiapa yang memerlukan rujukan terhadap pemakaian tudung seperti ini. Klik di sini untuk artikel tersebut.
p/s : tadi jalan2 cari artikel untuk tugasan, terjumpa artikel ini. Artikel yang berkaitan dengan tudung sanggul tinggi. Rujuk di sini yer, penerangan penulis lebih ditil, insyaAllah boleh membantu sesiapa yang memerlukan rujukan terhadap pemakaian tudung seperti ini. Klik di sini untuk artikel tersebut.
10 ulasan:
unta dipadang pasir pon tadak macam ni daaaa
kekeke..
stakat ni tak jumpa ag sanggul macam nie.. tpi memang haram.. sebab melampau2 sanggul gini...
da buang tebiat nak jadi unta kot..
mbekkkk mbekk unta bunyi
lg satu yg fesyen pin tdung kat blakang tuh bukan ke same mcm care pompuan kat gereje pkai tdung?
betul ke xleh ni?tp sanggul bese dorg wat tu pakai rmbut betul ke saje2 je cipta sanggul tipu..hm?haih
zalizalu :
unta je yang berbonggol.. kikikiki.. so kalau yang buat bonggol2 tu mcm unta la kan?
unta bunyi mbek mbek ke zalizalu? akak x pernah dengar unta mengembek camtu.. kalau kambing akak selalu dengar.. :P
mengunyah ais krim :
sedapnye ais krim.. terliur jerk rase.. a'ah.. tu la.. akak pun rs mcm tu.. nampak mcm sister kat gereja tu.. kite takyah pakai la ek.. kalau kite meyerupai sesuatu kaum tu, kita seolah2 sebahagian daripada mereka.. xnaklah..
KerangRebus :
terliurnye.. asyik makanan jer ni.. kerang rebus cicah asam.. sedap.. yummy2..
akak rasela kan, sanggul tipu, ade sanggul yang dijual di kedai2 tu kan?
rasanya kalau sanggul betul2 tak mcm tu..
akak taktahu nak kata boleh atau tak dik, tapi cube rujuk hadith yang akak letakkan dalam artikel tu..
mungkin tidak dibenarkan disebabkan oleh niat tu salah, dan berbangga2.. nak menunjuk2.. apepun sebabnya, kita elakkanlah memakainya jika itu yang Nabi larang.. kitakan umat yang disayangi :).. pasti bersebab tidak dibenarkan..
skrg nie benda nie dah jadi style kan
perkongsian yg menarik
=]
Ye lah Shahira.. dah jadi style..
kita ambik style yg menutup aurat lah ek..
:)
tgh cube nasihat kwn dgn qudwah hasanah~
bertatih =)
mari kite sama2 menasihati.. moga2 kita dapat membantu.. insyaAllah..
tQ syami sebab sudi hadir ke teratak hijau ni..
Catat Ulasan