Selasa, 29 Oktober 2013

Resepi Kari Ayam Sedap

gambar ambik dr abg google
Salam semua :D.. kali ini lady nak share resepi kari ayam kacang bendi. hehehe.. 1st time lady masak kari.. belajar ngn kakak2 ipar.. lady sebenarnye x reti masak pun.. cume rajin try jerk.. tok gurunye ramai memandangkan lady duk ngn ibu mertua.. alhamdulillah :D semua sekali adik beradik abang lady 13 orang x termasuk suami dan isteri mereka.. :)..

Bahan-Bahan:

1. Ayam yg bersaiz sedang sahaja (setengah ekor)
2. Perencah Kari (3 sudu besar)
3. Bawang Merah bersaiz sederhana (3 ulas)
4. Bawang Putih bersaiz besar (5 ulas)
5. Halia (1 inci)
6. Asam Keping (2 keping)
7. Lada Lumat (3 sudu besar)
8. Santan segar (2 gelas)
9. Kacang Bendi (5 batang dipotong dua)
10. Lada Hidup (3 batang)
11. Daun Kari
12. Kayu Manis

Cara-Cara :

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk lumat sehingga terbit bau. Masukkan lada lumat dan kacau beberapa ketika dan kemudian masukkan sesudu besar gula. Tumiskan sekali bersama daun kari.

2. Masukkan sedikit air yang telah dicampur dengan perencah kari.. biarkan seketika di atas dapur sehingga terbit buih2 kecil.. kemudian masukkan daging ayam.. masukkan sekali asam keping dan kulit kayu manis ke dalam masakan dan tunggu ia sedikit mendidih.

3. Kemudian masukkan santan, dan biarkan sehingga ayam empuk. Boleh juga masukkan lebihan daun kari yg ditumis tadi. Masukkan garam secukup rasa.. Tunggu sampai ayam masak, masukkan kacang bendi dan lada hidup. Boleh juga masukkan sedikit bahan perasa..

4. Apabila ayam masak, boleh terus diangkat dan dihidang.. :D

.............................................

Alhamdulillah percubaan lady berjaya.. rasanya boleh tahan.. anak2 sedara lady ckp sedap.. hehehe.. bolehlah lady buka kedai makan lepas ni.. selama ini lady x pernah suka kari.. tp kali ni lady rasa kari sedap plak.. ubah selera lepas kahwin kot.. :D..

Lady sebenarnya sebelum kawin x pernah masak pun.. lepas kahwin ni baru belajar mencuba.. tu pun lepas bersalin.. sebelum2 ni makan yg orang lain masak jerk.. :D bukan malas, tapi masa tidak mengizinkan.. hehehe.. ye la waktu study kat universiti dulu mane leh masak dalam hostel.. lps kuar plak terus keje.. mane sempat nak masak.. balik keje semua dah siap.. so makan je la keje lady..

Korang lehlah suggestkan lady masak ape ek lepas ni.. sebab lady ni buta bab2 lauk pauk ni.. kalau boleh buat permulaan lady nak masak yg simple2 je dulu.. nak fokuskan pada lauk sebab nasi lady dah pandai masak.. hehehehe :D

Ahad, 27 Oktober 2013

Usia 60-an: Manuju Akhir Yang Baik

Salam semua.. kali ini lady nak berkongsi ilmu daripada buku yang bertajuk "Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit". Buku yang sangat sesuai dimiliki oleh semua orang.. Insya-Allah bermanfaat. 

Ajal itu tidak kenal usia
Fotografer : Fathullah Mohamad/FNZStudio
Lady nak berkongsi ilmu berkaitan dengan usia kita.. Cuba kita bayangkan sekiranya masih diizinkan Allah, bagaimana agaknya keadaan kita apabila memasuki usia 60-an. Apakah kita masih produktif ketika itu? Adakah kita menjadi antara makhluk yang pandai bersyukur atas semua kenikmatan dan anugerah yang Allah berikan? Adakah kita masih mampu merasai erti kesihatan dalam umur panjang kehidupan kita? 

Alangkah indahnya andai waktu itu prestasi kita tidak terbatas oleh batas-batas usia pencen kita. Pada saat itu adakah kita mungkin masih berpeluang menyaksikan kebesaran Allah dengan melancong ke sekeliling dunia dengan kemudahan diskaun warga emas ataupun meraikan kejayaan-kejayaan hidup anak cucu kita?

