Ahad, 27 Februari 2011

Panduan Hidup Berpasangan

Allah menjadikan setiap sesuatu di dunia ni berpasang-pasangan supaya ia saling melengkapi antara satu sama lain. Kehidupan tidak akan seimbang jika tiada pasangan, contohnya kejadian atom, ia tidak akan stabil jika cas negatif tidak disertakan dengan cas positif. Ia saling memerlukan untuk menstabilkannya.

Begitu juga dengan kita sebagai manusia, Allah hadirkan kita di dunia dengan pasangan masing-masing, supaya kita mampu menjadi khalifah di bumi Allah ini. Kehidupan berpasangan mampu membuahkan ketenangan yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Ia membuatkan kita lebih bersemangat untuk bekerja dan beramal ibadah kepada Allah. Pasangan yang baik dan dipilih berdasarkan syariat Allah pasti akan membantu kita untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Jumaat, 25 Februari 2011

GIVEAWAY : Jom Blogwalking Contest

ads

Lady nak cube join GA ni daripada Abang Teror..
GA Jom BlogWalking.. :).. 

Rabu, 23 Februari 2011

Pertandingan Menulis Cerpen Islami

Rasulullah SAW diutus sebagai rahmat kepada sekelian alam. Umat manusia di sepanjang zaman, tanpa dibatasi oleh ras bangsa dan warna kulit telah bangun menukilkan episod-episod tertentu kehidupan Baginda yang sangat mengesankan hati terdalam mereka.


Umat Islam di sepanjang zaman tidak pernah puas menukilkan prosa rasa memuji dan berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW.

Selasa, 22 Februari 2011

Skima Weh..

Susahnyer jadi orang skima.. Tension beb.. Nak menulis mende yang ringkas pun terhegeh-hegeh nak cari perkataan.. Disebabkan perlu cari bilah-bilah kata, lain yang nak ditulis, lain lak yang tertulis.. lepas tu bila baca balik.. nampak mcm bodoh.. terus delete.. kalau sekali dua takpe.. ni berkali-kali.. so x terupdatelah blog lady ni..
Gelila plak tengok kaki LadyBird berceracak macam tu.. eiii..

Ahad, 6 Februari 2011

Cantik itu Subjektif

Semasa saya kecil dahulu, saya tidak tahu makna cantik. Tetapi, saya selalu dengar orang puji mama saya cantik. Baru saya tahu mama saya cantik. Cantik itu adalah mama saya.

Maka saya tengok mama saya. Muka mama putih melepak, mata beliau tajam menggoda. Baba kata macam mata kucing. Ramai orang ingat mama pakai kanta lekap tetapi sebenarnya mata mama memang Allah cipta sebegitu.

Mama juga seorang yang peramah dan lemah lembut. Beliau merupakan seorang guru. Apabila saya pergi ke sekolah mama, saya selalu dengar pelajar-pelajar mama puji mama cantik.

Sabtu, 5 Februari 2011

Pakai Tudung tapi SEKSI

Artikel diambil daripada team agama (iluvislam). Moga boleh menjadi panduan yang berguna kepada kita semua.


Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.Antara pemakaian tudung remaja zaman skarang antaranya: