Monday, October 15, 2012

Dipermudahkan Urusan, Diberikan Jalan.. Ameeenn..

Assalamualaikum wbt ♥ Sudah lama lady tidak menukilkan bicara hati lady di sini.. huhuhu.. keadaan kesihatan kurang mengizinkan untuk otak mengait patah2 kata membentuk sebuah nukilan bicara.

Buat pengetahuan kwn2 di sini, lady sedang menyesuaikan diri dengan situasi baru yg lady perlu lalui.. dengan sedikit kelemahan dan kdg2 di luar kemampuan.. tapi perlu digagahi juga melaluinya.. Alhamdulillah semakin beransur boleh menyesuaikan diri dengan hormon baru.. ♥ Syukur sangat2 kerana kawan2 di pejabat amat memahami jika lady banyak mengambil cuti.. 

Kalau kalian masih ingat lady pernah cerita sedikit pasal lady, kesukaran lady untuk melalui hidup saban hari sebagai seorang pesakit yang bergantung kepada hospital semenjak dari kecil sudah pasti memahami masalah lady sekarang. huhuhuhu..

Sebenarnya sekarang lady dah pregnant dalam dua bulan, tetapi lady sangat takut/ khuatir/ dan bimbang sebab lady menghadapi masalah spinal.. Macam2 cerite karut yang mendatang yang amat menakutkan lady.. Tetapi alhamdulillah lady masih belum 'sound' 'direk' pada yang membuat kenyataan seolah2 dielah Tuhan, Pemilik Sekelian Alam. 

Sejak sebelum lady berkahwin macam2 spekulasi buruk timbul, sampailah sekarang.. dan spekulasi tersebut datangnya daripada orang yang berpelajaran tinggi (tinggila sangat, kalau setakat ijazah tu xheranlah).. Kadang-kadang lady langsung tak boleh nak memandang or mendengar namanya.. di hadapan lady manis mulut bicaranya.. tp di belakang lady.. hanya Allah yang teramat tahu.. tapi sedikit sebanyak Allah memberi sedikit pengajaran tuk lady. Sebenarnya lady nak merahsiakan dari semua orang, termasuk makhluk itu, tetapi mungkin Allah nak melatih diri menjadi lebih tabah.. ♥ 

Kalian doakan agar kesihatan lady semakin pulih yer.. nurse nasihatkan lady pakai kerusi roda.. tapi... lady tak reti nak handlenyer.. sob sob sob.. Kalian doakan agar lady sihat, baby sihat, suami lady tabah jaga lady yang asyik baring jer ni, dan lady berjaya bersalin secara normal. Nurse tu cakap kalau dapat uk' uk' dan kencing sendiri insya-Allah boleh bersalin secara normal. Kalian doakan ek.. Lady teringin tuk mendapat zuriat sendiri.. yang sihat, baik, dan boleh jaga lady dan suami nanti lps kami tua.. dan kalian doakan sekali agar lady dipanjangkan umur yer.. sebab ade org cakap ade org sakit mcm lady lepas bersalin terus meninggal.. amat2 takut.. tapi kalau itulah takdirnye x mampu lady nak halang.. tapi lady tetap sedih dengan kenyataan manusia yang seperti itu.. sob3x..


p/s : maaf sebab dah lama x blogwalking.. semalam dapat client baru.. kalian doakan agar rezeki lady juga bertambah ek.. :).. lepas pd ni lady nak try join jualan tikar plak.. kalian doakan ek.. nak cari keje kerajaan susah untuk lady yg sakit mcm ni..

23 comments:

Iman Nur Aima said...

huhu... :'(

lepas ni kak za akan masuk senarai tetap dalam doa ayu...-siap sebut nama penuh-

missSenget said...

tahniah..! =)

insyaAllah dipermudahkan segala urusan tu..

Allah maha Adil dear..
setiap dugaan, pasti ada ganjaran dia..

ieja amieja said...

berat mata memandang berat lg bahu memikul..semoga lady terus tabah mengharungi dugaan ini..doa byk2 kpdNya..hanya Dia yg lbh mengetahui

LydSunshine said...

