Sabtu, 17 Jun 2017

Cerita Untuk Tatapan Puteri Ibu - 2

Badan Eizza keseluruhan kekejangan..  Kaki tangan semua mengeras dan tersentak-sentak ke lantai.

Waktu itu mak Eizza ada anak kecil yang perlu diuruskan..  Kelam kabut mak urutkan badan Eizza supaya lebih lembut.. Waktu itu Eizza xtahu ke mana ayah.. Mungkin masih di tempat kerja.

Kebiasaan orang kampung,  hospital adalah pilihan terakhir..  Maka dihantar ke tok mudim tukang urut, dan rujuk ke mana2 sahaja tempat yang orang bagitahu boleh menyesaikan masalah Eizza.. Dari ustaz sehinggalah ke tok bomoh yang bermantera berasap bagai..

Selang 7 hari sakit tetapi sedikitpun tidak xberubah..  Badan masih mengeras dan perut kembung membukit.. Saraf langsung tidak berfungsi walaupun untuk mengeluarkan bahan kumuhan sendiri.. Maka Eizza dihantar ke hospital dengan nasihat dari orang kampung.

Di hospital,  Eizza dimasukkan ke bilik khas..  Dan lepas tu wayar urin dimasukkan..  Dan tinja dikeluarkan dengan semburan sabun (mungkin)..  Sb yang ni Eizza tak dapat recall balik..

Lepas beberapa hari di hospital dengan wayar berselirat..  Tangan sudah tidak merawang2 tanpa arah lagi,  tapi tidak dapat dicontrol sepenuhnya.. Nak sapu muka dengan tangan sendiri pun tidak mampu..  Jenuh usaha nak gerakkan tangan..  Tp lain nak dibuat lain tangan pergi..  Kite nak buat sesuatu tapi yang orang nampak seolah2 tangan kita terkapai2 tanpa haluan.

Nak bagitahu orang,  nak mintak tolong mak..  Perkataan semua hilang dari ingatan. Jenuh otak fikir nak cari perkataan.. Xjumpe..

Kaki terus kaku dan lembek.. Terus tak bergerak..

Mata Eizza time tu tak mampu untuk dibukak dan katup..  Katup hanya waktu tidur,  die terkatup sendiri..  Dan bukak time terjaga..  Bila dah terjaga..  Mata langsung tidak dapat dikelip2 seperti orang noemal.. Berat..  (mak xtahu sebab Eizza xdpt bagitahu). Tangan dicuba untuk menutup mata..  Tapi otak tak mampu arahkan tangan sampai ke mata untuk membantu menutup kelopak mata nan seketika. Penat menerawang tangan..

 Mata menjadi kemerahan menahan pedih..  Tambahan angin kipas yang menghembus terus ke dalam mata..  Orang yang datang hanya mampu memandang tanpa mengetahui ape yang kita rasa nak perlukan. Mereka rancak berbual dan bermesra sesama sendiri. Mata dan Hati terasa makin pedih.

Xde orang datang sentuh muka kita,  mata kita,  usap badan kita..  Mereka datang berborak2 dan balik..  Dan ade juge yang mengata Eizza ada penunggu sebab mata merah..  Eizza hanya mampu memandang dengan marah sebab stress orang datang tapi cakap yang bukan2 tanpa mahu merasa kesakitan kita.

Nurse dan doctor pun xreti nak tanya Eizza,  rasa macammana.. Masalah ape..  Mereka datang cucuk2..  Dan pergi..  Takde yang cube bertanya dengan soalan dan perkataan yang mudah untuk seorang anak kecil memahami. Mereka xde yang mahu menjiwai rasa hati seorang anak kecil yang sedang sakit. Mungkin hati mereka juga berkata Eizza berpenunggu.  Mereka takut untuk dekati.  Mendekat hanya untuk melaksanakan tanggungjawab.


Bersambung..

6 ulasan:

Unknown berkata...

tak sabar nak baca sambungan cerita Eizza. Misteri ya masalah kesihatan Eizza ni.

macyhumaira berkata...

sakit apa.. sakit apa.. bukan penunggu yg pastinya..

Tanpa Nama berkata...

Salam. Mcm mane nak handle bedsore dibahagian punggung? Btul2 dicelah2 punggung.

LadyBird berkata...

Spinal cord injury

LadyBird berkata...

Kalau sebelum kena... Elakkan duduk atau baring dlm keadaan yg sama dlm tempoh yg lama. Sentiasa ubah posisi. Klu slps kene, perlu dptkan rawatan di hospital.. Mslh bedsore bukan mslh kecik. Boleh ancam nyawa tuan.

ASTraveller berkata...

Salam singgah dan follow sini :)

Anda dijemput join GA saya,

http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...