Rabu, 5 Mac 2025

Doa-Doa Harian Sepanjang Ramadhan


Semalam Lady terdengar tentang doa2 yang perlu dibaca setiap kali kita ingat untuk berdoa, tidak perlu menunggu malam 10 terakhir kerana sepanjang Ranadhan adalah mustajab doa.

Yg ini Lady search sebab Lady tak sempat salin apa ustaz tu baca..

Ini adalah antara doa-doanya:-


1. Memohon Keampunan (Istighfar):


Contoh doa:

“Astaghfirullahal ’Azim” (Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung).


2. Memohon Diterima Taubat (Taubat Nasuha):


Contoh doa:

“Allahumma tub ’alayya, innaka anta at-Tawwab ar-Rahim” (Ya Allah, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang).


3. Memohon Husnul Khatimah (Pengakhiran yang Baik):


Contoh doa:

“Allahumma inni as’aluka husnal khatimah” (Ya Allah, aku memohon kepada-Mu pengakhiran yang baik).




Doa Khas Untuk Ramadhan


1. Doa Memohon Allah Menerima Amalan Ibadah


اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَرُكُوعَنَا وَسُجُودَنَا وَسَائِرَ أَعْمَالِنَا


Allahumma taqabbal minna siyamana wa qiyamana wa ruku‘ana wa sujudana wa saaira a‘malina.


Maksudnya:

“Ya Allah, terimalah daripada kami puasa kami, solat kami, rukuk kami, sujud kami dan seluruh amal ibadah kami.”


2. Doa Umum Memohon Penerimaan Amalan



رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


Rabbana taqabbal minna innaka Anta As-Sami‘ul ‘Alim.

(Surah Al-Baqarah, 2:127)


Maksudnya:

“Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan ini), sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”


Doa ini diambil daripada doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika membina Kaabah—mereka berdoa agar amal mereka diterima oleh Allah. Kita juga boleh amalkan doa ini agar setiap solat, puasa, sedekah, dan ibadah lain sepanjang Ramadhan diterima.


3. Doa Khas Memohon Keampunan dan Penerimaan Ibadah di Akhir Ramadhan


اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ صِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَاجْعَلْنَا مِنْ عُتَقَاءِ شَهْرِ رَمَضَانَ


Allahumma taqabbal siyamana wa qiyamana waj‘alna min ‘utaqa‘i shahri Ramadhan.


Maksudnya:

“Ya Allah, terimalah puasa dan solat malam kami, dan jadikanlah kami termasuk dalam golongan yang dibebaskan dari api neraka di bulan Ramadhan ini.”


Doa-doa ini sangat baik diamalkan, terutamanya selepas solat, semasa berdoa selepas berbuka, atau bila-bila sahaja kita teringat untuk memohon penerimaan dari Allah.


Moga setiap ibadah kita sepanjang Ramadhan ini diterima dan diberkati oleh Allah! 🤲✨🌙


Salam Lima Ramadhan dari Ladybird’s Life.







16 ulasan:

  1. Tq Lady 🌹
    Sama² kita amalkan, semoga beroleh rahmat-Nya

    BalasPadam
  2. Good sharing Lady.
    Kena banyak berdoa lagi-lagi pada waktu mustajab - sebelum berbuka.

    BalasPadam
  3. terima kasih atas tazkirah ringkas yg disampaikan...

    BalasPadam
  4. betul tu bulan ramadhan ni mmg kena ambil peluang berdoa setiap masa

    BalasPadam
  5. Betuuul kak lady. Doa ini sebenarnya tak perlu menunggu malam 10 terakhir. Saya percaya semua waktu bagus utk berdoa. Apalagi jika kita memang mengucapkan nya sepenuh hati . Tak mungkin Allah tak dengar

    BalasPadam
  6. 👍👍👍👍
    terima kasih berkongsi

    BalasPadam
  7. Terima kasih utk peringatan :D

    BalasPadam
  8. Semoga kita beramal dengan sempurna serta doanya setiap hari

    BalasPadam
  9. tidak terasa bentar lagi lebaran

    BalasPadam
  10. Jom kita amalkan.. Amin.. Amin ya Rabbal Alamin.

    BalasPadam