Salam Lady. Pertama sekali tahniah akak ucapkan sebab dah hamil. Ada alahan tak? Ada muntah2 tak? Makan cemana? Akak tumpang hepi. Hepi sgt sebab ari tu lady kata sedang berusaha nak dptkan zuriat kan?

Tapi akak tumpang sedih bila tau keadaan kesihatan lady. Akak pun tak tau nak cakap cemana, tapi akak doakan semuanya akan selamat. Akak doakan lady diberikan yang terbaik oleh Allah. Semuanya Allah yang atur. Lady hanya perlu yakin kepada kuasa Allah. Serahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Semoga Allah melindungi Lady. Ada sorang blogger ni, dia pernah mengandung dalam koma. Tapi alhamdulillah dia dan anaknya selamat dan sihat sampai sekarang. Mungkin Lady pun pernah baca pasal Lya Afrina di blog H.A.T.I.

fiza said...

Tahniah lady. Selamat menempuh 40 minggu nan indah. Semoga sentiasa dibawah lindunganNYA. Abaikan lah org macam tu. Hanya DIA yg maha mengetahui. Take care.

cik panadol said...

moga lady tabah hadapi dugaan...semoga cukup kuat untuk melalui hari2 mendatang sehingga baby selamat di lahirkan...sy doakan lady sihat2 selalu, di permudahkan segala urusan....amin~

tahniah atas kehamilan lady....

naim said...

semoga akak cepat sihat.

http://pemudattbc.blogspot.com/2012/10/super-star-didikan-negara.html

Bui Junaidi said...

YA ALLAH,SEDIH JUGAK KAK BUI BACA CERITA LADY NI..SEMOGA TAKDER APA2 YG BURUK BERLAKU..SEMOGA LADY DILINDUNGI ALLAH SELALU..AMIN..

TAHNIAH TAWW SEBAB BAKAL MENJADI IBU..WELCOME TO THE CLUB..^_^

aimaniman said...

patutlah lama x ada entri baru.. tahniah sebab pregnant,.. pasal penyakit tu semoga tabah dan dapat bertahan demi kandungan yang dinanti2kan tu...

tehr said...

tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku
doktor juga tak dapat mengawalnya
mereka hanya berikhtiar

pengalaman kami mendapat anak ketiga menceritakan segalanya
hanya allah yang maha kuasa

harap lady banyak sabar
biarkan saja apa orang kata / cerita

akubiomed said...

Tanniah kepada Lady bird yang bakal menimang cahaya mata. Jaga kesihatan baik-baik. :-)

Telor Power said...

jgn sedih2 sis.....

semoga perjalanan hidup sis dipermudahkan oleh ALLAH swt.

amin.

Noorul0206 said...

tahniah..dan bersabar ye menempuh ujian Allah..itu tandanya Allah saynagkan Kamu... minat nak wat part time bisnes yang masyuk tak?
http://www.jentayubiru82.blogspot.com/2012/10/kolagen-yang-best-dan-murah.html

nohas said...

Alhamdulillah, tahniah Lady..

Semoga tabah dalam semua urusan..

Kancil 8349 said...

tahniah...semoga tabah selalu

Tihara said...

as salam,

congrats lady, insya Allah moga mudah segala urusan, moga sihat selalu dan murah rezeki lady husband n wife..aamiin :)

JebengOtai™ said...

semoga tabah menghadapi ujian dan dimurahkan rejeki.. :)

ghost writer said...

masih sempat untuk ucapkan tahniah..

Golden Lounge said...

semoga d beri kekuatan dan kesabaran buat sekeluarga.

www.goldenlounge.blogspot.com

S..U..D..@..I..S said...

thniah lady..semoga semuanya berjlan dengan baik dan selamat menimang cahaya mata..jgn fikir lebih2 serah padaNYA.....

Cik Kay Jue said...

semoga lady diberi kesihatan dan sentiasa kuat dan tabah dlm menjalani hidup.. :)

Ibnu Kassim said...

:'( sedihnya.. saya simpati dgn Lady... kakak saya juga seperti lady.. nasihat saya.. dgr pesan doctor...

moga di permudahkan segala urusan... ^^

Mohd Sukur Ibrahim said...

semoga dipermudahkan urusan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...