Sabtu, 8 Jun 2024

Api Sewaktu Kecil Menjadi Kawan, Bila Besar Menjadi Lawan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat maya.. Didahulukan doa kepada saudara kita di Palestina.. Semoga Allah bagi kekuatan hati untuk sentiasa berserah kepadaNya dan yakin dengan janji2Nya.. sesungguhnya ujian terhebat adalah ujian hati untuk sentiasa kuat dan bersangka baik dengan Allah ketika diri diuji dengan Maha Hebat.. sesungguhnya Syurga itu amat Mahal nilainya.. Semoga Allah sentiasa berikan kekuatan pada Islam secara keseluruhannya.. Ameeennnn

💚💚💚


Pada 02 Jun 2024/ Ahad baru-baru ini, rumah mertua Ldy dijilat api.. 100% musnah.. 

Inilah rumah yang kami diami sebelum berpindah ke rumah baru.. Banyak kenangan tercipta di sini.. Hanya Allah yang tahu rasa di hati kami.. Alhamdulillah seluruh keluarga tiada di rumah waktu kejadian.. anakda Fatimah, Ibunda Fatimah seluruh keluarga kebetulan pergi mandi-manda di Sekayu .. Ldy tidak sertai kerana demam..


Waktu kejadian dalam lingkungan jam 12.30 tengahari.. En Hubby call maklum rumah bonda terbakar.. soalan pertama Fatimah, dan Bonda selamat atau tak.. waktu tu orang lain tak terlintas untuk tanye sebab jantung terasa gugur.. badan menggigil2.. Alhamdulillah semuanya selamat.. 


Dalaman semua hangus, yang tinggal dinding rumah bawah yang juga perlu dirobohkan kerana dindingnya dah pecah menunggu rebah..


Inilah tempat kami anak beranak bersantai setiap minggu dan setiap malam menonton TV.. Sekarang hanya tinggal kenangan.. Hanya air mata yang mampu bersuara mewakili kesedihan hati..



Bilik yang nampak kipas tu bilik Ldy.. satu-satunya katil yang terselamat dalam kebakaran ni.. dan satu-satunya bilik yang elok .. bilik tanpa bumbung.. komputer, mesin.. tinggal rangka..


Allah ambil sebab Dia nak gantikan dengan sesuatu yang baru, yang jauh lebih baik untuk kami semua.. terutama hadiah untuk Bonda Fatimah yang berhati cekal..


Malam tu kami semua berkumpul di rumah abang sulung yang merangkap ketua keluarga kami setelah arwah Ayahanda meninggal sewaktu usia En Suami 3 tahun..

Merancang dan menyusun strategi dalam menyelesaikan isu rumah kami dijilat api.. Alhamdulillah semua rancangan berjalan dengan sempurna insyaAllah..

Hari ini hari ke-6 selepas hari kejadian, kepala sakit belum hilang lagi.. satu kepala terasa sakit.. Ldy tidak rasa stress tetapi kepala Ldy terasa sakit.. Sukar untuk diterjemahkan kenapa dan mengapa.. adakah disebabkan kejutan tersebut.. 

Semoga Allah berikan ketabahan kepada Bonda kami dan seluruh keluarga kami.. Ameennnnn..

[Kejadian] :

02/06/24- Kebakaran rumah Tok Ma
02/06/12 - Perkahwinan kami suami isteri

27 ulasan:

  1. Allahuakbar... beratnya ujian. Alhamdulillah semua selamat cuma sedihnya itu rumah kenangan kan.. 😢 Semoga Allah kurniakan dgn yg lebih baik dan dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam
  2. Allahu Akbar! Semoga dipermudahkan segala urusan, diberi kesabaran dan kekuatan serta diganti oleh-Nya akan sesuatu yg lebih baik buat Ldy dan seluruh keluarga 🤲
    PH pernah lalui ujian kebakaran ni 2 thn lepas., faham apa yg dirasai oleh Ldy dan keluarga. Tapi yakinlah, Allah bagi ujian ni sbb kita mampu hadapi dgn izin-Nya Insha Allah

    BalasPadam
  3. Innalilahiwainnailayhirojiuun.
    Takziah utk LB sekeluarga.
    Allah nak beri yg lebih baik.

