Jumaat, 22 November 2024

Apa Khabar Semua Sahabat Blogger?


Assalamualaikum semua sahabat Lady di sini, semoga kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera, dan sentiasa dalam naungan rahmat Allah.. Ameeennnn..

Setelah sekian kalinya berhibernasi, sepanjang tempoh itu banyak perkara berlaku..

Nenek meninggal, selang seminggu tokki pula meninggal.. semua ada cerite yang ingin sekali dinukilkan di sini sebagai pedoman anak2.. Fateemah dan Ibraheem Khalilullah..

Kemudian Yahya Sinwar (semoga syurga tempatmu).. belum juga sempat dinukilkan lagi..

πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦

Apa jua yang dilalui dalam hidup ini, kita hanyalah sebagai 'pelakon' yang mengikut arahanNya sahaja. Sampai suatu saat, kita akan dipanggil untuk dinilai 'lakonan' kita.

Kita dibekalkan akal sebagai penentu langkah dan pilihan 'lakonan' kita.. 

πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦

Minggu depan, bermula peperiksaan akhir tahun bagi Fateemah, dan diikuti dengan UPKK pada bulan satu 2025. Semoga Allah masih memberi nafas dan kekuatan dalam mendidik anak-anak.. 

πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦

Sehingga ke hari ini, ujian kebakaran rumah hari tu masih belum diselesaikan lagi dengan sepenuhnya.. semoga Allah permudahkan ..

Allah memberi hati, mulut, telinga, kaki untuk menilai, membuat keputusan dan bertindak. Allah juga memberi akal yang waras, maka bertindaklah tanpa mengguris sesiapa, tanpa perlu sesiapa berkorban.

Semoga semua keputusan, tindakan akan membawa kepada kebahagiaan dan ketenangan. Hidup kita hanya sementara dengan satu tujuan yang sama, bersatu di SyurgaNya. InsyaAllah.. Ameeennn..

πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦

Berkaitan bisnes, ia biasa.. sementara tunggu bersara.. cikgu kata kerja dulu kumpul harta sehingga 50 usia.. πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯ Terima kasih cikgu, Ldy sentiasa masih anak di mata seorang guru. 

πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦

Apa yg ditulis di sini sbg pedoman untuk jadikan entry setiap satunya nanti.. 

Selamat semuanya.. semoga masih ada yang sudi bertandang di sini, Jika ternampak Iklan Herba Bonda Mujarab, mohon doakan kami yer.. πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ



Jumaat, 2 Ogos 2024

PEMIMPIN HAMAS, ISMAIL HANIYEH MENINGGAL


Innalillahiwainnailaihirojiuuunnn..

Ya Allah, Jika Engkau Mengatakan Ia, Ia Akan Tetap Berlaku.. 

Jika Engkau Mengatakan Tidak, 

Ia Tidak Sesekali Akan Berlaku..

Apa Yang Telah Engkau Takdirkan Adalah Yg Terbaik Untuknya..

Syurga Tertinggi Sedang Menunggu Mu Di Sana..

Bidadari2 Syurga Bersiap Menyambutmu..

Kami Kehilangan Di Sini,

Tetapi Jangan Dilupa Allah Telah Persiapkan Sesuatu/ Seseorang Pengganti Yang Lebih Baik Darinya..

InsyaAllah..

Damailah Engkau Di Sana Wahai Singa Allah..

p/s : betapa kejamnya orang yahudi laknatullah ini.. Engkau hapuskanlah mereka di muka bumiMu ini. Hati kami sudah tidak kuat, mereka yang di Palestin diuji hebat ya Allah. Berikanlah kekuatan, hadirkanlah bantuan dariMu. Ameennnnn

Ahad, 14 Julai 2024

Penawar Mujarab Untuk Buasir - Rawatan Tradisional

πŸ’˜Assalamualaikum.. Semoga Kesabaran dan Ketenangan Untuk Semuanya.. Setiap Ujian Adalah Kasih Sayang Dari-Nya. Sentiasa Berbaik Sangka, InsyaAllah ia Menjadi Jambatan Ke SyurgaNya.

πŸ’˜ Dalam dua tiga bulan ni agak sedikit posting dan agak jarang dapat Berblogwalking seperti biasa.. Tetapi tetap BW insyaAllah sebab ia menjadi salah satu terapi diri untuk seorang LadyBird.

πŸ’˜Sekarang dalam proses mengemaskini produk Lama Di "Baharu-kan". Sedikit kepenatan emosi untuk mendapatkan jalannya.

