Rabu, 29 September 2010

Keracunan Gas Karbon Monoksida

Setiap pagi atau petang, time Lady nak gi dan balik office, pasti Lady akan terpandang beberapa orang yang begitu rajin berjoging di kaki2 jalan. Lady pasti, kebanyakan daripada mereka begitu menitik beratkan kesihatan. Mereka berjoging dengan harapan dapat mengekalkan kesihatan tanpa mengetahui risiko jangka panjang yang terpaksa mereka tanggung. Jauh di sudut hati lady, lady terlalu kasihan melihat mereka kerana bagi Lady mereka tidak faham kesan negative yang menunggu mereka akibat daripada perbuatan mereka. Lady tidak menyalahkan mereka, kemungkinan mereka tidak terdedah dengan ilmu kesihatan yang sebenar.

Kadang2 kita musykil, kenapa orang yang rajin berjoging pagi2/ petang2 tetap menghadapi masalah kesihatan seperti masalah yang berkaitan dengan jantung, paru2, ginjal dan seumpama dengannya. Masalahnya sekarang bukan berpunca daripada jogging, tetapi factor persekitaran memainkan peranan penting. Udara yang bagaimana kita sedut. Apakah yang terkandung di dalam udara yang disedut dan apakah kesannya pada system badan kita. Persekitaran yang sihat amat penting untuk berkembangan tubuh kita. Persekitaran yang bagaimana yang dikatakan sihat? Adakah persekitaran di pinggir-pinggir jalan yang penuh dengan debu2, gas2 beracun yang dibebaskan oleh pelbagai jenis kenderaan?

Asap2 yang dibebaskan akibat daripada pembakaran karbon amat merbahaya kepada sistem saraf kita. Ia mengandungi gas yang dikenali sebagai karbon monoksida (CO). Dengan kepekatan yang tinggi, gas karbon monoksida (CO) mampu membunuh dengan hanya beberapa saat tanpa sempat menjerit atau meminta pertolongan. Kemungkinan pernah terdengar kes kematian di dalam kereta akibat daripada kebocoran ekzos kenderaan, pembebasan CO inilah punca utama berlakunya kes kematian mangsa yang terperangkap di dalam kereta.

Karbon monoksida (CO) beracun kepada manusia kerana ia boleh menjejaskan hemoglobin, satu komponen penting sel darah merah. Dalam keadaan biasa, hemoglobin mengangkut oksigen ke seluruh badan dan melepaskan/ membebaskannya ke tisu-tisu badan mengikut keperluan. Apabila gas CO disedut, ia akan menggantikan tempat oksigen dan boleh membunuh dalam beberapa minit sahaja jika kepekatan gas ini tinggi dalam darah. Jika kepekatannya lebih rendah, gejala-gejala keracunan CO akan hanya menyerupai demam selsema atau jangkitan virus lain yang lazimnya berlaku ketika musim atau cuaca sejuk.

Walau bagaimanapun dengan kepekatan yang rendah, CO mampu melumpuhkan system saraf utama/ pusat dan saraf yang rosak akibat daripada gas ini tidak mampu dirawat dan kerosakannya berkekalan sehingga ke akhir hayat. Mangsa keracunan CO boleh menyebabkan:
•   Parkinsonisma,
•  Keadaan tampang (vegetative) yang berterusan,
•   Mutisma akinetik (keadaan di mana individu tidak dapat membuat sebarang     pergerakan atau bunyi spontan),
•   Agnosia (ketidakupayaan untuk mentafsirkan sesuatu yang dirasai dengan betul),
•   Apraksia (ketidakupayaan untuk melakukan sesuatu pergerakan dengan tepat),
•   Kerosakan penglihatan,
•   Keadaan amnesia (ketidakupayaan untuk mengingat pengalaman lepas)/ konfabulasi (mereka-reka cerita apabila terlupa sesuatu yang dilakukan di luar kesedaran pesakit), atau
•   Psikosis (sejenis gangguan mental dimana fungsi mental terjejas teruk sehingga menjejaskan kebolehan pesakit memenuhi tuntutan kehidupan yang biasa).
Bagi kes-kes pesakit yang meninggal dunia awal berikutan keracunan CO, otak mereka didapati membengkak, berlaku pendarahan dan kesan tompokan akibat pendarahan di kulit. Jika mangsa berjaya hidup, kemudian mati dalam masa beberapa minggu berikutnya, penemuan utama yang biasanya diperolehi ialah mangsa mengalami anoksia iskemik (bekalan oksigen dan darah yang tidak mencukupi).

Terdapat risiko terhadap sistem reproduktif (pembiakan) yang ketara berkaitan dengan keracunan karbon monoksida. Artikel American Journal of Industrial Medicine memetik dua kajian yang menunjukkan pendedahan akut karbon monoksida yang tidak membawa maut kepada ibu hamil menyebabkan kehilangan janin (keguguran).

Kita memang digalakkan bersenam untuk menjaga kesihatan, namun begitu pastikan udara persekitaran kita bersih dan segar. Bebas daripada gas karbon monoksida. Jangan kerana kelalaian dan kekurang fahaman kita menyebabkan kita tersiksa di kemudian hari.

Nota kaki : Karbon Monoksida turut dihasilkan oleh :

•   Relau
•   Enjin berkuasa gas
•   Dapur kayu atau peralatan memasak yang tidak berfungsi dengan baik
•   Pemanas air rumah
•   Penanggal cat yang mengandungi metilin klorida
•   Asap dari semua jenis pembakaran
•   Asap tembakau
•   Pengering pakaian menggunakan gas yang tidak berfungsi dengan baik
•  Peralatan perkhemahan atau di kabin, pemidang logam untuk memanggang makanan, pengudaraan yang tidak baik, pemanas kolam mandi atau spa dan unit pemanas yang dipasang di siling rumah. 
Perkara-perkara di bawah mungkin menandakan (tetapi bukan setiap masa) bahawa terdapat kepekatan CO yang berlebihan dalam rumah anda:


•    Udara hapak dan pengap yang sukar hilang
•    Kelembapan berlebihan yang meluwap di tingkap
•    Bau wasap eksos di udara

p/s : Lady hanyalah seorang pelajar, jika terdapat sebarang kesalahan, sila perbetulkan. Terima kasih.

