Selasa, 31 Ogos 2010

Wanita

Wanita,
kita dicipta dengan kemuliaan syahadah.
Kerana benih seorang lelaki,
kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu
menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki,
kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai,
sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta,
kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,
tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki,
tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang,
kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi,
maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya.
Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.

Nukilan daripada ymsagasama.blogspot

p/s : petikan ini diedit balik menjadi bait2 puisi, moga penulisnya tidak marah.. huhuhu..
masih mengekalkan ketulenan hakcipta :)


Ujian & Kesabaran

 Tadi aku bukak emel, tetiba je dapat email ni daripada yahoogroup.. adakah ini untuk aku? Or untuk orang lain.. Tetapi, kebetulan sesuai dengan situasi yang dihadapi skrg.. kepada yang menulis dan menghantar.. terima kasih sangat2.. ketika memerlukan seseorang untuk menasihati, dapat lak email ni :).. jazakillah..


p/s : tQ kepada yang menghantar.. mungkin bukan untuk saya, namun ia amat bermakna di atas tazkirah tersebut.. :)..

Isnin, 30 Ogos 2010

Life is not CRUEL

Kehidupan ni kejam ke ek? Aku tak pernah fikir macam tu.. Tetapi sekarang aku rasa terlalu kejam.. Bukan sebab ingin menidakkan taQdir Allah, Allah tidak akan mentaQdirkan sesuatu yang buruk untuk hamba-Nya. Semua yang buruk2 tu adalah disebabkan perbuatan diri kita sendiri. Aku rasa kejam disebabkan oleh hadirnya manusia-manusia yang tidak mempunyai perasaan di sekelilingku. Manusia yang sentiasa cerdik dan kreatif untuk mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. 

 Comelnye baby ni, walaupun tension tp still nampak cute

Aku pernah terbaca suatu artikel yang menyatakan untuk membuat hidup kita mudah, gembira, kite perlu membuat hidup orang lain mudah, gembira.. maksudnya kita perlu membantu orang lain, menggembirakan orang lain walaupun kita sengsara.. Tetapi sekarang aku dapat membuat kesimpulan. Kite perlu membuat kebaikan pada orang, tetapi perlu memilih orang.. manusia ni pelbagai ragam.. ada orang apabila diberi pertolongan die berterima kasih dan selepas itu akan berusaha untuk menjadi lebih baik tanpa meminta pertolongan org lagi. Tetapi ada jugak yang apabila diberi pertolongan, dia akan sentiasa meminta dan meminta lagi tanpa rasa bersalah. Manusia jenis ini perlu dielakkan untuk menjadi sahabat kita. Manusia jenis ini dipanggil dedalu. 

Orang cakap, selagi kita mampu tolong, kita tolong walaupun hanya  menjadi pendengar yang setia. Kadang2 silap juga jadi pendengar yang setia ni.. Fungsi kita hanyalah mendengar.. apabila diberi nasihat tidak mengikut.. lepas tu nanti cerita lagi dan lagi.. kalau seorang, boleh lagi tersenyum dan mengangguk anggukkan kepala.. kalau ramai? kalau seoffice camne plak? Setiap kali orang ada masalah cari kita, setiap kali ada benda yang nak diceritakan dicarinya kita.. walhal mereka tak tahu, sengsaranya kita yang mendengarnya walaupun niat  ingin membantu.

Takpela lagi kalau macamtu, bagaimana plak kalau kita lak yang ada masalah? Masing2 sibuk, dan kalau ada yang sudi mendengarnya..  bolehkah dipercayai ia akan menyimpan rahsia kita sedangkan selama ni dia selalu menceritakan hal orang lain pd kita.. Dinasihatkan jangan menceritakan sebarang masalah kepada yang sejenis ini. Bahaya. Habistu sampai bila2 lah kita tak dapat nak luahkan masalah kita. Sebab tiada yang mampu diperdengarkan dan dipercayai.


1. Luahkan masalah melalui tulisan
Diari, jurnal dan blog peribadi adalah tempat paling baik untuk meluahkan masalah melalui tulisan. Luahkan semua masalah, luah habis hingga tidak ada lagi yang tinggal. Anda akan rasa lega selepas itu.
2. Luahkan masalah melalui lisan.
Luahkan masalah pada seseorang yang anda percayai. Dia mungkin ibu, bapa, adik beradik, kawan rapat ataupun cikgu. Luahan lisan memerlukan kawalan emosi yang utuh.  Luahan lisan yang paling baik adalah luahan dalam doa-doa kepada Yang Maha Esa.

