Waktuku kanak-kanak, malam Nisfu Syaaban dan Malam Tujuh Likur antara malam yang termasuk malam kegembiraan bagi aku. Malam yang tertunggu-tunggu.
Che merupakan Guru Mengaji untuk Dewasa dan Kanak-Kanak di kampungku.
Maka keterujaan orang-orang tua terjangkit kepadaku disebabkan mereka berdiskusi amalan Malam Nisfu Syaaban. Mereka menunggu-nunggu malam tersebut bermula seawal bulan Rejab masuk.
Mereka semua kebanyakannya meluangkan waktu di masjid, tetapi tidak ibuku. Ibuku tidak mampu untuk beribadat di Masjid di usia mudanya. Adik beradikku ramai dan kecik2 semuanya waktu itu. Ibu banyak meluangkan waktu bersama kami.
Tetapi penantian dan keterujaan tidak pernah padam. Sehari sebelum Malam Nifsu Syaaban, Che akan menyelesaikan tugas hariannya awal2.. makanan dan anak2 dipastikan beres sebelum Maghrib.
Selepas Maghrib, Che akan berteleku di tikar sejadah untuk beribadat. Solat Sunat, Solat Maghrib, Solat Isyak dan bersambung dengan membaca Surah Yasin 3 kali.
Dan aku, bersama Che membaca membaca Surah Yasin. Berselang selang dengan doanya. Selepas habis baca , seakan2 terasa semua dosa dosaku terampun… terasa ringan kepala (padahal waktu tu apa ada dosaku, baligh pun belum lagi 😄).
Aku terasa lapang selapang lapangnya.. mungkin itu rasa Che yang ditransferkan padaku. Untuk ku menikmati bersamanya. Rasa ringan yang teramat sangat, seperti orang baru yang baru dilahirkan kembali.
Kakak2 dan abangku mungkin beliau baca sendiri di bilik masing2.. sebab masing2 sudah arif, aku je masih terkebil2 mengeja satu satu.
Tetapi ia suatu kelebihan untukku. Aktiviti itu aku lakukan bersama Che berakhir setelah aku terpaksa merantau menuntut ilmu.
Dan kini aku hanya membaca seorang diri di rumah dan Che di rumah Che.
Semoga Allah memanjangkan usia kita untuk beribadat kepadaNya, memberi keampunan di atas semua dosa2 kita, diberikan rezeki yang diredhoi dan sentiasa dalam kecukupan dan dimatikan dalam Husnul Khotimah. Menerima buku amalan dari tangan kanan insyaAllah. Ameennnn..
Salam Nisfu Syaaban kepada Semua.
Allah sentiasa ada untuk kita, Dia dekat dengan kita, Dia sentiasa menolong setiap perjalanan hidup kita.
Semoga Allah bantu Rakyat Palestin, Hancurkan Para Yahudi Laknatullah. Ameennnn..
9 ulasan:
Bagus Ldy, dari kecil sudah dididik dgn kemulian malam Nisfu Syaaban. Akk tak ingat memori ttg Nisfu Syaaban, kecuali arwah mak suka masak special utk diagihkan kpd jiran atau saudara terdekat.
Salam nisfu syaaban buat kita semua.. Semoga segala urusan kita di permudahkan, dan mendapat pahala dan ridho Allah SWT.. Amiin 🤲
sama lah Ana pun dulu masa kecik, ustazah tok guru mengaji byk kali dedahkan ttg Nisfu Syaaban
Kecik2 pun dah ada perasaan tenang tu ye? 😂. Alhamdulillah.
Jadi rindu pulak nak pegi tanah suci, sbb teringat definisi tenang yg LB maksudkan ini, mungkin spt itu. Doakan ai tau.
orang yg ikhlas beribadah auranya kena tempias juga kat kita walaupun tak banyak
masa kecik2 pd malam nisfu syaaban selalu ikut arwah ma ke surau. Arwah siap bawa kuih spt onde-onde atau tepung bungkus utk dikongsi dgn jemaah lain. Meriah la sbb lps Isyak dpt mkn mcm2 kuih n minum teh o atau kopi o cap badak sumbu. tu kenangan masa lewat 70an n 80an dulu2.
Akak suka baca cerita Lady. Kenangan ye, dengan orang tua, walaupun masa tu masih kecil. Semoga kita pun dapat istiqomah, dan cuba yang terbaik. Aminn, atas doa-doanya.
Mudah-mudahan ada lagi rezeki dan kesempatan buat kita semua dan keluarga untuk memuliakan nisfu syaaban pada tahun2 akan datang. Moga setiap Rejab, Syaaban dan Ramadan dapat kita isi dengan amalan2 baik.
Zaman kecik-kecik dulu best. Malam-malam jalan kaki pergi ngaji dengan kawan-kawan kat rumah Tok yang ajar ngaji.
Catat Ulasan