Palestin sentiasa di hati kami.. InsyaAllah..
Dari Kanan : Ibraheem (5 thn), Muaz (9 thn), Adam (6 thn) , Naqib (12 thn)
Belakang : Uwais (11 thn) dan Hana Humayra (7 thn).
๐Assalamualaikum.. Semoga Allah berikan ketabahan dan kesabaran kepada keluarga Palestin kita .. dan memberikan kita kesabaran dan ketabahan dalam melengkapkan sebuah cerita kita di dunia sementara ini. Di sebalik kesulitan Allah sediakan kemudahan. InsyaAllah..
๐Sudah sekain lama tidak update tentang teratak bonda di Marang yang hangus terbakar.
๐ Kisah terbakar sudah tercatat di sini, kisah untuk pembinaan semula masih belum tercoret di blog ini. Just untuk tatapan kenangan anak-anak cucu betapa gigihnya kami adik beradik dalam menyantuni seorang ibu yang banyak kisah derita dan sukanya di sini.
๐ Alhamdulillah, setelah habis episod kebakaran yang memusnahkan harta dunia, sekarang dalam proses pembersihan tapak rumah.
๐ Taman bonda dialihkan ke tanah kakak ipar yg berhampiran jalan, pondok sementara juga dibina sementara untuk tempat berteduh bagi kami sekeluarga. Pondok tanpa dinding dikelilingi oleh pokok2 tanaman bonda.
๐ธ Assalamualaikum semua pembaca blog LadyBird's Life.. Semoga kalian baik-baik sahaja.. InsyaAllah.. Ameeennnnn
๐ธ Dulu waktu Lady sekolah rendah Ldy takde kawan ramai.. dalam dua atau tiga orang.. Ldy start bersekolah darjah dua di sekolah lebih kurang 500 meter dari rumah. Alhamdulillah
๐ธ Ldy seorang yang sangat-sangat pendiam. Tidak pandai bergaul dan tidak mudah menangis. Di situ orang letak Lady, di situlah Lady akan duduk, tanpa membantah. Diam sahaja seribu bahasa, cuma gelodak perasaan Allah lebih tahu.
๐ธ Disebabkan oleh kekurangan Ldy, maka sikit sangatlah sahabat Ldy, bukan tidak cuba mahu berkawan tetapi rasa diri tiada siapa yang sudi berkawan.
๐ธ Maka, jika ada sesiapa yang ingin berkawan dengan Ldy, memang Ldy akan jaga betul-betul tanpa sedikitpun membantah walaupun hati Ldy memberontak menolak. Di bibir Ldy sentiasa dengan senyuman.
๐ธ Sentiasa kata baik, ok, saya buat, boleh. Walaupun di hati kata TIDAK!
๐ธ Yang paling Lady ingat, kisah ada seorang kawan Ldy, pengawas perpustakaan.
๐ธ Setiap hari yang ada Pendidikan Jasmani, mesti dia akan suruh Ldy buat tugasan dia untuk menulis senarai buku-buku yang ditugaskan kepada dia, bukan sedikit tetapi banyak. Habis dua waktu Ldy menulis tugasannya.
๐ธ Seminggu dua kali dia akan menyuruh Ldy, sehinggakan Ldy sangat stress. Sebab Ldy pada waktu lapang memang Ldy akan membaca buku cerita..
๐ธApabila masa lapang Ldy terpaksa buat kerja dia Ldy rasa sangat stress tetapi Ldy tidak mampu menolak demi menjaga hati seorang kawan.
๐ธ Dia sentiasa berlepas tangan dengan tugasan yang diberikan, dan Ldy sentiasa menjadi mangsa keadaan.
๐ธ Ldy lupa, berapa lama Ldy terpaksa buat tugasan dia. Dan sehingga saat ini, sehingga saat Ldy menulis ni, Ldy sedang merasa kestresan Ldy membuang masa menulis setiap tugasan dia sedangkan dalam waktu yang sama Ldy nak membaca buku Ldy. Tetapi dah lama Ldy maafkan dia, cuma ia masih berlegar2 di ingatan.
