Jumaat, 29 Mac 2024

Happy Belated Birthday Adik Baem...

SEMOGA ALLAH MERAHMATI BUMI PALESTIN DAN MEMBANTU SAUDARA PALESTINA.. AMEEENNNN

Assamualaikum semua.. salam sejahtera.. Salam 18 Ramadhan.. Semoga setiap hari ada penambah baikan amalan.. dan setiap amalan diterima oleh Allah azzawajalla.. insyaAllah.. ameeennn..

Nak dijadikan ceritanya, semalam waktu berbuka sambut birthday adik yang ke-5 tahun. Dah besar anak bongsu ibu..

Hakikatnya birthday adik adalah 3 Ramadhan, tetapi entah kenapa pada 3 Ramadhan tu semua ingatan hilang dibawa arus emosi puasa.. sedangkan setiap tahun sambut birthday adik dan kakak pada bulan Ramadhan..

Kakak lahir pada bulan 5, dan kebanyakan tarikh lahir kakak jatuh pada bulan Ramadhan kecuali tahun ini, dan adik pula memang pada bulan Ramadhan maka kite celebrate sekali.. tetapi tidak tahun ini maka ingatan kami sekeluarga tiada sedangkan adik setiap hari duk hitung birthdaynya.. patah hati adik..💔💔 nak bagitahu tak pandai.. 

Maka just ambil syarat kite pergi berbuka di Restoran AMZ di tepi rumah ni je ha.. rumah lady di pinggir bandar memang dikelilingi oleh tempat2 makan yang boleh dikatakan viral.. Alhamdulillah ruang tidak penuh lagi dan kami dah tempah meja selepas asar.. cari kek pula kedai kek semua dah tutup sebab Cuti Nuzul Quran.. maka kite beli kek secoet yang nampak tak nampak gitu.. cari kedai2 biasa di Giant. Alhamdulillah ade kalau tak 'sebek'lah adik..

Inilah rupanya kek yang kecik sedikit dari tapak tangan dihiasi dengan seorang Otomen.. budak ni xkenal Otomen .. adik lebih kenal Ironman, Captain Amerika, Antman.. Otomen ni ketinggalan zaman.. zaman Ldy dan En Suami waktu kecik2 jerk..

Si kakak jenuh bersolek bagai dengan beg sandang nak celebrate birthday adik.. keluar2 dia tegur ibunya.. "ibu pakai macam ni je ke nak gi celebrate birthday adik.." mana taknye Ldy dengan tshirt biasa berseluar dan bertudung biasa, dia dengan baju labuh dan tudung berlilit liplap siap bergincu bedak semata2 nak celebrate birthday adiknya.. semangat betul si kakak.. sayang kakak ketat2 menghargai sambutan birthday adiknya.. Ibu seganlah nak pakai cantik-cantik wahai anak2.. 


Gambar kami 3 beranak.. Kakak, Adik dan Ibu.. nampak dah matang dah anak sulung ibu ni.. semoga nanti boleh jaga dan sayang adiknya dengan baik.. 

Adik keluar dari kereta jer terus bagitahu ibu, abi dan kakak.. "ibu, tengok tu kakak dia pimpin tangan adik die.. kakak tak pimpin pun tangan adik.. kakak tak sayang adik".

Maka sepanjang dari kereta ke kedai makan, kakaknya berpimpin tanganlah dengan adiknya sama2 menuju ke meja yang ditempah. Pandai betul adik 'main angin' kakaknya. Dan terima kasih kakak jaga mood adik dan secara tak langsung jaga emosi ibu dan abi untuk enjoy sahaja kenangan ini. 

Gambar Abi, Adik dan Ibu... kakak yang ambilkan.. Alhamdulillah pandai kakak ambil gambar.. 

Ibu dan abi doakan agar kakak dan adik membesar dengan sihat.. cerdik.. cerdas.. hormat orang tua.. sayangi orang muda.. beradab dan berakhlak baik.. jaga solat.. jaga puasa dan jalani ibadah lain dengan taat dan sabar.. kita sama-sama jaga diri untuk menuju ke SyurgaNya.. ameeennnn..

25 ulasan:

dear anies berkata...

Alhamdulillah
bertambah usia adik Baem
maka akan bertambah kematangan dalam kehidupan seharian
di samping terus menjadi anak kebanggaan abi dan ibu...
aminnnn

dear anies berkata...

boleh geng dgn saya juga laa
ramadan babies...
hahaha
walaupun no more a baby...

Amie berkata...

Sanah helwah adik Baem.
Moga terus membesar dengan sihat, jadi anak soleh, taat perintah Allah dan Rasul.

Warisan Petani berkata...

Hbb cu baim

Kak Sue berkata...

Happy belated birthday Adik, semoga semuanya yang terbaik untuk Adik dunia akhirat.. Aamiin Ya Mujib..

Wak Lat berkata...

heppi belated besday kakak ittewwww., aminn

Afzan berkata...

happy belated birthday adik...moga sentiasa sihat,moga yang baik2 sentiasa mengiringi adik sepanjang usia

Mas Agus berkata...

Happy Birthday ya adik Baem, semoga jadi anak yang sehat , cerdas dan hormat orang tua.

Bola Katok berkata...

Selamat Hari Lahir. Semoga membesar dengan sihat.

Puan Hazel berkata...

Happy Birthday Adik 🎈
Semoga membesar dgn sihat & selamat aamin 🤲

uncle gedek berkata...

Semoga jadi anak yang berguna... amin

fanny_dcatqueen berkata...

Terharu saya baca ini ☺️.. sukaaa lihat senyum adik, nampak senaaaang sangat karena birthday ya dirayakan 🎉. Happy birthday adiiiiik, semoga adik membesar sehat, selalu sayang keluarga, dimudahkan rezeki adik selalu yaa. ❤️🤗

mrhanafi berkata...

selamat hari lahir adik Baem...

moga jadi anak yang soleh dan berjaya dunia serta akhirat

mrhanafi berkata...

Selamat hari lahir adik Baem ...

semoga jadi anak yang soleh dan berjaya dunia serta akhirqt

nohas berkata...

Selamat hari lahir adik Baem...Alhamdulillah, walaupun terlewat tetap dirai..kakak pandai bergaya..hihi..

✿Cik Cappuccino Latte ✿ berkata...

Happy belated birthday baem . Moda jadi anak yang soleh , cerdik bijak pandai

mama tisya berkata...

happy belated birthday utk adik baem...smoga jd ank yg soleh..berjaya dunia akhirat

Nur berkata...

Happy belated birthday to adik baem. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, pandai berdikari dan berjaya dalam pelajaran.

Suria Amanda berkata...

Selamat hari lahir adik Baem...

NA berkata...

Gembira sungguh adik walaupun harijadinya disambut lewat.
Selamat harijadi terlewat untuk Adik Baem.

Bola Katok berkata...

Selamat Hari Lahir. Semoga membesar jadi anak yang sihat.

Bola Katok berkata...

Selamat Hari Lahir. Semoga membesar dengan sihat.

Time Traveller berkata...

Alhamdulillah.. Selamat Hari Jadi.. Semoga membesar dan menjadi anak yg soleh :D

Busyra Takiyudin berkata...

happy belated birthday adik.. smoga sentiasa sihat dan dirahmati

mamapp berkata...

Happy Belated Birthday Adik Baem semoga menjadi anak soleh dan cemerlang dunia kahirat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...