Jumaat, 28 Jun 2024

Terpaksa Dirobohkan Untuk Membina Baru

💚Assalamualaikum.. Semoga Allah berikan ketabahan dan kesabaran kepada keluarga Palestin kita .. dan memberikan kita kesabaran dan ketabahan dalam melengkapkan sebuah cerita kita di dunia sementara ini. Di sebalik kesulitan Allah sediakan kemudahan. InsyaAllah..

💚Sudah sekain lama tidak update tentang teratak bonda di Marang yang hangus terbakar.

💚 Kisah terbakar sudah tercatat di sini, kisah untuk pembinaan semula masih belum tercoret di blog ini. Just untuk tatapan kenangan anak-anak cucu betapa gigihnya kami adik beradik dalam menyantuni seorang ibu yang banyak kisah derita dan sukanya di sini.

💚 Alhamdulillah, setelah habis episod kebakaran yang memusnahkan harta dunia, sekarang dalam proses pembersihan tapak rumah.

💚 Taman bonda dialihkan ke tanah kakak ipar yg berhampiran jalan, pondok sementara juga dibina sementara untuk tempat berteduh bagi kami sekeluarga. Pondok tanpa dinding dikelilingi oleh pokok2 tanaman bonda.


Alhamdulillah, gazebo ini Allah masih pinjamkan kepada kami sebagai tempat berhimpun dan bersantai.


Sayu terasa hati, adik beradik sudah pulang ke teratak masing-masing.. tinggallah rumah di sini.. 
Di laman ini lah dlu Ldy bermain masak-masak dengan anak saudara si Adli. Di laman kosong ini juga kereta viva putih ldy menumpang kasih. Di tepi sebelah kanan rumah besar yang terbakar ni ada rumah kecik lady.. tempat kami berkasih sayang, mencipta kenangan sebuah kehidupan. 


Di tapak ini dlu, Taman Bonda.. juga tempat Ldy bercucuk tanam bunga bungaan.. petang-petang membersihkan taman, bersih dan cantik.. kadang2 ditemani dengan kucing2 dan ular-ular yg bertamu.

Pondok kayu tu tempat Ldy kurung kucing-kucing kesayangan Ldy. Si Abu, Si Putih, Si Ciluk, Si Hitam, Si Bedah.. 

Di sini lah Lady merangkak pagi-pagi .. cabut rumput.. tanam pokok.. cabut pokok.. 


Suasana begini tidak akan berulang lagi.. bersaksikan sisa-sisa rumah lama..


Semuanya orang-orang hebat dilahirkan dan dibesarkan di sini.. 


Ini pondok sementara.. 


Atap, bingkai tingkap, bingkai pintu, kayu kayu yang masih boleh digunakan lagi ditanggalkan untuk digunakan semula untuk membina tempat baru.


Adik beradik suami dan anak saudara.


Anak-anak saudara yang hebat.. sentiasa ada bersama.. 


Nanti rumah ini dah tak de yer kakak kakak dan abang-abang. Kite bergambar kenangan di sini.



Sekarang proses buang atap oleh tukang..


keluarga Pok Ayien


Anak-anak saudara semuanya ni.. bertungkus lumus.. sama2 bina semula





Apa yang penting, KERJASAMA.


Yang berat menjadi ringan, insyaAllah.


Sama-sama angkat pasu2 Tok Ma yg besaq2 gedabak ni.. nanti kite demam sama2 macam biasa yer.. :D


Keluarga Che Kin



Keluarga Pok Pu



Kenangan Indah untuk kita ciptakan bersama-sama


Allah ambil sebahagian, Dia gantikan berbahagian-bahagian.. samada yang terang-terang mahupun tersembunyi.

Alhamdulillah.

Kenangan yang tidak mungkin akan dilupakan..
💚💚💚
p/s : ramai lagi abg2 kakak2 anak2 xde dalam gambar ni.. ciksu mohon maaf yer sebab x mampu nak letakkan semua gambar kenangan korang dalam ni. 

19 ulasan:

  1. Berat dugaannya.. moga yg diganti oleh-Nya juga lebih hebat. Tak di sini, mungkin di alam sana.

    BalasPadam
  2. Rumah yang memberi kenangan yang tak mungkin dilupakan.
    Alhamdulillah.. seluruh keluarga bekerjasama.
    Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik.

    BalasPadam
  3. Allah... semoga dipermudahkan segala urusan lady sekeluarga lepas ni.. dimurahkan rezeki juga...

    BalasPadam
  4. berat untuk meninggalkan kadang itu menjadi yang terbaik buat kita ❤

    BalasPadam
  5. kenangan yg takkan berulang...tiada yg kekal di dunia nak fana ini...

    BalasPadam
  6. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..moga tabah. Allah ganti yang lebih baik.

    BalasPadam
  7. MasyaAllah hebat hubungan kekeluargaan family Lady.
    Dalam pahitnya ujian, ada manisnya.
    Semoga Allah permudahkan urusan pembinaan rumah baru.

    BalasPadam
  8. perit dugaannya tapi terselit manisnya hubungan keluarga bekerjasama utk bina semula.. moga terus diberi kesihatan yg baik utk semua ahli keluarga lady aminn

    BalasPadam
  9. Memang berat,banyak kenangan suka dan duka bersama,semoga di beri kekuatan dan Allah akan beri yang terbaik..amiin🤲

    BalasPadam
  10. dugaan berat namun ada hikmah dan kemanisan disebaliknya insyaAllah. moga dipermudahkan urusan bina rumah baru dengan semangat dan kerjasama semua pihak

    BalasPadam
  11. tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat membesar...

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah ramai yang ringan tulang membantu. harap harapnya sebelum akhir bulan ni, kediaman dah terdiri dan siap sepenuhnya...

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah, semoga proses menggantikan rumah baru berjalan dengn lancar...semoga allah permudahkan juga

    BalasPadam
  14. Ramai yang hadir untuk membantu . Bekerjasama . Suka CCL tengok .

    BalasPadam
  15. sedihkan.. byk kenangan ditinggalkan, sama macam rumah arwah tok wan Fiza jugak, baru je dirobohkan

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah ramai yg hadir membantu.. semoga dipermudahkan segala urusan dlm membina rumah yang baru amin :D

    BalasPadam
  17. Rumah bapa mertua saya juga pernah terbakar dan kini hanya tinggal gambar sahaja..

    sedih memang sedih tapi itualh sudah suratan begitu

    BalasPadam
  18. Indahnya kebersamaan dengan saudara ya kak. Saling membantu di saat ada musibah. Inilah kunci dari hidup bersaudara 🤗. Saya doakan yg terbaik untuk pembangunan kembali rumah bunda. Dimudahkan rezeki kakak sekeluarga.

    BalasPadam