    BalasPadam
  4. Allahu.. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn.. Salam takziah, semoga kehilangan ini akan digantikan dgn yg lebih baik oleh-Nya jua.

    BalasPadam
  5. innalillah wainna ilaihi rajiun..
    Allahumma yassir..
    sedey dan terkejut bila baca entry ni..memang tgk pun news ni kat socmed/fb/tv

    BalasPadam
  6. Allahuakhbar...syukur semasa kejadian tiada di rumah..smoga bersabar dgn ujian ini dan dipermudahkn segala urusan

    BalasPadam
  7. Moga dipermudahkan urusan seisi keluarga.

    BalasPadam
  8. Ya Allah....syukur semua tak ada korban yaa....memang sedih karena rumah sudah menjadi bagian selama ini..semoga bisa bersabar dan melewati cobaan.

    BalasPadam
  9. Waalaikumsallam. Turut berduka cita, semoga kita semua selalu diberi kelapangan atas segala ujian. Sekali lagi turut berduka

    BalasPadam
  10. Allahuakbar beratnya dugaan.. tarikh 02/06 & dua peristiwa berbeza.. moga diberi kekuatan utk Ldy sekeluarga aminnnnn

    BalasPadam
  11. Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ
    Tengok gambar je pun dah luluh hati. Apa lagi keluarga Lady.

    Moga Allah kurniakan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan berkaitan ya.

    BalasPadam
  12. Allahu akhbar.. sedih mmg tak dpt nak dikata.. hanya perasan dalam hti yg berkata kata.. semoga semua kuat menghadapi dugaan ini.. insyallah yg lebih baik pasti akan menjelma ...

    BalasPadam
  13. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

    BalasPadam
  14. semoga lady bird n keluarga tabah menghadapi penderitaan ini.

    BalasPadam

  15. Ø¥ِÙ†َّا ِÙ„ِÙ„َّٰÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ
    Tak tahu apa yg harus diperkatakan… namun yang paling penting tiada nyawa yg terkorban… ya mudah-mudahan Allah akan gantikan dengan yang lebih baik…

    BalasPadam
  16. Macam mana dengan siasatan dari pihak bomba? Apa punca kebakaran? Litar pintas?

    BalasPadam
  17. Take care yourself..syafakillah…

    BalasPadam
  18. ya Allah, semoga kiranya seluruh keluarga diberikan ketabahan ya mbak.
    Insya Allah, dalam segala duka, niscaya kan terbit hikmah dan pengganti yang lebih baik.

    BalasPadam
  19. Allahuakbar...moga kuat & tabah hadapi ujianNya...

    BalasPadam
  20. Moga dipermudah kan semua urusan dan dikurniakan yang lebih baik dari NYA.

    Take care & stay strong Ldy.

    BalasPadam
  21. Salam takziah buat keluarga mertua Lady, Insha Allah ada hikmah di sebaliknya. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah gantikan rumah yang lebih baik untuk ibu mertua Lady.

    Alhamdulillah semua ahli keluarga selamat, itu yg penting kan.

    BalasPadam
  22. Innalillahiwainnailaihiwainnailaihirajiuuun.
    Semoga Lady sekeluarga tabah menghadapi dugaan besar ini.
    Syukurlah tiada kemalangan jiwa terjadi. Allah Maha Penyayang!
    Semoga dipermudahkan segala urusan.

    BalasPadam
  23. Allahu.,...
    Baca lates posting,rasa pelik kenapa cakap rumah ada tiada....Gigih explore old post...
    Alllahu...semoga Allah mudahkan Allah gantikan rezeki yg lebih baik dan mudahkan urusan


    Salam takziah

    BalasPadam
  24. Allahuakbar .. tengok api marak betul tue ..memang totally hangus .. mujur tak ada kecederaan apa² .

    BalasPadam
  25. Ya Allah, semoga tabah untuk semua keluarga kak lady. 😔🤗. Alhamdulillah tak ada korban. Tak terbayang seramnya Krn besar api kalo lihat dari foto . Semoga nantinya dimudahkan segala sesuatunya ya kak

    BalasPadam
  26. Allahuakbar berat ujian akak sekeluarga.. Allah uji sebab Allah sayang.. busyra doakan akak sekeluarga sentiasa dalam perlindunganNYA..

    BalasPadam
  27. Allahu..
    Semoga Allah gantikan yang lebih baik.

    BalasPadam