Jumaat, 9 September 2011

Amanah.. Tanggungjawab..

Assalamualaikum wbt..

Sekarang lady ada masalah sebenarnya.. Sedang berusaha untuk muhasabah diri.. Berfikir secara positif..

Lady pasti sebahagian besar daripada kita pernah jatuh cinta.. jatuh cinta dengan manusia.. binatang.. benda..

Sekarang masalahnya bukan masalah bercinta dengan manusia.. tetapi sesuatu yang tak bernyawa.. 

Lady suka sangat "benda" tu.. semenjak lady muda2 dulu.. mungkin bermula semenjak 2 3 tahun lepas..

Setiap hari pasti lady akan menjenguknya.. melihatnya.. meniliknya.. membelek2nya sehingga berjam-jam..

Lady ingin sekali "memilikinya" dengan niat untuk sama-sama menjaganya dengan sehabis daya..

Kerana lady amat mencintainya.. Lady ingin menjadi sebahagian daripadanya.. Lady ingin untuk "membesar" bersama-sama dengannya.. Teringin sangat-sangat.. Sukar untuk dirungkaikan perasaan ini..

Perasaan ingin memiliki semakin meronta-ronta di dalam jiwa.. Lebih-lebih lagi apabila melihat sesuatu "ketidaksempurnaan" berlaku terhadap dirinya akibat daripada ketidak pekaan penjaganya.. Kerana apa..

Kerana lady mencintainya.. Lady akan rasa sakit apabila melihat "ketidaksempurnaan" itu..

Pada suatu hari.. Lady diberi peluang untuk menjaganya.. Lady bersyukur sangat-sangat.. Lady diberi peluang menjaganya setelah ia berada di alam "remaja".. Alhamdulillah..

Lady ingin sama-sama membesarkannya sehingga dia mati.. ataupun sampai lady yang mati.. huhuhuhu.. tragis tul kisah cinta lady nih..

Tapi sekarang ni lady sedih.. sebab lady kurang kemampuan untuk menjaganya seperti waktu mula2 lady diberi amanah untuk menjaganya.. lady kekurangan kudrat.. kehilangan tenaga mental..

Lady tak kisah kalau lady korbankan masa lady untuk bersama-sama dengan teman-teman.. korbankan masa makan lady semata2 untuk bersama-sama dengannya.. lady mampu..insya-Allah..

Tapi hanya satu benda jerk yang menyebabkan lady kehilangan kekuatan mental.. benda tu xtahu lady nk citerkan mcmn di sini dalam bentuk yang lebih "jernih".. kerana hati lady masih "keruh" lagi..

Dibimbangi akan menulis sesuatu yang tak sepatutnya lady tulis..

Tapi lady xnak korbankan cinta lady nih.. :(.. sakit sangat kalau putus cinta.. :(.. sakit sangat..

Lady harap lady mampu bertahan.. insya-Allah.. ameeennn.. Lady akan cuba menjaganya walaupun hanya sedikit sahaja yang mampu lady lakukan..

Yang selebihnya terserahlah pada Allah.. selagi lady diberi kudrat... lady xkan lepaskannya.. kerana ia dah menjadi amanah tuk lady.. kerana lady dah mengambil tanggungjawab itu untuk menjaganya..

Ya Allah, selebih itu aku memerlukan kekuatan dari-Mu untuk menjaga amanah ini.. huhuhuhuhu..
"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Xnak jadi sebahagian daripada ciri-ciri ini.. 

18 ulasan:

  1. Apa-apa pun CINTA pada Tuhan mengatasi segalanya.

    BalasPadam
  2. jatuh cinta kat pe ni lad


    ~hantu

    BalasPadam
  3. Apekah?? Jatuh cinta?? Jernih?? Keruh??

    BalasPadam
  4. teringin sangat nak tahu apo kobondo nya tu ???
    tah tah motor atau keta ???

    BalasPadam
  5. ini makan dalam ni...harap bersabar...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum...LB

    Ambillah jalan pertengahan, itu lebih baik.
    Ambillah masa menentukan di mana kesederhanaannya perkara ini, itulah aras yang selamat.
    Moga diketemui...

    BalasPadam
  7. apakah amanah itu? hehe. Menjaga amanah adalah suatu tanggungjawab yang berat tapi insyaallah, mesti dapat menjaganya dengan baik.

    BalasPadam
  8. MissSenget :
    Benda itu adalah berkaitan dengan kerjaya.. hobi..

    BalasPadam
  9. Anonymous aka hantu :

    Sesuatu yg seperti kerjaya yg kita suka ;)

    BalasPadam
  10. Pesada :

    hal berkaitan dnegan kerjaya

    BalasPadam
  11. Yani :

    tgn buat.. hati penat.. jiwa sakit.. better resign kan? :P

    BalasPadam
  12. Mario :

    sabar dah sampai kemuncaknye..

    BalasPadam
  13. abgreds :

    kene ambik jalan pertengahan ke? dah lama lady sabar.. cube terime.. lady dah ambik jalan akhir.. xpe.. cintakan boleh bertukar ganti.. walaupun sakit.. insyaAllah akan terubat juga nanti..

    BalasPadam
  14. Eiela :
    Amanah.. huhu.. so better lepaskan kan..

    BalasPadam