Isnin, 10 Oktober 2011

Saintis Membuktikan Nabi Musa Membelah Laut

BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalaman ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science

p/s : berita diambil daripada facebook Planetarium Terengganu. Jom pakat sertai page Planetarium Terengganu dengan click di SINI.

36 ulasan:

  1. fakta yang dibuktikan saintis.
    mm.. agak2 kumpulan saintis tuh masuk islam tak selepas mengetahui kebenaran AQ?

    ....atau mereka mmg org islam?

    BalasPadam
  2. hmmm...para saintis pun dh buktikan..:)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...

    Mereka (saintis) dapat membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa, namun jika di hati mereka tidak dicampakkan Allah taufik dan hidayah, mereka tetap juga dalam kekufuran..

    BalasPadam
  4. subahanallah. Semua kata-kata Allah dalam Al Quran adalah benar belaka.

    BalasPadam
  5. kebenaran tetap juga akan dapat dibuktikan
    insya-allah

    BalasPadam
  6. Sesungguhnya kejadian itu benar-benar berlaku... Nice sharing admin. :)

    BalasPadam
  7. bagus mereka mengkaji. moga dapat hidayah.. :)

    BalasPadam
  8. Nice sharing. :). Info yg berguna,tq !^^

    BalasPadam
  9. sesungguhnye apa yg termaktub dlm AL-QURAN adalah benar belaka..semoga yg bukan islam akan mendapat hidayah dr kajian tersebut...

    BalasPadam
  10. apa yg pasti..terbelahnya laut merah yg menyelamatkan nabi Musa as...bersama2 bani israil adalah atas kehendak dan kekuasaan Allah semata2.

    selepas terbelahnya laut merah ada lagi pertolongan Allah keatas mereka...antaranya turunnya makanan dari langit manna wa salwa...wallahu 'allam.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum LB

    salam ukhwah

    moga saintis itu menerima hidayah

    Wassalam

    BalasPadam
  12. mmg terbuktikan...subahanallah hebatnye kuasa Allah

    BalasPadam
  13. Sayangnya masih ada yg masih kelabu hati dan fikiran walau kesahihan telah diberikan walau secara scientific

    BalasPadam
  14. subhanaullah...

    salam, sesungguhnya AL-Quran itu benar...:) good info...

    BalasPadam
  15. fakta sains mampu membuktikan
    moga2 mereka mendapat hidayah dan terhindar dari kekufuran Amin

    BalasPadam
  16. Benarkah karena angin timur laut merah terbelah? :) bagaimana kalau ternyata bukan? Simulasi komputer hanyalah sebuah hipotesa. sebuah kesimpulan sementara. tanpa eksperiman yng sebenarnya mana bisa diperoleh bukti.

    Bukti yg dipaparkan oleh ilmuwan diatas, setelah di teliti dengan logika sangat tidak masuk akal. Mungkin jika menggunakan komputer bisa menjadi, tpi jika di praktekkan seccara langsung pasti tidak dapat terjadi. Dengan kecepatan angin yg 100.8 Km/jam.. adakah makhluk hidup yang bisa berdiri tegak diatas tanah? apalagi harus menunggu selama 4 atau 12 jam... sepertinya kok hil hil yg mustahal.. :)

    Sebagai Muslim, ada atau tidak ada bukti kalau hal tersebut ada tersurat dalam al qur'an maka kita wajib mempercayainya. seperti firman Allah, " ... Al Qur'an, tiada keraguan didalamnya..."

    ini opini saya lho.. :) salam

    BalasPadam
  17. subhanaAllah..segalanya boleh berlaku dgn izin Allah..

    bukti saintifik pun dah akui yg betul..tp ramai lg yg xnak percaya..

    planetarium terengganu..i loike..heee

    BalasPadam
  18. aku seperti pernah menonton satu filem yang memaparkan adegan bagaimana lautan itu terbelah dua disebabkan oleh angin.tapi ia digambarkan seperti kuasa magis.

    BalasPadam
  19. Fatin Mraz :

    semoga mereka jatuh cinta dnegan Islam andai bukti ini sahih..insya-Allah :).. kalau x sahih pun.. moga2 terbuka jugak hatinya..

    BalasPadam
  20. Ungu Violet :

    semoga bukti ini betul2 sahih.. lady dah mula confuse.. tetapi sahih atau tak..kisahnye tetap sahih :D..

    BalasPadam
  21. Abd Razak :

    semoga di hati mereka dicampakkan hidayah..ameeennn..

    BalasPadam
  22. Ekri Rabat :

    tidak ada yang tidak benar melainkan semuanya benar.. :D walaupun tanpa bukti secara saintifik..

    BalasPadam
  23. tehr :

    insya-Allah.. cume waktu sahaja yg menentukan :D

    BalasPadam
  24. Blogger Muslim :

    memang benar berlaku wlpn tnpa penemuan bukti scr saintifik

    BalasPadam
  25. ieja amieja :

    insyaAllah Ieja.. ameennn..

    BalasPadam
  26. Nizam Ijam :

    tiada yang tak benar melainkan benar .. ia adalah mukjizat Rasulullah..

    BalasPadam