Rabu, 16 April 2025

Untuk Hati Yang Letih


Jika hari ini kau rasa berat,

Letakkan bebanmu sejenak…

Tarik nafas,

hembus perlahan,

biar dunia sunyi seketika.


Langit masih biru,

walau awan datang menutupnya.

Dan hatimu,

masih hidup—walau sesekali tersadung luka.


Bicaralah pada Tuhanmu,

bukan kerana Dia tak tahu,

tapi kerana hatimu perlu tahu…

ada tempat paling setia menunggu.


Tak mengapa jika kau lelah,

Tak mengapa jika air mata tumpah,

Kerana esok,

masih ada harapan yang Allah titip dalam setiap hela nafas.


Tenanglah wahai jiwa…

Kerana ujian ini bukan akhir,

tetapi permulaan yang lebih indah,

yang Allah sedang siapkan…


Nukilan : Azliza Ibrahim

                Fateema Legacy

Rabu, 26 Mac 2025

Kisah Di East Miami

Bos: Gaji awak bermula bulan ni saya pegang. Kalau awak nak guna, minta dengan saya. Lulus ke tak lulus, itu atas saya.

Bijan (bukan nama sebenar): Sorry bos. Tapi saya ada nak pakai duit gaji untuk raya. Nak bagi anak bini, mak ayah, saudara mara. 

Bos: Ok nah Bijan duit gaji awak sikit. Buat bagi depa 💵

5 minit kemudian, terdengar suara pengumuman guna pembesar suara.

Bos: “Perhatian semua, hari ni saya luluskan peruntukan untuk Bijan bagi duit raya buat anak bini, mak ayah, saudara mara dia. Bagus kan saya? Saya terpaling berkebajikan.!”

Sekian kisah berlaku di East Miami.



Selasa, 25 Mac 2025

Ikan Talapia Bakar Baem

Semoga Allah hancurkan golongan penindas. Ameennnn… 

Hobi Baem sekarang ni bakar membakar

Kita bakar belakang rumah

Batu bata tu Baem gi pinjam dengan jiran sebelah 🤣

Baem juga tukang jaga ikan dari dicuri oleh kucing2 kesayangan ibu

Ikan ni dua ekor, cukuplah untuk hidangan kami berempat.. 
Alhamdulillah


Ahad, 23 Mac 2025

Majlis Berbuka Sek Keb Durian Burung

Alhamdulillah.. selesai sudah berbuka beramai2 sekolah Kakak Fateemah.. 

Tahun ini tahun terakhir untuk kakak di sini. Ibu simpan untuk kenangan kakak suatu hari nanti.

Kawan2 baik kakak Fateemah.. 



















Semoga kalian membesar bersama-sama… sentiasa saling berhubung dan saling berpesan pesan ke arah kebaikan.

Tua sama2 yer anak anak. Belajarlah bersungguh-sungguh, hormatilah ibu ayah, guru guru dan orang yang lebih tua… sebarkan kasih sayang kepada semua. 

Jumaat, 21 Mac 2025

Solat Terawih Kan Sunat… Kata Kakak

Ya Allah.. Engkau Bantulah Saudara Palestina Kami.. Ameeeennn ☹️☹️☹️


Ibu, kenapa kakak kene pergi solat terawih di masjid.. solat terawih kan sunat jer.. kakak penat..

Kakak perlu pergi masjid solat terawih teman adik dan abi.. sian abi takde teman.. ibu tak boleh pergi..

Lagipun, waktu ibu dan abi ni ada .. ibu nak kakak sentiasa ke masjid.. kami nak hati kakak dan adik terpaut dengan masjid.. 

Nanti sekiranya ibu dan abi takde, kakak akan selalu ke masjid penemani adik sebab masjid sebahagian dari kakak.. kakak akan rasa ibu dan abi ‘ada’ di sana..

Lagipun, sekiranya kakak tak ke masjid, kakak buat ape? Main henset? Tengok tv? Tido? Bukankah itu lebih membazir masa?

Kakak balik sekolah ibu langsung tak ganggu.. kakak rehat sahaja sepanjang hari sehingga berbuka.

Malam masa untuk kita beribadat mendekatkan diri pada Pencipta. 

Ibu dan abi nak kakak sentiasa terikat dengan ilmu, dengan agama, dengan persekitaran dan sahabat yang baik2. 


Sekarang kakak bagitahu saf perempuan tinggal dua sahaja… kemana perginya yang lain?

Entahlah kakak… semoga Allah bagi kita kekuatan untuk berada di rumah Allah sepanjang Ramadhan ini. Ameeennn..

