Sabtu, 28 September 2013

Khasiat Buah Oren - Bagus Untuk Proses Pencernaan

Assalamualaikum dan selamat malam semua... :D

Siapa yang suke makan buah oren? Lady pasti ramai yaNg suka akan rasanya.. Selepas lady bersalin hari tu, lady di'hadap'kan dengan buah oren.. hampir setiap hari lady makan buah oren.. amat bagus untuk proses penyembuhan luka..

Selain itu, buah oren juga berfungsi di dalam membaiki sistem pencernaan, merangsang nafsu makan, menghilangkan masalah kembung perut, membunuh dan menghancurkan cacing-cacing yang terdapat di dalam usus, menyembuhkan sakit perut dan juga sembelit.

Jus oren menjadikan saluran usus lebih bersih dan terhindar daripada menjadi kediaman rasmi mikroorganisma merbahaya.

Makanan yang tidak dicerna dengan baik akan menyebabkan pembusukan makanan dalam perut lalu menghasilkan gas.

Kewujudan gas dalam perut menyebabkan perut sentiasa terasa penuh (kembung). Jus oren mampu membersihkan saluran perut serta usus kecil dan usus bersar, sehingga mampu untuk meningkatkan tenaga pencernaan bagi kedua-dua organ tersebut.

Di antara zat yang terdapat pada buah oren ialah potassium, kalsium, dan fosforus. Untuk membaiki sistem pencernaan, adalah disarankan meminum satu gelas jus oren pada waktu pagi secara teratur.

Manfaat lain jus oren untuk kesihatan adalah seperti :-                              

♥ Menyembuhkan penyakit ulser mulut
♥ Menurunkan paras kolesterol
♥ Menghilangkan batu hempedu
♥ Sebagai ejen anti kanser

Tips Memilih Buah Oren                                                                                       

♥Pilihlah buah oren yang keras, padat, berat, matang dan mempunyai jalinan serat kulit yang baik.

♥Elakkan daripada memilih buah oren yang ringan dan tidak padat kerana kandungan airnya adalah sedikit.

~ Kalian memerlukan photografer untuk majlis anda? Hubungi kami di talian 019-900 5689/ 013-9606169 atau PM kami di https://www.facebook.com/fathumohamadphotography


Khamis, 26 September 2013

Akhlak Rasulullah

Rasulullah yang dicintai, bertubuh sedang-sedang sahaja. Perawakannya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Baginda kelihatan lebih tinggi daripada orang yang rendah, dan rendah apabila berhadapan dengan orang yang tinggi. Kulitnya tidak putih melepak, dan tidak juga sawo matang. Kulitnya kemerah-merahan seperti terbentuk daripada perak.

Kepalanya besar, begitu juga tulang sendinya, wajahnya agak bundar dan pancarannya cerah bagaikan rembulan di saat purnama. Rambutnya ikal bergelombang, tidak terlalu kerinting dan tidak pula kurus kaku. Warna rambutnya kehitam-hitaman, tumbuh lebat dan panjang sehingga mencapai cuping telinga.

Apabila baginda menyisir rambutnya, dibelah dua dengan rapi. Uban yang ada di rambutnya tidak lebih daripada 20 helai. Dahinya lebar, alisnya melengkung bagaikan dua bulan sabit yang terpisah. Belahan matanya lebar dan hitam pekat, bulu matanya lentik.

Hidungnya mancung, pada puncaknya terdapat cahaya memantul sehingga orang menyangka hidungnya lebih mancung daripada yang sebenarnya.

Mulutnya lebar serasi dengan wajahnya. giginya teratur dan gigi serinya agak renggang, apabila baginda berbicara ada cahaya yang memancar keluar daripada kedua dua gigi serinya itu. Dagunya tidak lancip, janggutnya tebal, kedua pipinya mulus, lehernya mulus dan tegak.

Badannya tidak gemuk namun berisi. Dada dan perutnya sejajar. Dadanya bidang, jarak antara kedua dua bahunya lebar. Bahunya juga bidang, di antara kedua-dua bahunya terdapat tanda kenabian sebesar telur burung dara. Bulu dadanya memanjang dari dada sehingga ke pusat. Badannya yang tidak ditumbuhi bulu nampak bersih bercahaya.