πŸ’˜ Just untuk sharing.. 


Produk Baru dari Kami.. Bonda Mujarab..
Dulu waktu PKP pernah dipasarkan tetapi disebabkan rempah ratusnya banyak kami 'terpaksa' ambil dari luar negara maka produksi tersekat walaupun permintaan sangat memberangsangkan waktu itu. 

Herba ini kami fokuskan kepada masalah buasir, boleh diminum dan juga disapu pada kawasan tersebut. Jika tidak boleh dimakan terutama oleh wanita mengandung atau pesakit buah pinggang, kami sarankan mereka sapu sahaja atau masukkan ke dalam botol semburan dan semburkan di kawasan tersebut untuk mengecutkannya.

Gabungan herba ini adalah warisan dari moyang kami dan kami tidak masukkan sebarang bahan lain atau bahan tambahan.. Just 'debukan' semua herba2 yang dikeringkan tersebut dan jadikan ia dalam bentuk serbuk. 

Dahulu kami jual dalam bentuk serbuk, 100% herba.. dibotolkan dan dijualkan secara atas talian, kemudian atas permintaan ramai mereka minta dipilkan atau disediakan dalam bentuk kapsul untuk mudah ditelan.

Dan sekarang kami masukkan dalam uncang teh, dan disertakan stevia sebagai penyedap (gara2 kami tidak minum gula maka kami bagi hadiah stevia :P ).


Walaupun kami fokuskan kepada permasalahan Buasir tetapi adat ubat tradisional ni.. jika kita amalkan secara tidak langsung ia juga dapat merawat masalah kesihatan yang lain seperti lenguh2 badan, wanita yang bersalin juga boleh disarankan minum teh ini dan memang kami galakkan bagi yg pernah amalkan herba ini sebelum bersalin untuk kegunaan buasir waktu pregnant. Dan mereka jadikan sebagai set minuman dalam pantang.


Ini adalah khasiat2 dari kombinasi Herba dari Bondas Mujarab, Disebabkan kami menggunakan website dan FB Adds untuk pasarkan, kami just ketengahkan khasiat untuk buasir.

Doakan untuk kami yer, nanti kalau tetibe produk ni kalian lihat di medsos, ketahuilah ia milik Ladybirds πŸ‘…πŸ‘…πŸ‘…

Iringan doa dari kalian sangat-sangat kami perlukan.

Rabu, 10 Julai 2024

Happy Belated Birthday Tun

 Assalamualaikum.. 

Sesungguhnya setiap orang Islam itu bersaudara.. Alhamdulillah.. 

Kita ada saudara di setiap pelusuk dunia ni... Jika kita bersatu InsyaAllah 'dinasour' pun mampu untuk kita kuasai .. 

Dunia sekarang dikuasai oleh penjenayah.. Setiap pelusuk dunia, pelusuk negara, pelusuk negeri, pelusuk daerah, pelusuk kampung ada penjenayah yang saling membantu untuk melaksanakan apa yang mereka impikan. 

Kita orang 'baik-baik' yang tiada kuasa ini hanya boleh melihat lepas satu, satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku.. dan bakal belaku sehingga dunia ini berakhir.. Semoga Allah golongkan kite dan selamatkan kita dalam kategori golongan minoriti. Ameeeennnn

Keamanan Untuk Palestin dan Umat Islam InsyaAllah.. Ameeennnn

Semoga Malaysiaku Sentiasa Dalam Jagaan Allah dan Dipegang Oleh Golongan Yang Ahli Dalam Menerajui Sesebuah Negara.. Ameeennnn


Happy Birthday Tun... 
Kami doakan agar Tun diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati oleh Allah..
Kami takut sangat kehilangan orang-orang hebat yang pernah menerajui Malaysia dahulu..
Tun, Tok Guru Haji Hadi dll..
Semoga kalian masih mampu memberi nasihat dan idea bernas kepada generasi kami dan generasi seterusnya nanti.. Ameeennnn..

πŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’š


Selasa, 9 Julai 2024

WORDLESS WEDNESDAY

 "If you feel pain, you are alive, and if you feel the pain of others, you are a human being."






Antara Kesilapan Anak-Anak

 Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibu bapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :

1. Ada yang hanya menggantung gambar ibu bapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet.

2. Ada yang suka simpan barang yang ditinggalkan oleh ibu bapa, dijaga dengan baik atau diwariskan.

3. Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumput.

4. Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah... dan lain-lain.

Sebenarnya bukan itu yang arwah ibu bapa kita mahukan, harapkan dan perlukan.

Semasa mereka berada di alam barzakh, ada yang lebih utama dari itu.

Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibu bapa kita. Di sana mereka amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari kita anak-anak mereka.

Antara yang mereka perlukan, ialah :

1. Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.

2. Sedekah dan amal jariah yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.

3. Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.

4. Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibu bapa.

Pahala bacaan surah Al-Fatihah yang disedekahan oleh anak-anak setiap hari untuk arwah ibu bapa.

Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh, segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi. Hilang sudah senda gurau, gelak tawa, perhiasan indah atau harta dunia.

Yang bernilai di alam sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim buat mereka.

Ingatlah, hari ini kita sebagai anak, esok lusa apabila kita mati amalan yang sama kita harapkan daripada anak-anak.



Isnin, 8 Julai 2024

Trip Pulang Ke Gagang - Thailand 4 -7 Julai 2024

Assalamualaikum... Semoga semua yang telah kembali ditempatkan di kalangan insan terpuji... ameeennn... yang masih ada terus cekal dan berjuang dalam merealisasikan dan melengkapi kehidupan masing-masing. Semoga Allah bantu memberi jalan dan membuka ruang penyelesaian kepada setiap ujian dan menghancurkan golongan zalim laknatullah. Ameeennnn

 

Kali ini just nak share gambar2 sahaja.. Tiada cerita sangat untuk berkongsi sebab hari pertama Si Baem demam, busy handle dia sepanjang perjalanan.. Hari kedua Baem, Ibu dan Abi pula yang demam.. Maka kita berhenti hanya untuk makan..

Kedai ini (dah lupa la nama kedai) nnti tanye encik suami.. Kedai ni kami singgah untuk makan petang.. 


Tulisannya bunga-bunga macam ni, memang buta huruf terus kalau kami ke sini.. πŸ‘€πŸ‘€
Beginilah rasanya orang yang buta huruf, tengok tak faham ape2..

Minta pekerja mereka transletekan supaya mudah kami order..


Kami order makanan biasa kami makan,  Miang Pla
Cara makannya.. Ikan ni dimakan isi dalamnye, jangan makan kulitnya sebab kulitnya disalut garam tebal.. mula2 dulu ldy makan kulit, ingtkan kulitnya rangup.. lps tu terus x makan.. sebab terkejut.. Tp bila dah tahu cara makan memang sedap..


Ikan ni dimakan bersama laksa Thai yang sangat lembut, sos pencicah 4 beradik.. beserta dengan ulaman..


Selain tu kami juga order Tomyam putih dan telur dadar beserta nasi.. Ldy dah tak buat IF.. datang sini IF entah ke mana.. kita bedal sahaja.. tak menjadi gemuk nyer kalau makan banyak untuk 2/3/4 hari :P..

Muka semuanya ni muka yang tidak larat untuk meneruskan kehidupan.. :P..


Malam tu kami ke Rim Khuen Market.. Tak ambil banyak gambar pun, just layan anak2 lepaskan kepenatan.. Tempat ni di tepi sungai sebenarnya.. cantik, tapi sebab tak ambil gambar maka tak bolehla di upload di sini :D :D


Keesokan harinya kami makan di sini.. pagi just tidur sahaja sebab kepenatan menjaga orang2 yang demam.. maka kita keluar kul 12 tghri.. Nama hotel tempat kami menginap pun tak ingat dah nama, nanti kalau ingat Ldy edit balik.. sebab kami plan asal tak dapat diikuti memandangkan kesihatan tidak memberi kerjasama.. rumah makcik di sini pun kami tak pergi.. huhuhu


Doll garden ni sedap makanannya.. landscape pun sgt cantik, tapi dulu lagi cantiklah.. ownernya orang sini (Thai) tetapi isterinya pensyarah di UIAM kalau tak silap Ldy sebab kami pernah berkenalan dahulu.. dalam dua tahun lepas kot.. Anak-anaknya semua warganegara Malaysia..


Disebabkan demam, kami memilih lauk orang demam.. dan yang snap gambar ni pun demam maka gambar pun dah nampak macam demam.. (malas pula nak pusing-pusing)


Ha, yang ni la orang demam yang menyebabkan ibu dan abi demam.. lady bawa sekali dengan kain lap badan.. 