Isnin, 27 September 2010

Kenapa Kita Demam

Dalam setahun, berapa bulan kita demam.. Dalam sebulan, berapa minggu kita demam.. Dalam seminggu, berapa hari kita demam..

hehehe.. banyaklah plak soklan2nyer.. lady xde idea nak menulis sebenarnye.. tetapi lady rindu sangat nak mencoretkan sesuatu di sini.. sesuatu yang berguna tuk dikongsi bersama.. tetapi keadaan mental x begitu sempurna untuk menulis dengan lebih membina.. biarkan lady merapu seketika sebelum lady terpaksa merebahkan badan di atas katil yang empuk ituw.. Dalam 2 3 hari ni fikiran x berapa nak sihat.. hehehe.. bukan sebab sakit.. tetapi sebab ketiadaan internet di office.. line problem.. sehari duk di office tanpa internet terasa seperti urat saraf terputus.. lemah.. longlai.. wujudnya internet menjadi perangsang tuk lady membuat kerje di office.. :D.. hihihi.. kalau xde, rs begitu beratnya lady nak melangkah setiap pagi ke office.. :P

Berbalik kepada mule2 yg lady tulis tadi.. sal sakit tu.. sebenarnye lady nak menulis sal demam.. perihal demam.. kenapa kite demam.. bagaimana badan kite leh demam.. kenapa bila demam kite rasa x larat sangat.. huhuhu.. tetapi disebabkan lady rasa nak demam jer ni.. lady cancell lah nak tulis sal demam tu.. biar lady demam dulu yer.. doakan lady sihat.. lady nak gi tidoq jap.. huhuhu.. moga2 esok masih mampu bangun tuk menyedut oksigen di muka bumi ini.. ameeennn..

Ni adalah ape yg lady cr td.. lady tak mampu nak huraikan skrg secara lebih melebar dan memanjang.. :P.. so lady letak je kat sini dulu.. sebarang soklan boleh tanye.. :P..

* Demam adalah satu cara untuk tubuh kita melawan penyakit (salah satu fungsi penting dalam badan).

* Secara purata, suhu badan yang normal ialah 37 darjah celsius (bergantung kepada umur, keadaan persekitaran dan keadaan fizikal seseorang).

* Suhu badan meningkat menunjukkan badan sedang mengaktifkan sistem imun untuk menghasilkan sel darah putih, antibodi dan agen-agen lain untuk melawan penyakit.

* Punca-punca demam; jangkitan kuman, toksin, kanser dan juga sebarang penyakit autoimmune.

 * Juga boleh disebabkan oleh heatstroke, dimana suhu badan meningkat dan menjadi tidak terkawal.

 * Untuk demam yang ringan (suhu tidak terlalu tinggi), hanya perlu minum banyak air dan rehat.

 * Apabila demam, makan ubat untuk mengawal suhu daripada menjadi terlalu tinggi BUKAN untuk menghapuskan demam tersebut secara serta merta.

 * Sekiranya kanak-kanak didapati demam tetapi masih bergerak aktif, bermain dan tidak bermasalah untuk tidur, kemungkinan besar ia-nya hanya demam biasa dan tidak serius.

 * Jika demam berterusan melebihi tiga hari, berjumpalah dengan doktor/pakar kerana demam yang berterusan dan terlalu kuat boleh mengakibatkan kerosakan otak (khususnya di kalangan kanak-kanak). Demam berterusan juga adalah petanda bahawa ia bukan sekadar demam biasa dan memerlukan rawatan rapi.

oleh itu, jangan salahkan badan jika kita demam.. sebaliknya bagi perangsang kepada sistem keimunan kita supaya ia mampu menyah aktifkan bakteria2 yang mengganggu gugat badan kite. :)..

Lady nak bantu badan lady tuk bunuh bakteria2 tu semua dulu yer.. tata semua.. lady rindu sgt kat korang.. tata.. titi.. tutu.. toto.. tati.. titu.. :P
 

Jumaat, 24 September 2010

Spina Bifida - Tulang Belakang Terpisah

Tadi lady jalan2 cari pasal kat tenet.. cari idea tuk menulis lagi dan lagi.. tetiba jer lady teringat sal pesanan nurse time kursus kahwin bulan lepas. Nurse tu pesan, kita sebagai wanita perlu banyak makan sayur-sayuran untuk persediaan badan kita apabila kita mengandung nanti. Lady watla research sal sayur2an tu.. dan lady terjumpe pasal Spina Bifida. Penyakit saraf yang dihadapi oleh bayi yang dikandung apabila kekurangan Asid Folik, dan tetiba je lady teringat sal kawan lady.

Lady ada sorang kawan, sebenarnya dia merupakan junior kakak lady. Namanya Aishah. Aishah selalu datang rumah dan lady agak rapat dengannya memandangkan lady ni jenis mesra alam. Sewaktu mula2 Aishah datang ke rumah lady, dia datang bersama mak ayah dia. Dia memakai kerusi roda. Mak ayah die cakap, Aishah ni x suka berkawan, jadi dia nak Aishah ni mempunyai kawan. So lady jadilah kawan die.. lady ajar die jalan menggunakan tongkat.. sebab bg lady dia boleh, cume dia rasa lemah semangat dan x yakin dengan keupayaan diri sendiri.

Mak ayah die cerite, asal2nye Aishah normal, cuma kakinya tak sempurna seperti org lain. Dan disebabkan itu, Aishah buat pembedahan untuk membetulkan balik keadaan kakinya. Walau bagaimanapun, selepas pembedahan sebelah kakinya lumpuh dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Waktu itu, Aishah baru tingkatan lima dan disebabkan tekanan, SPMnya gagal. Dan sejak dari itu, Aishah menyendiri. 

Tetapi Alhamdulillah, kehidupannya berubah sedikit demi sedikit. Dan dia telah berjaya menyesuaikan diri dengan tongkat. Dan sekarang dia telah mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan hati yang baik hati dan tampan. Tetapi, setelah bersalin, kakinya menjadi lembik dan tidak boleh menggunakan tongkat lagi, dan terpaksa menggunakan kerusi roda sepenuhnya. Dia tidak mampu mengawal punci kencingnya sendiri dan terpaksa menggunakan pampers. Tetapi setelah bertahun-tahun masa berlalu.. dia kini berjaya menyesuaikan diri dengan menggunakan kerusi roda. :) dan berjaya menjadi seorang ibu dan isteri yang sempurna. Alhamdulillah.

