Ahad, 26 Februari 2017
Cerita Untuk Tatapan Puteri Ibu
Assalamualaikum wbt. kepada sahabat-sahabat semua..
Eizza doakan semoga semua dalam keadaan sihat walafiat sentiasa.. Ameenn..
Mengaji ketika sakit..
Eizza sebenarnya nak sarankan, kalau ketika anak atau sesiapa sahaja yang sakit.. Sakit ringan ke, sakit berat ke.. Tolonglah kita yang sihat ni mengaji untuk beliau.
Eizza dulu waktu kecil, eizza sakit. Sehingga eizza tak sedar siapa yang datang, siapa yang duduk sebelah kita..
Time Eizza sakit, selalu mintak mak mengaji.. Sebab bile ade orang mengaji di sebelah.. Rasa sakit itu beransur2 hilang (walaupun still sakit sebenarnya). Bacaan al Quran ni seolah2 seperti ubat bius. Rasa tenang dan damai..
Eizza sakit saraf sewaktu eizza masih kecil... Seingat eizza seawal dulu eizza memang tak ingat bagaimana rasanya, apa yang eizza lalui sepanjang eizza sakit.. Sebab sakit eizza ni sampai dewasa. Mungkin ingatan eizza agak lemah untuk eizza imbau balik..
Tetapi sekarang, perlahan-lahan rasa sakit itu terimbau kembali. Mungkin Allah dah pulihkan sedikit sedikit ingatan eizza. Sebelum eizza lupe balik, baik eizza tulis dulu.
Waktu eizza jatuh dulu, eizza jatuh dalam keadaan baring. Dalam setengah jam juga eizza terbaring di situ. Eizza cube bangun, gerakkan anggota badan, tetapi x mampu. Nak jerit pun tak mampu. Jadi eizza baring je di situ tunggu orang datang.
Lepas tu eizza usaha lagi untuk bangun, Alhamdulilah eizza mampu duduk. Rasanya sedikit sengal di pangkal leher.. Dan agak kebas di kepala. Tapi xmampu nak bangun berdiri lagi..
Dalam waktu eizza duduk, mak saudara eizza datang. Time tu usaha eizza untuk berdiri berjaya. Maka tiada orang tahu eizza pernah jatuh. Dan sampai di situ sahaja ceritanya.
Selang dalam dua minggu, waktu itu eizza sedang bermain seorang diri. Main air banjir. Kaki eizza tetiba tidak mampu untuk melangkah. Tapi mampu berdiri.
Terlalu berat. Sangat berat. Seolah sesuatu yang maha berat tergantung pada kaki. Eizza menjerit memanggil orang untuk datang tolong. Tetapi tiada orang datang untuk tolong.
Meraunglah eizza sorang2 di situ.. Bagaimana mungkin seorang anak kecil mampu memberitahu orang yang dia xmampu untuk melangkah. Sedangkan bahasa pun belum dikuasai sepenuhnya.
Lepas tu abang sulung eizza angkat eizza, dengan keadaan kaki eizza kekejangan, tersentap sentap dari atas dukungan sehinggalah eizza lemah terkulai di atas lantai.
Tiada seorang pun tahu ape dan bagaimana ia berlaku. Dan bermula dari situ eizza terus tidak boleh berdiri, mahupun melangkah.
...
Bersambung
Isnin, 20 Februari 2017
Jangan Berprasangka Dengan Rezeki Kita
Alhamdulillah, kebetulan dapat tempat selesa dan strategik. Pangkin berpokok betul2 depan gigi air.
Kemudian ada seorang pakcik lalu di hadapan kami sambil membawa jala. Beliau pergi ke gigi air, tengok2.. Kemudian beralih arah.. Tengok2 lagi.. Mungkin mencari tempat strategik untuk mencari rezeki.
Kemudian datang lagi dua tiga orang, dengan keadaan yang sama.. Sehinggalah semua sekali dalam lingkungan 8 orang..
Masing-masing bertebaran di lingkungan masing-masing. Tanpa bergaduh, tanpa kenal (mungkin), mereka berkongsi tempat untuk mencari rezeki.
Pakcik yang datang awal tadi, dapat dalam 4 5 ekor ikan sederhana besar (sepanjang tempoh iza bersantai di situ). Yang lain-lain iza tidak nampak sebab lokasi mereka yang agak jauh dari kemampuan jarak penglihatan iza. 😝
Dan yang paling hampir dengan iza ni yang iza paling fokus. Jenuh beliau angkat tebar angkat tebar.. Tapi ikan tetap takde.. Iza tumpang sedih.. Dalam hati berdoa supaya beliau dapat ikan juga.
Kemudian dapat ikan dalam dua ekor, mula-mula iza tengok ikan tu tercampak balik ke air, iza ingat terlepas.. Tapi ikan kedua iza nampak dicampak ke dalam air. Ikan apakah yang pakcik itu cari sebenarnya? Berbeza dengan pakcik yang tadi.. ☺☺☺ Mungkin ikan tu kecil sangat kot.