 3. Tanya diri dengan soalan untuk menyelesai masalah.
Cara untuk membuat diri kita fokus pada penyelesaian masalah adalah menanyakan diri dengan soalan-soalan tertentu yang membuat kita terfikir apa nak buat untuk menyelesaikan masalah kita, misalnya:
a. apa cara yang boleh aku gunakan untuk menyelesaikan masalahku ni?
b. apa lagi yang mesti aku buat untuk setelkan masalah aku?
c. apa yang baiknya tentang masalah aku ni..apa hikmah disebaliknya?
Menyelesaikan masalah tidak cukup dengan hanya berfikir. Anda perlu:
  • fikirkan strategi
  • tindakan berterusan mengikut strategi tadi
  • emosi kena positif sepanjang masa
  • serap booster dari bahan-bahan bacaan motivasi
p/s : Kene setting balik fikiran aku ni, format balik.. kemudian install dengan bahan yang baru. Ya Allah, berilah aku kekuatan untukku melaluinya. Ameeennn..

Ahad, 29 Ogos 2010

Kesulitan-Kemudahan

 Ya Allah,
Lapangkanlah dadaku,
Jernihkanlah hatiku,
Berikanlah ruang untukku membaiki diri,
Tunjukkanlah jalan untukku keluar daripada permasalahan ini..
Tenangkanlah hatiku ini daripada sebarang prasangka buruk
..Aminnn ya rabbala'lamiinnn..

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” - Surah Al-Insyirah ayat 5-6.

Lidah - senang ke nak menjaganya?


Tadi time balik office, terfikir sal  masalah yang melibatkan lidah ni.. Macam-macam masalah timbul apabila orang tak reti menjaga lidah.. Lidah satu jerk, nipis lak tu.. tapi susahnye nak jaga.. seolah-olah lebih susah dari mendaki Gunung Everest.

 "Hati dan lidah amatlah baiknya dan apabila keduanya buruk, maka amatlah pula buruknya."
 Mujurlah Allah beri kita sekeping lidah jerk.. kalau sepasang lidah, mak ai.. payah bebenor nak menjaganya. Ayat yg kat atas tu diambil dari blog Cikgu Rasyid, cam sesuai jer tuk digunakan dalam entry luahan kali ni.

Gara-gara tak pandai menjaga lidah, fitnah berlaku secara berleluasa, daripada kalangan orang2 biasa sehinggalah kepada kalangan orang2 luar biasa.. masing2 gagal untuk menjaga lidahnya.. Dimanakah kesilapannya? Adakah kekurangan ilmu? Ataupun kerana sikap ego yang dimiliki? Tepuk dada tanya diri sendiri.. Hanya kerana sekeping lidah yang nipis senipis lidah kucing, kita kehilangan kawan-kawan.. kerana lidah sekeping, kita terlupa kebaikan kawan.. Adakah lidah ni berkait dengan hati? ermmmm.. Terlalu berkait kerana sekeping hati penentu hala tuju sekeping lidah.. Tetapi kalau kerana hati, kenapa orang berilmu tinggi pun turut gagal menjaga lidah? ermm.. pelik jer bunyinyer kan? tyepuk dada tanya iman.. hihihi.. malas nak fikir.. wat kesimpulan sendiri..

Kita sukar sangat nak lari daripada bahaya lidah.. memang xleh elak.. kita elak mcmn pun, memang tetap menjadi mangsa tikaman lidah.. inilah lidah manusia, walaupun lembik, x bertulang.. namun.. bisa meluluhkan hati sesiapa sahaja yang menjadi mangsa tikamannya..  Apabila kita gagal menjaga lidah, maka fitnah akan berlaku secara berleluasa..


Apakah itu fitnah?

Fitnah merupakan tuduhan kepada orang lain di mana orang yang dituduh tidak melakukan perbuatan tersebut.


Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah saw bermaksud: 

“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 

 Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah saw. bersabda bermaksud: 

“Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
 Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

p/s : Berhati-hatilah memilih kawan.. kadang2 kita boleh kehilangan kawan gara2 sekeping lidah.. kita kehilangan nilai diri semata2 kerana lidah.. Walau bagaimana jauh sekalipun kita lari untuk mengelakkan dari difitnah, tetapi gara2 lidah.. ia tetap mengejar kita.. oleh sebab itu, berhati2lah dengan pemilik lidah.. :D

 Kawan ngn kucing lagi best dari kawan ngn orang..