Kedua ruas tangannya panjang, telapak tangannya lebar dan kakinya tebal tetapi tumitnya nipis.

Apabila baginda berjalan, diangkat kakinya dengan tegap. Baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan sopan. Jalannya pantas seolah-olah turun daripada tempat tinggi ke tempat rendah.

Al-Bara bin Azib mengatakan apabila Rasulullah memakai pakaian merah, tiada seorang pun yang lebih tampan daripadanya.

Jabir bin Samurah pula beraksi pada suatu malam purnama, ketika Rasulullah mengenakan pakaian berwarna merah, "Aku berganti-ganti memandang wajah Rasulullah dengan rembulan, ternyata baginda lebih indah daripada rembulan."

Apabila baginda menoleh kepada seseorang, seluruh badannya ikut berpaling. Apabila berjabat tangan, baginda yang terakhir melepaskan tangannya penuh makna, matanya terarah ke bawah sehingga pandangannya ke bumi lebih lama daripada pandangannya ke langit.

Apabila ada sahabat berjalan di belakangnya dan apabila bertembung, baginda menyapanya dengan salam. Baginda berjiwa besar dan berwibawa, hatinya pemurah antara semua manusia.

Ucapannya adalah perkataan yang paling benar antara semua orang. Perangainya lembut dan paling ramah dalam pergaulan. Sesiapapun yang menatapnya pasti menaruh rasa hormat kepadanya. Siapa yang pernah berkumpul dengannya dan mengenalinya tentu mencintainya.

Setiap yang menceritakan sifatnya pasti berkata, "Belum pernah aku melihat sebelum ataupun sesudahnya manusia seistimewa baginda."

Anas berkata, "Aku mengabdikan diriku kepada Rasulullah selama 10 tahun dan selama itu baginda tidak pernah memarahiku walau sekalipun. Baginda tidak pernah pula bertanya kepada aku mengapa aku kerjakan itu dan mengapa aku tidak kerjakan ini."

Ibnu Umar berkata, "Rasulullah tidak pernah bersikap tidak pantas dan tidak pernah mengatakan sesuatu yang tidak layak."

Pada suatu ketika, seorang Arab Badwi menarik pakaian baginda dengan kasar sehingga menyakitinya dan berkata, "Wahai Muhammad, berikan aku hadiah daripada kekayaan Allah yang engkau miliki." Rasulullah berpaling kepadanya dan tertawa, lalu memerintahkan supaya si Arab badwi itu diberikan hadiah.

[Hadis at-Tirmidzi]

Dipetik daripada Buku Mengapa Rasullullah Tidak Pernah Sakit tulisan Dr. Adi Hashman

~ Kalian memerlukan photografer untuk majlis anda? Hubungi kami di talian 019-900 5689/ 013-9606169 atau PM kami dihttps://www.facebook.com/fathumohamadphotography

Rabu, 25 September 2013

Solat - [Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit]

Salam semua... Semoga semua sihat walafiat sokmo.. Solat x lagi ni? Semoga kalian semua sudah mendirikan solat.. Alhamdulillah..

Kadang2 org yg mendirikan solat ni x pernah tahu kepentingan bersolat.. kenapa solat kite kejap duduk kejap berdiri,.. macam2 kedudukan kite lakukan dalam aktiviti solat.

Terdapat lebih 656 otot di dalam tubuh kita yang beberapa daripadanya mengalami peregangan, pergerakan, dan pengenduran semasa gerakan solat.

Berdiri Tegak

Berdiri tegak dan lurus menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu pada kedua-dua tapak kaki secara seimbang. Secara ortopedik, rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstremiti bawah menerima serta menampung beban tubuh secara rutin.

Takbir

Mengangkat tangan ketika Takbiratul Ihram memudahkan nafas disedut. Waktu itu paru-paru mengembang dan otot-otot diafragma mendatar. Mendakap tangan ke dada memberikan kesan yang sebaliknya di mana paru-paru mengempis dan nafas dikeluarkan.