....................................

Berbalik kepada kisah Spina Bifida.. setelah lady membaca tentang masalah Spina Bifida ni, baru lady perasan bahawa Aishah menghadapi masalah tersebut dan doktor tidak dapat mengesan masalah utamanya. Pernah suatu hari tu, Aishah telefon lady menangis kerana doktor yang check kandungannya mengatakan bahawa anak dalam kandungannya mengalami kecacatan kaki. Waktu itu lady agak terkejut memandangkan kes Aishah tiada kaitan dengan masalah genetik. Hampir-hampir lady nak menelefon doktor untuk mengetahui lebih detail. tetapi waktu tu masa tidak mengizinkan dan lady hanya nyatakan insyaAllah anak Kak Aishah normal, doktor tu yg salah. dan alhamdulillah anaknya sihat sempurna dan jauh lebih sihat dan comel berbanding dengan anak orang lain. Alhamdulillah, berkat kesabaran Kak Aishah sekeluarga. Dan sekarang baru lady dapat kepastian tentang masalah sebenar Aishah.

Aishah menghadapi masalah Spina Bifida iaitu kecacatan pada tulang belakang yang menjadikannya kelihatan menonjol. Ia berlaku berikutan penutupan tidak sempurna sebahagian sistem saraf tengah (spinal cord) dan tulang belakang (spinal columm). Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bersambung dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang
terdedah. Ianya berlaku di bahagian bawah tulang belakang dan jarang berlaku di bahagian atas .

Kadang-kadang sebahagian dari otak juga turut terdedah. Antara faktor yang menyebabkan masalah ini adalah disebabkan wanita hamil tidak mengambil asid folik. Pengambilan asid folik yang banyak tidak menjadi racun tetapi pengambilan yang kurang boleh menjejaskan pertumbuhan bayi.

Bagaimanapun, pengambilan asid folik yang kurang bukan satu-satunya faktor terjadinya masalah ini. 

Ada beberapa faktor turut mempengaruhinya. Antaranya termasuk genetik, wanita yang mendapatkan rawatan dialisis dan wanita yang mengambil sesetengah jenis ubat, contohnya epilepsi. Faktor lain mungkin menghisap rokok, pengambilan alkohol dan obesiti. Apabila janin berhadapan dengan Spina Bifida, ia boleh dikesan seawal 12 minggu kehamilan. Menerusi imbasan, bakal ibu boleh melihat pembentukan tulang belakang janin.


Jenis‐jenis Spina Bifida :

a) Spina Bifida Occulta
Saraf tunjang adalah normal. Hanya sebahagian kecil tulang yang tidak bertaup. Lapisan kulit yang menutupi kecacatan ini juga adalah normal.
b) Meningocoele
Sebahagian dari meninges lapisan luaran saraf tunjang terjulur keluar tetapi saraf tunjang selalunya sempurna.
c) Meningomyelocoele
Sebahagian dari saraf tunjang dan meninges terjulur keluar dari tulang belakang yang
terpisah.
Keterukkan keadaan spina bifida adalah berbeza. Dalam keadaan yang ringan (milder form), bayi tidak menunjukkan apa-apa tanda. Sekiranya kecacatan teruk yang mana melibatkan saraf tunjang , kemungkinan bayi tidak selamat. Selalunya bayi ini akan mengalami kelumpuhan, hydrocephalus (kepala besar disebabkan pengumpulan cecair dalam otak) dan lain-lain kecacatan sejak lahir/ kongenital.

Tanda‐tanda :
•Kemungkinan kelihatan benjolan di bahagian belakang. Ia adalah penonjolan saraf tunjang atau meninges melalui ruang pembukaan di tulang belakang.
• Saiz kepala yang besar atau ukuran lilitan kepala membesar akan terjadi pada sebahagian kes meningomyelocele.
• Bagi kes spina bifida occulta, perubahan warna kulit, lekok ,ketulan tisu lemak yang lembut atau jumbai rerambut akan dapat dilihat di bahagian belakang.
Gejala :

Sebahagian dari gejala dikesan peringkat awal dan yang lainnya dikemudian hari.
• Sakit dibahagian bawah belakang
• Sistem usus dan pundi kencing yang tidak berfungsi.
• Bahagian anggota kaki adalah lemah atau lumpuh.
• Hilang deria rasa dibahagian yang terlibat.
• Pembelajaran yang lemah

Betapa pentingnya penjagaan sewaktu kehamilan. Jangan kerana kecuaian kita, anak-anak kita menjadi mangsa. Takdir Allah memang tidak mampu untuk dielak, tetapi Allah memberi kita peluang untuk berusaha mengatasinya dengan ilmu dan akal pemberiannya.  Semoga apa yang lady tulis di sini menjadi pedoman untuk kita sebagai seorang wanita, selaku ibu/ bakal ibu. Dan kepada kaum lelaki/ ayah/ bakal ayah.. nasihatilah kaum wanita di bawah jagaan anda. :)
Rujukan :
http://www.srikasih.co.cc/2008/09/asid-folik-penting-untuk-wanita-hamil.html
http://www.downstate.edu/neurosurgery/diseases/spina_bifida.html
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/kanak-kanak/SPINABIFIDA.pdf
http://www.buzzle.com/articles/spina-bifida-life-expectancy.html

p/s : mana2 yang salah sila perbetulkan yer. tQ.

Khamis, 23 September 2010

Taugeh oh Taugeh

Siapa yang tak kenal taugeh? Taugeh tu badannya seperti kulat, dan memakai topi berwarna hitam. :P

tadi lady bukak facebook jap lepas bangun dr tidur.. bukak2, terus terbaca satu petikan tentang taugeh.. lady nak share di sini..

