Assalamualaikum semua sahabat Lady di sini, semoga kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera, dan sentiasa dalam naungan rahmat Allah.. Ameeennnn..
Setelah sekian kalinya berhibernasi, sepanjang tempoh itu banyak perkara berlaku..
Nenek meninggal, selang seminggu tokki pula meninggal.. semua ada cerite yang ingin sekali dinukilkan di sini sebagai pedoman anak2.. Fateemah dan Ibraheem Khalilullah..
Kemudian Yahya Sinwar (semoga syurga tempatmu).. belum juga sempat dinukilkan lagi..
💦💦💦💦
Apa jua yang dilalui dalam hidup ini, kita hanyalah sebagai 'pelakon' yang mengikut arahanNya sahaja. Sampai suatu saat, kita akan dipanggil untuk dinilai 'lakonan' kita.
Kita dibekalkan akal sebagai penentu langkah dan pilihan 'lakonan' kita..
💦💦💦💦
Minggu depan, bermula peperiksaan akhir tahun bagi Fateemah, dan diikuti dengan UPKK pada bulan satu 2025. Semoga Allah masih memberi nafas dan kekuatan dalam mendidik anak-anak..
💦💦💦💦
Sehingga ke hari ini, ujian kebakaran rumah hari tu masih belum diselesaikan lagi dengan sepenuhnya.. semoga Allah permudahkan ..
Allah memberi hati, mulut, telinga, kaki untuk menilai, membuat keputusan dan bertindak. Allah juga memberi akal yang waras, maka bertindaklah tanpa mengguris sesiapa, tanpa perlu sesiapa berkorban.
Semoga semua keputusan, tindakan akan membawa kepada kebahagiaan dan ketenangan. Hidup kita hanya sementara dengan satu tujuan yang sama, bersatu di SyurgaNya. InsyaAllah.. Ameeennn..
💦💦💦💦
Berkaitan bisnes, ia biasa.. sementara tunggu bersara.. cikgu kata kerja dulu kumpul harta sehingga 50 usia.. 💥💥💥 Terima kasih cikgu, Ldy sentiasa masih anak di mata seorang guru.
💦💦💦💦
Apa yg ditulis di sini sbg pedoman untuk jadikan entry setiap satunya nanti..
Selamat semuanya.. semoga masih ada yang sudi bertandang di sini, Jika ternampak Iklan Herba Bonda Mujarab, mohon doakan kami yer.. 💃💃💃
Tiada ulasan:
Catat Ulasan