Rabu, 19 Mac 2025

Kenangan Membeli Baju Arwah Tokki

 


Semalam anak-anak cuti Nuzul Quran.. kami bawa jalan-jalan cuci mata di KTCC MALL.. 

Nampak banyak baju.. Lady berlegar2 tengok, belek baju2 lelaki..

Terimbau dulu2, setiap tahun jadi sebahagian dari hidup kami membeli baju arwah Bak.. Lady suka beli baju tshirt berkolar untuk arwah Bak..

Yang lembut kainnya.. Jika arwah masih ada, Lady akan pilih baju ini.. dua tiga kali lady pusing dan belek 😭😭😭

Sehingga Fateemah tegur.. Ibu, Tokki kan dah takde.. 

Ibu terfikir2 untuk beli dan bagi pada sesiapa sahaja.. sekurang2nya terubat rindu pada arwah ayah ibu.. 
😟😟😟

Baju terakhir arwah Bak pakai adalah baju raya yang ibu beli pada tahun itu.. 2022.. 

Syawal 17 Arwah dipanggil menghadap Ilahi ketika tidur..

Semoga Bak tenang di sana.. Setiap bulan puasa, ingatan itu sentiasa datang dan ia sentiasa kuat.. setiap sudut rumah ada memori tersembunyi..

Sukar untuk diungkapkan.. 

20 ulasan:

  1. Moga roh Bak, ayah kami dan semua yang telah pergi meninggalkan kita, dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

    BalasPadam
  2. I feel you...
    Semoga arwah dicucuri rahmat

    BalasPadam
  3. Sama la Cie dulu kalau nak raya mesti belikan baju melayu atau tshirt berkolar untuk ayah. Ada masa baju batik. Tapi tinggal kenangan je dah. Alfatihah buat mereka yang dah meninggalkan kita.

    BalasPadam
  4. Moga bertemu di syurga Allah.

    BalasPadam
  5. rindu yg tidak bertepi....MZ pun rindu kat arwah ayah (dh 16 tahun ayah pergi mengadap Ilahi...)

    BalasPadam
  6. Makin dekat raya ni makin rindu dgn ahli keluarga yg telah tiada. Semoga mereka semuanya ditempatkan di kalangan para solihin aamiin 🤲🏻

    BalasPadam
  7. Ayah Lady pergi pada bulan Ramadan, tentunya lebih terasa setiap kali melalui Ramadan. Moga Allah merahmati roh orang tua kita yang telah tiada.

    BalasPadam
  8. A-Fatihah.. betul tu ramai yg dah kehilangan ibu/ayah mmg terasa rindu amat berat terutama bulan puasa & menjelang hari raya.. Ana ni bersyukur masih ada ibu ayah..

    BalasPadam
  9. semoga rohnya dicucuri rahmat. kuhadiahkan bacaan Al Fatihah untuk arwah. semoga terus tabah dan kuat utk menjalani urusan harian.

    BalasPadam
  10. Bila nak raya terimbau semua kenangan kan

    BalasPadam
  11. menjelang syawal ni pasti kenangan bersama mereka yang telah tiada terasa sangat kan LB, kak ana pun tahun ni tahun ke 4 tanpa mak rindu semua tentang mak

    BalasPadam
  12. Semoga allahyarham tenang di sana.. Insyaallah.

    BalasPadam
  13. Semoga Allah tempatkan roh Baknya di kalangan orang yang bahagia di sisiNya

    BalasPadam
  14. Memang, lagi-lagi nak raya, mesti ingat pada orang tua yang dah takde. Tiap-tiap tahun camtu, dan raya takkan sama.

    BalasPadam
  15. rindu paling menyakitkan adalah rindu pd yg telah pergi selamanya...

    alfatihah..

    BalasPadam
  16. Semoga roh Bak ditempatkan bersama roh org2 yg beriman. Aamiin..

    BalasPadam
  17. Semoga ayah selalu dilapangkan kuburnya ya kak. Baju yg ayah suka pakai, itu juga model baju fav papa saya. Suka sangat pakai kaos berkerah, tp yg bahannya lembut macam tuh. Sejuk dipakai

    BalasPadam
  18. AlFatihah iuntuk semua yang lebih dulu mengahadap Ilahi..
    Rindu nak ke Tremgganu ..
    Negerik Cantik Budaya Menarik

    BalasPadam
  19. al fatihah

    design ni biasanya untuk ayah ayah kan...huhu

    BalasPadam