Isnin, 15 April 2024

Kisah Satu Hari Di Hari Raya

Assalamualaikum... Selamat Hari Raya untuk sekelian kalinya.. πŸ’“πŸ’“πŸ’“Kalau di sini, di kampung ini masih di mood raya.. orang masih berkunjung kunjungan..

Catatan hari pertama raya.. untuk raya2 sebelum ni, pagi2 raya akan ke rumah keluarga Ldy dulu, slps tu baru balik ke rumah mertua.. lepas habis beraya di belah suami, baru balik ke rumah mak pula.. begitulah setiap tahun..

Tetapi tahun ni kami ubah.. malam raya berkampung di rumah Mak Ldy, pagi-pagi raya akan balik ke rumah keluarga suami.. petang baru balik ke rumah keluarga Ldy.. 

Pagi raya Ldy tak sanggup ke rumah mak, nanti Ldy bimbang Ldy nangis.. Teringat-ingat arwah Bak.. terbayang-bayang di ruangan mata Bak turun dari tangga.. duduk di tangga, bersalam-salaman dengan anak-anak.. terus ke kubur Tok dan Tokki.. balik, ke meja dan makan juadah raya sambil berborak mengusik anak-anaknya.. suasana itu masih terbayang di ruangan mata..

πŸ’šπŸ’šπŸ’š

Malam raya, Ldy dah berpesan pada kakak dan adik, besok bangun seawal 5.30 pagi.. mandi sunat hari raya.. pakai baju, tunggu solat Subuh.. Jangan nangis jangan buat peel.. 

Pagi tu, Alhamdulillah terjaga pada jam 5.30 pagi.. mandi sunat dulu.. kejutkan anak-anak.. Siapkan Baem awal-awal sebab Baem nak ikut Abi ke Masjid untuk solat Subuh.. Alhamdulillah semuanya bagi kerjasama yang sangat baik..

Kakak bersiap dengan baju dan tudungnya.. lilit-lilit kasi cantik.. pakai bedak, pakai lipstik.. memang kakak suka untuk lebih bersiap.. Salah satu sebab Ldy kejutkan anak-anak awal supaya masing-masing dapat sediakan diri sendiri dan jaga mood sendiri.. 

Si kakak ni boleh gaduh dengan baju kalau baju tak menjadi, gaduh dengan tudung, semua dia boleh ajak gaduh.. dan kemudian akan merosakkan mood semua orang.. Maka sangat penting untuk biarkan kakak bersiap awal supaya mood tak swing di pagi raya.. Nanti akan rosak mood semua orang sepanjang hari..

Alhamdulillah mood kakak ok, maka mood semua orang akan okey.. 

Lepas siap solat Subuh, Abi dan Adik balik dari Masjid, kami bersiap untuk bergambar dulu.. pagi-pagi elok ambil gambar sebab muka masih fresh, jiwa masih tenang, dan yang penting masih cantik dan tak comot. Alhamdulillah semua selesai.. plan semua menjadi.. Terima kasih Allah. Maka dapatlah gambar cantik, tahun lepas takde gambar sebab mood semua orang swing.. xde semangat nak bergambar.. tahun ini alhamdulillah ada gambar kenangan.

Dalam jam 7.00 pagi, bertolak dari Kuala Terengganu ke Marang.. Alhamdulillah jalan tak jem.. Takde kenderaan.. masing-masing dengan juadah raya di rumah masing-masing.. Ldy memang tak cadang untuk masak.. 

Lebih kurang jam 7.30 pagi sampai ke rumah mak mertua.. Alhamdulillah, Ldy stay di rumah mak sampai petang.. Abi dan anak-anak ke masjid untuk Solat Raya.. Pergi juga beraya di rumah Pok Alang.. Just dua buah rumah.. 

Petang balik ke rumah mak sendiri.. dekat nak Maghrib baru balik ke rumah sendiri.. Hari Raya kedua duduk di rumah mak sendiri dan beraya di rumah Ayah Saudara (Pok Su Mak) serta Makcik depan rumah. Selesai Raya kedua..

Hari Raya ketiga, buat open house di rumah sendiri.. panggil adik beradik sendiri dan adik beradik suami.. serta jiran-jiran terdekat.. Alhamdulillah juga settle..

Sesi bergambar Adik Beradik Ldy

Sekarang duk plan di fikiran untuk buat open house kedua untuk panggil pakcik makcik pula.. masih dalam kertas cadangan.. belum mendapat kelulusan lagi.. hihihihi.. kudrat masih lemau lagi untuk masak memasak.. sebab semalam ada orang datang rumah, masak nasi putih dan tomyam untuk 3 buah keluarga.. boleh tahan juga ramainya.. :D..

Syukur sangat-sangat Allah masih beri kemampuan dan kesihatan untuk masak memasak.. semoga Allah tidak tarik nikmat ini.. Ameeennnn..

Seronok sebenarnya bile melihat orang makan makanan yang kita masak.. hilang perasaan penat.. 

Inilah hidup seorang Ladybird.. πŸ’–πŸ’–πŸ’–

Terima Kasih Allah..

Walaupun Engkau menyimpan nikmat berjalan aku di SyurgaMu, tetapi Engkau kurniakan aku banyak kelebihan sehingga aku tidak pernah merasa aku kekurangan pergerakan. Alhamdulillah.. Nikmat yang sangat-sangat aku syukuri dan tidak terhitung nilainya..