Sabtu, 28 Ogos 2010

Tudung Bonggol Unta


Selama aku keje ni, macam2 ragam aku jumpe.. setiap masa berlaku perubahan secara beransur2.. yang paling ketara sekali perubahan fesyen muslimah.. kebetulan aku keje betul-betul di tengah pusat membeli belah, pusat perniagaan.. jadi pelbagai jenis ragam manusia aku nampak.. bukan sekadar fesyen para pengunjung, malahan pekerja2 di syarikat tempat aku keje dan di syarikat yang sebelah menyebelah ni..  kadang2 naik mual aku tengok manusia2 yang macam ni..

Mereka terlalu taksub dengan “fesyen muslimah”. Terlalu mudah terpengaruh walaupun sedar dan tahu fesyen yang diperkenalkan itu tidak menepati ciri-ciri yang digariskan oleh Islam. Bermula daripada tudung bawal, kemudian tudung wardina, lepas tu tudung ekin, dan sekarang mereka berlumba-lumba memakai tudung bonggol unta. Sampaikan aku nak cari tudung bawal yang bidang 55 tu xde langsung dijual.. tension tul.. mereka kata xde permintaan dan pembuat tudung sekarang ni dah tertumpu pada pembuatan tudung ikin dan tudung bonggol unta. Macam-macam.

Aku peliklah mereka yg jenis mcm ni.. mereka sedikit pun x gentar walaupun mereka tahu mereka mempunyai cirri-ciri penghuni neraka.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Dua kelompok daripada penghuni Neraka yang aku tidak pernah melihatnya (semasa hidupku): Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu dan mereka melibas-libas orang dengannya. Yang kedua adalah wanita yang akan telanjang walaupun mereka sedang berpakaian, perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya seumpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaannya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. “
[Hadith riwayat Muslim]
Pelik betul org2 yang sombong dengan Pencipta sendiri ni.. kalau Allah x bagi bernafas baru mereka tahu langit tu tingi ke rendah.. ego lak tu.. Apa yang Allah larang tu la yang die nak buat.. bukan setakat berani buat, malah bermegah2 lak tunjuk keberanian tu pada umum..

Dahle pakaian tu daripada sebesar-besar pakaian sehingga ke kecil2 pakaian.. dah macam x pakai baju dah.. kalau pakai baju besar pun, belah sana belah sini. Lengang punyalah besar, sekali angkat lengan terus nampak ketiak.. ye la kan ketiak comel.. Kain lak, sekali melangkah nampak kaki.. walaupun kaki tu x comel mcm siti norhaliza, tp ia tetap aurat.. kalau pakai stoking pun x dapat nak beza antara kaki original ngn stoking.. gebu beb.. sekali lelaki tengok rasa mcm nak tengok kali ke dua.. lepas tu mcm2 lintasan mengaburi mata si lelaki tu.. kesian tul..

“…Dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu…” [al-Ahzaab 33: 33]

Situasi zaman jahiliah dulu dah kembali ke zaman sekarang.. malah lebih dasyat lagi.. org zaman jahiliah dulu memang tidak tahu beragama, dan masih belum Islam. Tetapi org zaman jahiliah sekarang, org Islam tetapi macam bukan Islam.. apabila mereka diberitahu kesalahan, mereka tetap berusaha mencari beribu alasan untuk membenarkan perbuatan mereka tersebut.  Siap menggunakan ayat2 al-Quran tuk menyokong perbuatan mereka.. banyak hadith2 yang digunakan untuk menyokong perbuatan mereka.

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. [al-Ahzaab 33: 36]

Macam2 peel manusia sekarang.. moga2 kite tidak tergolong dalam sebahagian daripada mereka.. kalau nyaris2 nak termasuk tu, moga2 ada manusia2 yang perasan dan berani menegur.. jangan sesekali biarkan saudara kite terjerumus ke dalam neraka. Mungkin mereka tak perasan perbuatan mereka tersebut salah. Tegurlah secara berhemah.  Aku betul2 taknak menjadi penghuni neraka.. aku taknak aku termasuk di dalam perempuan2 penghuni neraka yang telah disebut oleh Rasulullah saw. Nauzubillah. Kawan2, tegurilah gue ya?

p/s : tadi jalan2 cari artikel untuk tugasan, terjumpa artikel ini. Artikel yang berkaitan dengan tudung sanggul tinggi. Rujuk di sini yer, penerangan penulis lebih ditil, insyaAllah boleh membantu sesiapa yang memerlukan rujukan terhadap pemakaian tudung seperti ini. Klik di sini untuk artikel tersebut.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Khadijah bt Khuwalid R.A.


