Jumaat, 14 Mac 2025

Bagaimana Cara OKU Travel

Dari Sungai Ke Segara, Palestin Pasti MERDEKA! Ameennnn 

Di Lalang, Jeli… Atas tu chalet kami.. bawah tu jeram… sangat nikmat.. malam2 terdengar bunyi bunyian hutan.. meriah

Bercerita bagaimana cara seorang ibu berstatus OKU Ladybird berjalan-jalan dari sebuah hotel ke sebuah hotel, dari sebuah negeri ke sebuah negeri. Dan dari sebuah tempat ke sebuah tempat.

Bukan mudah seorang ibu OKU dengan anak2 serta suami berjalan2. Tetapi jika hobinya berjalan, memang kami tetap berjalan2. 🤓😅 

Pantai

Takdenye susah di situ.. cuma orang tengok je susah, kita hadapinya dengan baik dan gumbira. Kadang2 je keluar serigala jadi jadian di dalam kereta 😂😇

Pertama2nya kami hanya bawa tiga helai baju setiap orang(Lady lebih sedikit). Baju hanya berganti malam dan disambung pada keesokan harinya. 

Kami pastikan hanya sebuah beg besar yang kami bawa, untuk memudahkan suami dan kakak Fateemah bawanya. Jika xcukup baju, dobi ada di mana2.. sambil makan kami boleh basuh baju. Cuma petuanya jangan cerewet. Kita buat cara kita..

Pulau

Kami juga bawa selimut dan alas sendiri dan digunakan sekiranya keperluan dalam bilik tidak lengkap.

Pernah kami sewa bilik ada dua katil untuk keselesaan kami berempat, bila ke hotel bilik tersebut di tingkat atas dan tiada kemudahan lif.. 

Maka terpaksalah kami tukar bilik di bawah.. dan di situ perlunya kami bawa alas untuk beradaptasi dengan keadaan. Berjalan-jalan dengan OKU ni perlu hati yang sentiasa lapang dan sejahtera😅. Takde feeling manja2. 

Kalau ke tempat2 yang nak dilawati pula, biasanya kalu ade bertingkat tingkat dan takde lift.. Lady hanya berligar2 di ruang bawah dan Lady biarkan suami bawa anak2 berjalan2 di tingkat atas.. 

Dalam semak mana entah ni, si Fateemah ambil gambar

Asalkan anak2 Lady gembira, sudah cukup membahagiakan Lady. Sekarang Fateemah dan Ibraheem dah sedikit memahami maka lebih mudah untuk mereka berdikari.

Dan kalau tempat tu dipenuhi orang, biasanya suami Lady akan cari tempat lain.. tapi kadang2 Lady suruh juga turun bawa anak2… tinggalkan sahaja Lady dalam kereta. 

Yang penting bagi Lady, anak2 Lady dapat merasa dan menikmatinya. Lady sudah tua, cukuplah sekadar ini sahaja yg Allah izinkan.. selebihnya kita enjoy di Syurga yang jauh lebih nikmat. Ameennn.. Semoga tercapai cita cita ke Syurga.

Tapi kebiasaanya jalan2 kami lebih kepada mencari tempat seperti suasana kampung… masuk dalam belukar… pantai… sawah padi… hutan… pulau.. untuk mencari jiwa yang hilang… santai-santai sahaja.. 


Kadang2 hanya keluar dari rumah sendiri.. sewa hotel yang ada kolam… duduk sehari dan balik.. sekadar merawat kestresan anak2 dan ibu anak2.. bebas seketika dari buku dan aktiviti harian.

Kalau untuk membeli belah, jarang kami ke pasar… tetapi kalau di Thailand memang kami akan pilih pasar sebab kepelbagaiaan tu tiada di mall. Suasana kampung yang paling kemuncak adalah di pasar2.

Lady agak tidak selesa jika membawa orang lain bersama sebab cara healing berbeza. Nanti dalaman hati porak peranda.. beginilah cara OKU berjalan2. 

Tidak semua tempat boleh kami masuki… tetapi bila kita sentiasa menerima dengan berlapang dada insyaAllah tetap enjoy. 

Syaratnya hanya kita kita sekeluarga. Kalau kita bawa orang, banyak yang perlu difikir dan dikorbankan sebab bimbang orang yang dibawa tidak senang dan tidak gembira. Nanti mereka akan rasa rugi masa. Begitulah.. 💪💪💪

Yang pasti setiap bulan perlu keluar dari kepompong sendiri.. Terbang bebas seperti rama-rama.. 

16 ulasan:

  1. Kita buat cara kita
    Yang penting kita gumbira.

    BalasPadam
  2. betul tu lady yg pnting happykan diri kita hehe

    BalasPadam
  3. Salute dgn cara Lady berfikir, positive dan sentiasa tenang & berlapang dada selalu. Bila travel ni kita kena set dlm minda utk sentiasa terbuka dan expect the unexpected things baru seronok kan

    BalasPadam
  4. Betul, kena utamakan diri dan keluarga kita dulu. Cara kita, masa kita, untuk kebahagian keluarga kita, especially anak2.

    BalasPadam
  5. Moga Allah gantikan segala susah payah dengan jalan cerita yang lebih membahagiakan buat akak sekeluarga.. Aamin ya Rabb

    BalasPadam
  6. Semoga dipermudahkan segala urusan puan dunia dan akhirat. Insya Allah

    BalasPadam
  7. yang penting hilang stres ya mbak... :D salam buat keluarga

    BalasPadam
  8. Ikut cara terbaik agar semua gembira

    BalasPadam
  9. Ye betul...memang selesa ikut cara kita kan

    BalasPadam
  10. Kagum dengan semangat dan cara positif lady. Apa yang utama, keselesaaan ikut cara kita kan

    BalasPadam
  11. bahagia cara kita kan....janji bersama family tercinta

    BalasPadam
  12. Memang banyaaak cara utk bahagia kan kak lady. Semua disesuaikan dengan kebiasaan dan kemampuan masing2 orang. OKU pun bisa saja traveling, dengan cara dia sendiri yg bisa buat selesa.

    Naah saya pun kurang suka kalo hrs traveling dengan orang yg saya tak tahu style dia. Kalo keluarga tak masalah, atau teman yg memang sering jalan bersama. Tp kalo ada orang baru, saya btuh tahu dulu cara dia traveling macam mana. Kalo terlalu bertolak belakang dengan saya, tak nak.

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah...
    Benarlah seperti dalam lagu " Kalau Fikirkan Boleh"

    BalasPadam
  14. Alhamdulilah...
    Healing cara masing-masing kan Lady...

    BalasPadam