Yang ni makcik Pisang Goreng Seratus tahun, Pisang goreng dia sedap.. dlu seawal lady dtg ke sini.. selalu beli pisang goreng orang Thailand buat di tepi-tepi jalan.. sebab sedap.. kesedapannya berbeza dengan kesedapan di tempat kita.. dan dua2 sedap, cuma hati Ldy sedap di Malaysia kalau jumpa yg betul2 sedap.. kalau di sini, yang biasa2 pun dah boleh sama level dengan yang sangat sedap di Malaysia. Sebab mungkin resepi orang lama yang tidak diinovasikan oleh generasi baru.



Yang ini Susan Bai Jai, Pattani... Masuk 10 Bath (RM1.30) sorang. Murah sangat-sangat .. level taman ni level kayangan di Malaysia.. kami dah beberapa kali ke sini dan sekarang bertambah cantik kawasannya..


Rusa masuk kampung.. jinak..


Ok, yang ni tempat favourite Ldy.. dan anak-anak..
Bukan kesedapannya sahaja menjadi pilihan, tetapi sebab keselesaan.. 
Sangat-sangat sesuai untuk mak2 anak ramai yang nakkan ketenangan.. sebab di sini ada tempat mainan mini.. Bolehlah Ldy berlama-lama di sini tetapi mereka limitkan waktu sekiranya pelanggan ramai.. 


Ni la tempat mainannya..


Keluarga Pok Pu


Keluarga Pok Ayie


Yang ini tempat peninapan kami yang last..  kami datang 2 hari 3 malam..


Ladscapenya sangat indah, sebenarnya biliknya cantik tapi sebab tiada lif dan Ldy berkerusi roda.. maka kami request bilik bawah yang agak kurang cantik.. tetapi sebab landscape cantik kami tak kisah.. :D :D :D.. Bagi yang sempurna sila pilih bilik atas yer.. 


Cantik kan.. puas hati.. tapi nak bercakap memang seperti ayam itiklah.. tp ade shj yg faham bahasa..


Banyak sarang burung yang tiada burung bergantungan..


Bila pandang ke atas takdela nampak langit sangat :P :P :P masih dengan pemandangan ciptaan..


Bonda sedang berfikir untuk jadikan rumah barunya berkonsepkan begini :D


Kat pasar, banyak sungguh petainya..


Ni pasar Narathiwat.. sebelum balik kita singgah tengok2 di sini dlu..



Mereka tegur lady dan bercakap rancak sungguh.. Ldy dengar saha dengan senyuman dan terangguk-angguk.. mungkin wajah ni sama dgn orang sana kot.. Last skali suami bagitahu Malaysia Malaysia.. haha.. seluruh pasar turut sebut Malaysia Malaysia dan tidak meneruskan percakapan.. :D :D Mesra sungguh mereka..

 
Ramai.. sini Lady berhenti untuk minum pagi..


Kucing pun turut menoleh kalau lady ke sini, apatah lagi orang.


Durian banyak... sangat banyak dan murah.. tapi kami tidak beli dan tidak makan sebab semuanya makan ubat.. next time kite dtg lagi makan durian..


Orang Kuat keluarga Tok Ma.. Pok Alang... Cikgu disiplin ni.. :D :D :D

Bye Bye Thailand.. Nanti kami datang lagi..

Isnin, 1 Julai 2024

Arwah Bak dan Didikannya

πŸ’– Assalamualaikum.. Semoga Palestin akan bebas dari Penjajahan dan Allah hancurkan mereka sehancur2nya sepertimana hancurnya tentera Abrahah diserang oleh burung Ababil dengan batu2 dari Neraka.. Ameeennnn..

πŸ’– Ingin bercerita tentang Maggie Kari (megi) dan Arwah Bak (Innalillahiwainnailaihirojiuuunnnn)

πŸ’– Sekarang dah sangat lama tidak makan megi.. Alhamdulillah.. Kalau dulu hampir setiap minggu, setiap bulan makan megi ni.. Banyak hikmahnya..

πŸ’– Waktu Ldy kecik2 dulu, arwah Bak memang mengharamkan terus makan megi di rumah.. dan apa2 juga makanan segera.. termasuklah burger.. Memang dijaga sungguh pemakanan kami anak2..

πŸ’– Kalau nak makan, terpaksa makan secara sembunyi-sembunyi, sangat takut dan arwah Bak sangat menakutkan bagi kami adik beradik. Bau pun kalau boleh kami tak nak bagi Bak bau. 