Khadijah Binti Khuwailid
Ummul Mu'minin
Sebaik-baik isteri dan teladan.
Teladan tertinggi kaum wanita. 
Sebaik-baik idola muslimah sejati.

Tatkala Nabi SAW mengalami rintangan dan gangguan dari kaum lelaki Quraisy, maka di sampingnya berdiri dua orang wanita. Kedua wanita itu berdiri di belakang da'wah Islamiah, mendukung dan bekerja keras mengabdi kepada pemimpinnya, Muhammad SAW : Khadijah bin Khuwailid dan Fatimah binti Asad. Oleh karena itu Khadijah berhak menjadi wanita terbaik di dunia. Bagaimana tidak menjadi seperti itu, dia adalah Ummul Mu'minin, sebaik-baik isteri dan teladan yang baik bagi mereka yang mengikuti teladannya.
Khadijah menyiapkan sebuah rumah yang nyaman bagi Nabi SAW sebelum beliau diangkat menjadi Nabi dan membantunya ketika merenung di Gua Hira'. Khadijah adalah wanita pertama yang beriman kepadanya ketika Nabi SAW berdoa (memohon) kepada Tuhannya. Khadijah adalah sebaik-baik wanita yang menolongnya dengan jiwa, harta dan keluarga. Peri hidupnya harum, kehidupannya penuh dengan kebajikan dan jiwanya sarat dengan kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda :"Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa."

Kenapa kita bersusah payah mencari teladan di sana-sini, padahal di hadapan kita ada "wanita terbaik di dunia," Khadijah binti Khuwailid, Ummul Mu'minin yang setia dan taat, yang bergaul secara baik dengan suami dan membantunya di waktu berkhalwat sebelum diangkat menjadi Nabi dan meneguhkan serta membenarkannya.

Khadijah mendahului semua orang dalam beriman kepada risalahnya, dan membantu beliau serta kaum Muslimin dengan jiwa, harta dan keluarga. Maka Allah SWT membalas jasanya terhadap agama dan Nabi-Nya dengan sebaik-baik balasan dan memberinya kesenangan dan kenikmatan di dalam istananya, sebagaimana yang diceritakan Nabi SAW, kepadanya pada masa hidupnya.

Ketika Jibril A.S. datang kepada Nabi SAW, dia berkata :"Wahai, Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya dari Tuhannya dan aku, dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang tiada keributan di dalamnya dan tidak ada kepayahan." 
[HR. Bukhari dalam "Fadhaail Ashhaabin Nabi SAW. Imam Adz-Dzahabi berkata :"Keshahihannya telah disepakati."]

Bukankah istana ini lebih baik daripada istana-istana di dunia, hai orang-orang yang terpedaya oleh dunia ?

Sayidah Khadijah r.a. adalah wanita pertama yang bergabung dengan rombongan orang Mu'min yang orang pertama yang beriman kepada Allah di bumi sesudah Nabi SAW. Khadijah r.a. membawa panji bersama Rasulullah SAW sejak saat pertama, berjihad dan bekerja keras. Dia habiskan kekayaannya dan memusuhi kaumnya. Dia berdiri di belakang suami dan Nabinya hingga nafas terakhir, dan patut menjadi teladan tertinggi bagi para wanita.

Betapa tidak, karena Khadijah r.a. adalah pendukung Nabi SAW sejak awal kenabian. Ar-Ruuhul Amiin telah turun kepadanya pertama kali di sebuah gua di dalam gunung, lalu menyuruhnya membaca ayat-ayat Kitab yang mulia, sesuai yang dikehendaki Allah SWT. Kemudian dia menampakkan diri di jalannya, antara langit dan bumi. Dia tidak menoleh ke kanan mahupun ke kiri sehingga Nabi SAW melihatnya, lalu dia berhenti, tidak maju dan tidak mundur. Semua itu terjadi ketika Nabi SAW berada di antara jalan-jalan gunung dalam keadaan kesepian, tiada penghibur, teman, pembantu mahupun penolong.

