Isnin, 5 Februari 2024

Ibu Yang Malas

 Alkisahnya pada hari Sabtu 03 Februari 2024

💓💓💓

Masam sungguh muka kakak

07: 30 pagi

Abi, Abi tolong jemur baju dan angkat baju.. saya nak jadi "Raja" hari ni.. saya malas nak buat kerja.. Rasa nak muntah dah buat kerja sama hari-hari. Jemur baju, angkat baju, kemas baju, basuh baju.. 

Abi pun ambik baju yang telah ibu basuh dan sangkut dengan hanger untuk disidai di luar rumah

Ibu pun sambung main henset sambil bermalas-malasan sebab rasa dah lama buat kerja sama. 👅

kakak pada 8 tahun lepas

10.30 pagi

Ibu, buka pintu.. kakak nak masuk..

Kakak, kakak masuk kot tingkap la.. panjatla.. ibu nak jadi raja hari ni, ibu malas nak buat apa-apa.


Gambar sekadar hiasan, satey Jabi 

01.00 petang

Abi, saya tak masak hari ni.. abi order la ape2.. ayam ade dalam peti, boleh goreng kalau malas. 

Abi pun pergila ketung ketang kat dapur settle urusan makan dan hidangkan untuk ibu.. sebab ibu nak jadi Raja hari ni 👅

Gambar sekadar hiasan.. main gunting kat depan rumah.. 
03:00 petang

Ibu, jom teman adik main congkok..

Ibu malas nak main dan buat apa2 hari ni.. Ibu nak baring main henset jer dik.. Ibu nak jadi Raja hari ni..

 Ibu, Raja tu Malas ke?

💛💛💛💛


Adik seorang yang jer yang bertanya soalan, orang lain semuanya menerima dengan hati yang terbuka ibu nak jadi Raja Sehari hari ni. 

Maka, ibu pun jadila Raja hari ini. Alhamdulillah.. esok ibu sambung jd ibu pula yer anak-anak.

Raja bukan malas, tetapi raja ada pembantu-pembantu yang menguruskan hal ehwalnya. Yang penting Raja ada Permaisuri.. :D

Abi dan Anak-Anaklah jadi pembantu-pembantu ibu. Lain kali ibu nak jadi raja lagi..


29 ulasan:

Suria Amanda berkata...

Sesekali ibu pun nak me-time jugak kan..sama la ngan SA..kalau dapat me-time pun masa balik JB je

Mama Zharfan berkata...

best tu jadi raja hehheh ;) have a nice dayyy

mama tisya berkata...

sronok ibu jd raja kan hehe

adnil linda berkata...

sekali sekala memang akan perangai tak nak buat apa2..nk malas2 je...hahaha

adnil linda berkata...

sekali sekala..memang perlu mcm tu...nak booster energy

Bola Katok berkata...

Bagus yang bertanya tu. Macam nak sindir ibunya pun ada. 😅

Mrs. A berkata...

Me time itu adalah satu keperluan supaya ibu-ibu tak burn-out.
Alhamdulillah ada suami dan anak-anak yang understanding

Time Traveller berkata...

Memang me time betul ni hahaha.. Okla bukan selalu jadi raja kan :D

Afzan berkata...

cerdik sungguh adik....memang perlu sekali sekala jadi malas kan,kalau saya hari2 nak bermalasan huhu

Titik Asa berkata...

Sekali-sekali bolehlah ibu menjadi raja, Mbak.
Dan lihat, betapa anak-anak rela membantu apa yang biasa ibu kerjakan.

Salam,

Nur berkata...

Sekali-sekala, jadi raja, apa salahnya. Hari-hari buat kerja, kan. Perlu rehat juga.

Wak Lat berkata...

hahaha, kat dlm istana ibu tau tak ada bilik permaisuri, maksudnya raja takleh masuk bilik permaisuri ittewwww., kannns

Nieyla Nadia berkata...

Sesekali tu kan bila dapat jadi raja tu kan..Ya Allah seronoknyaaa...tapi itulah, sehari je selalunyaa...

uncle gedek berkata...

Oh ya, nak tanya... Kenal Fatah tu eh? Rumah dia belakang perpustakaan gitu

uncle gedek berkata...

Raja hari ni

dengan

Raja sehari

tu lain kan? hehehehe

Puan Hazel berkata...

Haha sesekali ibu jadi raja ye... Baguslah semua ringan tulang bantu ibu 👍

SalbiahM berkata...

sekali-sekala Ibu nak ambil masa untuk diri sendiri kan

anamizu berkata...

adik naif & jujur hehehe

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Hahaha... soalan dia di luar kotak.

Selagi anak2 masih kecik memang terhad our "me time". Bersabar ye.. pejam celik, tau2 nanti dorang besar dan makanan dah tersaji atas meja.

Sha Mohamed berkata...

Sesekali.. Ibu kenalah berehat dan menenangkan diri..
Selamat beristirehat ibu..

fanny_dcatqueen berkata...

Me time penting buat semua orang. Agar tak burnout kan. Jadi memang tak apa dilakukan sesekali. Namanya kita juga manusia, selalu ada rasa jenuh dan bosan. 🤗. Yg terpenting spouse dan anak2 mau ikut support juga saat ibu nak metime 😄

dear anies berkata...

alaaa bagi laa chance ibu bersenang lenang sekejap kannn
heheheh
bukan selalu kan dpt peluang mcm ni
omputeh ckp me time
haaa gituuuu
pada masa sama ibu2 dpt rehatkan minda agar kembali bersemnagat lps tu
;-)

Ezna Khalili berkata...

Ibu nak rehat satu hari ni je....Hari lain balik semula buat benda yang sama....

Cuya berkata...

Ibu Cuya pon permaisuri Cuya.. tapi puteri dia yang sorang ni kadang2 lagak macam permaisuri juga! HAHAHHA

Mas Agus berkata...

Sekali kali istirahat dan jadi ratu dalam sehari ya kakak. Untungnya Abi paham dan mengerti.😀

mrhanafi berkata...

Itulah yang dinamakan me time...masa untuk rehat bersama kit kat hahaha

Rini Ismail berkata...

hahaha..boleh guna tips ni, lepasni nak bagitau saya nak jadi raja tiap kali malas. senang hati dapat jadi raja camni :D

Rawiwa berkata...

Raja kan ramai assistant 😅

izzaty sarafina berkata...

alahaiii comelnyee diorang tolongg !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...