๐ธ Begitulah, apabila terasa diri lemah, tiada kawan, kawan yang sedikit itu akan menggunakan kelemahan kita dengan sebaik-baiknya.
๐ธ Adakah dia masih ingat, atau sampai sekarang dia masih rasa tidak bersalah.
๐ธ Bukan tiada sahabat Ldy yang perasan dia membuli Ldy, bila ada yang marah.. dia akan bagitahu Ldy tak kisah. Dan Ldy hanya mampu mengangguk dengan senyuman "tidak kisah".
๐ธ Jika suatu hari nanti dia terjumpa coretan ini, Ldy nak bagitahu dia.. Lady sangat-sangat tak suka perbuatan tersebut tetapi Ldy tidak berupaya menolak kerana menjaga hatinya sedangkan dia langsung tidak menjaga hati Ldy.
๐ธ Dan semoga dia memantau anak-anaknya ketat-ketat supaya tidak mempergunakan sahabatnya sepertimana dia pernah buat pada Ldy. Dan Ldy telah maafkannya, cuma tidak melupakan perbuatannya.
๐ธ Sekian berita hari ini ๐ธ
๐ธ Pesanan untuk anak-anak Ldy, jangan biarkan diri kita mudah diperkotak-katikkan. Menolong boleh tetapi biar berpada-pada. Jangan biarkan diri diperguna-gunakan. Sebab kita ada masa kita sendiri, dan masa itu adalah emas untuk kita gunakan sebaik-baiknya.
p/s : Lady sayangkan dia sebagai sahabat sehingga sekarang.. beliau juga salah seorang sahabat baik ldy.. Tulisan ni ldy tulis dah sangat lama tapi baru di-publishkan.. sebab xnak bagi blog bersawang.
๐๐
Assalamualaikum kepada semua blogger... Doa untuk saudara Palestin tidak dilupa.. setiap saat terlintas pasti akan didoakan untuk mereka.. Air mata sentiasa mengalir mengenangkan derita dan pengorbanan mereka..
๐๐๐
Alhamdulillah, Lady dapat hadiah dari Blogger Anies.. Blog LadyBird's Life terpilih dalam kategori Blog Pilihan Blogger Anies bagi Bulan Mei 2024.
Seronok sangat bila Abg Posmen hantar barang.. yang paling seronok si adek la.. Baem... Tukang tunggu abg posmen di rumah Ldy.. walaupun bukan brg die tp die tumpang seronok..
Barang-barang hadiah kali ini sesuai untuk Ldy, Untuk Kakak Fatimah dan Adek Ibraheem.. Ldy bahagi bahagikan.. keseronokan untuk dikongsi bersama anak2..
Ini antara barang-barang yang diposkan.. semuanya sweet2..
Salam AidilAdha Untuk Seluruh Keluarga..
Pesanan Untuk Ibraheem & Fateemah :
Ingat ni pesanan ibu, jaga tutur kata, sebelum berbicara atau berbuat sesuatu fikir 10 kali baik dan buruk.. jika banyak baik, teruskan bicara dan jika sebaliknya diam lebih baik.. Belajar untuk saling menjaga hati.. Ringankan tulang, beratkan mulut kalian pada yang tidak perlu.. Sentiasa bersangka baik pada keluarga.. Jangan disebarkan jika kita tidak tahu tentang sesuatu benda walaupun pada adik beradik sendiri sebab bicara salah itu lebih tajam dan kejam dari mata pedang.. Jagalah hubungan yang erat sesama adik beradik. Jika buruk, diamkan sahaja dan usaha untuk jernihkan..
CATATAN 18/06/2024
FOTOGRAFER : FATINI SI ANAK SAUDARA..