Jumaat, 23 Mac 2012

Orang Miskin Popular

Si Miskin
Mari teman kita renungkan seketika ...

Orang misikin atau susah, ada di mana-mana. Mereka sebenarnya berada dekat dengan kita. Jangan tunggu mereka jadi popular. Jangan tunggu mereka masuk TV, surat khabar, radio atau sebagainya. Hulurkanlah bantuan, jika anda mampu dan dapat mencapai mereka.

Orang miskin dan susah yang berada dekat dengan anda itulah sebenarnya yang menjadi tanggungjawab anda.

Kadang-kadang, bila ada orang susah di TV, maka semua pihak cuba menghulurkan bantuan. Tak salah. Cuma kadang-kadang, kita bersusah payah membantu yang jauh, sedangkan yang hampir dengan kita dibiar terlantar.

Janganlah sampai nanti, orang susah yang masuk TV sahaja yang dibantu. Sedangkan, di luar sana, ramai lagi orang yang susah dan miskin yang tak terakam oleh lensa kamera TV atau akhbar.

Izinkan lensa mata kita berfungsi. Tak jauh dari kita. Masih ramai yang memerlukan pertolongan. Cuma mereka, tidak popular…

Ustaz Hishamudin Abd. Aziz

35 ulasan:

  1. Akak pun selalu kesian kat operator foreign workers kt tmpt keje akak. Dtg jauh2 tggl kampung, family, keje tak henti2, gaji sikit je..

    Apa alasan org kita miskin sebenarnya ya?

    BalasPadam
  2. Sedekah itu amal ke akhirat. insyaallah..bantulah apa saja bentuk..miskin di Dunia tak apa tapi kaya di Akhirat tu yg kita nak..wallaualam.

    BalasPadam
  3. Adanya org miskin di'popularkan' itulah akan dapat menaikkan ranking 'org besar' konon dialah yg paling prihatin...

    Membantu bukan utk dipuji/dipilih tapi biarkan kalau boleh memberi tanpa siapa yg tahu betul tak Lady...

    BalasPadam
  4. InsyaAllah...itu yang terbaik
    membantu bagi yang mampu

    BalasPadam
  5. betul tuh.hulurkan bantuan...sekeliling kita mustahil takde yang memerlukan bantuan sangat2...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Lady

    Alhamdulillah

    terima kasih mengingatkan saya

    BalasPadam
  7. kengkdg x dpt nak bezakn yg mana 1 miskin n yg mana hidup susah. kita bg pemberian dgn ikhlas. tp penerimanya seakan berkata "mcm ni ker brg yg dia nk bg kt aku'. pnh terdgr..si anon ni ckp "bg brg mcm sampah jer kt aku...nanti ko dh smpai kt mekah ko dpt balasannya" terkejut sy sis...sy berjiran dgn dia ni..kira hidup susah la jgk dia ni kan..pastu dia mengata pulak pd jiran sy yg nk ke mekah tu..

    hmmm...speechless

    BalasPadam
  8. salam
    kalau dah masuk tv,akhbar...berebut2 nak hulurkan bantuan..tu tak ikhlas namanya tp nak publisiti...
    cuba tgk Bersamamu...tv3 dah pergi,baru ada YB jenguk muka..selama ni kalau tak masuk tv,mana YB..?
    tgk kanan memberi,seeloknya jgn sampai tgn kiri tahu...

    BalasPadam
  9. Beri bantuan setakat yang mampu. Bantu mereka jangan biarkan mereka ini melarat.

    BalasPadam
  10. masalah masyarakat kite skrng,yang kaya raya tapi perangai mcm taik yang kite sanjung...tapi yang miskin tapi perangai punyaaalaaa baik giler kite buat bodoh aje... >_<

    BalasPadam
  11. Orang miskin yg menahan diri dari meminta-minta, merekalah yg sepatutnya ditolong..

    Sebab itu dalam Islam, ada sistem zakat (wajib), ada sedekah (sunat) dan Islam menggalakkan umatnya bermasyarakat..Islam itu indah..