Rukuk

Posisi rukuk terutamanya ketika terjadinya peralihan menuju iktidal memberikan tekanan pada pundi kencing oleh tulang belakang serta tulang kemaluan. Ini melancarkan proses membuang air kecil dan mencegah gangguan prostat.

Sujud

Sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari menjamin aliran darah ke arah otak, khususnya darah di saluran vena. Ini menyebabkan pengembalian darah menuju jantung lebih mudah.

Duduk Iftirasy

Duduk iftirasy menjaga kesihatan sendi dengan mengaktifkan kalenjar peluh yang dilipat pada bahagian paha. Bertemunya lipatan paha dan betis meningkatkan pengeluaran peluh. Ini mampu mencegah pengapuran dengan mengeluarkan mineral dan garam2 yang mungkin terkumpul pada lipatan paha.

Transisi

Pergerakan daripada satu kedudukan kepada kedudukan yang lain yang berlaku sekurang-kurangnya 85 kali sehari mempengaruhi organ-organ pencernaan, sistem perkumuhan,, jantung dan saluran darah.

Salam
Gerakan salam iaitu memusingkan kepala ke kanan dan ke kiri berguna bagi meregangkan otot-otot kepala dan leher. Ini menjadi senaman ringan dalam memelihara keanjalan kulit wajah.

Thuma'ninah

Thuma'ninah atau berhenti seketika. Rutin solat menjadi masa rehat daripada aktiviti rutin dunia sehingga tubuh, hati, dan fikiran kita menjadi segar kembali.

Sebenarnya setiap kedudukan kita sewaktu solat mempunyai kepentingan tersendiri. Bagi yang tidak berkeupayaan untuk melakukan semua, sekurang2nya buatlah pergerakan sekadar yang termampu dan sehabis baik selagi kita mampu.

Lady sendiri solat duduk, insyaAllah pergerakan lain yg lady mampu buat secara sempurna lady akan cube lakukan. kerana setiap pergerakan tersebut untuk kepentingan kita sendiri. 

Rujukan : Buku Mengapa Rasullullah Tidak Pernah Sakit tulisan Dr. Adi Hashman

~ Kalian memerlukan photografer untuk majlis anda? Hubungi kami di talian 019-9005689/ 013-9606169 atau PM kami https://www.facebook.com/fathumohamadphotography

Ahad, 22 September 2013

Ciri-Ciri Isteri/ Suami Pilihan

Salam semua.. kali ni lady nak membebel soal kebersihan.. Lady yakin ramai org pasti sukekan sesuatu yg bersih, tempat kediaman yg bersih, persekitaran yang bersih, tetapi di Malaysia ni ramai sangat org yg tak reti menjaga kebersihan..

Contoh yang selalu kite tengok adalah keadaan toilet awam.. sangat2 kotor.. baunye subhanallah.. amat2 menjijikkan.. walaupun ade penjaga yg dibayar tetapi keadaannye tetap begitu..

Cube kite perhatikan di pantai2.. bersih hanya seketika, bila pengunjung datang sampah bergelimpangan di sana sini.. tong sampah banyak disediakan tapi langsung tidak dipandang..

Bukan setakat di pantai, di toilet.. di mana2 pun kotor.. atas jalan raya tu pun leh jadi tempat pembuangan sampah.. ade je sampah melayang2 dibuang dari dalam kerete.. macamla xleh tunggu berhenti dn buang ke dlm tong.. itulah manusia yg bergelar rakyat Malaysia, mentaliti kelas bawahan..

Lady masih ingt kalau di sekolah dulu cikgu2 selalu kata buang sampah ke dalam tong sampah.. kalau tak jumpe tong sampah masukkan sampah ke dalam poket.. tetapi bl lady besar, skrg lady tgk ade je cikgu cikgi yg buang sampah merata2.. cume x buang kat kwsn sekolah jerk..

Ibu bapa pulak dua kali lima, lima kali dua jerk.. tunjukkan contoh yg x baik pada anak2.. klu ditgur jwpnnye cume 1.. ala, cleaner kn ade, depa dbyr gaji.. klu kt x buang smph nnti depa xde keje, mkn gaji buter.. hey korg.. cleaner tu kjenye kutip smph n bersihkn njs korg je ker? byk lg tgjwb dier..

