Ahad, 16 Mac 2025

Majlis Berbuka Keluarga Arwah Ibrahim

Ya Allah, Engkau ampunilah kami.. Engkau bantulah kami menjadi hambaMu yang taat, Engkau terimalah taubat kami, Engkau terimalah amalan ibadat kami.. 

Engkau matilah kami dengan sebaik baik kematian, Engkau bagilah buku amalan kami dengan tangan kanan, Engkau permudahkanlah proses perhitungan amalan kami..

Engkau pimpinlah kami melalui Titian siratMu.. Engkau bantulah kami sepanjang kami di Padang Masyar… 

Engkau redholah sepanjang kehidupan kami di dunia ini ya Allah.. Engkau rahmatilah hidup kami.. anak2 kami.. saudara mara kami, Saudara Palestina kami, kaum kerabat kami.. 

Hanya kepadaMulah kami berserah diri. Ameennnn 


Majlis Berbuka di rumah kami membesar… Hari Jumaat Minggu pertama Ramadhan.


Alhamdulillah semuanya ada… anak cucu Arwah Ibrahim bin Abdullah dan  Bonda Fatimah Binti Abdul Rahman.


Daging singgang, ayam bakar, daging masak merah, ayam masak merah.. Air teh ais.. air ‘timun cina’, koktel, dll. 


Kami ramai.. macam2 perangai, macam2 karenah, tetapi Alhamdulillah kami tetap bersatu dan selamanya bersatu InsyaAllah.. Ameeennn..


Semoga Allah menjaga ukhuwah kami, hubungan silaturrahim kami.. 


Ya Allah, Engkau kumpullah kami semua di SyurgaMu sebagaimana Engkau kumpulkan kami di DuniaMu. Ameennnn 

17 ulasan:

  1. seronoknya makan selerak macam tu...teringat zaman kecik2 dulu kan

    BalasPadam
  2. seronok berbuka beramai- ramai ye LB....

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. Sekali sekala berkumpul ramai-ramai, meriah.

    BalasPadam
  4. Meriah. Teringat pulak zaman kecik makan dengan sedara mara macam ni.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.
    Moga ukhuwah terus berpanjangan.

    BalasPadam
  6. Salah baca tajuk tadi ingatkan Anwar Ibrahim. Hihi. Seronok dapat berkumpul semua. Walaupuj arwah dah takde tetap dapat berkumpul ramai2.

    BalasPadam
  7. Meriahnya suasana majlis. Seronok apabila dapat berkumpul ramai-ramai begini.

    BalasPadam
  8. Seronoknya makan ramai² gini. Duduk bersila/bersimpuh pulak di lantai mmg menggamit memori ni Lady...
    Semoga tautah ukhuwah sentiasa erat hendaknya 🤲🏻

    BalasPadam
  9. alhamdulillah, seronok dpt iftar beramai2 gitu

    BalasPadam
  10. Perkara terbaik dan terpenting sekali... hubungan silaturrahim dalam keluarga

    BalasPadam
  11. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

    Seronoknya berbuka ramai2.

    BalasPadam
  12. meriah mkn ramai2 bersila...kami blk kampung pn mkn bersila

    BalasPadam
  13. antara part plg best @ ramadan...
    iftar ramai2 mcm ni 👍👍👍👍

    BalasPadam
  14. Paliiiing suka saya kalo bisa berkumpul ramai begini❤️❤️. Jarang2 soalnya. Sekarang nih saja blm ada bisa ketemu dengan saudara2

    BalasPadam
  15. Seronoknya kumpul beramai-ramai..
    Dulu masa Arwah Abah ada memang selalu kami berkumpul family besar Arwah Abah..sejak Arwah Abah takde kalau takde kenduri kendara, so takde dahla...those days...

    BalasPadam
  16. alhamdulillah seronok berkumpul camni

    lady, err emping tu biasanya kami sangai dulu biar garing. sedap nanti rangup. lepas tu baru campur garam kelapa muda parut dan gula. padi muda(emping)ni kalau makan jadi ralit

    BalasPadam