Sabtu, 11 Mei 2024

Stay Strong Dad

 

Ayah..

Ayah dan Ibu jangan risaukan kami..
Jaga diri ayah..
Kami di sini baik-baik sahaja..
Di sini tiada lagi penderitaan..
Kami bahagia di sini menunggu ayah dan ibu..

Ayah..
Doa kami sentiasa mengiringi kalian di dunia..
Ayah dan Ibu jangan risau dan sedih..
Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar.. dan sentiasa berjuang mencari redhaNya..
Sedikit masa sahaja lagi Allah akan hancurkan kaum yang zalim itu.. ini janji Allah yang akan tertunai..

Yakinlah dengan janjiNya..

Wahai saudara2 kami yang masih di dunia .
Janganlah kalian bersedih,
Teruskanlah berjuang dengan cara yang kalian mampu..
Kerana sekecil2 bantuan akan menjadi bahan pahala yang boleh memberatkan timbangan..
InsyaAllah..

Janganlah sesekali kalian berfikir bahawa Allah itu kejam..
Membiarkan kami terseksa diperangi..
Sesungguhnya ini semua adalah ketetapan Allah sebagai salah satu jalan untuk menghancurkan golongan yang zalim..

Dan Dia telah menyediakan sebaik baik tempat untuk kami kembali..

Berbahagialah kalian yang sentiasa berjuang menegakkan dan memperjuangkan Islam.

Masukkanlah diri kalian dalam golongan yang sentiasa berjuang pada jalan Allah. 
Walaupun dengan sekecil kecil jalan.

16 ulasan:

Syazni Rahim berkata...

Sedihnyaaaa T_T

Hanamiko Sakura berkata...

semoga semuanya dalam keadaan baik-baik saja. dari sungai ke laut, palestine pasti akan bebas

Djangkaru Bumi berkata...

Jadi tambah semangat
kadang rasa putus asa melanda

Suria Amanda berkata...

sedih hati baca...bergenang airmata...

NA berkata...

Anak-anak yang terkorban yang tenangkan mereka yang masih hidup.

mrhanafi berkata...

Sedih juga saya tengok gambar nie..

memang ingatan dan fikiran terkait dengan saudara kita di Gaza. Palestin

uncle gedek berkata...

terus berjuang!

Amin...

Nur berkata...

Sayunya tengok ilustrasi di atas. Ye la, ibubapa mana yang tak sedih, kan, bila kehilangan anak.

Puan Hazel berkata...

Hasbunallahi wanikmal wakeel... Nikmal maula wa nikman naseer

fanny_dcatqueen berkata...

Doa setiap orangtua, pasti berharap jangan sampailah anak yg mendului mereka. Tapi memang usia itu ditangan Allah semua. Tak ada yg tahu. Kita pun harus belajar utk ikhlas jikalau anak yg pergi duluan.:(

Carneyz berkata...

Setiap hari tengok penderitaan penduduk di Gaza bagai ditusuk2 rasa jantung ni. Cuma mampu berdoa supaya penderitaan dieorg cepat2 berakhir selain dari boikot produk2 Zionist.

Mama Zharfan berkata...

sedey :(

dear anies berkata...

antara doa ibu bapa, biarah mereka yang pergi dulu. bukannya anak-anak...

حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ

nohas berkata...

semoga kita diberi kekuatan utk membantu saudara2 kita di Palestin..

mamapp berkata...

mama paling tak tahan lihat anak2 palestin, tabah sunggu dan kuat sungguh mereka

mamapp berkata...

mama paling tak tahan lihat anak2 palestin, tabah sunggu dan kuat sungguh mereka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...