Oleh sebb masyrkt gnrsi kite skrg kbyknnye mmg mntl kls bwhn (tp x semua), kite msh boleh tukar gnrasi akn dtg.. crnye kne cr calon isteri/ suami yg cintakan kbrshn.. buknkah Islam amt mntik bertkn kebersihan.. bl ibu ayh mencintai kbrshn, insyaAllah ank2 akn mncintai kbrsihan..

Maka jom kite crkn jodoh yg menjg kebersihan di smping titik bertkn yg ciri 4 yang  nbi sarankn.., ni antr ciri2 yg lady sempt fikir.. klu korg ade idea lain leh tmbh.. generasi akn dtg bermula dari kiter..

1. Tengok tingkap kat dapur, bersih ke kotor.. kalau kotor menandakan tuan rumahnye x menjaga kebersihan.. 'tohok gitu je sapoh kot tingkap'. Gerenti kat luar rumahpun kotor.. 

2. Alang2 masuk rumah, check tandasnye sekali.. tandas tu perkara yang paling penting.. kalu tandas bersih insyaAllah segala2nye bersih.. 

3. Check kawasan rumahnya macamana.. ade pokok2 bunga tak.. bersih dari segala macam sampah sarap x.. dan yang paling penting cari putik kapas (pengorek telinga) ada ke tak.. terutama di tingkap bilik buah hati.. kalau ade kompem mmg pengotor.. x layak dibuat suami/ laki.. suka buang/ tunjukkan hasil buangan sendiri kat org.. jenis macamnila kot kat tandas awam ader je sisa2 yg tidak dipamkan..

4.  Kalau ketiga2 yang disebutkan di atas tu kotor.. try ajak gi jalan2.. jalan lupe bw sekali peneman.. jgn ajak setan lak jadi penemannye yer.. lagi bagus ajak maknyer sekali.. ajak die g taman permainan.. lepas tu makanla ape2.. contohnye gula2 ke.. aiskrim ke.. yg penting ade bende yg perlu dibuang.. tengok die buang sisa tu di mana.. kalau dibuang dlm tong sampah.. alhamdulillah.. kalau buang merata2 tu mmg hampeh sungguhlah psgn tu.. pemusnah generasi mendatang..

5. Dan yang last sekali.. kalau gi jalan tu naik kereta.. letakla kulit coklat/ gula2 atas tempat duduknya (ltk sebelum dia masuk ke dlm kereta). Kalau dia terus buang melalui tingkap terus reject.

Macam kejam je bunyinye kan.. hehehe.. itu hanyalah pendapat lady sahaja, bukan pendapat mane2 pakar yer.. original from my mind. Peace no war :P

Sabtu, 7 September 2013

Alkisah Pakis Dan Buluh





Saban hari, Muhyiddin terasa tidak senang duduk. Segala yang dilakukannya nampak gagal disempurnakan walaupun dirancang dengan rapi.

“Cukuplah… aku tak mahu cuba lagi. Aku redha. Aku terima aku tak akan berjaya dalam dunia ini,” rungut beliau.

Satu petang, Muhyiddin terjumpa Ustaz Hadi di taman riadah dan bertanya, “Ustaz, ana rasa putus asa. Boleh tak ustaz bagi satu alasan untuk ana untuk tidak berputus asa?”

Ustaz Hadi melihat Muhyiddin yang kesian lalu berkata…

“Wahai sahabatku. Usah bersedih. Nampak tak pakis itu dengan buluh di tepinya?” 

“Nampak,” jawab Muhyiddin.

“Pakis dan buluh itu bermula daripada benih. Di taman ini, tiada siapa yang menjaganya, tapi Allah. Allah memberikan mereka cahaya. Allah juga memberikan mereka air.

Pakis tumbuh dengan cepat dari tanah. Daunnya menghijau meliputi tanah di sekelilingnya. Tapi buluh tidak tumbuh-tumbuh. Lama-lama, pakis semakin bertambah banyak dan menghijau. Namun buluh masih tidak tumbuh tumbuh.

