Rabu, 16 November 2011

Ujian Allah Itu Indah

Masihkah kita ingat?
Sewaktu kita bergelar kanak-kanak..
Kita mengamuk apabila barang mainan yang dihajati tidak kita miliki..
Kita rasa.. itulah suatu yang paling menyakitkan seumur hidup kita..
 
Sewaktu kita bergelar seorang pelajar..
Failed exam itu paling memeritkan..
Lebih-lebih lagi setelah kita berusaha bersungguh-sungguh..
Kita rasa.. lebih baik x belajar andai resultnya seperti ini..
 
Tiada yang paling perit dan pedih bagi seorang remaja
Apabila cinta yang didamba gagal tuk dimiliki..
Apalah gunanya hidup apabila tiada insan dicintai di sisi..
Relaku mati daripada hidup sendiri..

 
Tiada nilai seorang graduan
tanpa kerja yang membanggakan..
Apalah guna belajar setinggi langit jika tidak mampu bergaji lumayan..
 
Apalah erti hidup andai tiada suami/ isteri di sisi..
Sakitnya hati tiada peneman di kala sunyi..
Penghibur di kala sepi..
Bagaikan di penjara ku sendiri..

 
Inilah manusia..
Seringkali mengeluh..
Sedangkan kegagalan dan kejayaan merupakan rencah kehidupan..
Kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada..
Dengan apa yang kita dapat..
Apa yang kita lihat hanyalah kegagalan..
Kejayaan tidak pernah kita syukuri..


Kita tidak mampu mengelak..
Apatah lagi melarikan diri..
Kerana.. tanpa ujian kita tidak akan berjaya melalui step kehidupan seterusnya sebagai orang yang berjaya..

Tiada kejayaan tanpa kegagalan..
Tiada kemanisan tanpa kepahitan..

Marilah kita belajar untuk melalui semua step kehidupan kita tanpa berkeluh resah..
Lalui dugaan dan rintangan dengan hati yang tabah..

24 ulasan:

  1. assalam eiza

    Sifat manusia itu lalai. terima kasih kerana mengingatkan :D

    BalasPadam
  2. salam akak

    terima kasih..gambaq terakhir banyak makna kepada naim.

    BalasPadam
  3. amboi... serius bagi akak ni stylish sungguh entry ni disampaikan... berkesan dengan gambar. semuanya nampak simple tapi makan terus....

    BalasPadam
  4. yup betul tu lady. Apapun yang mendatangi diri .. kita kena tenang je. Pejam mata .. damai ..

    BalasPadam
  5. entry yg sesangat best dibaca..
    gambar hempuk keyboard tu mmg mcm yg sya selalu buat dulu.. :)

    BalasPadam
  6. dalam bersabar..akan tetap ada mengeluh..

    seharusnya perlu bersyukur..insya Allah..xkan berlaku perkara2 spt ini =)

    BalasPadam
  7. manusia mudah lupa dan mudah berubah..syukur dgn apa yg ada sekarang..

    BalasPadam
  8. السلم عليكم ورحمة الله

    Akal yang sihat dan bermanfaat adalah yang membuatmu mengenali
    nikmat-nikmat kurniaan Allah dan mendisiplinkanmu untuk mensyukurinya,
    dan menolongmu untuk mampu mengakui nikmat-nikmat itu dan kualitinya.

    BalasPadam
  9. yup...setiap ujian akan mematangkan kita dalam mengenal erti kehidupan..:)

    BalasPadam
  10. selepas kita penat berusaha, kita biarkan Allah jalankan tugasNya...kita mesti redha =)

    BalasPadam
  11. redah dalam segala hal :)

    BalasPadam
  12. redah dalam segala hal :)

    BalasPadam
  13. ujian tuhan meningkatkan kesadaran kita kalau tuhan itu sentiasa menyayangi hamba-NYA.

    BalasPadam
  14. setiap yg berlaku ada kebaikannya
    -petikan lagu mukabuku heheh

    BalasPadam
  15. sebagai manusia kita selalu lalai..syukur dengan apa yg ada,jgn selalu mengeluh..:)

    BalasPadam
  16. suka la entry neh....santai ja tapi membawa banyak mksd...

    setiap kehidupan kita pasti ada ujian....xsemua mudah untuk kita lakukan..

    sabar itu indah..

    Allah tahu yang terbaik untuk kta...;)

    BalasPadam
  17. Sering kali terlupa bila terima ujian dariNYA...thx for ingatan ni

    BalasPadam
  18. entry yg terbaaekkk
    bsabar la menempuh ujian Allah swt :)

    BalasPadam
  19. bersyukur adalah ubat kegagalan yng paling mujarab

    BalasPadam
  20. ya indahnya ujian itu jika kebergantungan hanya padaNya.. :)

    BalasPadam