P/s: bersolat di masjid dan rumah berbeza auranya. Ibu rindukan ‘rasa’ solat di masjid. Tenang, damai… terapi diri untuk ibu.. maka ibu nak kakak rasa ‘rasa’ yg pernah ibu rasa.. bersolatlah di masjid wakaupun kakak perempuan. Abi dan Tok Che sentiasa pantau kakak di sana.  


Rabu, 19 Mac 2025

Kenangan Membeli Baju Arwah Tokki

 


Semalam anak-anak cuti Nuzul Quran.. kami bawa jalan-jalan cuci mata di KTCC MALL.. 

Nampak banyak baju.. Lady berlegar2 tengok, belek baju2 lelaki..

Terimbau dulu2, setiap tahun jadi sebahagian dari hidup kami membeli baju arwah Bak.. Lady suka beli baju tshirt berkolar untuk arwah Bak..

Yang lembut kainnya.. Jika arwah masih ada, Lady akan pilih baju ini.. dua tiga kali lady pusing dan belek 😭😭😭

Sehingga Fateemah tegur.. Ibu, Tokki kan dah takde.. 

Ibu terfikir2 untuk beli dan bagi pada sesiapa sahaja.. sekurang2nya terubat rindu pada arwah ayah ibu.. 
😟😟😟

Baju terakhir arwah Bak pakai adalah baju raya yang ibu beli pada tahun itu.. 2022.. 

Syawal 17 Arwah dipanggil menghadap Ilahi ketika tidur..

Semoga Bak tenang di sana.. Setiap bulan puasa, ingatan itu sentiasa datang dan ia sentiasa kuat.. setiap sudut rumah ada memori tersembunyi..

Sukar untuk diungkapkan.. 

Ahad, 16 Mac 2025

Majlis Berbuka Keluarga Arwah Ibrahim

Ya Allah, Engkau ampunilah kami.. Engkau bantulah kami menjadi hambaMu yang taat, Engkau terimalah taubat kami, Engkau terimalah amalan ibadat kami.. 

Engkau matilah kami dengan sebaik baik kematian, Engkau bagilah buku amalan kami dengan tangan kanan, Engkau permudahkanlah proses perhitungan amalan kami..

Engkau pimpinlah kami melalui Titian siratMu.. Engkau bantulah kami sepanjang kami di Padang Masyar… 

Engkau redholah sepanjang kehidupan kami di dunia ini ya Allah.. Engkau rahmatilah hidup kami.. anak2 kami.. saudara mara kami, Saudara Palestina kami, kaum kerabat kami.. 

Hanya kepadaMulah kami berserah diri. Ameennnn 


Majlis Berbuka di rumah kami membesar… Hari Jumaat Minggu pertama Ramadhan.


Alhamdulillah semuanya ada… anak cucu Arwah Ibrahim bin Abdullah dan  Bonda Fatimah Binti Abdul Rahman.


Daging singgang, ayam bakar, daging masak merah, ayam masak merah.. Air teh ais.. air ‘timun cina’, koktel, dll. 


Kami ramai.. macam2 perangai, macam2 karenah, tetapi Alhamdulillah kami tetap bersatu dan selamanya bersatu InsyaAllah.. Ameeennn..


Semoga Allah menjaga ukhuwah kami, hubungan silaturrahim kami.. 


Ya Allah, Engkau kumpullah kami semua di SyurgaMu sebagaimana Engkau kumpulkan kami di DuniaMu. Ameennnn 

Jumaat, 14 Mac 2025

Bagaimana Cara OKU Travel

Dari Sungai Ke Segara, Palestin Pasti MERDEKA! Ameennnn 

Di Lalang, Jeli… Atas tu chalet kami.. bawah tu jeram… sangat nikmat.. malam2 terdengar bunyi bunyian hutan.. meriah

Bercerita bagaimana cara seorang ibu berstatus OKU Ladybird berjalan-jalan dari sebuah hotel ke sebuah hotel, dari sebuah negeri ke sebuah negeri. Dan dari sebuah tempat ke sebuah tempat.

Bukan mudah seorang ibu OKU dengan anak2 serta suami berjalan2. Tetapi jika hobinya berjalan, memang kami tetap berjalan2. 🤓😅 

Pantai

Takdenye susah di situ.. cuma orang tengok je susah, kita hadapinya dengan baik dan gumbira. Kadang2 je keluar serigala jadi jadian di dalam kereta 😂😇

Pertama2nya kami hanya bawa tiga helai baju setiap orang(Lady lebih sedikit). Baju hanya berganti malam dan disambung pada keesokan harinya. 

