Khamis, 20 Oktober 2011

Apabila Manusia Bersifat Kebinatangan

Assalamualaikum.. Semalam lady baru baca majalah Mastika milik kawan lady.. :D.. Keluaran untuk bulan November banyak cerita yang menarik yang lady suka.. terutamanya perihal kucing..

Lady nak berkongsi salah satu kisah kekejaman manusia terhadap binatang comel ini kepada sahabat semua. Bukan apa, nak berkongsi kegeraman lady terhadap manusia yang kejam sangat-sangat. :(..

Kat bawah ni lady salin sebijik sebijik daripada mastika tersebut tanpa sebarang editan. Jom baca..

*************************************

Hah! Nama gua Bob. Panggil saja Bob Nazi! Jangan tanya gua banyak-banyak kenapa nama gua Bob nazi. Nama gua ni diberi oleh kawan-kawan gua yang tinggal satu kejiranan dengan gua nun di Bangi, Selangor sana.

Mula-mula budak-budak panggil gua Bob saja, tapi semuanya gara-gara salah seorang kawan gua yang sedang stim hisap ganja memberi gua pisau untuk gua membunuh..!!

Tak apalah, dah alang-alang gua buka cerita, biarlah gua cerita sampai habis. Tapi kalian semua janganlah marahkan gua kalau gua cerita buat kalian semua sakit hati sama gua. Gua nak cerita pasal macam mana gelaran Nazi melekat pada nama gua.
Ceritanya begini, gua ni salah seorang student di sebuah kolej swasta yang terletak di Selangor. Pada cuti semester dua tahun yang lalu, gua tak habiskan banyak masa berfaedah dengan mencari kerja sambilanataupun menjadi pengasuh budak.

Gua hanya lepak di rumah dan membuta pada siang hari. Pada waktu malam gua akan lepak di kedai mamak menonton bola ataupun lepak di rumah kawan-kawan main permainan video sampai subuh.

Selain lepak kedai mamak, gua selalu melepak dengan kawan-kawan gua dalam rumah kosong yang terletak di pinggir taman perumahan kami.

Rumah tersebut sudah dua tahun tidak berpenghuni. Mungkin bank lelong atau tidak ada penyewa yang baru, itu gua tidak pasti. Rumah kosong ini merupakan port rasmi gua dan rakan-rakan gua menghisap ganja.

Maklumlah, kalau selalu sangat balut ganja dalam rumah gua dan kawan-kawan, lama-lama boleh kantoi dengan mak bapak kami atau jiran-jiran. Lagipun bau asap ganja ni kuat.

Dipendekkan cerita pada suatu petang, gua dengan rakan-rakan sedang menghisap ganja di rumah kosong. Sedang kami meracik-racik daun ganja kering dan tembakau rokok di bilik paling hujung tingkat atas, tiba-tiba kami terbau aroma yang kurang menyenangkan..

Yekk!! Rupa-rupanya seketul tahi kucing yang masih lembik ada di sebalik pintu bilik tidur besar. Cis! Mata gua melilau dan perasan ada seekor kucing betina yang bunting berwarna kelabu sedang menjilat-jilat tapak kakinya tidak jauh dari tempat najis itu terletak.

Gua terus naik angin bila tengok kucing bunting tersebut. Mana taknya, rumah tu port paling cantik dan selamat untuk gua dan kawan-kawan gua melepaskan gian.

Tiba-tiba ada kucing sial yang datang buat taik. Gua tak banyak cerita, gua terus capai pisau tajam yang diguna untuk buat bong, iaitu tabung untuk menghisap ganja.

Lepas itu gua ajak kawan-kawan gua angkut kucing betina itu turun ke ruang tamu. Hati gua meluap-luap tengok mata kucing yang pandangannya macam tak bersalah minta simpati. Tapi gua tak peduli, port gua sudah busuk dengan bau taik!

Tanpa banyak bicara, gua suruh kedua-dua kawan gua pegang kaki kucing itu. Masing-masing ikut saja apa yang gua suruh, maklumlah kepala masing-masing tengah stim!

Gua terus tusukkan pisau ke perut kucing sampai pangkal, tanpa belas! Kucing yang bunting itu menjerit kesakitan. Kemudian gua terus toreh hingga ke bahagian kaki, kira-kira sejengkal panjangnya. Darah memancut-mancut keluar dari perut kucing yang sedang mengiau-ngiau.

Lalu terkeluarlah janin anak kucing. Tiga ekor janin kesemuanya. Tiga ekor janin kesemuanya. Perghhh!!
Selepas itu kami lepaskan kucing betina yang sedang mengerang kesakitan itu berjalan lemah tanpa arah dan mengiau-ngiau tanpa henti.

Janin yang tergantung dari perut kucing itu masih kecil, terjuntai-juntai meleret apabila ibunya berjalan lemah mengelilingi ruang tamu.

Gua dan kawan-kawan gua menikmati ilmu sains dengan penuh asyik apabila darah dan janin yang terburai bersama-sama isi perut kucing berjuntaian di lantai simen.

