Sabtu, 27 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat blogger yang dikasihi semua :)

Di kesempatan ini, Lady mengambil peluang bersempena dengan Sambutan AidilFitri untuk Memohon Jutaan Maaf dan Keampunan daripada sahabat blogger andai sepanjang kewujudan LadyBirs's Life di dunia maya ini telah menyebabkan kalian terluka, terasa hati, atau terkecil hati disebabkan oleh entry-entry yang telah dimuatkan di sini, dan mungkin juga disebabkan oleh komen-komen yang ditulis oleh LadyBird. 


Dengan itu, diharap sudilah kiranya dimaafkan semua sekali. 




Khamis, 25 Ogos 2011

Menulis.. dan Terus Menulis..

Assalamualaikum semua pembaca yang terjah ke teratak lady yang tidak seberapa nih.. :D.. tq.. syukran.. toce.. :D.. Sebenarnya lady amat merindui sahabat2 maya lady.. entahkan mereka masih aktif atau tidak berblog..

Tetapi terdapat segelintir drp shbt2 lady yang dah tak berapa aktif.. ape2pun.. lady sentiasa doakan kebaikan dan kesejahteraan untuk sahabat2 lady semua.. semoga Allah sentiasa merahmati perjalanan kita semua.. Kali ini lady nak membebel sesuatu yang tidak pasti.. tetapi amat pasti bagi yang memahami..
Apa yang kita tulis, kita zahirkan adalah cermin diri kita sendiri.. Tulislah sesuatu yang boleh mendatang kebaikan tuk semua.. pasti kebaikan juga akan mendatangi kita.. InsyaAllah [Isyrak]
Buat pengetahuan semua, lady menggunakan kemudahan komputer berinternet semenjak zaman lady bergelar pelajar lagi.. dan sekarang masih bergelar pelajar.. insya-Allah sehingga ke akhirnya.

Internet merupakan agen yang paling utama untuk lady mendapatkan sumber rujukan dalam pelajaran mahupun untuk mencari maklumat tentang sesuatu isu.

Lady bukanlah penggemar buku-buku dan bukanlah seorang yang sentiasa ke perpustakaan atau ke kedai buku, disebabkan itu.. internet merupakan sumber utama lady dalam mencari ilmu.

Apa yang lady nak kupas sekarang bukan berkaitan dengan kehidupan lady dan cara lady menggunakan internet.. tetapi adalah untuk membangkitkan kesedaran kepada sahabat2 lady semua untuk menghasilkan sesuatu yang lebih bermanfaat dan bermaklumat kepada masyarakat.

Sepanjang lady menggunakan internet.. jarang sekali lady mendapat maklumat yang dapat membantu membuat tugasan universiti dalam Bahasa Melayu. Terlalu jarang.

Kalau ada pun hanyalah cebisan-cebisan kecil yang tidak cukup untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Bukan setakat untuk menyelesaikan tugasan, malah untuk mendapatkan isu-isu penting yang berkaitan dengan diri sendiri dan persekitaran juga amat jarang.

Terutama berkaitan dengan masalah kesihatan dan perkembangan teknologi yang berkembang pesat sekarang.

Kita jauh ketinggalan untuk menghasilkan artikel-artikel berilmiah sebegitu. Sedangkan rakyat Malaysia tercatat dalam senarai pemilik blog tertinggi di Asia. Tetapi untuk mendapat artikel berilmiah hasil tulisan daripada rakyat Malaysia berbangsa Melayu adalah terlalu payah.

Blog berilmiah berbentuk Islamik banyak.. Tetapi kebanyakannya artikel yang disajikan adalah hasil daripada fotokopi yang juga bererti hasil daripada seorang penulis.

Jauh berbeza dengan rakyat Indonesia.. Mereka berpusu-pusu menghasilkan artikel yang bermaklumat untuk disajikan kepada pembaca..

Termasuk pembaca daripada Malaysia terutamanya daripada golongan yang kurang kemahiran dalam berbahasa Inggeris.

Mereka berbangga apabila hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada pelajar dan orang awam. Mereka berbangga dapat menolong orang lain..

Untuk menulis sesuatu yang bermanfaat, tidak perlu menunggu ilmu yang banyak.. memiliki master.. phd.. tetapi cukup sekadar menulis berdasarkan pengetahuan individu..

Andai pelajar.. mereka jadikan blog untuk mencatat apa yang mereka pelajari.. Mereka menulis untuk sesuatu yang bermakna untuk mereka dan orang sekeliling mereka..

Secara tidak langsung walaupun apa yang ditulis itu kecil, sikit tetapi tetap bermaklumat.. Mungkin boleh dijadikan sumber rujukan untuk sahabat handai.

Tidak kira siapapun kita.. sebenarnya kita mampu menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain.. Mungkin kita fikir remeh dengan tulisan kita.. tetapi tidak bagi orang yang tidak mengetahuinya..

Sesuatu yang berilmiah tidak pernah dianggap remeh walaupun hanyalah sepatah kata..

Setiap apa yang kita tulis.. kita coretkan.. bukanlah untuk hari ini semata-mata.. Tetapi juga untuk masa depan kita di Sana nanti.. Apa-apaun.. kepada sahabat blogger semua.. teruskan menulis.

Salam Ukhuwah Fillah daripada LadyBird's Life.
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin..

Selamat Maju Jaya kepada Bloggers Semua..