Ahad, 5 Mei 2024

Kenangan Di Avilion Hotel

Assalamualaikum semua.. Semoga semuanya dalam lindungan Allah..

Ya Allah, Engkau bantulah saudara Palestin kami.. Engkau hukumkanlah semua yang terlibat dalam memusnahkan Palestin dan mengkhianati Islam di seluruh dunia... Ameeennnnn

💚💚💚

Alhamdulillah, di Cameron hari tu kami sewa bilik di AVILION HOTEL.. Kami biasa booking direct dengan owner bilik.. Alhamdulillah amat memudahkan.. pemiliknya Muslim, kebersihan bilik sangat baik.. kami sewa di tingkat 3..

Di tingkat 3 ni ada taman permainan betul betul depan pintu bilik.. sangat sesuai untuk family kecil kami bersantai.. dan amat memudahkan Ldy.. jika seharian Ldy nak duduk di bilik pun anak2 tidak bosan sebab ada taman permainan.. dan Lady hanya perlu pantau dari bilik sahaja. Tetapi agak mustahil untuk stay hanya di bilik.. 

Ni keadaan biliknya sewaktu kami nak balik, sewaktu datang tak sempat nak snap sebab terus masuk dan baring.. 👀👀 BagiLdy dah sangat selesa.. katil dua untuk kami 4 beranak..

Selimut tu kakak gulung dan letak di belakang susunan bantal :P.. mane2la kakak, asalkan kite keluar dah bersihkan.. tetapi lantai Ldy t ak sempat nak sapu sebab penyapu yang dia sediakan tu agak keras. Ldy suka hiasannya di dinding tu, susunan kayu kayu.. hari tu kayu dah tercabut satu, Alhamdulillah owner dia dah baiki, kalau tak rongaklah frame tu..

Ni ruangan dapurnya, waktu nak snap tu la en hubby duduk situ plak.. sempat lagi dia bancuh air.. padahal dah nak balik.. dulu ade dapur elektrik kat sini, tapi kali ni dapur tu dah tiada, yang tinggal hanya periuk sahaja.. owner dia dah ambil, mungkin ade kesulitan di mana-mana yang hanya owner sahaja yang tahu.. Ldy suka kalau ada dapur sebab boleh rebus ubi atau masak tomyam untuk ratah2 santai.. Ldy suka masak2 simple.. 

Ni ruangan meja makan.. Abaikan jemuran kain kain tersebut.. sedang sepah sepahkan untuk disusun semula dalam beg.. kene susun ikut kategori :P Orang cerewet ni susah sikit.. semua nak ikut SOP. Seksa suami dan anak-anaknya.. :P Hanya dia sahaja yang boleh settlekan.. 

Inilah taman yang Lady bagitahu tu, bertentangan dengan bilik kami sahaja.. Ldy snap waktu Maghrib ni.. kejadian gambarnya malap.. xpelah sekurang2nya nampak la taman tersebut :P


Seronoknya diorang main buai.. terbayang2 jika talinya putus.. mintak jauh.. kalau Ldy ada memang mulut tidak henti berbunyi-bunyi.. tetapi xdelah bising, just pesan memesan dengan bisik2.. bimbang mengganggu tetamu lain yang ingin merehatkan diri dalam bilik masing2..

Kali ni Ldy ke sini tidak ramai sangat pengunjungnya, kalau tidak kanak-kanak ramai bermain-main di sini.. kali ni hanya ada pasangan2 yang baru kahwin sahaja yang join sekali bermain dengan anak-anak Ldy.. Chinese, Malay.. Indian tiada.. 

Cuaca kali ni juga terasa sedikit panas.. tidak seperti dulu-dulu.. bunga pula tidak berapa nak menjadi sangat waktu sekarang.. tunggu giliran dicabut dan digantikan dengan bunga lain..

Sekian sahaja coretan kali ini, bolehlah Ldy delete gambar ini dalam telefon Ldy.. 

Jika berminat untuk tempah bilik ini dan sangat2 dicadangkan.. boleh terus wasap owner ni direct di no tel : +60 17-456 9791.. InsyaAllah servis tip top.

Sekian..

16 ulasan:

  1. Cantik juga decoration dalam bilik tu . LB macam CCL juga la kalau nk checkout mana² out make sure kemas² semula apa yg patut .. kita dapat bilik yg baik, tinggalkan dlm keadaan teratur juga kan .. wlwpun semua facilities hskp kena tukar ganti .

    Best ada playground ni, anak-anak seronok main

    BalasPadam
  2. Kami pun stay di Avilion CH ni tapi ambil hotel bukan homestay sbb tak tahu pula ada homestay di sini.
    Mungkin over development kot CH ni, byk pokok ditebang, hutan² pun dibersihkan sbb tu suhu pun meningkat...

    BalasPadam
  3. i pernah dok sini tp memang booking via hotel punya website la, dpt bilik sgt besar (ala2 apartment) dan dpt buffet breakfast jugak, dan memang kami ada singgah jugak kat playground tu (tp kisah ni was few yers back laaa)

    BalasPadam
  4. yg under avilion hotel dh pernah pegi yg dkt PD & melaka...yg cameron blum lg...not bad juga..katil pn besar kan

    BalasPadam
  5. Cik Latte :

    Aah cantik, ni kali ke 5 lady menginap di sini.. sldy simpan no owner dia.. :D..

    BalasPadam
  6. Puan Hazel :

    yng kami sewa ni studio room.. tingkat tiga.. sesuai untuk family kecik..

    BalasPadam
  7. Mama Zharfan : nnti boleh terus kontek owner, harga sedikit boleh runding..

    BalasPadam
  8. Mama Tisya : nanti boleh try sewa di sini.. ldy dah letak nombor ownernya..

    BalasPadam
  9. Boleh lah SA ambil nombor ownernya...nampak selesa homestay ni...

    BalasPadam
  10. Mudah playground depan bilik je.
    Parents boleh pantau dari dalam.

    BalasPadam
  11. wahhh.. playground depan bilik.
    Mudah parent pantau anak2.

    BalasPadam
  12. Nampak selesa bilik, ada dapur sekali, memang bagus.
    Akak dah lama sangat tak ke Cameron, Lady. Last sekali pergi, masa anak-anak masih kecil.

    BalasPadam
  13. masuk masuk je terus jumpa katil ya?

    BalasPadam
  14. amboiii kemain lagi dua beradik ni main buaian yaaa... laju2 tu nak ke mana? hehehe

    BalasPadam
  15. Belum ada rezeki ke CH. Walau tiap tahun saya balik Malaysia, tapi tuhlaah, hanya tempat2 itu saja yg didatangi 😅. KL atau tak penang, sekalilah ke Melaka. Nanti disempatkan lah ke CH juga.

    Bagus bilik dan ruangannya kak. Yg penting bersih dan fasilitas memadai kan.

    BalasPadam