"Mesti ramai suka makan taugeh. nak pulak campur dlm char kuey teow.
hmmm rangup...... tapi nak beli taugeh tu kene buat eksperimen dulu la.

beli sket, jgn makan dulu sebaliknya simpan dulu utk 3 hari. pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu.

kepututsan yg mungkin boleh didapati...
lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam.
bermakna taugeh tu disiram dgn urine/ air kencing.
dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri.
kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje.
kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya
langsung tak guna urine sebagai baja.

ni info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman
taugeh dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip.
siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada pokok2
taugeh tu.

dan kenapa taugeh jodik mangsa?
sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2 terus dlm
batangnya.
tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis
semasa proses
penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu
barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2
dari baja.

tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan
tumbesaran bukan secara fotosintesis.
tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham...

so bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2
hanching
dgn taugeh2 bumiputera. 
Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah.."

 p/s : Maklumat ini belum sahih kebenarannya, lady just nak share di sini. X salah untuk kita sama-sama mencuba melakukan eksperimen untuk mensahihkan cerite ni sama2. :) Jom.

Rabu, 22 September 2010

Kobis - Kesannya Pada Wanita

Lady sebenarnya nak bagitahu kepada kaum sejenis lady berkaitan dengan sayur kobis. Sebelum ni, lady pernah bagitahu kawan-kawan perempuan lady tentang bahayanya kobis kepada perempuan. Tetapi kebanyakan daripada mereka tetap mengamalkan makan sayur kobis ni. Mungkin kerana mereka menganggap lady menipu ataupun lady sebenarnya hanya sekadar mengikut sahaja pesanan orang-orang tua untuk tidak memakan kobis. Tetapi di sini, lady amat-amat merayu.. JANGAN MAKAN KOBIS. Kalau korang tak percaya kat lady pun, xpelah.. lady nak bagitahu jugak.. 

Lady pasti setiap perempuan tahu makna KEPUTIHAN. Keputihan kebiasaannya dialami oleh kebanyakan perempuan samada belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin. Masalah keputihan ini juga turut dialami oleh sebahagian daripada lelaki. Namun begitu, di sini lady hanya akan huraikan untuk perempuan sahaja. Keputihan adalah sesuatu yang keluar daripada kemaluan  perempuan yang berwarna putih seperti putih telur.

Keputihan sebenarnya adalah protein yang dikeluarkan oleh badan melalui vagina perempuan. Ia merupakan lumrah bagi perempuan. Ia tidak akan mendatangkan masalah jika kuantiti keputihan tersebut adalah sedikit. Namun begitu, jika ia dikeluarkan dengan kuantiti yang banyak, ia akan menggalakkan jangkitan bakteria berlaku di vagina. Dan menyebabkan masalah keputihan akan menjadi lebih rumit serta akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan serta menyebabkan vagina akan menjadi gatal.

Protein yang dikeluarkan oleh dinding vagina merupakan protein yang penting untuk keperluan badan manusia. Disebabkan memakan kobis, protein tersebut dirangsang untuk dikeluarkan dari badan oleh vagina wanita dan badan akan kekurangan protein. Selain daripada vagina menjadi gatal dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, keputihan juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan berat badan semakin menyusut serta sukar untuk berlaku penambahan berat badan.

Di dalam vagina perempuan terdapat beberapa jenis bakteria dan kulat yang saling membantu menstabilkan pH vagina supaya sentiasa berada dalam keadaan berasid (3.8 to 4.5). Candida albicans merupakan contoh kulat yang didapati secara semulajadi dalam vagina perempuan. Walau bagaimanapun jika terdapat pengeluaran protein (keputihan) yang banyak, ia akan merangsang pertumbuhan Candida albicans serta mikroorganisma lain dan menyebabkan penyakit lain yang lebih kronik andai dibiarkan dan boleh merosakkan pundi kencing, rahim dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan kemandulan serta penyakit lain yang lebih kronik.

Oleh sebab itu, marilah kita sama-sama mengelakkan memakan makanan yang menjadi penyebab utama masalah keputihan. Dan andai keputihan terlalu banyak, pilihlah pencuci vagina yang bersesuaian untuk mengelakkan bakteria/ kulat dibunuh dengan kadar yang tidak seimbang yang boleh menyebabkan jangkitan berlaku dengan lebih teruk. 
 ........................................

p/s : lady hanya menulis berdasarkan pengetahuan lady yang cetek dan sedikit penyelidikan dengan  bantuan abang google. Andai ingin lebih yakin, sila buat research balik. Lady hanyalah seorang pelajar yang masih cetek ilmunya. Sebarang kesilapan, sila beri tunjuk ajar. tQ.

Selasa, 21 September 2010

Sillhoute

Sepetang di Terengganu
Gambar ni sebenarnya tuk Blog Diary Hearty,
Blog lama lady..
tetapi disebabkan blog lama 2 lady khususkan tuk keje2 lady jerk..
so, lady letak di sini :D
Ni pemandangan di waktu petang..
Di Kg. Rhu Muda, Marang. Terengganu.
Kalau x silap, gambar ni samada diambil dari coolpix S570 lady ataupun dari Nikon D700. 
lupa da.. 
kalau yg lebih arif tentang dunia photographer ni pasti tahu :)

Isnin, 20 September 2010

Laut dan Gelas

Jadikan hati seperti laut yang luas
Bukan gelas yang sempit
...


Hidup ini indah jika kita pandai memperindahkannya..
Hidup ini cantik jika kita pandai mencantikkannya..
Hidup ini tersusun andai kita pandai menyusunnya..


Untuk kita menjadi pandai memperindah, mencantikkan dan menyusun kehidupan adalah dengan cara belajar..


Bagaimana ya?


..Dengan PENGALAMAN..


Bagaimana nak ada pengalaman?


Allah beri kita pengalaman..
Allah latih kita satu persatu..
Allah bagi kita ujian..
Allah tunjukkan jalan untuk kita menyelesaikannya..
Kadang2 kita buat silap..
Dan kadang2 kita betul..
Belajarlah daripada kesilapan..
itulah namanya pengalaman.


Jadikan ujian itu sebagai sumber kekuatan kita..
Jadikan ujian itu sebagai batu loncatan untuk kita berjaya..


Ujian datang untuk kita berlatih bagaimana untuk menyelesaikannya satu persatu..
Setiap ujian hanya ada 2 keputusan..
GAGAL atau BERJAYA
Apabila kita berjaya melaluinya.. level kita semakin tinggi..
Apabila kita gagal.. jadikan ia sebagai panduan untuk kita melangkah lebih jauh..
Supaya kita mempunyai persediaan untuk melalui ujian seterusnya..