πŸ’– Bukan mudah untuk jaga anak-anak, kalau tidak tegas, tidak berdisiplin memang hancurlah kami adik beradik. Alhamdulillah arwah Bak seorang yang sangat berdisiplin dan sangat menjaga pemakanan anak-anaknya. 

πŸ’– Sangat jauh bezanya antara Ldy dan arwah Bak. Bak bekeng tapi sangat memperhalusi bekengnya. Apa yang dimarah anak2 buat, dan kami tidak pernah tengok Bak buat. 

πŸ’– Berbeza sangat dengan didikan orang2 dulu dengan orang2 sekarang (Ldy rujuk hanya Ldy sahaja).

πŸ’– Kalau Bak tidak bagi anak2 makan Megi, kami tidak pernah nampak stok megi di rumah atau Bak dan Che makan megi sembunyi-sembunyi.

πŸ’– Kalau Bak suruh kami solat awal waktu, kami tidak pernah nampak Bak melewat2kan solatnya.. 15 minit sebelum masuk waktu, Bak dah siap mandi dan pakai baju bersih2 dan bersedia menunggu azan.

πŸ’– Kalau Bak kata jangan tengok TV waktu Maghrib, kami tidak pernah nampak Bak ngn Che bukak TV waktu Maghrib. Kalau Che buat kerja waktu Maghrib dan tidak hormat waktu pun akan ditegurnya.

πŸ’– Kalau Bak kata tidak boleh keluar malam, kami tidak pernah nampak Bak ngn Che keluar malam lepak-lepak. Tetapi kawan-kawan Bak, jiran2 datang lepak di rumah. Dan Bak tidak pernah larang kawan2 Ldy datang rumah dan tidur di rumah Ldy.

πŸ’– Apa yang Bak buat, Bak x larang anak-anak buat kecuali merokok. Walaupun Bak x larang anak2 merokok tetapi jelingan dan kata hati Bak itu kami faham dan mengerti kami tidak boleh merokok.

πŸ’– Mengaji pula, perlu mengaji waktu mengaji dan perlu mengaji setiap hari. Pastikan mengaji sebelum Bak balik kerja, kalau Bak dah balik kerja tetapi masih belum mengaji memang bernanah dan berdarahlah telinga dengan kata-kata Bak.


πŸ’– Mandi dan balik rumah sebelum sampai waktu Maghrib, kalau tak memang habislah belakang badan kene tali timba. Tiada sebarang pengecualian.. Tiada sebarang alasan, tidak sempat dan tidak perlu sebarang alasan.. just menunggu Bak dengan tali timba di tangan.

πŸ’– Begitulah kami adik beradik dengan arwah Bak.

πŸ’– Didikan dengan contoh perbuatan dan hukuman. Dan kami tahu kami silap, kami bersedia tanpa bercakap. Lain kali tidak lagi diulang kalau tak mahu badan berbirat.

πŸ’– Alhamdulillah, kalau dulu selalu bandingkan dengan keluarga orang lain. Tetapi sekarang, Alhamdulillah didikan Bak dan Che adalah didikan terbaik yang kami dapat tanpa kami mampu untuk menjadi seperti mereka.

πŸ’– Sehingga sekarang, kami sendiri tidak mampu mendidik diri menjadi seorang yang hebat, anak yang hebat apatah lagi menjadi ibu bapa yang hebat. 

πŸ’– Kerana didikan mereka kami menjadi seperti diri kami sekarang. 

πŸ’– Dalam tidak sedar, bila melihat kehidupan dan cara hidup orang lain, kita bandingkan dengan diri kita dan baru kita sedar... Bak dan Che lah yang berjaya mendidik kita seperti kita sekarang walaupun kita tidak sehebat orang lain tetapi kita cukup untuk kehidupan kita. Alhamdulillah.

πŸ’– Tetapi, Ldy gagal untuk menjadi seperti Bak dan Che. Dan sehingga sekarang Ldy belum bangkit dari kegagalan tersebut. Semoga Allah bantu Ldy dan En suami untuk mencuba yang terbaik. Ameennnn

πŸ’– Semoga Bak ditempatkan di kalangan insan-insan terpuji. Ameeennnnn...

Ahad, 30 Jun 2024

Kami Bakal Pejuang, InsyaAllah..


Anak-Anak.. Bakal pejuang semuanya ni.. Pejuang Agama, Bangsa dan Negara.. Ameeennnn .. 

Kita berjuang untuk sama-sama bangunkan ummah dan hancurkan golongan kejam yang memusnahkan Palestin.. Ameeennnn..