Nabi SAW tetap dalam sikap yang demikian itu hingga malaikat meninggalkannya. Kemudian, beliau pergi kepada Khadijah dalam keadaan takut akibat yang didengar dan dilihatnya. Ketika melihatnya, Khadijah berkata :"Dari mana engkau, wahai, Abal Qasim? Demi Allah, aku telah mengirim beberapa utusan untuk mencarimu hingga mereka tiba di Mekkah, kemudian kembali kepadaku." Maka Rasulullah SAW menceritakan kisahnya kepada Khadijah r.a.

Khadijah r.a. berkata :"Gembiralah dan teguhlah, wahai, putera pamanku. Demi Allah yang menguasai nyawaku, sungguh aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini." Nabi SAW tidak mendapatkan darinya, kecuali peneguhan bagi hatinya, penggembiraan bagi dirinya dan dukungan bagi urusannya. Nabi SAW tidak pernah mendapatkan darinya sesuatu yang menyedihkan, baik berupa penolakan, pendustaan, ejekan terhadapnya atau penghindaran darinya. Akan tetapi Khadijah melapangkan dadanya, melenyapkan kesedihan, mendinginkan hati dan meringankan urusannya. Demikian hendaknya wanita ideal.

Itulah dia, Khadijah r.a., yang Allah SWT telah mengirim salam kepadanya. Maka turunlah Jibril A.S. menyampaikan salam itu kepada Rasul SAW seraya berkata kepadanya :"Sampaikan kepada Khadijah salam dari Tuhannya. Kemudian Rasulullah SAW bersabda :"Wahai Khadijah, ini Jibril menyampaikan salam kepadamu dari Tuhanmu." Maka Khadijah r.a. menjawab :"Allah yang menurunkan salam (kesejahteraan), dari-Nya berasal salam (kesejahteraan), dan kepada Jibril semoga diberikan salam (kesejahteraan)."

Sesungguhnya ia adalah kedudukan yang tidak diperoleh seorang pun di antara para shahabat yang terdahulu dan pertama masuk Islam serta khulafaur rasyidin. Hal itu disebabkan sikap Khadijah r.a. pada saat pertama lebih agung dan lebih besar daripada semua sikap yang mendukung da'wah itu sesudahnya. Sesungguhnya Khadijah r.a. merupakan nikmat Allah yang besar bagi Rasulullah SAW. Khadijah mendampingi Nabi SAW selama seperempat abad, berbuat baik kepadanya di saat beliau gelisah, menolongnya di waktu-waktu yang sulit, membantunya dalam menyampaikan risalahnya, ikut serta merasakan penderitaan yang pahit pada saat jihad dan menolongnya dengan jiwa dan hartanya.

Rasulullah SAW bersabda :"Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengurniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia." [HR. Imam Ahmad dalam "Musnad"-nya, 6/118]

Diriwayatkan dalam hadits shahih, dari Abu Hurairah r.a., dia berkata :"Jibril datang kepada Nabi SAW, lalu berkata :"Wahai Rasulullah, ini Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah, makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan kepadanya salam dari Tuhannya dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga, (terbuat) dari mutiara yang tiada suara ribut di dalamnya dan tiada kepayahan." [Shahih Bukhari, Bab Perkahwinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]

Dari: "Tokoh-tokoh Wanita di Sekitar Rasulullah SAW" karangan Muhammad Ibrahim Saliim. Diketik oleh: Hanies Ambarsari.

Khamis, 26 Ogos 2010

Sebab2 Digigit Jin


Jom dengar video ni, sesuai tuk adik, kakak, abang, makcik, pakcik. Tok dan tokki pun sesuai tuk dengar.. leh bagi nasihat tuk cucu cicit yang dahagakan pantauan ni. :) Kami semua ni ilmunya cetek, banyak yang tak tahu.. mohon ditegur dan diberi tunjuk ajar. :D

Ini intipati yang saya dapat daripada video ni dan sedikit penambahan daripada saya sendiri.

Cara untuk mengelakkan digigit jin. Kebiasaannya selepas bangun tidur terdapat kesan lebam2 yang berbentuk bulatan pada badan, dan lebam tersebut sakit. Perit. Kebiasaannya terdapat di kawasan paha dan lengan. 

Ini merupakan langkah-langkah untuk mengelakkan daripada digigit jin.

1. Jangan tidur selepas solat Asar. Jin suka mendekati orang-orang yang tidur selepas asar. Amalan tidur selepas asar menyebabkan badan menjadi lemah, akal lembab untuk memproses data. Jin akan mudah menguasai orang-orang yang lemah, terutama kepada wanita yang dalam haid. Oleh sebab itu, digalakkan sentiasa berzikir untuk mengelakkan diri dikuasai oleh jin.