Kami pastikan hanya sebuah beg besar yang kami bawa, untuk memudahkan suami dan kakak Fateemah bawanya. Jika xcukup baju, dobi ada di mana2.. sambil makan kami boleh basuh baju. Cuma petuanya jangan cerewet. Kita buat cara kita..

Pulau

Kami juga bawa selimut dan alas sendiri dan digunakan sekiranya keperluan dalam bilik tidak lengkap.

Pernah kami sewa bilik ada dua katil untuk keselesaan kami berempat, bila ke hotel bilik tersebut di tingkat atas dan tiada kemudahan lif.. 

Maka terpaksalah kami tukar bilik di bawah.. dan di situ perlunya kami bawa alas untuk beradaptasi dengan keadaan. Berjalan-jalan dengan OKU ni perlu hati yang sentiasa lapang dan sejahtera😅. Takde feeling manja2. 

Kalau ke tempat2 yang nak dilawati pula, biasanya kalu ade bertingkat tingkat dan takde lift.. Lady hanya berligar2 di ruang bawah dan Lady biarkan suami bawa anak2 berjalan2 di tingkat atas.. 

Dalam semak mana entah ni, si Fateemah ambil gambar

Asalkan anak2 Lady gembira, sudah cukup membahagiakan Lady. Sekarang Fateemah dan Ibraheem dah sedikit memahami maka lebih mudah untuk mereka berdikari.

Dan kalau tempat tu dipenuhi orang, biasanya suami Lady akan cari tempat lain.. tapi kadang2 Lady suruh juga turun bawa anak2… tinggalkan sahaja Lady dalam kereta. 

Yang penting bagi Lady, anak2 Lady dapat merasa dan menikmatinya. Lady sudah tua, cukuplah sekadar ini sahaja yg Allah izinkan.. selebihnya kita enjoy di Syurga yang jauh lebih nikmat. Ameennn.. Semoga tercapai cita cita ke Syurga.

Tapi kebiasaanya jalan2 kami lebih kepada mencari tempat seperti suasana kampung… masuk dalam belukar… pantai… sawah padi… hutan… pulau.. untuk mencari jiwa yang hilang… santai-santai sahaja.. 


Kadang2 hanya keluar dari rumah sendiri.. sewa hotel yang ada kolam… duduk sehari dan balik.. sekadar merawat kestresan anak2 dan ibu anak2.. bebas seketika dari buku dan aktiviti harian.

Kalau untuk membeli belah, jarang kami ke pasar… tetapi kalau di Thailand memang kami akan pilih pasar sebab kepelbagaiaan tu tiada di mall. Suasana kampung yang paling kemuncak adalah di pasar2.

Lady agak tidak selesa jika membawa orang lain bersama sebab cara healing berbeza. Nanti dalaman hati porak peranda.. beginilah cara OKU berjalan2. 

Tidak semua tempat boleh kami masuki… tetapi bila kita sentiasa menerima dengan berlapang dada insyaAllah tetap enjoy. 

Syaratnya hanya kita kita sekeluarga. Kalau kita bawa orang, banyak yang perlu difikir dan dikorbankan sebab bimbang orang yang dibawa tidak senang dan tidak gembira. Nanti mereka akan rasa rugi masa. Begitulah.. 💪💪💪

Yang pasti setiap bulan perlu keluar dari kepompong sendiri.. Terbang bebas seperti rama-rama.. 

Si Meow… Penyeri Hidup..

 ..Doa itu adalah senjata umat Islam..
.. Ramadhan bulan mustajab doa..
..Teruskan berdoa..




Kucing-kucing yang disnap di Seberang Takir.. tempat nelayan.. Ramai diorang ni..


P/s : pokok pandan hiasan semalam namanya pokok Bakung.. Kak Ana Jingga yang maklum. Ldy hanya tanam tanpa tahu nama pokok. 😩🤓

Khamis, 13 Mac 2025

Bunga Pandan Jauh di Tengah

 Semoga Allah berikan ketabahan dan keringanan untuk saudara Palestina kita.. Hancurkan golongan yang mengzalimi.. Ameeennnn.. 



Dalam lingkungan 4 tahun jaga pokok pandan hiasan ni.. Ingatkan tak berbunga, tadi waktu bersihkan laman .. cabut daun2 kering dari rimbunan daunan segar.. rupa-rupanya si cantik ini terlindung di celah dedaunan. 

Cantik, cuba bau kotnya wangi.. baunya seperti daun sahaja 😄😂 sebab biasanya bunga putih wangi baunya untuk memikat kumbang2 dalam proses pendebungaan/persenyawaan.

