Sunday, May 27, 2012

♥ Makanan Kegemaran Rasulullah saw. ♥

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.


9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥

SUMBER: Kami Peminat Ustaz Mohd Kazim Elias

42 comments:

LydSunshine said...

Yang cuka tu, akak nak kena google lebih lagi utk tau cara makan dia.. Cuka apa ye? Skrg ni akak ada amalkan minum sesudu cuka kurma selepas makan. Kesand ia setakat ni, bila tidur, mata jadi ketat nak buka. Bukan sebab mengantuk, tapi macam mata bengkak [tapi tak bengka la. rasa je macam bengkak]. Ada akak baca kalau pagi2 bangun tu mata ada banyak tahi mata, pastu merah, tu maksudnya hati tengah nyahtoksin. Tak tau plak betui ke dok. Lady ada try cuka kurma?

akubiomed said...

Menarik perkongsian ini. Boleh diamalkan. :-)

Kamsiah said...

barli...pada wanita yg menghadapi masalah kencing tak lawas,minum air rebusan barli....

naim said...

:D

Jom baca akak
http://pemudattbc.blogspot.com/2012/05/baik-vs-buruk.html

Yumida said...

kesemua makanan ni mmpunyai khasiat....buah barli..sedapnya!

HeNRieTTa JoSe said...

PSSS....Abang Mahfuz Najhan Sahar Murshid? hehehe...XKMPP kew?

Kakzakie said...

Madu+lemon kalau yang sesuai memang mujarab sebagai ubat batuk...

Tihara said...

salam lady,,

akak macam tertarik lak dgn komen LydSunshine, testimoni dia ttg cuka kurma tu...sbb rasa mcm teringin nk cuba la nanti :)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

delima ai loike....honey jugak

Hanamiko Sakura said...

minum cuka? erk.. tak dpat byangkan mcam mana minum cuka.. ^^ hehe

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Jika kita dapat mengamalkan makanan kegemaran Rasulullah ini, alhamdulillah dapat menghidupkan sunnahnya, dapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT. Mudah nak hidupkan sunnah Nabi, bab makan pun begitu banyak boleh kita lakukan.

delarocha said...

nice sharing

ghost writer said...

oh dalam tak sedar aku rupanya aku masih ada simpanan buah kurma dalam fridge aku.

pasal madu yang dicampur dengan air suam tuh memang terbukti bagus utk keluarkan kahak.

aimaniman said...

yppp akak kalau batuk x pernah makan ubat doktor, akak makan madu plus lemon jer, memang mujarab, alhamdulillah,..

anak2 pun akak biasakan makan sesudu madu setiap hari..

LYAfrina said...

lya pnh tbaca psl ni dulu

ainnoraini said...

Dan ada jugak kat rumah...buah kurma,buah delima kalau jumpa selalu beli jugak...

tq lady..

jebengotai said...

perkongsian yg menarik..terima kasih ya :)

Ibuhani said...

semua yg tersebut ibuhani suka kecuali cuka n buah zaitun tp minyak zaitunnya slalulah guna utk kulit n rambut...cuma cuka tu org gastrik x boleh makan kan...

S..U..D..@..I..S said...

buah tin dan minyak zaitun jarang ada dirumah.. kena usahakan juga nih...tq lady

atuk said...

Assalamualaikum Lady

saya suka minum air barli suam....

CIK TOM said...

cik tom plg suka air barli...mmg bagus minum esp. utk yg skt buah pinggang..

buah kurma pn suka jgk..eh dh xlm lg masuk bulan ramadhan..xsbr nak puasa..

Telor Power said...

boleh dijadikan petua dan amalan ni
TQ sis sharing kat sini

:)

insan_marhaen said...

baru IM dapat info ni dari kawan IM. tapi trend sekarang bukan selalu makan yang begini..

etuza said...

tahniah entry terbaik nak baca lagi sekali..Nabi kita Muhammad amat dirindui.dialah amalan sebaik2 sunnah

Yatie Awang said...

akak paling suka anggurlah...hehe

eiela said...

setakat nih kat rumah ada 7 je daripada benda di atas. makan jugak cuka kurma.

Ungu Violet said...

madu kalau boleh jgn masuk dlm peti ais...hilang khasiatnya nanti..:)

suri said...

suakrnya nk dapatkan buah delima..

suri said...

barli ada buat masa demam syukur demam reda dan tak teruk.tak perlu pergi klinik lagi heee

tehr said...

cuka kurma ramai yang suka sekarang ni
selalu juga ada orang datang jual kat sekolah

Juliet_iRa~" said...

suka kurma..kena beli kurma lagi lepas ni..

sll minum air barli je..

cuka tu masuk dlm makanan yea..

chii said...

alamek...ni yg nk kena cari kurma ni :) thnks kongsi =)

si kiut lavender said...

wah..terima kasih atas perkongsian nih ya..:)

nohas said...

Setakat ni pernah try cuka kurma dan cuka epal..sgtlah siksa utk menghabisnya..kena makan dgn madu, baru jalan..

Pembunuh Tanpa Bayang said...

yang baik ini selalunya jarang di ikuti...aku tak boleh masuk barli.entah kenapa tak boleh telan.

~CAHAYA~ said...

lady akak nk minx izin share yer...:)

Administrator said...

Salam. Nasib baik rumah saya sentiasa ada kurma.

Jap...
(*tepis-tepis ladybird merayap kat skrin)

maiyah said...

Assalam.. lma x bersapa di alam blog.. ini URL bru dlm blog list cite maiyah dah kene removed

Mishter Izwän said...

nice info . elok sngt kalau kite ikut sunnah .

Solihah Izzati said...

i like that lady bird!! and kisah Nabi.. :D

Anonymous said...

pati delima pun bagus murah 14 je beli khasiat sama.nk sms bro nie 0199692295

Anonymous said...

kalau sebut cuka tu jangan pulak fikir macam cuka utk masak tu...yg terbaik cuka kurma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...