2. Sewaktu mandi, kita perlu mengenakan kain basahan. Ini kerana, jin juga seperti manusia, suka mengintai. Dikhuatiri jin terjatuh cinta dengan kita. Apabila jin telah jatuh cinta dengan kita, dia akan sentiasa mendampingi kita dan tidak membenarkan seseorang mengahwini kita. Dia juga akan memasuki badan kita dan membuatkan kita meracau. Ia agak sukar diubati jika dibandingkan dengan terkena sihir.

3. Jangan mengamalkan keluar di waktu petang.

Untuk membezakan kesan lebam tersebut disebabkan digigit jin ataupun disebabkan pergerakan angin di dalam badan. Boleh dikesan dengan menggunakan kanta pembesar. Kalau digigit jin, terdapat 5 lubang kecil kesan gigitan di kawasan lebam.

Untuk menghindarkan diri dari digigit jin berulang-ulang. Ambil air, dan baca surah al-Fatihah tujuh kali dan kemudian perah tiga biji limau, sapu seluruh badan. InsyaAllah jin tidak akan mengganggu lagi.

p/s : hadith yang berkaitan dengan tidur selepas Asar merupakan hadith dhaif.  
("Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri.")

Hukum menggunakan hadith Dhaif:

Hadis dhaif tidak boleh dibuat hujah tetapi boleh diamal  dengan syarat perlu beriktikad untuk berhati-hati dengan hukumnya.

Hadis ini tidak boleh diterima untuk berhujah kerana tiada mempunyai sifat qabul. Erti qabul ialah boleh diterima buat hujah.

Rabu, 25 Ogos 2010

Syurga Bagi Isteri Yang Mentaati Suami

Jom jadi isteri yang baik


Episod 1



Episod 2



Episod 3


Episod 4


Episod 5

10 Ciri Wanita Pilihan

“Dahulukan mengucap salam, ucapkan selamat dengan senyuman, tumpukan perhatian anda kepada mereka agar anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka.”

Seramai-ramai wanita di muka bumi ini, ada antaranya menjadi orang terulung dan terunggul, dan ada juga yang berada dalam kedudukan yang rendah dan hina. Apabila ditanya pada diri kita, bagaimanakah cara atau panduan untuk kita menjadi Wanita Pilihan pada Pandangan Allah?

MENUTUP AURAT

Wanita tidak digalakkan memakai pakaian yang berlebihan seperti memakai hiasan terlalu mahal, biarlah dengan cara bersederhana tetapi cantik, bersih dan kemas.

MENJAGA AKHLAK

Wanita berakhlak serta bertaqwa selalunya tampil menawan. Ini kerana keikhlasan yang lahir dari hatinya terpancar di wajahnya. Segala yang dilakukan oleh dirinya hanyalah disandarkan kepada Allah SWT. Dengan keyakinan terhadap Allah adalah segala-galanya, insya-Allah, hidupnya akan menjadi lebih mudah.

CARA BERCAKAP

Dalam pergaulan harian, wanita hendaklah bercakap ringkas dan tegas kepada lelaki bukan Muhrim. Percakapan yang lemah-lembut dan pandangan mata yang mengasyikkan boleh membangkit perasaan istimewa kepada orang lelaki. Memang benar suara yang lunak itu menyebabkan hati lelaki menjadi cair. Oleh itu, berhati-hati ketika bertutur.

TAAT

Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada Allah SWT. Ketaatan itu adalah mahkota bagi orang Islam. Ini kerana terdapat banyak cabaran dan dugaan di luar sana. Dengan ketaatan yang jujur dan ikhlas kepada-Nya, ia dapat mendorong manusia berjalan di jalan yang benar tanpa mudah dihasut oleh syaitan.

SUKA MENDENGAR

Kebanyakan wanita suka mendengar dan bercerita berbanding dengan orang lelaki. Sifat-sifat ini memang perlu untuk meringankan masalah orang lain terutamanya pasangannya. Isteri yang baik akan mendengar masalah suami dengan sabar dan tenang. Ia akan mengurangkan tekanan suami itu terhadap masalahnya. Sekiranya si isteri ingin menasihati suami, gunakan pendekatan secara diplomasi. Ini kerana si suami mempunyai sikap ego yang tinggi. Wanita yang terlalu banyak membebel akan membuatkan suami mudah berasa bosan, kemungkinan besar suami tidak ambil pusing dengan apa-apa yang dibebelkan oleh isterinya.