Mungkin dalam pergaulan hidup, kita pernah menemui satu ataupun dua kes seperti ini. Mereka yang masih memiliki kekuatan, kecergasan dan keindahan selepas pencen, bahkan sehingga memasuki usia lewat 70-an. Saya pernah menonton rancangan televisyen yang memaparkan kisah warga emas yang memecahkan rekod memanjat gunung pada usia 71 tahun. Apabila ditanya rahsianya, beliau menjawab, "Saya berusaha dan berserah diri, bertaubat kepada Allah, mensyukuri apa yang ada dan menikmati sepenuhnya."

Dipaparkan juga wartawan yang masih kuat produktif pada usia 86 tahun sehingga mampu membaca tiga buku dalam masa satu minggu. Moto hidupnya adalah, "Saya mahu memasuki usia senja saya dengan anggun. Hidup yang sentiasa bersyukur kepada Tuhan." 

Masih banyak lagi contoh mereka yang tetap produktif dan bermanfaat kepada umat dan negara ketika usia senja mereka. Bukankah kita patut menyimpan impian untuk menjadi seperti mereka?

Mungkin apabila berusia 60-an keadaan kita adalah sebaliknya? Adakah saat itu menandakan babak-babak dalam kehidupan kita bermula di mana kualiti hidup kita terbatas dengan penyusutan dan proses degeneratif tubuh? Lutut, pinggang, dan sendi mula berasa sakit-sakit. Pergerakan pula dibatasi dengan penyakit artritis, gigi yang tanggal, tekanan darah yang tinggi, penglihatan terganggu akibat katarak, pendengaran menurun, otot-otot mengalami atropi dan tekstur kulit kehilangan keanjalannya. Malah, sering juga terlupa akibat dimensia. Penurunan kemampuan fisiologi lain menyebabkan kita menjadi beban pada orang sekeliling kita.

Umur Kepasrahan

Rasulullah ditakdirkan Allah hanya berusia setakat 63 tahun, walaupun Rasulullah 'ditawarkan peluang' memilih umur yang lebih panjang. Ada hadis yang menjelaskan usia umat Rasulullah dibahagikan kepada tiga tempoh 20 tahun. Setiap bahagian usia ini memiliki cabaran dan tuntutan masing-masing. Ketika 20 tahun yang pertama kita dituntut menjadi anak yang taat dan baik. 20 tahun seterusnya sehingga saat mencapai usia 40 tahun adalah ketika kita mengaplikasikan ilmu yang bermanfaat. 20 tahun terakhir iaitu ketika mencapai usia 60-an diharapkan kita meninggalkan pelbagai hasil hidup kita berupa amal jariah. Pahala yang mengalir tanpa putus selepas kita mati.

Antara ujian terbesar yang kita akan hadapi saat memasuki usia 60-an adalah berdamai dan menerima keadaan penyusutan fizikal kita nanti. Orang Islam adalah mereka yang sentiasa berdamai dengan sesiapa pun termasuk dirinya sendiri. Tidak ada pergolakan yang sengit antara dia dengan dirinya sendiri, seperti hati orang tua yang menjelang maut, mengerti mana yang palsu dan mana yang abadi.

"Menjadi Tua Itu Pasti. Tetapi Menjalani Hidup Yang Sihat Itu Suatu Pilihan"

Menjadi tua itu tidak dapat dielakkan, tetapi kualiti fizikal hidup kita apabila usia senja adalah hasil yang kita semai di sepanjang perjalanan hidup kita. 

"Sebaik-Baik Manusia Adalah Yang Berumur Panjang Dan Paling Bermanfaat Untuk Orang Lain" 

Jumaat, 25 Oktober 2013

Kenapa Di Hadapan Orang Bersolat Ada Objek?


Tuan/puan mungkin pernah atau biasa melihat seseorang yang bersolat berseorangan dan di hadapannya terdapat sebuah objek bukan?

Kadang-kadang objeknya adalah beg, tongkat, kayu rehal, kerusi, bangku, kipas angin atau bakul. Ia sengaja diletakkan di hadapan mereka sebelum bersolat. Perbuatan begini mereka lakukan jika bersolat di ruang yang terbuka.

Jika di sana ada dinding atau tiang, yakni objek yang kukuh dan lebih kekal, nescaya mereka memilih untuk melakukan solat mengadap dinding atau tiang itu. Itu yang lebih utama berbanding objek-objek di atas. Yang pastinya, mereka tidak membiarkan di hadapan mereka kosong tanpa objek. Itu bagi orang yang bersolat seorang diri.