Maka bunga ini bukan bertujuan memikat.. proses pembiakannya hanya mengeluarkan anak bukan proses persenyawaan 🌹🌹🌹

Ok, sekian untuk pembelajaran sains kita hari ini 😂 

Selamat berpuasa semua.. Semoga segala ibadah kita diterima Allah swt.. diberi keampunan dari segenap titik2 dosa, dan dimatikan dalam Khusnul Khotimah.. Ameeennn..

Isnin, 10 Mac 2025

Gigi Adik Yang Hilang - 10/03/25

Dari Sungai Ke Segara… Palestin Merdeka! Ameennnn…



Petang itu, Baem pulang dari sekolah dengan penuh semangat. Beg sekolahnya masih tersandang di bahu, tetapi mulutnya yang becok lebih laju dari langkahnya.


“Ibu! Gigi adik goyang!!” jeritnya sambil berlari ke dapur, tempat ibu sedang memasak untuk berbuka petang nanti.


Ibu berpaling dan tersenyum. “Mana? Ibu nak tengok!”


Baem membuka mulut luas-luas, menunjukkan gigi kecilnya yang sudah longgar. Ibu menyentuh perlahan, terasa memang dah goyang betul!


“Wah, ni dah nak cabut ni! Mari ibu tarik!” kata ibu, sengaja mengusik.


Baem terus menutup mulut rapat-rapat. Matanya membulat. “Tak nak! Tak nak!” katanya sambil menggeleng laju.





“Macam Upin Ipin!”


Tak lama selepas itu, kakaknya pulang dari sekolah. Baru saja melangkah masuk, Baem terus meluru dengan penuh keterujaan.


“Kakak! Gigi adik goyang macam Upin Ipin!” katanya bangga.


Kakak yang lebih berpengalaman dalam urusan gigi susu ini mengangkat kening. “Ohh, baguslah! Mari kakak tolong cabutkan! Kakak seronok kalau dapat cabut gigi adik.”


Terus Baem menekup mulutnya dengan dua tangan. “Tak nak!” Sambil berlari-lari meninggalkan kakaknya.


Kakak gelak. “Kalau takut, godek-godek dengan lidah tu! Lama-lama tercabut sendiri.”


Baem cuba, tapi perlahan-lahan. Takut juga kalau tiba-tiba giginya betul-betul tertanggal!


Tiba-tiba dia ada idea. “Kakak cabut masa adik tidur, macam Kak Ros cabut gigi Upin!” katanya bersungguh.


Kakak ketawa sampai tepuk dahi. “Boleh, malam  ini kakak cabutkan”.

🍀🍀🍀

Hari berlalu, gigi Baem semakin goyang. Ibu geram tengok, rasa nak tarik je bagi cepat selesai. Tapi Baem tetap takut.


Sampailah hari ini, selepas mandi, ibu berikan jemput-jemput pisang yang tak habis berbuka semalam. 


Sedikit keras dan liat. Baem makan dengan penuh nikmat, sambil melompat- lompat kecil.


Sebelum dia keluar rumah untuk bermain.. dia ke dapur untuk meminta izin keluar.  


Ibu, Adik nak gi main.”


Ibu berpaling ke arahnya dan tiba-tiba…


“Adik! Mana gigi?!”


Baem terhenti. “Hah? Gigi?” Dia cepat-cepat mengorek-ngorek mulutnya dengan jari. Kosong.


Mata ibu membesar. “Gigi adik dah hilang!”


Baem masih keliru. “Eh? Hilang ke?”


Ibu mengangkat kening. “Adik makan dengan jemput pisang tadi ke?”


Baem mengangguk. Matanya membulat.


“Haaa, adik makan gigi sendiri!” kata ibu sambil menahan ketawa.


“Gigi Adik Jadi Apa?!”


Tak lama selepas itu, kakaknya pulang dari sekolah. Baru sahaja buka kasut, Baem terus meluru kepadanya.


“Kakak! Gigi adik dah hilang! Adik makan gigi adik!”


Kakak tersentak. “Hah?! Macam mana ni? Nanti gigi adik dalam perut macam mana?!”


Baem tiba-tiba risau juga. “Nanti gigi adik jadi apa, ibu?”


Ibu yang dari tadi menahan ketawa akhirnya bersuara.


“Takpe… nanti jadi tahi je.”


Senyap sekejap.


Kemudian, Baem dan kakaknya ketawa berdekah-dekah!


“Hahaha! Gigi adik jadi tahi!” Baem melompat-lompat gembira.


Masalah gigi goyangnya selesai tanpa sakit, tanpa cabut, tanpa tangisan—hanya dengan seketul jemput pisang! 


Tak sabar-sabar nak bercerita pada Abi 😂😂😂🤣


TAMAT 😆✨