Assalamualaikum semua sahabat Lady di sini, semoga kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera, dan sentiasa dalam naungan rahmat Allah.. Ameeennnn..
Setelah sekian kalinya berhibernasi, sepanjang tempoh itu banyak perkara berlaku..
Nenek meninggal, selang seminggu tokki pula meninggal.. semua ada cerite yang ingin sekali dinukilkan di sini sebagai pedoman anak2.. Fateemah dan Ibraheem Khalilullah..
Kemudian Yahya Sinwar (semoga syurga tempatmu).. belum juga sempat dinukilkan lagi..
💦💦💦💦
Apa jua yang dilalui dalam hidup ini, kita hanyalah sebagai 'pelakon' yang mengikut arahanNya sahaja. Sampai suatu saat, kita akan dipanggil untuk dinilai 'lakonan' kita.
Kita dibekalkan akal sebagai penentu langkah dan pilihan 'lakonan' kita..
💦💦💦💦
Minggu depan, bermula peperiksaan akhir tahun bagi Fateemah, dan diikuti dengan UPKK pada bulan satu 2025. Semoga Allah masih memberi nafas dan kekuatan dalam mendidik anak-anak..
💦💦💦💦
Sehingga ke hari ini, ujian kebakaran rumah hari tu masih belum diselesaikan lagi dengan sepenuhnya.. semoga Allah permudahkan ..
Allah memberi hati, mulut, telinga, kaki untuk menilai, membuat keputusan dan bertindak. Allah juga memberi akal yang waras, maka bertindaklah tanpa mengguris sesiapa, tanpa perlu sesiapa berkorban.
Semoga semua keputusan, tindakan akan membawa kepada kebahagiaan dan ketenangan. Hidup kita hanya sementara dengan satu tujuan yang sama, bersatu di SyurgaNya. InsyaAllah.. Ameeennn..
💦💦💦💦
Berkaitan bisnes, ia biasa.. sementara tunggu bersara.. cikgu kata kerja dulu kumpul harta sehingga 50 usia.. 💥💥💥 Terima kasih cikgu, Ldy sentiasa masih anak di mata seorang guru.
💦💦💦💦
Apa yg ditulis di sini sbg pedoman untuk jadikan entry setiap satunya nanti..
Selamat semuanya.. semoga masih ada yang sudi bertandang di sini, Jika ternampak Iklan Herba Bonda Mujarab, mohon doakan kami yer.. 💃💃💃
16 ulasan:
Semoga dipermudahkan segala urusan dalam liku liku lakonan sebagai seorang hamba.. Al Fatihah buat nenek dan tok ki.. semoga syurga utk mereka.. :D
Takziah kepada keluarga kak... Semoga Allah ganti lebih baik.
Waalaikumussalam.
Salam takziah atas pemergian nenek dan Tokki.
Semoga dipermudahkan segala urusan Lady.
Waalaikumussalam khabar baik
Akk tertanya² kemana menghilang Lady kebelakangan ni. Rupanya diuji pelbagai ujian ye. Kekal sabar & kuat, Insha Allah Lady mampu harungi semuanya dan akan dibukakan jalannya.
Take care.
Mbak, apa kabar? Lama tak berjumpa lewat entry blognya.
Turut berduka cita bagi nenek yang sudah meninggal. Semoga diterima iman Islamnya, semoga diampuni segala khilafnya.
Sepertinya banyak hal yang terjadi pada hidup Mbak. Apapun semoga Mbak tetap tabah dan tegar dalam menghadapinya.
Salam,
Waalaikumsalam, turut berdukacita atas meninggalnya nenek lady, semoga amal ibadahnya diterima.
semoga lady dilancarkan segala urusannya.
Saya rutin lihat blog Kaka Lady, dan kepikiran juga kenapa tak ada post baru. Ternyata ada banyak terjadi selama ini 🤗. Ikut berdukacita dengan meninggalnya nenek dan tokki. Semoga keduanya diberi kelapangan kubur, diterima segala amal perbuatan.
Dipermudah kiranya ujian yang akan dihadapi oleh anak2 kak lady nanti yaa 🤗. Semangaaat kaaaak☺️
Take care & moga tabah sabar sentiasa.
Salam Takziah. Moga rohnya nenek & tokki dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.
salam takziah utk arwah nenek & tokki
lama betul Lady menyepi...moga yg baik2 ajer utk Lady dan kita semua...Allahumma yassir
Semoga dipermudahkan segala urusan. Salam takziah utk kedua2 arwah nenek dan tokki.
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ salam takziah utk sis sekeluarga..
Salam takziah kepada waris atas pemergian orang yang tersayang
Welcome back LB...lets meriahkan blog kita ...selalu gak singgah blog LB tapi xde update...takziah buat ahli keluarga yang telah pergi..
semoga tenang roh2 mereka yg sudah pergi tanpa kembali....hidup di dunia yg fana' utk mencari bekal di alam baqa'...semoga Allah permudahkan urusan kita dan diberi kekuatan menghadapi ujianNya..
Catat Ulasan