Bagi yang solat berjemaah pula, mungkin tuan/puan biasa melihat hanya imam sahaja yang melakukan perkara di atas, sedangkan makmumnya tidak.

Kenapa mereka perbuat begitu?

Hal ini berlaku demikian kerana mereka faham akan sunnah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam!

Sutrah adalah Sunnah Nabi SAW Ketika Bersolat

Meletakkan objek di hadapan sebelum mengerjakan solat adalah sunnah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Objek ini merupakan pengadang atau pembatas kawasan solat atau istilah yang digunakan oleh Nabi ialah sutrah.

Berikut adalah beberapa hadith Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai sutrah:

1)

نَ الْجِدَكَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقِفُ قَرِيبًا مِنَ السُّتْرَةِ, فَكَانَ بَيْنَهُ وَ بَيْارِ ثَلَاثَةُ أَذْرُعٍ

“Adalah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersolat dekat dengan sutrah (pembatas), maka adalah di antara Baginda dan dinding tersebut adalah 3 hasta.”

(HR al-Bukhari dan Ahmad)

2)

بَيْنَ مَوْضِعِ سُجُودِهِ وَالْجِدَارِمَمَرُّ شَاةٍ

“Jarak di antara tempat sujud Baginda dengan dinding lebih kurang cukup untuk dilalui seekor anak kambing.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

3)

كَانَ اِذَا صَلَّى (فِي فَضَاءٍ لَيْسَ فِيهِ شَيْءٌ يَسْتَتِرُبِهِ) غَرَزَ بَيْنَ يَدَيْهِ حِرْبَةً فَصَلَّى وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ

ِ”Apabila Baginda bersolat (di tempat yang tiada sesuatu pun menutupi yakni tempat terbuka), beliau menancapkan tombak di depannya lalu bersolat, dan para sahabat bersolat di belakangnya.”

(HR al-Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah)

4) وَاَحْيَانًا كَانَ يُعَرِّضُ رَاحِلَتَهُ فَيُصَلِّى اِلَيْهَا

Kadang-kadang Baginda melintangkan haiwan tunggangannya di hadapan Baginda, lalu bersolat mengadap haiwan tersebut.

(HR al-Bukhari dan Ahmad)

5) صَلَّى – مَرَّةً – اِلَى شَجَرَةٍ

“Baginda pernah bersolat mengadap ke pokok.”

(HR an-Nasa’i dan Ahmad dengan sanad yang sahih)

6) اِذَا وَضَعَ أَحَدُكُمْ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلَ مُؤْخِرَةِ الرَّحْلَ فَلْيُصَلِّ وَلَا يُبَالِي مَنْ مَرَّ وَرَءَ ذَلِكَ

“Apabila seseorang di antara kamu telah meletakkan benda atau barang setinggi kayu bahagian belakang pelana, solatlah dengan tidak perlu menghiraukan orang yang melalui di sebelah benda itu.”

(HR Muslim dan Abu Daud)

Itulah beberapa hadith yang sempat dikongsikan di sini untuk kita sama-sama fahami bahawa bersutrah iaitu meletakkan objek pembatas ketika bersolat memang suatu sunnah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam. Sayangnya, pengetahuan mengenainya sangat kurang di kalangan masyarakat kita.

Secara Ringkas

Secara ringkas mengenai hukum sutrah ialah seperti berikut:
Ulama berbeza pandangan mengenai hukum bersutrah, samada wajib atau sunat. Yang terbaik dan dekat dengan sunnah Nabi ialah bersutrah ketika solat, iaitu dengan meletakkan objek sebagai pembatas kawasan solat.

Apabila bersolat seorang diri, sutrah diadakan oleh orang bersolat sendirian itu. Apabila bersolat secara berjemaah, sutrah diadakan oleh imam sahaja. Makmum tidak perlu mendirikan sutrah kerana sutrah makmum ialah sutrah imam yang diikutinya.

Jika tiada sutrah, bolehlah dibuat garisan sebagai ganti sutrah.
Jarak antara tempat sujud dan sutrah ialah sekadar saiz jarak yang membolehkan anak kambing melaluinya. (bukan sebab hendak beri orang atau anak kambing melaluinya. Ia adalah untuk anggaran jarak.)