Maksud sebenar gagal bukan GAGAL
tetapi "BERJAYA"
kerana
dengan kegagalan tersebut membuatkan kita mampu mencetuskan idea-idea yang lebih bernas untuk kita berdepan dengan situasi yang sama suatu hari nanti..


Dan
andai kita berjaya menempuhinya sekali lagi..
kita sebenarnya bukan hanya berjaya
tetapi SANGAT BERJAYA
...
 So, bersyukurlah kerana Ujian Allah..
kerana ia adalah ANUGERAH

p/s : biarkan jerk lady merapu.. 

Ahad, 19 September 2010

Buah Cempedak di Luar Pagar

Edit pic sementara tunggu masa nak g dating ngn dr :P
Cempedak
Kalau goreng "celuk tepung" sedap nih..
tetibe jer rs nak makan..

Kempen Aurat Saya Maruah Saya


Perempuan ni seperti makanan, ada makanan yang di'cover' dengan penutup, dan ada juga makanan yang terdedah. Makanan yang di'cover ' penutup akan lebih bersih dan akan dipilih untuk santapan.

Makanan tertutup dan makanan terdedah

Kalau lady  diberi pilihan,  pasti Lady akan memilih makanan tertutup. Kerana apa?


Kerana.. makanan yang tertutup lebih bersih, bebas daripada pencemaran, bebas daripada habuk2, bebas daripada bakteria2 pembawa penyakit. Sudah pasti kita tak nak kesihatan kita terganggu disebabkan pemilihan makanan yang tidak bersih.


Cuba lihat makanan terdedah. Lalat2 berebut2 menghurunginya. Hinggap di atas makanan tersebut, meninggalkan pelbagai jenis bakteria pembawa penyakit. Andai kita makan, kurang2 sakit perut, cirit-birit.. kalau tak bernasib baik, terus innalillahiwainnailaihirojiuuunnnn.. terseksanya hidup akibat daripada memakan makanan tercemar.


Biasanya siapa yang makan makanan tercemar ni? Kalau difikirkan, tiada orang yang waras sanggup memakannya jika tidak terdesak. Biasanya hanya orang yang kurang waras sahaja yang akan memakan makanan tersebut.


Begitulah kaitannya dengan wanita. Wanita yang menutup aurat lebih terjaga dan terlindung daripada anasir-anasir liar. Allahua'lam.
................................................................................................


p/s : click gambar wanita bertudung di atas untuk menyokong dan menyertai kempen ini. Letakkan gambar tersebut di tepi blog andai menyokong kempen ini. Marilah kita sama2 menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga aurat.

Sabtu, 18 September 2010

Bunga - Part 2

Lady tak tahu ni bunga apa, tapi saiznya hanyalah  sebesar jari kelingking baby berumur 1 tahun setengah :)
Pokok bunga ni ibu lady yang tanam..
Si Penggemar Bunga
Bunga ni hanyalah sebesar hujung lidi dewasa (kayu uji)
Lady try ambik bokeh..
tapi x menjadi mana.. subjek utama masih blur..
habis patah pokok bunga ibu lady semata2 kerana nak ambil gambar :P
hehehe.. xpe, nanti ibu lady tanam lain. :P

Wahai Muslimah, Jadilah Kamu Seperti Epal Yang Tinggi..

Wahai muslimah..sebaik-baik wanita adalah wanita yang solehah.. sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.. Perhatikan wahai Muslimah, perilaku sepohon epal yang rendang. Apabila musim berbuah berkunjung tiba, akan tumbuh buah-buah ranum. Merah dan gebu. Manis sekali.  Jadi pada ketika ini banyak 'tangan-tangan' yang kepingin untuk merasa, memetiknya dengan rakus. Kesemuanya berebut- rebut memetik untuk merasa kemanisan epal-epal yang  masak merah.

Suami yang soleh hanyalah untuk wanita solehah
Epal-epal ini banyak dikalangannya, yang merah ranum lagi manis, dengan sendirinya dan dengan sengajanya menjatuhkan diri sendiri ke tanah. Tanpa perlu bersusah payah untuk dipetik. Tatkala epal ini jatuh ke tanah, tangan-tangan yang rakus ini dengan tangkas mencapainya dan dimamah dengan serakusnya. Ada di kalangan epal ini, yang jatuhnya tidak dihiraukan oleh tangan-tangan yang bersih, lalu dibiarkan ia membusuk di tanah, sebagai habuan tupai-tupai nakal yang berkeliaran mencari rezeki, tanpa perlu bersusah payah menggapainya sendiri. Bagi tangan-tangan yang bersih ini, epal yang baik dan berkualiti, letaknya bukan di tanah, digumpali dengan kotoran dan sampah. Hilang sudah tarikan warnanya, serta kemanisan buahnya. Mana mungkin epal sebegini menjadi pilhannya?

Nun, jauh di atas, epal yang terbaik dan yang paling ranum akan kekal ditangkai. Merah dan menggebu. Sukar untuk dilihat kerana letaknya di sebalik daun-daun sebagai perlindungnya Tangkainya juga tinggi, susah untuk digapai. Hanya yang benar-benar ikhlas berhajat untuk mendapatkan epal yang terbaik ini akan berusaha untuk mendapatkannya, bukan tangan-tangan yang kasar lagi rakus kerana hanya epal yang rendah akan menjadi pilihan mereka, selayaknya bagi mereka. Walaupun kadangkala epal terbaik ini risau tidak disunting mana-mana tangan manusia. Namun dia yakin, bahawa janji Allah itu pasti. Jadi, ia akan kekal di mana tempatnya berada.

Hanya tangan yang bertuah, akan berusaha mencari dan mendapatkannya. Tidak boleh direntap begitu saja sebaliknya perlu dipetik dengan cermat agar buahnya tidak jatuh dan luka. Agar bisa dinikmati secangkir madu dari manisnya epal yang terlindung.. merah.. segar.. dan ranum.. Hanya yang bertuah akan memiliki dan hanya yang bertuah yang dapat menikmati.

renung-renungkanlah.