JAGA PANDANGAN MATA

Pandangan mata itu umpama panah yang beracun. Jika tersilap pandang, ia boleh meracuni jiwa yang melihat. Wanita solehah hendaklah menjaga pandangan mata mereka terutama ketika bercakap. Sekiranya kita bercakap dengan orang yang bukan muhrim elakkan dari memandang terus ke dalam anak matanya. Jika tidak mahu orang itu berasa hati, cakaplah sambil memandang ke arah bahagian telinganya.

JAGA KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN

Kebersihan itu separuh daripada iman. Bersih melambangkan nilai-nilai Islam yang perlu diambil berat. Untuk mencipta suasana selesa, aman dan damai, pastikan rumah yang didiami itu sentiasa bersih dan kemas.

HADIRKAN BAU YANG SEDAP ATAU WANGI

Bagi wanita Muslimah, elakkan bau badan yang kurang menyenangkan. Tetapi ini tidak bermakna dia perlu menggunakan minyak wangi yang berlebih-lebihan. Cukuplah sekadar hilang bau yang tidak sepatutnya.

WANITA PUNYA HAK

Seseorang lelaki tidak berhak mengahwini seorang wanita jika empunya diri tidak suka. Begitu juga lelaki yang berkahwin tidak boleh mengambil harta milik isterinya dengan sewenang-wenangnya. Tetapi lelaki mempunyai kuasa dalam membuat keputusan berkaitan rumah tangganya kerana dia sebagai pencari nafkah. Bagaimanapun, seorang suami yang baik akan selalu berbincang dengan isterinya sebelum membuat keputusan.

PEGANGAN KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW

Muslimah pilihan adalah wanita yang menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidupnya. Segala persoalan dan permasalahan di dunia sudah ada jawapan dalam al-Quran dan Hadis. Oleh itu, orang yang selalu bersandarkan kedua-duanya tidak akan sesat.

Dengan kesepuluh-sepuluh ciri ini, insya-Allah kita sebagai wanita akan tetap menjadi wanita pilihan-Nya. InsyaAllah.

Ya Allah, Tetapkanlah Hatiku

Nabi SAW banyak berdoa:
Wahai Tuhan yang menetapkan hati, tetapkan hatiku atas agama-MU. Mereka (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah, kami beriman denganmu dan apa yang kamu bawa, apakah kamu masih takut lagi tentang kami?Jawab baginda: Ya, sesungguhnya hati-hati manusia berada di antara dua jari Allah, Dia membolak balikkannya. 
(Sunan Ibn Majah)

Kad Raya, Beg & Krongsang

Dah bertahun aku x dapat kad raya..
Tapi tahun ni aku dapat..
:D
hihi.. tQ Kak Hajar kerana bagi kad ni kad sy..
:D
Ini pulak beg dari Turkey yang dipostkan bersama kad raya..
cantikkan?



Kerongsang ni cantik sangat2..
:D..
Tak tahu nak bagi ape kat kak hajar ni..
nantilah iza cari ape2 ek..
:D
..jazakillah kak hajar..

Selasa, 24 Ogos 2010

Pesanan Untuk Orang Cantik

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.

Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.

Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.

Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.

Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.

Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.

Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.

Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!

p/s : 2 thn lps aku bgtahu mak aku nak pakai mcm gambar kat sebelah kiri artikel ni, tapi mak aku tak izinkan kerana mak aku cakap, nak pakai perlu istiqamah, jangan kejap pakai kemudian buang. 

Ini merupakan artikel yang ditulis oleh Dr. HM Tuah Iskandar,  Dr. pesan, kalau nak gunekan artikelnye sila letakkan linknya sekali yer.. so kalau sesiapa nak copy diizinkan, cuma letakkan sumber asal artikel ini ditulis daripada siapa. tQ semua.