36 ulasan:

  1. Alhamdulillah... Meriah raya Lady...
    Selamat hari raya Lady....

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Ray Ldy...Maaf zagir dan batin..
    Al Fatihah untuk yang dah dahulu pergi

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Ray Ldy...Maaf zagir dan batin..
    Al Fatihah untuk yang dah dahulu pergi

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah Allah bagi kudrat utk Ldy menjamu dan meraikan tetamu di hari lebaran.
    PH belum terima tetamu lagi, weekend ni mungkin warga kota mula beraya :)

    BalasPadam
  5. open house untuk kawan blogger ada tak?kami nak datang ni hehe

    BalasPadam
  6. tu lah bila mood swing, habes akan ganggu mood semua orang hehehe

    BalasPadam
  7. Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin...
    Terbaik! Saya tak berani nak Masak dalam kuantiti yang terlalu Banyak.. Risau...Hahaa

    BalasPadam
  8. mmg seronok tgk org nikmati hidangan yg kita sediakan. kalau dpt pujian tu hlg rasa penat memasak...

    BalasPadam
  9. ooo sekarang sy dah jelas... Yanardag dgn kawah api di Turkmenstan... yg ni lbh kecil dan kawasan pembakarannya setempat...

    BalasPadam
  10. hahaha... macam mana tu gaduh dgn baju tudung segala bagai tu? hehee kakak... kakak...

    BalasPadam
  11. btul tu seronok tgk org mkn apa yg kita masak..kdg2 yg tukang masak tk sempat merasa hehe

    BalasPadam
  12. Selamat Hari Raya Aidilfitri Ldy.

    Bila buat rumah terbuka, perut lapar auto rasa kenyang bila tengok semua menjamu selera apa yang kita masak.

    BalasPadam
  13. Cantiknya kad raya! Sapa designernya?

    BalasPadam
  14. Si kakak itu sangaaaat mirip dengan saya πŸ˜…. Harus jaga mood seawal pagi. Baju tak sesuai, make up berantakan, dah pasti bikin mood saya kacau seharian 🀣. Makanya suami slalu minta saya prepare jauh2 waktu, supaya tak kelam kebut πŸ€£πŸ˜….

    BalasPadam
  15. Selamat hari raya idul Fitri mbak.πŸ™

    Alhamdulillah meriah saat hari raya.

    BalasPadam
  16. Bagus dah plan gini, jadi semuanya dapat berjalan lancar. Dapatlah foto raya cantik.

    Akak pun ada beberapa hal yang kena take note untuk foto raya tahun depan. Tu diaa...dah fikir untuk raya tahun depan kalaulah panjang umur 😁

    BalasPadam
  17. Lady, maaf pasal penjual harumanis tu akak tak berani nak recommend. Selalu jugak dengar orang beli melalui pos, dapat buah tak elok. Kena cari yang ada jaminan buah diganti kalau tak elok, tapi harganya memang mahal.

    BalasPadam
  18. Selamat hari raya.
    Maaf zahir batin.
    Yang pergi, sudah sampai waktunya.
    Kita akan menyusul tapi tak tahu bila masanya. Semua rahsia Allah.

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah. Semoga Lady terus kuat.
    Faham tentang kakak yang boleh bergaduh dengan baju, tudung dan sebagainya, sebab salah seorang dalam rumah akak pun macam tu juga. :D

    BalasPadam
  20. Taqabbalallahu minna waminkum. Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.

    Seronok kan dapat beraya dengan keluarga terdekat.

    BalasPadam
  21. Salam Aidilfitri, Lady. Seronok baca catatan raya Lady. 😊

    BalasPadam
  22. selamat hari raya akak.. lambat sikit wishnya. hehe

    BalasPadam
  23. Salam Syawal. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir & batin

    BalasPadam
  24. Selamat hari raya utk lady sefamili
    Cantik gmbr raya tu🀩❤️

    BalasPadam
  25. Tahun ini rasanya raya banyak layan tetamu daripada ziarah.
    Apapun alhamdulillah atas segala nikmatNya.

    BalasPadam
  26. Macam tu jugak la Kak SA...awal pagi tu memang dah nangis dalam bilik air..lepas tu dah ok alhamdulillah allah bagi tabah sampai la salam- salam raya..syukur xde drama kesedihan

    BalasPadam
  27. Alhamdulillah meriah raya..
    Kakak tu sama perangai macam anak dara SHa yang no 2.. Kalau dia swing, semua orang akan swing.. kikiki..

    BalasPadam
  28. selamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga. canti baju raya sedondon

    BalasPadam
  29. selamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga. canti baju raya sedondon

    BalasPadam
  30. Tau sangat kalau ada anak yang mood swing pagi².
    Habis semua orang takde mood.
    Masyallah... dalam keterbatasan, dapat juga Lady masak untuk menjamu ahli keluarga yang lain.
    Salute!

    BalasPadam
  31. Salam aidilfitri untuk LB sekeluarga
    Betul pagi-pagi raya kalau mood swings ni auto nak buat apa pun semuanya tak ada mood ..

    BalasPadam
  32. Alhamdulillah...kalau raya semua yang ok dan happy

    apa-apapun nikmati saja hidup ini adanya

    BalasPadam