Sumber: الفضيله الكنتا

Semoga Bermanfaat.. InsyaAllah.. ^_^

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Al Ahzab 33:59)

Kucing Gebu

Ini Mama kucing

Ini anaknya
Gambar ni diambil petang tadi.. Lady nak ambik gambar bunga, tapi mereka ni pun leh jadi subjek kamera lady jugak :)
mereka ni la peneman lady time nak pergi kerja
x pernah penat tuk babai kat lady :P

Jumaat, 17 September 2010

Lady Poyo

Awak, tadikan lady beli alat2 mekap.. Lady nak belajar mekap.. nak bagi nampak cantik.. lady beli maskara.. lady beli bedak.. lady beli gincu. semua lady beli.. nanti lady nak mekap cantik2.. pasti semua orang terpikat ngn lady.. pasti jejaka2 handsom yg memandang lady akan terpegun melihat kecantikan lady yang ala-ala lady gaga ni.. Pasti mereka terpesona dengan mata lady yang besar dan bulat ni.. x sabar2 lady nak pakai.. hihihi

Semalam lady cube cari baju lady time lady kecik2 dulu.. ada..banyak.. lady try.. masih padan..muat2 jer dengan badan lady yang cantik menawan mcm lisa suriati ni.. x sangka lak masih muat.. cuma lenggan je singkat sikit.. pusat pun xleh nak tutup.. tp xpe.. daripada membazir, baik lady pakai balik..xdelah membazir kan? :).. membazirkan amalan syaitan.. lady xnak jadi kawan syaitan..

Tapi kan, lady sedih, semua seluar lady yang waktu kecik dulu tak muat dah.. kalau muat pun kat pinggul dah x muat.. huhuhu.. jadi tadi lady gi soping komplek.. cari mane2 seluar yang padan ngn lady.. ada..banyak.. muat2 jerk.. cantik.. cantik sangat.. sesuai je dgn lady.. lady beli yang seluar singkat tu.. yang paras betis.. hehehe.. sebab kan.. sebulan lepas lady pakai losyen, siang malam lady pakai supaya kulit lady nampak gebu dan cantik.. nanti kalau lady pakai seluar ni.. pasti ramai mamat2 berkenan kat lady.. ye la.. betis lady kan cantik, macam batang padi.. kulit gebu.. z sabar2 lady nak tengok mata mamat2 tu terbeliak memandang lady :) tapi lady kene cukur semua bulu2 betis lady yang berkerinting ni dulu.. nanti lady beli pencukur..

Tadi kan, time lady shopping.. lady nampak tudung, cantik sangat.. tudung ala-ala sanggul unta yang ade dlm hadis tu.. lady nak pakai lah.. lady nak snggul rambut lady tinggi2.. pasti cantik.. :) lady x sabar2 nak pakai.. apelah takut sgt tentang ciri2 wanita penghuni neraka tu.. Allah kan penyayang, nanti Allah ampunkanlah dosa lady bila lady dah mati nanti. Sebelum lady mati ni, lady nak semua org tahu yang lady ni cantik :)

Lady beli kasut tumit tinggi.. 4 inci.. haluuuuuuussss jerk.. sekali jalan tu berbunyi.. tup tap tup tap.. nanti kalau lady jalan, pasti bunyi.. pasti ramai orang tengok lady.. lady nak berlatih jalan cat walk lah.. ala-ala model gitu.. pasti ramai org tengok lady nanti.. x sabar2 lak lady ni.. kui kui kui.. untung2 ade org dari syarikat modelling tgk lady.. terus offer lady jadi model tuk syarikat mereka.. :P pasti lady glamour nanti.. :)

Jap lady nak berangan.. nanti kalau lady jadi model.. lady xnak pakai tudung.. lady nak lepaskan rambut lady yang ala-ala mayang mengurai ni.. lady nak wat teknik rebonding.. mesti nampak cantik macam sape ek.. ala.. pelakon hindustan tu.. lady lupe la namanya.. ape2 je lah.. ape2pun pasti cantik menarik.. :P

ala.. dahla lady berangan, yg pasti esok lady cantik..pasti korang terpukau tengok lady.. nanti lady snap gambar banyak2 ek.. lady letak kat dalam blog lady ni.. pasti ramai org nak kawan ngn lady.. :)..

lady nak chow dah.. tata semua..

p/s : cite ini adalah fantasi lady semata2.. bukan realiti yer.. nak mekap pun x reti :) kui kui kui..

Khamis, 16 September 2010

Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi...

"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi"

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji. Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.

Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana di arah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia.! Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk, cantik hodoh itu adalah pemberianNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segalanya adalah pinjaman dari Allah S. W. T.

Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan. " An-Nahl: 53

Semoga kita sentiasa dibimbingNya dalam bermujahadah menjadi yang terbaik...

Wallahua'lam
Al Anbiyaaʼ ayat 105
Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".
 Oleh : Muhammad Nazir 
SUMBER

p/s : ingin menjadi seperti bunga melur, walaupun tidak berupa.. namun wangi baunya.. :)

Rabu, 15 September 2010

Wanita dan Bunga



Wanita dan Bunga, seolah-olah tidak mampu dipisahkan.. Bunga dan wanita begitu sinonim. 

Kenapa yer ?

Mungkinkan bunga cantik? dan wanita perlu cantik seperti bunga?

Atau..
Adakah disebabkan bunga mempunyai organ penting dalam proses pembiakan bagi tumbuhan..
dan sama dengan peranan wanita..

Ataupun..
Perkembanagn/ tumbesaran bunga sama seperti proses dalam perkembangan wanita?

Atau mungkin juga..
Dengan kecantikannya, bunga mampu menarik kumbang datang kepadanya? dan seolah2 sama seperti wanita yang mampu menggoda lelaki untuk mendekatinya..

apelah yang lady duk merepek ni.. huhuhu.. yg sebenornye lady nak letak bunge je kat sini.. bunge di hadapan rumah. :)

Rahsia Sirih Untuk Wanita

Sirih Pinang banyak digunakan di dalam perubatan tradisional. Kebanyakannya digunakan secara luaran. Pakar kajian herba mengatakan sirih mengandungi komponen-komponen aktif semulajadi yang amat berguna untuk kesihatan.

Sirih sangat kaya dengan kandungan zat berkhasiat. Antaranya, minyak atsiri, hidroksikavicol, kavicol, kavibetol, allylpyrokatekol, cyneole, caryophyllene, cadinene, estragol, terpennena, seskuiterpena, fenil propana, tanin, diastase, gula, dan pati.