Apakah Allah telah berputus asa dengan buluh? Tidak. Pada tahun kedua, buluh tumbuh daripada tanah.
Enam bulan daripada itu, buluh itu tumbuh 100 kali meninggalkan pakis di bawah. 2 tahun yang buluh nampak tiada harapan untuk hidup sebenarnya digunakan untuk membina akarnya terlebih dahulu. 

Apabila akarnya menjadi kuat, dan mula dapat mencari air dan mineral, maka buluh tumbuh daripada muka bumi. Allah tidak akan menguji segala makhluknya dengan perkara yang tidak mampu dihadapinya. 

Jadi sahabatku, selama yang anta sedang berusaha dan diuji, sedarkah Allah sedang melatih anta untuk membina akarmu. Allah tidak berputus asa dengan buluh, Allah juga tidak akan berputus asa dengan anta. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Buluh mempunyai tujuan yang lain daripada pakis. Tapi kedua-duanya mencantikkan taman riadah ini.

Jangan merungut betapa besarnya masalah pada Allah, sebaliknya beritahu masalah betapa besarnya kehebatan Allah,” cerita Ustaz Hadi.

“Adakah cerita ini membantu anta?” 

Muhyiddin terus memeluk Ustaz Hadi dan mengalirkan air matanya – “YA ALLAH,Terima Kasih menpertemukan ana dengan ustaz hari ini.”

Bagaimana pula dengan anda? Adakah cerita ini membantu anda? Jika ya, kongsilah dengan mereka yang memerlukannya.

Senyum.

kreadit : Facebook

Khamis, 5 September 2013

Ala.. 20 sen jer.. itupun nak kecoh!





RM1.90 x 10 liter sehari = Rm19
30 hari x Rm19 = Rm570 sebulan

Setahun : RM570 x 12 = RM6840 setahun

 RM2.10 / Liter
RM2.10 x 10 liter sehari = Rm21
30 hari x Rm21 = Rm630 sebulan

Setahun : RM630 x 12 = RM7580 setahun

mungkin bagi sesetengah org xde hallah naik 20 sen.. x jejas langsung.. tp bagi kami yg kurang berkemampuan, walaupun 20 sen tp nilaiannnya tinggi.. lebih2 lg yg bekerja sendiri..

naiknye minyak bermakna brgn lain pun akn meningkat.. PM janji nk beri BRIM.. BRIM tu mampu ke menampung kos pembelian minyak selama setahun? BRIM rm500 setahun.. tp minyak ~RM 7580.. atau mungkinkah kerajaan akn beri BRIM RM 7580 setahun???

Isnin, 2 September 2013

Punca Kemerosotan Kesihatan Manusia

Salam.. kali ini lady nk share berkaitan dengan kesihatan kiter semuer.. penting ni.. ilmu untuk kehidupan di dunia.. dan kalau kiter sihat, sng tuk buat ibadat.. bekalan tuk akhirat juger.. :)


SERING kita membuat pelbagai tanggapan apabila berdepan dengan masalah berat badan, kemurungan, keletihan, cepat marah, sakit otot, sakit sendi, masalah tidur dan stres.

Adakah ia mempunyai kaitan dengan keadaan persekitaran, pola pemakanan, tabiat dan gaya hidup ataupun kerana menghidap penyakit tertentu?

Masalah tersebut merupakan beberapa perubahan negatif yang menjejaskan kesihatan ramai wanita, sama ada dalam lingkungan usia 20-an, 30-an mahupun 40-an. Lelaki juga tidak terkecuali.

Seringkali simptom-simptom itu mudah dikaitkan dengan sikap malas atau kegagalan menyusun rutin harian secara rasional. Hakikatnya, ramai yang tidak menyedari bahawa ia berlaku kerana masalah ketidakseimbangan hormon.

Hormon memberikan pengaruh yang besar pada tubuh badan, cerminan penampilan dan emosi. Badan manusia bergantung pada hormon untuk tidur, bangun pagi setiap hari, berfikir dengan jelas, membantu pertumbuhan, mengekalkan kesihatan, berat badan dan paras rupa.

