Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Sumber : Facebook
Ada ustaz berkongsi khasiat ayat ini ketika sambutan Maulidur Rasul di tempat kerja saya. Terima kasih berkongsi.
BalasPadamsebab tu ramai yang baca surah nih dalam solat supaya tenang dan khusyuk bila solat.
BalasPadamsurah pilihan sebab pendek je.. :-)
BalasPadamkebetuan tengah hujan lebat ni..
Asalam.
BalasPadamSubahanallah..sungguh murni ilmu di sini, pcik link kan ya, sebagai sahabat terbaik blog maya PEWWK dari Sabah. Mohon sudi..
terima kasih kerana sharing....sebelum ni ada juga ustaz di tempat kerja tampal risalah di papan kenyataan. walau pun dah tahu....tak semestinya diri ini ingat, terima kasih lagi ingatkan kembali.....
BalasPadammoga2 aku dapat sentiasa mengamalkannya.AMIN
byk kn kelebihan bc surah ni...
BalasPadamperkongsian yg baik lady.^__^
BalasPadamp/s : sebenarnya entry ni juga ada dlm draft blog PGGP...hehe3 juga dari sumber yg sama fb.^__^
lady dah mendahului ayie eh...haha3
salam akak
BalasPadamterima kasih..
Akak. try akak mengkaji khasiat Surah Fatihah.. :)
**tajuk entri utk akak. haha, naim skang bz di dalam mengupdate entri yg panas2, hanya copy n paste sahaja.
terus menuju demi Ummah.Insha ALlah.
salam alaik. :L)(
Sama2 kita amalkan
BalasPadamMoga beroleh keberkatan
Perkongsian yg baik Lady.. surahni walaupun pendek namun banyak kelebihannya..
BalasPadamSemoga kita istiqomah menjadikan bacaan al quran sebagai bacaan harian tanpa gagal..
Pernah baca di fb tapi lupa. hehe terima kasih ingatkan :)
BalasPadamterima kasih atas perkongsian..
BalasPadam#stiap ayat alquran ada khasiat,cuma dari diri kita je yang rajin ke tak nak cari tu semua..slmt mlm ye..
Ha ah kan. Pendek je ayat ni. Boleh diamalkan setiap hari. Thanks.
BalasPadamterima kasih lady, berkongsi ilmu yang tak ternilai ini..surah ni mmg jadi kesukaan saya..
BalasPadamSalam;
BalasPadambetol ape yang lady post nih. Akak dah praktik kan. Alhamdulillah. Keikhlasan dan keyakinan adalah senjata utama. InsyaAllah, akan dimakbulkan. :)
TAK SANGKA AYAT YG BEGITU PENDEK BYK JUGAK KELEBIHANNYA..
BalasPadamTHANKS LADY
setiap hari akk baca dlm solat,akk pun dah share dlm blog tempohari..:)
BalasPadamBanyak ayat yg boleh dijadikan penawar dlm menghadapi penyakit kronok dan pelbagai kerenah hidup. Cuma kdg2 kita terlupa dgn keajaiban dan kesaktian al-Quran...
BalasPadamsis...sy dh tuka ke pop up window...thanks sudi singgah...singgah la lg...hihihi
BalasPadamnice nice nice sharing lady..Alhamdulillah dan Insya Allah akan selalu amalkannya..thanks :)
BalasPadamtqs for sharing...
BalasPadaminsyaAllah, semua surah dalam al-Quran punya ganjarannya..yang thabit dan sahih adalah satu huruf 10 ganjaran..yang lain-lainnya dijelaskan pula dalam hadith-hadith fahdhail amal, dan status hadith nya pelbagai..
BalasPadamadalah lebih aula dan baik jika kita dapat menyenaraikan sumber siapa ulama' dan dalil bagi setiap hujahnya..sepanjang mulazamah saya bersama para marsyaikh..banyak ditemui hadith dhaif dan maudhu' berkaitan fadhail surah..wallahumusta'an
Penjelasan Status Zikir Taubat الهي لست للفردوس أهلا
والله أعلمُ بالـصـواب
salam
BalasPadamsesungguhnya AL QURAN adalah panduan hidup kita...Insya Allah hidup selamat dan berkat jika hidup berpandukannya
Suka baca surah ni, sebab suku kata akhir yang sama..byk fadhilatnya..
BalasPadamsurah yang pendek, tetapi mempunyai kekuatan yang tersendiri :)
BalasPadamtima kasih lady atas pkongsian yg bguna ;)
BalasPadamdapat ilmu yg hebat disini
BalasPadamtq lady perkongsian ini
tq 4 sharing dear..=)
BalasPadamTerima kasih berkongsi :)
BalasPadamAlhamdulillah, pengetahuan baru..
alhamdulillah...TQ LB
BalasPadambagus jugak info....
BalasPadamterima kasih..
insya Allah..k.chii nak amalkan baca pas solat pasni..
BalasPadamsyukran jazilan =)
begitu byk manfaat surh ini tidka ternilai jika d bandingkan ubt2 dr klinik doktor tu heee
BalasPadamperkongsian yang sangat menarik...moga kita mendapat kebaikan dengan mengamalkannya
BalasPadam