Sirih banyak digunakan untuk perubatan dan kecantikan wanita. Antara masalah-masalah wanita yang boleh dirawat menggunakan daun sirih adalah:

Gatal Vagina
Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.
Ari-ari Pedih
Ambil sirih, sebiji buah pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.
Keputihan
Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.
Ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan sehelai sirih. Asahkan cendana dengan sirih   dan minumkan dengan kuning telur ayam selama tiga pagi.
Kencing Sakit/ Tidak Lawas
Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.
Menegangkan Payu Dara 
Untuk menegangkan lagi payudara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika.   Lakukan dua atau tiga kali seminggu.
Penyakit Kelamin 
Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit.
Giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh.

Bau Badan 
Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.

Nota Tambahan :
Khasiat ASTRIGEN daun sirih berkeupayaan mengecutkan tisu-tisu organik dan khasiat ANTISEPTIK untuk membunuh kuman. Ini bermakna, jika diminum airnya atau digunakan sebagai pencuci harian bagi wanita khasnya, selain menegangkan otot-otot tisu dalaman vagina, ia juga boleh membunuh bakteria, kuman atau kulat serta mengatasi masalah keputihan. Sirih juga turut digunakan bagi mengatasi masalah penyakit Malaria, sakit sendi, gout dan dipercayai boleh merawat kanser dan penyakit jantung.

rujukan :
http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-guna%203.htm

Isnin, 13 September 2010

Cinta Zulaikha Terhadap Nabi Yusof


Lady pasti semua sudah terbaca kisah cinta Nabi Yusof a.s dan Siti Zulaikha, isteri kepada seorang pemerintah Mesir pada zaman itu. Kisah yang dipaparkan banyak versinya dan sukar untuk ditentukan sejauh mana kebenaran cerita-cerita tersebut. 

Pelbagai pendapat dikaitkan dengan kisah Siti Zulaikha, isteri pemerintah Mesir dan akhirnya menjadi isteri kepada Nabi Yusof a.s.. 

Terdapat pendapat yang menyatakan Siti Zulaikha merupakan gadis yang baik, yang mengahwini pemerintah Mesir semata-mata untuk mendapat cintanya (Yusof) yang selalu mendatangi mimpi-mimpi malamnya. Seperti yang diceritakan di SINI.

Pendapat yang tersebar secara meluasnya adalah kisah yang dikaitkan dengan Siti Zulaikha yang berakhlak buruk, yang merupakan isteri kepada pemerintah Mesir. Yang berusaha menggoda Nabi Yusof, anak angkatnya sendiri kerana terlalu terpesona dengan ketampanan baginda. Kisahnya pula boleh dirujuk di SINI dan SINI

Walau bagaimanapun jalan ceritanya, kisah yang ingin disampaikan adalah sama, iaitu ketampanan Nabi Yusof as., kisah Siti Zulaikha yang begitu mencintainya, kisah bagaimana Nabi Yusof dipenjarakan, bertemu semula dengan keluarganya dan akhirnya baginda berkahwin dengan Siti Zulaikha. Kisah sebenar yang ingin disampaikan bukan kisah cinta Nabi Yusof, tetapi kisah perjalanan kehidupan Nabi Yusof daripada baginda kecil sehinggalah baginda menjadi pemerintah Mesir, perjuangan Nabi Yusof dalam menyampaikan dakwahnya. Manakala kisah cinta Yusof dan Zulaikha hanyalah secebis kisah yang dimasukkan sekali untuk menunjukkan bagaimana Nabi Yusof melawan nafsunya apabila digoda oleh Siti Zulaikha. Kerana takutnya baginda kepada Allah swt, baginda menolak ajakan Siti Zulaikha. 

Apabila kita mendengar/ membaca surah Yusof di dalam al-Quran, apa yang terbayang di dalam fikiran kita adalah kisah cinta Nabi Yusof, bukan perjuangan sebenar Nabi Yusof dalam menyampaikan dakwahnya, menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Rasulullah.

Ini maksud ayat-ayat al-Quran yang dipetik daripada Surah Yusof yang berkaitan dengan Siti Zulaikha untuk rujukan kita bersama :
1. Yusuf [31] Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberikan kepada tiap-tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): “Keluarlah di hadapan mereka“. Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: “Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!".
 2. Yusuf [32] (Zulaikha) berkata: “Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi dari orang-orang yang hina."
 3. Yusuf [33] Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya."
4. Yusuf [23]dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu“. Yusuf menjawab: “Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya."
5. Yusuf [24] dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa. 
6. Yusuf [25] dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): tidaklah ada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”.
7. Yusuf [26] Yusuf pula berkata: “Dia lah yang memujukku berkehendakkan diriku“. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:” “Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta.
8. Yusuf [27] Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar“. 
9. Yusuf [28] Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.
Kisah-kisah cinta Siti Zulaikha dan Nabi Yusof yang kebanyakan diceritakan sukar untuk diketahui kebenarannya. Banyak kisah yang diselitkan untuk mengindahkan lagi cerita tersebut sehinggakan sukar untuk dicari yang manakah kisah yang sebenar. Ini merupakan pendapat daripada Ustaz Sharizal untuk rujukan kita bersama.
Rujukan :

http://saifulislam.com/?p=2208 (pndpt dr ustaz saifulislam)
http://www.rediesh.com/kisah-teladan/engkaukah-zulaikha#more-106
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/10/27/kisah-nabi-yusuf-dan-zulaikha/

p/s: Andai penulisan ini salah, sila perbetulkan. Terima kasih. 

Ahad, 12 September 2010

Apa itu Cinta


Ape yang korang faham tentang CINTA???

Semakin dikejar, semakin lari. Tapi kalau dibiarkan terbang, ia akan datang di saat kamu tidak mengharapkannya.

CINTA dapat membuatmu bahagia tapi sering juga membuatmu sedih, tapi CINTA hanya berharga jika diberikan kepada seseorang yang menghargainya.

Jadi jangan terburu-buru dan pilih yang terbaik.
CINTA bukan bagaimana menjadi pasangan yang sempurna kepada seseorang. Tetapi bagaimana menemukan seseorang yang dapat membantumu menjadi dirimu sendiri.

