Isnin, 29 Jun 2015

Puteri Ibu

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik sekarang si cilik ibu telah mencecah usia 2 tahun lebih..  :D

Allah bantu ibu jaga adik..  :D..  Walaupun sukar tetap maju selangkah demi selangkah..  Dari tak boleh bergerak sekarang dah pandai melompat.. Dari x pandai bercakap sekarang dah banyak celotehnya..

Dah boleh disuruh2.. Dah boleh tolong ibu masukkan baju kotor dalam bakul,  letak pinggan dalam sink,  ambik pinggan, ambik cawan sendiri..  Alhamdulillah..  Tq Allah..  :D banyak hikmahnya ade anak sendiri.. Boleh tahu dan rasa bgmn sukarnya ibu menjaga kite sedari kecil..

Inilah rupa si cilik zahra..  Banyak keletahnya..  Kadang2 menguji kesabaran ibu..  Tapi ibu tetap sayang adik.  :D

Adik suke pakai baju hijau..  :D..

Kata adik, Melangkah biar ke depan..  Terus maju dan maju..  Jangan tersepak batu terpijak duri.. Elak segala halangan dan terus maju. InsyaAllah berjaya harungi semua rintangan yang menunggu.   :D

Ni adik dalam studio abi..  :D..  Seronok sakan melompat2.. Baju besar dari tuan.. Hihi..

Ini gambar terkini adik..  Di taman bunga tok che durian burung..  :D :D menikmati pagi hari di kampung tok..  Nyaman..  Tenang..  Damai..

P/s: selepas bertahun tak update blog, tetibe rasa kaku nak menulis..  Idea xde..  Dah lama xbermain dengan kata2.. :D mesti dah ramai kwn blogger yg dah xaktif mcm dlu.. Sb bl lady check,  sebahagian blog kawan2 dah xde..  Huhuhu..  Semoga semua terus tabah lalui hidup masing2..

Allah knew the best for us. Dulu kita single, berumahtangga,  ada ank,  keluarga.. Perjalanan hidup yang tak pernah dijangka..