Rabu, 8 Januari 2025

Pantun Kasih Sayang

Indah sungguh bunga kenanga,

Mekar mewangi di tepi laman;

Kasih ibu tak pernah kurangnya,

Menjadi teduh sepanjang zaman.


Petang redup di sungai tenang,

Ikan menari riang tak henti;

Restu ibu bagai cahaya terang,

Pembimbing hidup, penyejuk hati.


Pagi cerah menyambut mentari,

Kicau burung menghibur rasa;

Ibu menjaga sepenuh hati,

Doa dipanjat tak pernah putus asa.


Laut berombak halus merayu,

Kapal berlabuh di pinggir pantai;

Kasih ibu tidak pernah layu,

Mekar di jiwa anak hingga akhir nanti.


Selamat pagi semua ibu ibu dan ayah ayah.



10 ulasan:

  1. Puisi yang sangat indah. Jadi rindu dengan ayah dan ibu saya. Sejak saya sudah berkahwin, saya jarang bertemu mereka. Selepas membaca ini, saya jadi rindu lagi dan ingin singgah ke rumah orang tua.

    BalasPadam
  2. Selamat pagi LB...seronok plak hari ni baca pantun

    BalasPadam
  3. Bagus pantunnya. selamat pagi dan selamat tahun baru

    BalasPadam
  4. love these ryhming pantun :) have a nice day Lady

    BalasPadam
  5. Pagi hari hujan lebat
    Anak ayam berlari -lari
    Selamat pagi Ibu hebat
    Semoga ceria sepanjang hari 😁

    BalasPadam
  6. jalan berdua bersama zainab
    singgah sebentar di pasar karat
    doa ibu tiada hijab
    sejahtera di dunia serta akhirat

    BalasPadam
  7. terbang tinggi burung merpati,
    singgah berteduh di hujung titi,
    sayang ibu tiada pengganti,
    kasih ibu bawa ke mati.

    BalasPadam
  8. Sukanya baca pantun, sempit idea nak join.

    BalasPadam
  9. Indahnya pantun diberi
    Sehingga menusuk ke jiwa.

    BalasPadam