Jangan pernah berkata I LOVE U kalau kamu tidak pernah peduli
Jangan pernah membicarakan perasaan yang tidak pernah ada.
Jangan pernah menyentuh hidup seseorang kalau hal itu akan menghancurkan hatinya.
Jangan pernah menatap matanya kalau semua yang kamu lakukan itu adalah BOHONG belaka.
Hal yang paling kejam yang dilakukan kepada orang lain adalah membiarkannya JATUH CINTA, sementara kamu tidak berniat untuk menyambutnya.


CINTA bukan “ ini salah kamu” tapi maafkan aku
bukan “ kamu dimana” tapi aku disini
bukan “ bagaimana kamu” tapi aku memahami
bukan “ cuba kamu tidak seperti ini tapi aku CINTAIMU seperti kamu adanya.

Keserasian yang paling benar bukan diukur berdasarkan berapa lama kalian sudah bersama mahupun berapa sering anda bersama, tapi apakah selama kalian bersama, kalian selalu mengisi satu sama lain dan sering membuat hidup yang berkualiti.

Kesedihan dan kerinduan hanya terasa selama yang kamu inginkan dan menyayat sedalam yang kamu izinkan yang berat bukan bagaimana caranya menanggung kesedihan dan kerinduan itu tapi bagaimana belajar darinya.
 
Cara JATUH CINTA ;
 
Jatuh tapi jangan terhuyung hayang
Konsisten tapi jangan memaksa
Berkongsi dan jangan bersikap tidak adil
Mengerti dan cubalah untuk tidak banyak menuntut
Sedih tapi jangan pernah simpan kesedihan itu….

CINTA akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu.
Tetapi CINTA akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan…

LALU CINTA YANG BAGAIMANA YANG DICARI…?

p/s : sebijik Lady copy paste dari blog Mat Ganu. 
Jangan marah ek MatGanu, Lady dah letakkan link Mat kat sini :).. Peace.

Rama-Rama vs Wanita


Tadi Lady jalan-jalan..
Lady jumpe butterfly kat rumah orang..
Cantik sangat rama-rama ni..
Alangkah indahnya menjadi rama-rama..
Cantik.. terbang bebas di angkasa..
tetapi :( hidupnya tak lama..

Wanita diibaratkan seperti rama-rama..
Sayapnya cantik, dihiasi corak-corak indah..
Sesiapa yang memandang pasti terpegun dan cuba mendapatkannya.
 Tetapi..
Apabila tangan-tangan rakus menyentuh badannya..
Hilanglah keserian sang rama-rama..
Hidupnya tidak bernilai lagi.

Begitu juga wanita..
Diciptakan dengan kecantikan..
Sehinggakan wanita digelar perhiasan dunia..
Tanpa wanita, dunia tidak lagi berseri.
Tetapi..
Sama halnya dengan rama-rama..
Sentiasa dikejar oleh sang kumbang yang mencari peluang..
Apabila wanita terpesona, terkulai lemah di sisi sang kumbang..
Nilainya tiada lagi..
Hidupnya tiada berguna..
Maruahnya telah tercemar.

Oleh itu wahai sahabat sejantina semua..
Janganlah cepat terpesona dengan dunia..
Jagalah kecantikan anugerahNya..
Kita bukan dicipta untuk dirosakkan oleh sang kumbang durjana..
Tetapi untuk menjadi peneman kumbang berhati mulia.

Sabtu, 11 September 2010

Wanita Teladan dan Isteri Solehah


Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
mendahulukan kemahuan dan keinginan
suaminya dari kemahuan dan
kehendaknya sendiri.

Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersikap malu terhadap suaminya,
bersopan santun pada setiap
perkataan dan perbuatan.

Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
berhias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya apabila ketiadaan
suami.

Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersedia melayani dan memenuhi
kehendak batiniah dan zahiriah suami
bila diperlukan.

Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga kebersihan, kesihatan dan
kesempurnaan diri, rumah tangga
dan anak-anak suaminya.

Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
mencintai dan menghormati keluarga
suaminya seperti mana ia
mencintai dan menyayangi keluarganya
sendiri.

Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga auratnya dari pandangan yang
bukan mahramnya.

Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga pandangan matanya dari perkara-
perkara yang tidak sihat dan
mungkar.

Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
memberikan kesetiaan, ketaatan dan
kepatuhan kepada suaminya selagi
suruhan itu tidak bertentangan dengan
perintah syariat.

Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
memberikan layanan dan kasih sayang
yang sepenuhnya dan membuatkan
suaminya merasakan rumah tangganya itu
sebagai tempat yang paling
selamat untuk mendapat ketenangan dan
kebahagiaan.

Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga rahsia serta maruah suami dan
keluarganya, demikian juga
dengan maruahnya sendiri.

Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjadukan suaminya sebagai ketua
dalam rumah tangga mereka sesuai
dengan sifat-sifat yang telah
dianugerahkan Allah kepada kaum lelaki.

Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
memohon keizinan suaminya untuk keluar
dari rumah kerana sesuatu
hajat yang diharuskan oleh syara’.

Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang
sentiasa memohon keizinan suaminya jika
mahu mengerjakan puasa sunat.

Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersyukur dan tenang di atas segala
dugaan dan nikmat dari Allah
yang diberikan kepada suaminya.

Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menemani suaminya ke muka pintu bila
ia hendak keluar dan
menyambutnya dengan seyuman bila ia
pulang.

Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang tidak
membenarkan lelaki bukan mahram
memasuki rumah ketika ketiadaan
suami.

Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersedia melaksanakan tugas dan
tanggungjawab sebagai seorang
isteri, ibu dan segala perintah Allah
dengan tabah dan sabar.

Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
berdiam diri dan mendengar bila
suaminya sedang bercakap.

Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang tidak meminta
sesuatu yang lebih dari suaminya
sedangkan ia tidak mampu untuk
menunaikannya.

Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menerima pemberian suaminya dengan
penuh kesyukuran dan keikhlasan.

Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang bijak
menguruskan harta suami dalam
berbelanja dengan kadar yang
sederhana dan tidak membazir
 
.................................................

p/s : sumber tidak dapat dikenalpasti. Andai sesiapa tahu, sila maklumkan kepada Lady. tQ. :D