    BalasPadam
  12. setuju, utamakan saudara yang terdekat, jiran tetangga yang susah dulu..kadang2 diorang tk dapat perhatian

    BalasPadam
  13. Setuju...
    Kdg2 sy rasa..sy pun mcmtu..
    Tp..kita blajar dr kesilapan kan..

    BalasPadam
  14. Jehan Miskin pun popular...eh lari tajuk le pulak.

    BalasPadam
  15. Blogwalking sini! ♛ Mr.Ix ♂ komen ║
    walaupun miskin tp berusaha mencari rezeki takper, tp miskin tp malas berusaha nk wat cmne.....

    BalasPadam
  16. umpama semut di seberang kita nampak..tp gajah depan mata leh lak x nmpk.. :)

    BalasPadam
  17. KALAU MAMPU NAK BANTU,KITA BANTU..KALAU TAK BANTU DR SEGI KEWANGAN,KITA BANTU DGN BAGI BARANG..

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum my lady..

    Bersedekahlah selagi mampu. :)

    BalasPadam
  19. itulah, mungkin perlu popular dulu baru dapat bantuan atau kita berani memberi bantuan.

    BalasPadam
  20. tangan yg memberi itu lebih baik dari yang menerima..

    BalasPadam
  21. Sama2 kita berkongsi dgn apa yg kita ada. Semoga pemberian kita ikhlas dan bukan kerana populariti semata2.. :D

    BalasPadam
  22. kadang2 tu bila masuk tv..
    sedekah pun jadi tak berapa nak ikhlas....

    anak2 miskin yang belajar tak tentu hala tu langsung takde prihatin dari masyarakat setempat...

    BalasPadam
  23. Ingatan yang bagus...lagi pun rezeki yang kita terima bukan semua milik kita pun... ada hak mereka dalamnya..

    BalasPadam
  24. itulah yg terjadi..dh masuk tv, baru berduyun2 nak dtg bantu..timbul pendapat di hati kita..diorng ikhlas ke tak..

    BalasPadam
  25. setuju dengan akak, kadang-kadang terfikir, bantuan banyak keluar yang jauh ditolong tapi yang ada nih tak terjaga.

    BalasPadam
  26. si miskin popular,
    si kaya pun nak tumpang popular sbg penderma...

    tak kiralah jauh, dekat @ depan mata... yang penting kita ikhlas bila penderma...

    BalasPadam
  27. yups, utamakan jiran terdekat
    susah senang kita bersama

    BalasPadam
  28. atok ponah terbaca seorang miskin ni jadi model.....cara pemakaian n pembawakan dia macam model..huntung x huntung

    BalasPadam
  29. benar sebagaimana nukilan para sahabah di atas, asal amalan sedeqah itu bermula dari keluarga terdekat, kemudian seterusnya..jangan abaikan keluarga terdekat yang memerlukn ..barakallhufik..

    selain sedeqah, Islam juga menganjurkan hibah, dan zakat..banyak jalan untuk memberi...

    sesugguhnya tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima, allahumusta'an

    BalasPadam
  30. k.chii setuju tu..tp rasanya mmg da lumrah manusia..yg jauh dorang nampak..yg di dpn mata..dipejamkan plak..agaknya nk tunggu dorang masuk bersama mu..baru nak di tolong

    BalasPadam
  31. org hdup sederhana mmg perlukan bantun tak byk tpi sikit tu perlu utk menreka meneruskan sebuah khdupan..lebih2 lagi mrka yg ada anak2 mash kecil..

    BalasPadam
  32. bicara mengenai org mskin masuk tv tu dh mmg org miskin tak blh halang...sb merka haya berserah apa rzki yang dtg bertandang..

    tapi bila ada kes begini mulalah org2 tu nak masuk tujuk lagak dlm tv.walau sangka itu tidak riak tapi perbuatan itu seolah2 menunjuk2...

    BalasPadam
  33. setiap kerja yg d lakukan baik dbantu mmbantu sesama muslim harus d beri bantuan dan teladan yg baik..

    bukan yg suka ambil kesempatan nama..pangkat dna kedudkan..

    BalasPadam
  34. tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. semoga kita dirahmatiNya, Aameen...

    BalasPadam