Jumaat, 30 Disember 2016
Novel Cinta
Novel Cinta tidak sesuai sebagai bahan bacaan remaja. Tetapi amat sesuai sebagai bahan bacaan wajib seorang yang dah bergelar isteri/suami.
Kerana..
Ia mampu melahirkan emosi romantis yang perlu disalurkan kepada pasangan yang halal.
Contoh..
Bagi bunga kepada isteri.. Masak makanan sedap-sedap untuk suami.. Buat kejutan hari lahir/ ulangtahun perkahwinan. Naik motor bawa laju-laju dan break kuat-kuat.. 😝 wow gitu rasernye.. Kan?
Kalau menjadi bacaan remaja, ia disalurkan kepada siapa?
Maka masing-masing akan mencari saluran untuk direalisasikan rasanya.
Mereka mulalah mencari pasangan yang tidak halal dan salurkan kasih sayang pada mereka..
Kan?
Kalau yang alim sikit, simpan angan2 dalam diri untuk disalurkan pada suami/isteri.. 😝😝😝 dan mulalah khayalan membuai rasa. Syaitan pun semakin mudah nak godek2.
Setuju tak?
Kalau tak setuju jangan kecam.. 😍😍😍 diam2 sudah.. Hihi..
Kalau dah kahwin, eloklah hadiahkan buku cinta pada pasangan masing2. Supaya hati berbunga2 dipenuhi cinta. Baru romantik sokmo.
Tak caye, acu cuber try test..
#AzlizaIbrahim
#founderjubahabayafateema
#jubahcustomemade
#jubahpatuhsyariah
#bicarahatiazliza
#nocopypaste
Selasa, 20 Disember 2016
Menciplak/ Plagiat/ Meniru/ Mengambil Hak Orang Lain Tanpa Keizinan
Teknologi jika digunakan dengan betul akan mendatangkan kebaikan, dan jika digunakan dengan cara yang salah akan mengundang keburukan.
Ilmu mudah tersebar dalam dunia internet. Semudah petik dan tekan. Ilmu berguna, mahupun yang membawa kemudaratan.
Kalau dulu lady banyak terlibat dalam dunia artikel maya, kami satu team sama-sama memantau isu plagiat artikel tanpa kredit kepada web kami (iluvislam.com). Dan alhamdulillah dgn kerjasama semua dapat dibendung.
Dunia blogger juge begitu, kami menulis artikel ilmiah seminggu satu artikel, dgn merujuk banyak website, buat research.. Sewenang-wenangnya juge ditiru dengan meletakkan nukilan sendiri tanpa rasa bersalah. Sedangkan kami memerah otak /tenaga dan masa untuk menghasilkan setiap artikel. Dan menyebabkan blog-blog berilmiah yang kami cuba bangunkan terkubur begitu sahaja.
Kemudian, lady join grup fotografer (DIGITAL MUKMIN) .. Isu mengambil hakcipta sewenangnya tetap berlaku. Gambar yang cantik, diakui hak milik sendiri dengan mengubah "watermark". Tanpa sedikit rasa bersalah, dan lebih teruk lagi digunakan untuk membina darah daging sendiri dan keluarga.
Untuk ketiga-tiga isu, pihak kerajaan Malaysia tidak pernah terfikir untuk mengambil berat dan dengan ini melahirkan ramai penipu-penipu jalanan yang berlegar-legar dengan bebas di dunia maya.
===
Kemudian, dalam era terkini.. lady buat bisnes secara online. Dan dalam dunia bisnes juge semakin ramai peniru-peniru berlegar-legar di jalanan offline mahupun online.
Dalam dunia perniagaan lebih mencabar rupanya tahap tirunya.
Gambar sewenang-wenangnya diambil, gambar makanan milik orang lain diakui sebagai makanan sendiri dan diletak di page-page jualan mereka dengan meletak watermark sendiri. Cube bayangkan bagaimana tahap rezeki yang diterima hasil daripada mengambil gambar hak orang lain tanpa keizinan pemilik asal. Ia sama kes seperti mencuri.
Kes gambar dicuri melibatkan peniaga-peniaga atas talian sangat ramai. Seperti bukan suatu kesalahan di MALAYSIA. Tetapi sebagai seorang ISLAM dan MANUSIA, ia salah dari segi etika. Begitu juga membuat/meniru pakaian..
Untuk kesemuanya di atas, Jika tidak dihalalkan oleh pemilik asal adakah hasilnya yang digunakan untuk membina darah daging tulang rambut kuku itu dikira halal?
Tepuk dada, tanya iman. Andai anda letak di Facebook dan tanya pendapat orang lain, mungkin ramai yang mengatakan ia betul. Rujuk pada perenggan ke-6. Kebanyakan pengguna maya memang gemar MENIRU.
Jika kalian terlibat dalam dunia maya sebelum tahun 2000, anda akan tahu perjalanan TIRUVASI @TIRUVAVI di kalangan pengguna maya.
Etika sebagai seorang manusia hilang. Lenyap ditelan arus kemodenan. Hilang halal haram. Manusia lupe bakal dihisap oleh Tuhan.
Azliza Ibrahim
Jubah Abaya Fateema
019 900 5689
P/s : iza pengguna tegar internet dari bangku sekolah. Duniaku hanya di komputer. Bersembunyi di dalam bilik, berkomunikasi dgn dunia maya.