Ia juga mempengaruhi mood, kemampuan seksualiti, keinginan seksualiti, kesuburan, kulit, rambut, penglihatan dan suhu badan. Pendek kata, ia memainkan peranan penting dalam perkembangan tubuh badan dan minda.

Namun, bermula umur 25 tahun, manusia mengalami kemerosotan perlahan dalam pengeluaran hormon lalu menyebabkan penurunan fungsi normal tubuh dan penuaan.

“Banyak penyakit berpunca daripada ketidakseimbangan hormon. Antaranya ialah letih, murung, darah tinggi, kegemukan, masalah tidak boleh tidur, obesiti dan malas.

“Tidak terkecuali adalah masalah tidak subur, lesu, mudah keguguran, haid tidak betul, migrain dan senggugut,” ujar Pakar Antipenuaan, Perubatan Regeneratif dan Estetik, Dr. Wan Julia Sham Ariffin.

Peningkatan usia

Jelas Wan Julia, ketidakseimbangan hormon terjadi kerana beberapa faktor penyebab iaitu peningkatan usia, pemakanan tidak sihat, kurang senaman, pencemaran alam sekitar, kebisingan dan juga radiasi.

Akibatnya, berlaku gangguan yang menyebabkan komunikasi antara sel melalui hormon menjadi kurang efektif lalu menyumbang kepada mutasi sel. Keadaan itu sekali gus menyebabkan kemerosotan tahap imunisasi.

Wan Julia menambah, ramai doktor kini tidak mengaitkan sesuatu penyakit itu dengan hormon. Sebaliknya, mereka hanya merawat pesakit tanpa melihat penyebabnya.

“Dalam badan kita mempunyai pelbagai hormon iaitu hormon estrogen, hormon pertumbuhan manusia, melatonin, pregnenolon, progesteron, testosteron, kortisol, dehidroepiandrosteron (DHEA) dan tiroid. Setiap daripadanya mempunyai fungsi unik.

MASALAH keletihan dan lesu adalah petanda bahawa seseorang itu mempunyai masalah hormon.

“Misalnya, hormon estrogen dan progesteron adalah untuk sistem reproduktif wanita manakala testosteron pula untuk lelaki. Pregnenolon untuk ingatan, kortisol untuk imuniti dan stres,” ujarnya.

Wan Julia memberi senario contoh; merawat seseorang yang tidak boleh tidur dengan ubat tidur hanya akan menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan stres kerana masalah tersebut akan sentiasa berulang.

Mereka seharusnya memastikan paras melatonin, kortisol, progesteron dan serotonin berada pada paras optimum terutamanya bagi wanita yang berada dalam lingkungan usia pramenopaus atau menopaus.

“Kekurangan hormon akan menyebabkan seseorang itu tua sebelum masanya. Individu itu juga bakal berhadapan dengan pelbagai jenis penyakit seperti sakit sendi, sakit pinggang, kuku pecah, stres, lingkaran hitam bawah mata dan muka cengkung,” katanya sambil memberitahu kekurangan atau berlebihan hormon tidak baik untuk kesihatan seseorang.

Faktor penyumbang

Banyak perkara yang boleh menyumbang kepada masalah ketidakseimbangan hormon iaitu tekanan daripada persekitaran, toksik, makanan, dadah, alkohol, bahan kimia dan makanan segera.

“Makanan segera boleh menyebabkan obesiti kerana ia mengandungi banyak gula yang akan menyerang insulin sekali gus mempengaruhi paras kortisol, estrogen dan progesteron.

“Ia berakhir dengan sindrom metabolik seperti kencing manis, kolesterol tinggi, obesiti dan darah tinggi,” ujarnya.

Menurut Wan Julia, hormon-hormon di dalam badan memerlukan mineral yang seimbang, vitamin dan antioksidan untuk berfungsi.

Senaman juga merupakan salah satu cara untuk menggalakkan pengeluaran hormon. Malangnya, kebanyakan orang pada hari ini tidak mempunyai masa untuk bersenam tetapi ada masa pula untuk berjumpa doktor dan ambil ubat-ubatan.

