💘Assalamualaikum.. Semoga Kesabaran dan Ketenangan Untuk Semuanya.. Setiap Ujian Adalah Kasih Sayang Dari-Nya. Sentiasa Berbaik Sangka, InsyaAllah ia Menjadi Jambatan Ke SyurgaNya.
💘 Dalam dua tiga bulan ni agak sedikit posting dan agak jarang dapat Berblogwalking seperti biasa.. Tetapi tetap BW insyaAllah sebab ia menjadi salah satu terapi diri untuk seorang LadyBird.
💘Sekarang dalam proses mengemaskini produk Lama Di "Baharu-kan". Sedikit kepenatan emosi untuk mendapatkan jalannya.
💘 Just untuk sharing..
Produk Baru dari Kami.. Bonda Mujarab..
Dulu waktu PKP pernah dipasarkan tetapi disebabkan rempah ratusnya banyak kami 'terpaksa' ambil dari luar negara maka produksi tersekat walaupun permintaan sangat memberangsangkan waktu itu.
Herba ini kami fokuskan kepada masalah buasir, boleh diminum dan juga disapu pada kawasan tersebut. Jika tidak boleh dimakan terutama oleh wanita mengandung atau pesakit buah pinggang, kami sarankan mereka sapu sahaja atau masukkan ke dalam botol semburan dan semburkan di kawasan tersebut untuk mengecutkannya.
Gabungan herba ini adalah warisan dari moyang kami dan kami tidak masukkan sebarang bahan lain atau bahan tambahan.. Just 'debukan' semua herba2 yang dikeringkan tersebut dan jadikan ia dalam bentuk serbuk.
Dahulu kami jual dalam bentuk serbuk, 100% herba.. dibotolkan dan dijualkan secara atas talian, kemudian atas permintaan ramai mereka minta dipilkan atau disediakan dalam bentuk kapsul untuk mudah ditelan.
Dan sekarang kami masukkan dalam uncang teh, dan disertakan stevia sebagai penyedap (gara2 kami tidak minum gula maka kami bagi hadiah stevia :P ).
Walaupun kami fokuskan kepada permasalahan Buasir tetapi adat ubat tradisional ni.. jika kita amalkan secara tidak langsung ia juga dapat merawat masalah kesihatan yang lain seperti lenguh2 badan, wanita yang bersalin juga boleh disarankan minum teh ini dan memang kami galakkan bagi yg pernah amalkan herba ini sebelum bersalin untuk kegunaan buasir waktu pregnant. Dan mereka jadikan sebagai set minuman dalam pantang.
Ini adalah khasiat2 dari kombinasi Herba dari Bondas Mujarab, Disebabkan kami menggunakan website dan FB Adds untuk pasarkan, kami just ketengahkan khasiat untuk buasir.
Doakan untuk kami yer, nanti kalau tetibe produk ni kalian lihat di medsos, ketahuilah ia milik Ladybirds 👅👅👅
Iringan doa dari kalian sangat-sangat kami perlukan.
wow.. ada produk sendiri...
BalasPadamwah…baru tau Lady seorang usahawan.
BalasPadamSemoga bisnes maju jaya!
moga terus sukses yer LB
BalasPadamSemoga usahanya tambah lancar..dan obat herbal yg di pasarkan bisa membantu orang-orang yang memang membutuhkan untuk kesembuhan.
BalasPadamsemoga asbab ikhtiar untuk sihat bagi yang memerlukan, In Syaa Allah...
BalasPadamMoga produk LB nii laku keras ya . Selamat maju jaya
BalasPadamAlhamdulillah dan Tahniah. Moga bisnes terus menerus sukses.
BalasPadamAda produk sendiri.
BalasPadamAda produk lain? Kongsikan ya.
Wah! Tak sangka!
BalasPadam1 botol tu boleh tahan berapa lama?
BalasPadambanyak betul herba yang digunakan. ada juga herba yg digunakan tp tak terdapat di 🇲🇾?
BalasPadamwah ada produk.moga terus berjaya ye LB
BalasPadamAssalamualaikum, bagus ubatnya. Moga terus sukses
BalasPadamTahniah LB...proud of you dear...
BalasPadamSemoga bisnes maju jaya. Aamiin
BalasPadamAlhamdulillah moga memberi manfaat yang berterusan dan terus istiqamah
BalasPadamWaaaah hebaaat dpt bonus Stevia pula ❤️❤️👍. Di sini stevia mahal soalnya. Baguuus produknya kak. Saya suka juga packaging dia. 👍.
BalasPadamSemoga produk lancar dan laku banyak terjual yaa.❤️
Tahniah Lady.
BalasPadamMoga bisnes tambah amaju.
semoga sukses berjaya kk...
BalasPadamWaaa hebat ada produk sendiri... Alhamdulillah tak sangka :D
BalasPadamSemoga terus menerus berjaya dalam perniagaan ini.. Insyallah nanti kita share link kalau ada kenalan yg ada masalah buasir ini.
Moga terus success.
BalasPadamWah, tahniah ladybird! Semoga sentiasa maju jaya dalam perniagaannya ya
BalasPadam