Semoga saudara Palestina kita dalam keadaan baik baik sahaja. Semoga musuh2 mereka dijahanamkan dan dihapuskan oleh Allah Swt. Ameeennn
🍀🍀🍀🍀🍀
Alhamdulillah, syukur kepadaMu ya Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk menikmati Ramadhan untuk sekelian kalinya. Semoga Engkau memberi keampunan dan meredhoi kami semua ya Allah. Ameeennn..
Menu berbuka kami hari ini.. yang dalam bekas tertutup tu belacan buatan adik kami si Firdaus.
Ada orang berbuka awal sebab lapar ketar-ketar dah katanya. Makanlah Baem.. ibu tak marah.
Hari ni ibu masak lauk ikan ayer singgang, sotong masak sambal (xtahula knp jadi hitam) 😂🤣
Ikan goreng kunyit.
Ayam goreng kunyit dan serai, resepi ntah ape2 asalkan boleh dibedal dan mengenyangkan. Bagitahu encik suami kita masak je sebulan ni yer 👊😇
Budu jangan dilupa, penyedap rasa nan setia..
Kuih muih pelengkap cerita. Ops, sayur dan buah di mana? 🥸🧐
Esoklah kita beli yer..
p/s : kami berempat makan atas lantai sahaja.. malas pula buka tikar mengkuang. Meja belum dibeli memandangkan dapur kami cenonet. Tapi insyaAllah sedang duk mencari meja lipat yang kukuh untuk Ldy berpaut. Perabot rumah perlu kukuh sebab bergerak secara berpaut sekiranya xpakai kerusi roda. Tahun ni tahun keempat kalau tak silap Ldy kami sambut Ramadhan di teratak kecil kami ini. Alhamdulillah..
10 ulasan:
Teringat moment kat kampung memang kami berbuka kata atas tikar je. Ramai2 tak muat meja. Lagi seronok makan ramai2.
Selamat berbuka puasa juga kakak, enak ada lauk sotong nya. :)
Selamat menjalani ibadah puasa ramadan
Selamat berbuka dan selamat menjalani ibadah puasa Ramadan.
Banyak juga menunya.
Alhamdulillah tahun ke-4 di rumah baru.
Berbuka atas tikar ni mmg sedap, teringat zaman dulu² mana ada meja makan pun :)
Lady silap tulis je tu? 1 Ramadhan patutnya kan, bukan 1 Syawal kan?
bila ada menu singgang slalunya wajib ada menu budu...smlm kuih tkde lg sbb tk pegi bazar ramadhan lg
Seronok berbuka macam ni....simple- simple aje...
Terliur tgk onde2 tu =D
selamt berbuka..ala, dok bawah pun ok je.. MA pun semalam berbuka di bawah je..meja dah penuh.nak bukak meja satu lagi x rajin plak.
so duduk bawah ajer
Catat Ulasan