Kita sedar bahawa abu atau debu
yang berlebihan di dalam alam boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan kita.
Bukan sekadar memberi masalah
kepada kesihatan malahan juga kepada kebanyakan peralatan yang kita gunakan
pada waktu sekarang boleh rosak disebabkan oleh debu.
Zarah-zarah debu di dalam udara adalah
berbentuk partikel yang halus dan kebanyakannya hanya boleh dilihat melalui
mikroskop dan semuanya boleh diterbangkan oleh angin.
Partikel yang lebih berat akan
jatuh ke bumi dan yang kecil2 akan terus terapung di udara dan hanya akan turun
ke bumi apabila hujan turun.
Debu terdiri daripada
berbagai-bagai jenis partikel. Antaranya termasuklah karbon hasil daripada
pembakaran, tar dan asap, cebisan kecil batu batan daripada tindakbalas
semulajadi alam (luluhawa, angina, banjir), letupan gunung berapi atau lombong
batu, partikel meteor dari angkasa lepas, bahagian tumbuhan seperti debunga dan
spora, garam dari percikan ombak laut dan cebisan daripada bahagian badan
haiwan seperti bulu, najis, serta kulit.
Manusia juga turut menyumbangkan
kehadiran debu di alam ini. Kebanyakan debu yang terdapat di dalam rumah kite
turut terdiri daripada sel-sel kulit manusia yang mati. (40.000 sel kulit per minit)
Allah tidak menciptakan sesuatu itu
dengan sia-sia. Setiap apa yang diciptakan itu berguna untuk kehidupan kita.
Walaupun hanyalah sekadar debu yang pada pandangan kasarnya hanyalah
mendatangkan keburukan semata-mata.
Sebaliknya Allah merencanakan
suatu kebaikan dengan penciptaan debu untuk kepentingan kita.
Keindahan langit pada waktu senja dan waktu pagi merupakan suatu pengurniaan
daripada Allah untuk kita semua menikmati dan bersyukur kepada-Nya.
“…dan Kami telah
menghiaskan langit itu bagi orang-orang yang memandangnya.” [Q15;16)
Kalau atmosfera di dunia ini
langsung tidak berdebu, kita tidak akan dapat menikmati keindahan cahaya langit
kemerah-merahan pada waktu senja atau semasa fajar menyinsing pada waktu subuh.
Cahaya daripada matahari
dipantulkan oleh partikel debu di dalam atmosfera. Gelombang cahaya biru yang
pendek diselerakkan lebih banyak daripada cahaya merah. Ini menyebabkan langit
kelihatan biru pada siang hari.
Pada waktu senja, langit
kelihatan merah kerana gelombang cahaya merah amat panjang dan tidak banyak
diselerakkan.
Pada waktu Subuh, kira-kira lapan
minit selepas matahari terbit di kaki langit, kita barulah menerima cahaya
daripada matahari. Ini kerana cahaya bergerak selaju 299, 792.5 km/saat. Cahaya
pagi ini terus dipantulkan oleh partikel debu di dalam udara.
Warna langit subuh atau senja
adalah bergantung kepada kuantiti debu di dalam udara yang tinggi.
Hal ini disebabkan oleh perbezaan
pada kadar cahaya putih diselerakkan.
Cahaya putih mengandungi tujuh
gabungan warna yang mempunyai gelombang yang berbeza.
Contohnya cahaya gelombang biru
adalah pendek dan mudah diselerakkan oleh debu di udara, manakala cahaya merah
bergelombang panjang dan kurang diselerakkan semasa Subuh atau senja.
Selain daripada itu, kehadiran wap air/ hujan di atas muka
bumi ini juga disumbangkan oleh kehadiran debu di persekitaran.
Setiap pagi kita pernah nampak air
embun membasahi daun atau bumbung kereta kita sebab wap air yang terdapat di
udara telah terpeluwap pada permukaannya.
Kadang2 kita juga nampak kabus
terapung-apung di udara dekat muka bumi.
Ini adalah disebabkan oleh wap
air yang terpeluwap pada permukaan zarah-zarah debu. Setiap titis air hujan
yang turun beransur-ansur dibawa ke bawah oleh partikel2 debu.
“.. bahawa Allah mengarak
awan, kemudian mengumpulkan antaranya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih,
maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah menurunkan
ais dari langit.” [Q24:43]
Setiap titis air hujan yang turun
beransur-ansur dibawa ke bawah oleh partikel-partikel debu.Kalau tiada debu
ini, hujan akan turun mencurah-curah dan menbanjiri bumi serta merta.
Begitu hebatnya Allah, Dia tidak
pernah pun menciptakan dan menjadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia.
Walaupun pada pandangan kita debu hanyalah sesuatu yang remeh dan tidak
berguna, tetapi hakikat kebenarannya hanyalah Allah yang Maha Mengetahui hikmah
penciptaan debu. Dan dia menganurahkan kita akal untuk berfikir tentang setiap
kejadianNya, dan memberikan kita kitab panduan Al-Quran sebagai pedoman kepada
akal kita supaya tidak terpesong daripada jalan yang disyariatkan.
[LadyBird's Life]