Selasa, 4 Oktober 2011

Gelas, Tasik dan Hati


Tasik dan Gelas.. 

Apakah perkaitannya..

Antara gelas dengan tasik..

Gelas terlalu kecil berbanding tasik.. 

Andai dimasukkan sesuatu ke dalam gelas yang berisi air tulen, terlalu cepat ia akan bertukar sifatnya dan menjadi tepu..

Jika dimasukkan sedikit garam, dengan hanya sesudu mampu memasinkan air di dalam gelas tersebut.. dan dengan hanya beberapa sudu boleh membuatkan air tersebut tidak mampu lagi untuk melarutkan garam..

Tetapi andai dicurah sebanyak mana pun garam ke dalam tasik, air tasik tetap tawar sifatnya.. ia tidak akan mampu menjejaskan keadaan air tasik tersebut.. malahan tidak mampu menjadikan air di dalam tasik menjadi tepu.. ia tetap menjadi tasik yang cantik dan utuh.

Kerana tasik itu bisa menampung dan menerima limpahan air yang banyak, serta mampu menampung pelbagai hidupan.

Tasik, Gelas, dan Hati..

Hati kita ini fleksibel sifatnya..

Jika kita sempitkan ia, maka sempitlah pemikiran kita..

Dengan hanya sedikit masalah yang membelengu diri, kita sudah melatah.. sudah hilang kerasionalannya..

Hanya dengan sedikit "cuitan" mampu menyemarahkan api kemarahan kita..

Tetapi jika luaskan hati kita umpama tasik yang luas,

Maka ia mampu menampung pelbagai jenis keadaan tanpa menjejaskan kerasionalan kita.. tanpa menerbitkan reaksi luar kawal kita.. tanpa menjejaskan orang-orang sekeliling kita.

Apa jua keadaannya, apa jua permasalahannya, apa jua ujiannya.. kita akan mampu menghadapinya dengan tenang..

Luaskan hati itu umpama tasik yang luas, bukan gelas yang sempit.
Jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang.. Jika rasa sedih, pandanglah ke dalam hatimu, akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu..

37 ulasan:

  1. Salam.. ye, akk dpt ingt ni.. perkara yg pernah kita bincangkn dulu. Tidaklah Allah jadikan sesuatu dgn sia-sia. kalau ade sesuatu yg kita rasa susah, pandang dgn mata hati mesti nmpak besarnya hikmah yg Allah beri. Subhanallah! <3

    BalasPadam
  2. Luas pandangan, bertambah pengalaman. Tapi mampukah kita memanfaatkan pengalaman itu untuk dijadikan panduan? Ramai orang mampu melihat dengan mata akal, tetapi terlalu sedikit yang mempu melihat dengan pandangan mata hati :) Renung2kan..

    BalasPadam
  3. tq drop komen

    tapi

    tak sudi follow sekali ker

    hehehe

    BalasPadam
  4. tenangkan hati seluas tasik yang tenang...
    damaikan hati sedamai sungai yang mengalir... :)

    BalasPadam
  5. tenangnya hatiku baca entry ini
    ^_^

    BalasPadam
  6. InsyaAllah..nice entry miss Lady, sgt terkesan. supaya hati saya seluas tasik sedamai sungai mengalir



    My Latest Entry: The Greatest Love Story Earth Ever Had.

    BalasPadam
  7. perumpamaan yang menarik =)
    keep blogging wif this way

    BalasPadam
  8. hbat air tasik... sifatnya kekal tawar walaupun dicurah garam...
    perumpamaan yg bagus..

    p/s : sy jwb soalan lady psal syaitan goda org kafir tu kt sini bleh eh? maaf sbb lmbt respon..

    Syaitan dijadikan untuk menambat golongan Kafir supaya tidak masuk Islam :

    Maryam [83] "Tidakkah engkau mengetahui (Wahai Muhammad) bahawa Kami telah menghantarkan Syaitan-syaitan kepada orang-orang kafir, untuk menggalakkan mereka mengerjakan perbuatan kufur dan maksiat dengan bersungguh-sungguh."

    BalasPadam
  9. suka bc entry lady ni..puitis je...ciktom cb nk setkn hati jd seluas tasik dan setenang air yg mengalir tanpa jemu dan terus tabah hadapi hidup ni ;)

    BalasPadam
  10. alhamdulillah...baru je seluas kolah tempat wudu'...belum sampai seluas tasik.

    BalasPadam
  11. Al-Farosyah :

    Wsalam wbt kak.. :D.. a'ah.. lady buat dalam bentuk karangan :D.. leh lady share nasihat akak :D.. ok x olahan nih.. :).. tp kalau akak olah mesti lebih baik..

    BalasPadam
  12. Naluri Ini aka Yusenze :

    Insya-Allah yus.. semakin ramai yang akan mampu melihat dengan mata akal dan mata hati nanti :).. insya-Allah..

    BalasPadam
  13. Papa Mifz :

    ye papa.. kalau hati bersih.. pasti luas ruangannya :)

    BalasPadam
  14. Ungu Violet :

    semoga aliran itu smooth jer sehingga ke penghujungnya.. ameeennn..

    BalasPadam
  15. Penghuni 60 :

    terima kasih Penghuni :) semoga hati penulis ini juga mampu setenang pembacanya.. :D.. ameennn..

    BalasPadam
  16. Ekri Rabat :

    Insya-Allah :) ameeennnn tuk doa itu..

    BalasPadam
  17. Suhami Ahmad :

    InsyaAllah atok.. andai diberi idea oleh Allah.. ameeennn..

    BalasPadam
  18. Solihin Zubir :

    Terima kasih ustaz Solihin.. lady salah fahamlah selama ini.. huhuhu.. terima kasih atas pencerahan itu.. semoga Allah sentiasa memberi kemudahan tuk ustaz membantu kami mendapatkan ilmu Allah.. ameeennn...

    BalasPadam
  19. Cik TOM :

    terima kasih cik tom :).. meh kite same2 cube luaskan yer.. :) hadapi setiap ujian Allah dengan hati yang tenang..

    BalasPadam
  20. puteraduyong :

    lady mungkin segelas mangkuk.. besar sikit dari gelas.. huhuhuhu.. Putera jauh lbh baik dari lady yg tukang tulis nih..alhamdulillah..

    BalasPadam
  21. misssenget :

    betul tu miss.. tetapi hati walaupun satu.. terlalu sukar tuk kite controlnyer..

    BalasPadam
  22. tenangkan hati setenang air di tasik

    BalasPadam
  23. bestnya entri nih. walaupun hati tuh kecik, kita kena luaskan dia.

    BalasPadam
  24. eiela :

    betul3x.. kite kene luaskan ia :) zahirnya nampak kecik.. tp batinnya tidak :)

    BalasPadam