Masing-masing hanya terlopong bila melihat janin yang kecil dan comel itu sedang mengokot. Beberapa ketika kemudian, kucing itu terus rebah dengan mulut yang terbuka.

Hah, sebab itulah kawan-kawan gua panggil Bob Nazi! Kalian suka kucing? Gua tak! Gua benci kucing.


Dipetik daripada majalah Mastika November 2011

31 ulasan:

  1. lady...cerita ni penuh dengan maksud tersirat yang memang kena dengan umat manusia pada zaman ni...yang semakin hilang sifat kemanusiaan...

    BalasPadam
  2. oh tidak......

    :(

    akak mai baca sini :
    http://pemudattbc.blogspot.com/2011/10/balasan-allah-sangat-cepat.html

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum LB

    Subhanallah

    Wassalam

    BalasPadam
  4. ya allah..boleh pulak bercerita macam tak ada perasaan..

    BalasPadam
  5. geram dan marah yang diturutkan sangat tuh.. isk isk.. syaitan lah jadinya..perbuatan mcm tuh..

    BalasPadam
  6. Astaghfirullah...memang teringin rasanya nak buat benda yang sama kat dia..Ya Tuhan, berilah balasan yang setimpal

    BalasPadam
  7. apabila nafsu didorong oleh syaitan maka tindakan tiada kewarasan

    BalasPadam
  8. harap cerita tu hanya rekaan semata2...

    BalasPadam
  9. ya Allah... tak leh la tengok bunuh2 ni... tapi cite ni bawa maksud tersendiri...

    BalasPadam
  10. ironi nya , binatang itu membunuh binatang lain .

    BalasPadam
  11. chii suka buli kucing kat umah..tp bukan dengan perasaan yang jahat..tp sekadar nak mengusik..

    tp kes bob ni..xtau nak kata apa..tu la yang terjadi bila kewarasan manusia ilang...yang x bersalah menjadi mangsa..

    BalasPadam
  12. kejam...bunuh binatang kesayangan nabi..:(

    semoga diberi petunjuk & hidayah..

    BalasPadam
  13. Aku mintak sangat2 BOB NAZI tu mase akhirat perot nyer terburai sampai keluar isi dalam..habis sekse, harap terburai balik..berulang-ulang..BODOH sangat!!!!..

    ya Allah, nak menangis rase..cume akibat berak di situ..

    BalasPadam
  14. kejamnye...huhu..skrg dunia dh x de humanity dh

    BalasPadam
  15. sedih baca cerita
    akibat dadah durjana memang tak masuk akal

    BalasPadam
  16. apo la nak jd...binatang pun makhluk Allah...

    BalasPadam
  17. ada kisah di zaman nabi SAW pompuan taat ibadat tapi menyeksa kucing sampai mati akhirnya jadi penghuni neraka...kisah ini elok dijadikan ikhtibar.

    haiwan matinya tak ada apa2(mati hilang begitu saja) tapi manusia matinya menanggung pertanggungjawaban di akhirat kelak.

    perkara besar ni bukan main2...ermm

    BalasPadam
  18. MasyaAllah...kenapa kejam begitu sekali... Rupanya manusia lupa, yang apabila kita berlaku kejam kepada setiap makhluk Allah sebenarnya kita sedang menzalimi diri sendiri..

    BalasPadam
  19. kalau benar dia itu begitu, lihatlah betapa keras hatinya...

    BalasPadam
  20. astaghfirullah..

    walaupun izfa tak berani dengan kucing, tak adalah terfikir sampai macam tue.. nak menangis baca. sedihnya kucing tue diperlakukan macam tue..

    BalasPadam
  21. ya allah..kejamnya..sampai ati die..huhu..ifa tgk kucing sakit pun nak nangis..nie kan lg tgk apa yg die buat..

    BalasPadam
  22. esok2 kucing tu tuntut nyawa dari kau kat akhirat..bodoh nya bob

    BalasPadam
  23. aduhhh kejamnyaa mnusia! walaupun saya tak suka kucing, tak sanggup nak aniaya haiwan comel tu..

    BalasPadam
  24. Halamak...kejamnya mamat tu, ngeri plak aku baca kisah nihh

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum...

    Buat baik ada balasannya dan begitu juga di sebaliknya

    BalasPadam
  26. mmg kejam dan zalim perlakukan kucing sedemikian rupa..

    BalasPadam
  27. kejamnya manusia....klu dah kat binatang dia sanggup buat mcm tu tak mustahil dia sanggup sakiti manusia nanti

    BalasPadam
  28. Salam 'alaik.

    ladyBird silap jika cakap manusia ini bersifat kebinatangan sb binatang pun xde buat cmtu skali. Tak layak digelar bersifat kebinatangan sb lebih teruk lagi dari tu.

    sangat tersentuh cara perlakuan tersebut sb saya pencinta kucing.

    BalasPadam