Wan Julia sempat mengulas mengenai masalah gemuk tanpa sebab dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak yang sibuk diperkatakan kini.

“Ramai yang terlepas pandang bahawa ia adalah masalah ketidakseimbangan hormon. Mereka sebaliknya menuding jari kepada pesakit, dan kemudian hanya merawat simptom penyakit tetapi tidak mempedulikan puncanya.

Golongan berisiko

Mereka yang terlalu sibuk dan tiada masa untuk menjaga kesihatan serta tiada masa untuk beriadah mempunyai kecenderungan untuk berdepan dengan masalah ketidakseimbangan hormon.

“Selain itu, orang yang tidak cukup tidur, orang gemuk, orang yang makan makanan segera, juga berisiko.

“Antara lelaki dan wanita, wanita lebih berisiko mengalami masalah ketidakseimbangan hormon kerana sistem tubuh wanita adalah lebih kompleks,” katanya.

Wanita yang tidak beranak turut dalam senarai golongan berisiko kerana setiap kali mengandung, hormon akan meningkat 200 peratus iaitu 10 hingga 20 kali ganda tinggi daripada biasa. Jadi, wanita-wanita yang tidak beranak berisiko berhadapan dengan masalah ketidakseimbangan hormon.

Masalah ketidakseimbangan hormon boleh diperbaiki atau dirawat dengan menyeimbangkannya melalui rawatan penggantian hormon semula jadi (bioidentical hormone replacement therapy) dan bukannya hormon sintetik.

Fungsi hormon sintetik adalah sama seperti hormon semula jadi tetapi ia mempunyai struktur molekul yang berbeza. Tubuh manusia lazimnya menerimanya sebagai benda asing namun reaksi dan tindak balasnya boleh menyebabkan kanser.

KEADAAN perut buncit pada lelaki merupakan salah satu petanda kekurangan hormon testosteron dan penambahan hormon estrogen yang membuatkan seseorang itu mengalami mood tidak menentu dan mudah marah-marah.

Hindari simptom

“Begitupun, kita seboleh-bolehnya mahu mengelakkan orang daripada pengambilan ubat-ubatan (dadah), maka mereka boleh berikan penumpuan kepada senaman, nutrisi pemakanan seimbang dan hormon semula jadi bagi memperbetulkan ketidakseimbangan hormon,” ujarnya.

Wan Julia memberitahu, sains membuktikan manusia boleh lari daripada simptom-simptom penuaan dengan tiga cara iaitu senaman, pemakanan sihat (suplemen) dan menyeimbangkan hormon (seimbangkan dengan hormon dan bukannya dengan ubat).

“Bagaimana untuk mengetahui seseorang itu mengalami masalah ketidakseimbangan hormon atau tidak? Seseorang itu akan nampak tua berbanding usia, keletihan, kemurungan, tidak bersemangat, kurang ceria, penampilan kurang menarik dan tidak bertenaga.

“Rawatannya mudah sahaja. Pertama sekali, seseorang itu perlu membuat ujian darah yang komprehensif untuk lihat paras hormon-hormon yang bermasalah. Bukan buat ujian darah biasa,” jelasnya.

Selepas doktor mengenal pasti hormon apa yang kurang, seseorang pesakit itu akan diberikan hormon sama ada dalam bentuk kapsul, pil, suntikan, krim ataupun patch selain diberi nasihat mengenai aspek pemakanan, suplemen antioksidan serta jenis senaman yang perlu dilakukan.

Pesakit kanser dan mereka yang berisiko kanser perlu lebih berhati-hati apabila mengambil rawatan hormon.

Menurutnya, rawatan hormon bukan dilakukan untuk jangka masa pendek kerana ada segelintir hormon perlu diambil sepanjang hayat.

“Hormon yang digunakan dalam rawatan pula bukannya hormon sintetik tetapi hormon semula jadi.

“Segala permasalahan ada penyelesaiannya. Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti yang diperkatakan, berjumpalah dengan pakar antipenuaan untuk lihat sama ada paras hormon anda normal atau tidak,” pesannya.

Rujukan : KOSMO