Jika ada orang hendak melalui kawasan antara orang yang bersolat dan sutrah, maka hendaklah orang bersolat itu menahan dan melarang.

Semoga dengan mengetahui hal ini, kita semua dapat menghidupkan sunnah bersutrah ketika melakukan solat, in shaa’ ALLAH, amin.

Allahu A`lam.


Selasa, 22 Oktober 2013

Isteri-Isteri Nabi Muhammad SAW.


Isteri pertama: Siti Khadijah binti Khuwailid. Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.

Isteri kedua: Saudah binti Zam'ah. Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.

Isteri ketiga: Aisyah binti Abu Bakar. Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia sembilan tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.

Isteri keempat: Hafsah binti Umar. Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.

Isteri kelima: Zainab binti Khuzaimah. Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.

Isteri keenam: Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah. Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.

Isteri ketujuh: Zainab binti Jahsy. Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.

Isteri kelapan: Juwairiyah binti Al-Harith. Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.

Isteri kesembilan: Safiyyah binti Huyai. Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.

Isteri ke-10: Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan. Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.

Isteri ke-11: Maimunah binti Al-Harith. Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.

Isteri ke-12: Mariah binti Syam'un. Hadiah daripada Raja Muqawqis.Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.

ANAK-ANAK NABI
1. Zainab (hayat - 31 tahun)
2. Al-Qasim (hayat - kurang setahun)
3. Ruqaiyyah (hayat - 24 tahun)
4. Ummu Kalthum (hayat - 28 tahun)
5. Fatimah (hayat - 29 tahun)
6. Abdullah (hayat - kurang setahun)
7. Ibrahim (meninggal semasa kecil)
(Kesemua, kecuali yang ketujuh, adalah hasil perkongsian dengan Siti Khadijah. Ibrahim adalah hasil perkongsian dengan Mariah binti Syam'un)

ANTARA CUCU NABI
1. Al-Hassan bin Ali (hayat - 46 tahun)
2. Al-Husain bin Ali (hayat - 55 tahun)

Nota: Maklumat dipetik daripada buku 'Muhammad Rasulullah' oleh Mohd Khalil Haji Nordin dan Wan Hassan Wan Ahmad, dan 'mengenal Rasulullah saw' oleh Ustaz Johari Yaman

Sabtu, 19 Oktober 2013

Mengasihani Anak kecil


Rasulullah saw. bersabda, "Bukan termasuk dari golongan kami orang yang tidak menghormati orang lain yang lebih besar dan tidak menyayangi yang lebih kecil."

Ini merupakan anjuran Nabi saw. untuk menyayangi anak kecil, lebih-lebih lagi jika anak itu seorang yang yatim piatu. Allah swt. telah menyediakan pahala yang besar bagi orang yang mencintai kanak-kanak.

Saidina Ali menceritakan, seorang lelaki datang menemui Rasulullah saw. Lelaki itu berkata : "Wahai Rasulullah, aku telah melakukan satu dosa besar. Tolong tunjukkan aku jalanuntuk menyucikannya."

Rasulullah saw. bertanya : "Dosa besar apa yang telah engkau lakukan?"

Lelaki itu menjawab: "Aku malu untuk menyebutnya."

Mendengar jawapan lelaki itu, Rasulullah saw. mengherdik: "Engkau tidak mahu menyebutkannya untukku, apakah engkau tidak malu kepada Allah swt.? Padahal, Allah swt. terus menerus memerhatikan kamu. Keluarlah dari hadapanku sebelum turun azab Allah swt. kepada kamu!"

Lelaki itu pergi sambil menangis dan berputus asa.

Datanglah malaikat Jibril as. kemudian menegur Rasulullah saw.: "Wahai Muhammad, mengapa engkau membuat orang yang melakukan maksiat itu berputus asa? Ketahuilah, dosa-dosanya telah dilebur oleh Allah swt."

"Apa yang dilakukannya sehingga Allah swt. melebur dosa-dosanya?" tanya Rasulullah.

Jibril menjawab: "Seorang anak kecil. Setiap kali anak kecil itu datang ke rumahnya, dengan ikhlas dia selalu memberikan makanan atau sesuatu yang membuat anak itu senang. Ternyata setiap pemberiannya merupakan kifarat di atas dosa-dosanya dan keselamatan dari neraka, sebagaimana firman Allah swt. yang bermaksud:

"Dan ketahuilah, bahawa harta kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar." [Al-Anfal: 28]