Rabu, 16 April 2025

Untuk Hati Yang Letih


Jika hari ini kau rasa berat,

Letakkan bebanmu sejenak…

Tarik nafas,

hembus perlahan,

biar dunia sunyi seketika.


Langit masih biru,

walau awan datang menutupnya.

Dan hatimu,

masih hidup—walau sesekali tersadung luka.


Bicaralah pada Tuhanmu,

bukan kerana Dia tak tahu,

tapi kerana hatimu perlu tahu…

ada tempat paling setia menunggu.


Tak mengapa jika kau lelah,

Tak mengapa jika air mata tumpah,

Kerana esok,

masih ada harapan yang Allah titip dalam setiap hela nafas.


Tenanglah wahai jiwa…

Kerana ujian ini bukan akhir,

tetapi permulaan yang lebih indah,

yang Allah sedang siapkan…


Nukilan : Azliza Ibrahim

                Fateema Legacy

16 ulasan:

  1. benar, jika merasa lelah, rehat seketika & nti sambung semula

    BalasPadam
  2. stay strong. moga yg baik2 ajer utk kita semua..aamiin

    BalasPadam
  3. "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan: 'Kami telah beriman', dan mereka tidak diuji?

    BalasPadam
  4. Moga dipermudah kan semua urusan nya.

    BalasPadam
  5. Sejuuuuuk hati membaca puisi ini. Agree sangat2, Krn kita harus yakin Allah tak akan memberi ujian di luar batas. JD di saat kita bertemu masalah, ingat saja ada Allah yg akan membantu dan tempat mengadu

    BalasPadam
  6. Setiap luka ada penawarnya, dan setiap ujian memang jalan menuju versi terbaik dari diri kita. Semoga hati kita tetap tabah, dan keyakinan kita pada-Nya tak pernah goyah

    BalasPadam
  7. Saya doakan yg terbaik buat Puan LadyBird. Moga dipermudahkan segala urusan..

    BalasPadam
  8. Menangislah
    Kan kau juga manusia
    Mana ada yang bisa
    Berlarut-larut
    Berpura-pura sempurna

    BalasPadam
  9. ye..adakala badan lelah..hati dah letih..akal dah burnout...memang perlu rehat yang panjang

    BalasPadam
  10. Terima kasih kak atas perkongsiannya... perlu untuk kembali semangat

    BalasPadam
  11. Moga kita kuat dalam meledani rutin harian.
    Rehatlah bila terasa badan terlampau letih.

    BalasPadam
  12. kalau penat...rehat sebentar dan terus kan semula perjalanan kita

    BalasPadam
  13. Salam kenal dari New Follower...jemput singgah di teratak yang tidak seberapa

    BalasPadam
  14. Puisinya indah sekali walau menggambarkan keletihan yang dijalani oleh sang penulisnya, Mbak.
    Istirahatlah barang sejenak, merenung dan bertafakur, semoga Allah melepas keletihan yang dialami...

    Salam,

    BalasPadam
  15. bila terlampau berehat pun terasa berehat pun memenatkan.. stay strong kak.. *hugs*

    BalasPadam