Palestin sentiasa di hati kami.. InsyaAllah..
Kami terdidik dengan sebuah PERJUANGAN!!!

Dari Kanan : Ibraheem (5 thn), Muaz (9 thn), Adam (6 thn) , Naqib (12 thn)
Belakang : Uwais (11 thn) dan Hana Humayra (7 thn).
 

Jumaat, 28 Jun 2024

Terpaksa Dirobohkan Untuk Membina Baru

πŸ’šAssalamualaikum.. Semoga Allah berikan ketabahan dan kesabaran kepada keluarga Palestin kita .. dan memberikan kita kesabaran dan ketabahan dalam melengkapkan sebuah cerita kita di dunia sementara ini. Di sebalik kesulitan Allah sediakan kemudahan. InsyaAllah..

πŸ’šSudah sekain lama tidak update tentang teratak bonda di Marang yang hangus terbakar.

πŸ’š Kisah terbakar sudah tercatat di sini, kisah untuk pembinaan semula masih belum tercoret di blog ini. Just untuk tatapan kenangan anak-anak cucu betapa gigihnya kami adik beradik dalam menyantuni seorang ibu yang banyak kisah derita dan sukanya di sini.

πŸ’š Alhamdulillah, setelah habis episod kebakaran yang memusnahkan harta dunia, sekarang dalam proses pembersihan tapak rumah.

πŸ’š Taman bonda dialihkan ke tanah kakak ipar yg berhampiran jalan, pondok sementara juga dibina sementara untuk tempat berteduh bagi kami sekeluarga. Pondok tanpa dinding dikelilingi oleh pokok2 tanaman bonda.


Alhamdulillah, gazebo ini Allah masih pinjamkan kepada kami sebagai tempat berhimpun dan bersantai.


Sayu terasa hati, adik beradik sudah pulang ke teratak masing-masing.. tinggallah rumah di sini.. 
Di laman ini lah dlu Ldy bermain masak-masak dengan anak saudara si Adli. Di laman kosong ini juga kereta viva putih ldy menumpang kasih. Di tepi sebelah kanan rumah besar yang terbakar ni ada rumah kecik lady.. tempat kami berkasih sayang, mencipta kenangan sebuah kehidupan. 


Di tapak ini dlu, Taman Bonda.. juga tempat Ldy bercucuk tanam bunga bungaan.. petang-petang membersihkan taman, bersih dan cantik.. kadang2 ditemani dengan kucing2 dan ular-ular yg bertamu.

Pondok kayu tu tempat Ldy kurung kucing-kucing kesayangan Ldy. Si Abu, Si Putih, Si Ciluk, Si Hitam, Si Bedah.. 

Di sini lah Lady merangkak pagi-pagi .. cabut rumput.. tanam pokok.. cabut pokok.. 


Suasana begini tidak akan berulang lagi.. bersaksikan sisa-sisa rumah lama..


Semuanya orang-orang hebat dilahirkan dan dibesarkan di sini.. 


Ini pondok sementara.. 


Atap, bingkai tingkap, bingkai pintu, kayu kayu yang masih boleh digunakan lagi ditanggalkan untuk digunakan semula untuk membina tempat baru.


Adik beradik suami dan anak saudara.


Anak-anak saudara yang hebat.. sentiasa ada bersama.. 


Nanti rumah ini dah tak de yer kakak kakak dan abang-abang. Kite bergambar kenangan di sini.



Sekarang proses buang atap oleh tukang..


keluarga Pok Ayien


Anak-anak saudara semuanya ni.. bertungkus lumus.. sama2 bina semula





Apa yang penting, KERJASAMA.


Yang berat menjadi ringan, insyaAllah.


Sama-sama angkat pasu2 Tok Ma yg besaq2 gedabak ni.. nanti kite demam sama2 macam biasa yer.. :D


Keluarga Che Kin



Keluarga Pok Pu



Kenangan Indah untuk kita ciptakan bersama-sama


Allah ambil sebahagian, Dia gantikan berbahagian-bahagian.. samada yang terang-terang mahupun tersembunyi.

Alhamdulillah.

Kenangan yang tidak mungkin akan dilupakan..
πŸ’šπŸ’šπŸ’š
p/s : ramai lagi abg2 kakak2 anak2 xde dalam gambar ni.. ciksu mohon maaf yer sebab x mampu nak letakkan semua gambar kenangan korang dalam ni.