Kemudian duk ralit tengok orang menjala, tiba-tiba ada seseorang lalu dan menegur. "Takmboh balik lagi ke kak, lama sangat doh duk situ."
Terkejut, rupa-rupanya ade juge orang duk perhati gelagat kita rupanya. 😝😝😝 terus mood nak termenung di situ terkubur.
Tapi sepanjang 2 jam iza duk termenung di situ, ada sesuatu yang iza dapat.
Hidup ini dunia yang sama.. Masing-masing mencari rezeki yang sama. Tetapi tempatnya, Allah dah aturkan berbeza.. Kite cari tempat kite, lingkungan kite.. Fokus kite..
Tak perlu pun bergaduh-gaduh untuk berkongsi rezeki. Cuma masing2 perlu saling memahami, tidak menindas, tiada yang tertindas. Tidak perlu stress kerana Allah dah sediakan cukup untuk kita. 😍😍😍
Apa yang perlu dibuat, jangan berprasangka dengan rezeki orang, jangan berprasangka dengan rezeki kita.
Pakcik tu dapat rezeki ikan banyak, mungkin anak2 pakcik tu ramai duk tunggu ikan di rumah, dan mungkin pakcik ni dapat ikan sikit sebab beliau hanya untuk makan seorang.
Adilkan Allah, adil Dia yang kita tak nampak. Tetapi Dia bagi cukup untuk kita.
Terima kasih Allah.
Azliza Ibrahim
Jubah Abaya Fateema
21 February 2017
Isnin, 6 Februari 2017
Pasar Rusila, Marang, Terengganu.
Assalamualaikum wbt.. :D Lady doakan semua sahabat maya lady berada dalam keadaan sihat walafiat sentiasa. Ameenn.
Kali ini Lady nak bercerita tentang Pasar Rusila di kampung mertua lady. Di Marang.
Pasar ini sebenarnya di dalam kawasan/ persekitaran Masjid Rusila, tempat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengajar setiap Jumaat. Hanya sejauh 15 minit berjalan kaki dari rumah mertua lady.
Setiap Jumaat, memang rutin mingguan Tuan Guru untuk berkongsi ilmu dan mendidik kami tentang kehidupan. Memang kami masyarakat Terengganu sentiasa menanti kehadiran Jumaat untuk santapan rohani.
Lady menetap di sini hampir 4 tahun, dan setiap Jumaat bagaikan hari raya bagi masyarakat berhampiran sini. Seawal pagi mereka bangun, bersiap diri dan anak-anak. Kemudian bergegas ke Masjid Rusila untuk membeli sarapan pagi dan makan di situ ramai2 sambil mendengar Tuan Guru sampaikan amanat.
Masing2 akan duduk di merata2 dengan membawa alas tempat duduk masing2. Bagi yang datang awal boleh duduk di dalam masjid, tapi kalau datang lambat memang xkan mampu masuk ke dalam masjid. Penuh. 'Rumbu'. Seakan2 suatu pesta menuntut ilmu. Bukan sahaja masyarakat sekeliling Masjid atau daerah kami sahaja, malah dari pelbagai pelusuk daerah berkumpul di sini. Dari Kuala Terengganu, Kuala Berang, Dungun, Kemaman, Besut, Setiu.
Disebabkan betapa ramainya manusia yang hadir, untuk keperluan maka terdapat juga yang mencari rezeki di sini. Maka terwujudlah pasar di sini. Alhamdulillah.. Pelbagai jenis makanan, barang keperluan harian turut didagangkan sambil2 mendengar bicara santapan rohani dari Tuan Guru.
Kebanyakan barang dagangan di sini adalah dari kalangan kami2 sendiri Penduduk2 kampung.. Masing2 berkongsi rezeki.
Cube tengok gambar di atas ni.. Sambil2 datang mendengar kuliah Tuan Guru, mereka membawa hasil dari halaman untuk dikongsikan sebagai barang jualan.
Makcik ni selalu ada di sini. Beliau hanya menjual untuk diri sendiri sambil2 menyedut ilmu. Tetapi Alhamdulilah, rezeki sentiasa ada untuknya. Kadang2 kami sendiri tumpang menempel di situ.
Alhamdulillah, disebabkan kawasan ini kawasan tumpuan.. Maka akan ada yang datang untuk mengutip derma.
Buat pengetahuan semua, pasar ini hanya wujud jika ada majlis ilmu di Masjid Rusila, jika tiada pasar ini tidak akan beroperasi.
Semoga Tuan Guru terus sihat untuk membimbing kami yang sentiasa dahagakan ilmu dan kasih sayang dan bimbingan dari orang yang berilmu.
Kalau ada kesempatan datang ke Terengganu, mohler ke sini. :D.. Lepas membeli, dengar kuliah.. Boleh lepak2 tepi pantai. Oh yer, lokasinya Betul2 berhadapan dengan pantai dan dekat dengan chalet2 dan rumah2 tumpangan.
P/s : kuliah ilmu start antara jam 8.30 pg hingga 10.30pg (InsyaAllah)
....
Maklumat atas ni adalah dari pengamatan sendiri. Kalau ada yang salah bgth lady, nnti lady baiki. Deh..