Seperti biasa, tarikh permulaan puasa ini akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. Pengumuman ini biasanya dilakukan secara langsung melalui siaran radio dan televisyen RTM pada malam 29 Syaaban. Dalam suasana yang penuh debaran, umat Islam di Malaysia akan menantikan pengumuman ini, yang dijadualkan berlangsung sekitar jam 8 malam.
Proses penetapan tarikh puasa ini adalah berdasarkan kepada kaedah rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (perhitungan astronomi) yang dilakukan oleh Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dengan kepakaran dan pengalaman mereka, kita dapat memastikan bahawa tarikh yang diumumkan adalah tepat dan mengikut syariat Islam.
- Umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan mulai hari Ahad, 2 Mac 2025M bersamaan 1 Ramadhan 1446 Hijrah.
- Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Ahad, 2 Mac 2025 bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
- Pengumuman tarikh permulaan puasa itu disiarkan menerusi RTM (TV1) serta di stesen penyiaran tempatan yang lain
- Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia sebelum ini menetapkan hari Jumaat, 28 Februari bersamaan 29 Syaaban 1446H untuk melihat atau cerapan anak bulan serta menyatakan beberapa lokasi untuk tujuan tersebut.
- Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KEPADA SEMUA..
Berdebar2 nk tggu pengumuman mula puasa =)
BalasPadamSy pun tak sabar tunggu pengumuman. Lepas raya terkejut, semua orang takut terkejut lagi.
BalasPadamBiasanya kalau pengumunan puasa ke raya ke..kita mesti main teka baju kan hehehe..tahun ni 2/3 puasa pada hari jadi nieyl...
BalasPadamkat socmed diorg teka TS Syed pakai baju melayu kaler apa🤣
BalasPadamSekejap je masa dah nak puasa kan.
BalasPadamHarapan dapat melaksanakan puasa tahun ini lebih baik dari tahun lepas...😊
BalasPadamPejam celik, pejam celik, dah nak puasa dah kita.
BalasPadamAhad atau Sabtu? Ahad kot ek. Apa2pun, semoga kita semua sempat bertemu Ramadhan kali ini dan selamat menjalani ibadah puasa
BalasPadamHarap ahadlah. Sabtu kita masih nak beriadah lagi n makan2 dgn family before puasa :p
BalasPadamDi sini ada yg bilang tgl 1. Tp esok Jumat dilihat lah. Menunggu kementrian agama kasih info lagi
BalasPadam