Tudung Lagi

gambar hiasan
Tadi aku kol empunya Blog 1,
bertanyakan sal tudung tu..
sebab aku serius nak beli.. 
dan aku tanye saiz tudung2 tu..
nak wat camne kan, aku baru nak belajar mengenali tudung..
tudung ni ade 3 saiz,
yang selalu org pakai tu, saiz 45..
dan ade saiz 55, yg tu besar sikit, tuk org yang pakai tudung labuh..
dan saiz yg besar sekali saiz 60..
yang ni memang besarlah.. 

kalau aku pakai, aku terpaksa lilit2.. so aku kene beli yang bersaiz besar supaya bila dah dililit2, ia masih mampu menutupi ape yang perlu ditutup..
hihi.. x sabar2 aku nak beli tudung tu..

p/s : adakah niat aku salah ek, huhuhu.. abg aku tanye pakai tudung nak melawa ke nak tutup aurat? aku mmg nak tutup aurat, tp dalam ms yg sama aku suke bende2 yang comel :(.. lagipun aku bekerja, kene jaga penampilan. dan aku juga kene sesuaikan dengan keadaan aku.. aku perlukan pakaian kemas dan simple supaya memudahkan pergerakan aku. Aku taknak jatuh lagi akibat daripada pemilihan pakaian yang tidak sesuai. :( Dr kata elakkan jatuh, kalau tak effect kesihatan aku.  

Tudung


Aku sebenarnya duk mencari tudung..
Tudung sebenarnye ade berapa jenis ek..
Yang kecik yg biasa org pakai tu bidang ape namanya ek..
Yang bidang 55 dan 60 tu mcmn ek..
wa.. sob sob sob..
camne nak cari tudung kalau tudung pun x tau saiz..
aku nak tanye sape ek..

dah 2 3 hari aku mencari..
kat kedai di sini xde :(
kebanyakan tudung ekin yg kainnya melekat2 tuh..
aku tak suke, mcm sister kristian je aku tengok..
aku takut org tertukar antara Kristian ngn Islam..
sadis tul..

aku baru nak berhijrah menjadi lebih baik ni :(
bukan senang nak jadi baik kalau hati tak baik..
takpe, kite ubah slow2..
mula2 ubah penampilan dulu..
nanti insyaAllah perubahan2 lain akan menyusul kemudian..
..:D..
yang penting hati mahu ikhlas :D

td aku duk search tudung..
aku jumpe 2 blog yg agak menarik..
ni blognya, Blog 1 dan Blog 2.

aku suka yg blog 1 tu.. tapi bidangnya 60.. besar mn ek..
huhuhu..
Blog 2 tu pun aku suka.. tp saiz 55..
Saiz 55 tu besar ke kecik ek?
huhuhu.. confuse2..
xpe, slow2..
nak buat perubahan bukannya mudah..
ni baru part tudung..

p/s : sebenanrya tudung ni diukur mcmn? pening2..

Isnin, 23 Ogos 2010

Kebahagian Dalam Perpisahan




Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

p/s : Andai pertemuan dan perpisahan kerana Allah, pasti  tiada siapa pun yang kecewa dan berduka. Kerana apa yang telah berlaku telah menjadi suratan. Setiap pertemuan itu merupakan pengalaman, supaya kita lebih mengerti makna sebuah kehidupan. Allah kenalkan kita pada orang yang salah supaya kita lebih berhati-hati untuk memilih kawan. Dan supaya kita lebih menghargai sahabat yang setia dengan kita sekarang. 

Bisikan Hati

Ditulis dalam Kata Tanpa Makna " Hati",
segumpal daging pemilik sejuta rasa,
kalau kata hati adalah cermin tempat pahala dan dosa berpadu saya punya satu hati,
yang di dalamnya terletak bahagia,
terletak luka,
terletak sejuta rasa,
dari semua bahagian tubuh saya,
hatilah yang paling dominan berperang,
si pekak punya hati,
si buta punya hati,
saya punya dan kamu punya,
si baik akan berpanggilan si baik hati,
si jahat agar bergelar manusia tak punya hati,
jadi memang hati lah yang memegang peranan penting dalam hidup setiap yang bernyawa,
jadi hati hati dengan hati ...:)

Ahad, 22 Ogos 2010

Dunia Sepi

Ni blog ke-2 aku manage..
blog yang pertama aku, Diary Hearty ade mslh setting..
aku tak tahu nak perbetulkan mcmn..
urlnya tak dpt detect posting baru..
so aku create yg ni..
blog yang lama aku nak letak bahan2 berilmiah,
dan blog ni aku nak coretkan life aku..
aku nak letakkan apa yang aku suka dalam ni..
aku nak coretkan apa yang aku rasa..
aku manusia yg mempunyai suara..
tetapi aku lebih selesa tuk tidak berbicara..
kerana diam itu jauh lebih baik daripada mengeluarkan kata2..
kerana kata2 aku terlalu berbisa..
so, biarlah aku berbicara di sini..
di dunia sepi..
tiada siapapun yang peduli..